.

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Monday, January 27, 2014

'Projek gila' - Inspirasi Dapur

Jumaat yang penuh berkah, syukur Alhamdulillah. Sebulan bersengkang mata, fikiran sarat dengan macam-macam agenda untuk menzahirkan impian menjadi kenyataan. Syukur ya Allah, pada 25 Januari 2014 kawan aku dan team INSPIRASI MAGAZINE berjaya merealisasikan 'projek gila' mereka yang diberitahu sebelum ini (terima kasih kerana sudi menggunakan pakai buah fikiran aku, ye). 

Allah telah mempermudah usaha mereka untuk menzahirkan e-Magazine (digital magazine) yang diberi nama INSPIRASI DAPUR. Majalah versi digital ini boleh dilayari menerusi laman web www.inspirasimagazine.com

www.inspirasidapur.com

Konsep e-Magazine ini gaya hidup dengan fokus utamanya dunia masakan. Pelbagai tip kesihatan, kecantikan, kekeluargaan dan semestinya masakan dipaparkan di laman ini. Jadi, dengan rendah hatinya mereka menjemput kalian semua untuk 'melawat kawasan'.

Caranya mudah saja, login ke link laman web itu dan daftar masuk (pendaftaran percuma ye). Sebarang maklum balas amat dialu-alukan. Boleh pm mereka di fanpage facebook/Inspirasi e-Magazine Silakan dan terima kasih.*_*

*p/s: Khabarnya, e-magazine Inspirasi Magazine juga bakal menyusul. Bila? Aku akan sampaikan di sini apabila diberitahu kelak. Buat masa ini, Inpirasi Magazine beroperasi sebagai portal online dahulu.

Tuesday, December 17, 2013

Azean Irdawaty meninggal dunia...

Terkini:
PRIMADONA filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia kira-kira 7.29 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor .

Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya. (Sumber berita: Sinar Harian)

*Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. Al-Fatehah*

Monday, December 16, 2013

Indonesian copywriter dies from being overworked...

Mita Diran
Earlier this year, we heard of a few deaths in China concerning overworked young professionals..and it’s hitting closer to home as we’ve lost another talented individual in neighbouring Indonesia.

Social network Twitter has been abuzz with the death of Mita Diran, a young copywriter for Young & Rubicam in Indonesia after working non-stop for three consecutive days.

In her last Tweet on December 14, she said: “30 hours of working and still going strooong.”


According to a screen cap that has been shared on the Internet, her father Yani Sjahrial – an Executive Creative Director,  said that his daughter was in a coma after working continuously for three days, and that she had been working over her limits.

An hour later, another employee said that Mita had passed away due to a lethal combination of being overworked and excessive consumption of Kratingdaeng – the Thai version of Red Bull, an energy drink consumed by many when required to stay awake during long hours.


Many mourn the death of Mita, who has been described as quirky and cheery with a strong Malaysian connection, having studied and worked here for a period of time before returning to work in Indonesia.

Mita’s death so close to the holiday season is an ugly reminder of how so many individuals are being worked to the bone at the cost of their life for the sake of work. While we as employees owe it to ourselves to lead a healthier, more balanced life and know our limits - employers definitely need to step up and take more responsibility over the welfare of their staff by not encouraging overtime for the sake of profit.


Let us all take a moment to pray for Mita’s family and friends, and may she rest in peace. Another one gone too soon. (Sumber berita: www.venusbuzz.com)

Mati setelah kerja 30 jam tanpa henti
Akibat bekerja selama 30 jam tanpa henti, seorang penulis iklan muda Indonesia, Mita Diran meninggal dunia semalam.

Kematiannya dipercayai akibat bebanan kerja yang terlalu teruk serta pengambilan minuman tenaga, Krating Daeng yang berlebihan. Minuman tenaga serupa Red Bull versi Thailand itu diminum oleh kebanyakan individu yang mahu berjaga dalam tempoh yang panjang

Dalam posting Twitternya pada jam 6.47 petang, Sabtu lalu, Mita menulis: "Sedang bekerja selama 30 jam dan masih lagi kuat."

Kemudian bapanya, Yani Sjahrial memberitahu rakan-rakan dan pekerjanya, Mita sedang koma di hospital selepas bekerja tanpa had selama tiga hari berturut-turut. Sejam kemudian, seorang pekerja beliau menerima mesej yang mengatakan Mita Diran telah meninggal dunia.

Kematian Mita menjadi bualan hangat di media-media sosial sama ada di Indonesia mahupun Malaysia kerana beliau yang disifatkan sebagai seorang yang ceria dan periang dan pernah belajar dan bekerja di negara ini sebelum pulang ke republik itu.

Tambahan pula, insiden tersebut berlaku pada musim cuti hujung tahun di mana ramai pekerja yang masih berhempas-pulas menyiapkan tugasan masing-masing tanpa menghiraukan kehidupan yang sihat dan seimbang.

Majikan beliau, Young & Rubican (Y&R) Indonesia mengumumkan syarikat tersebut ditutup hari ini bagi menghormati Mita.

Dalam pada itu, laman web Merdeka.com melaporkan suasana pilu menyelubungi pengkebumian Mita di Jakarta, Indonesia yang selesai pada kira-kira 12 tengahari ini waktu tempatan. (Sumber berita: MalaysiaGazette)


*p/s:... sharing untuk pengajaran dan panduan kita bersama. Aku tak mahu mengulas apa-apa, boleh faham rasanya mesej daripada berita ini. Kepada keluarga Mita, semoga mereka diberi kekuatan menempuh ujian ini.

Monday, December 9, 2013

Biadap & sadis...!

Bayi itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.
Apabila manusia semakin biadap, zalim lagi sadis. Natijahnya, seorang bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran rumah kedai baru di Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia , di sini pagi tadi.

Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dibuang di tepi longkang di sebuah kawasan rumah kedai sebelum dijumpai oleh orang awam. (Sumber berita: myMetro)

Sejarah bakal berulang...?

Lagi berita pasangan muda berkahwin. Kali ini pasangan pengantin baru berusia 15 dan 16 tahun. Soal jodoh, walaupun ada beberapa contoh yang kurang memberangsangkan. Aku tak mahu komen banyak atau buat sebarang spekulasi.

Jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu ketentuan Allah. Semoleknya, kita doakan yang baik untuk pasangan muda ini. Semoga mereka dapat melayari kehidupan berumahtangga sebaik mungkin dan kekal hingga ke hujung nyawa. Aamiin.

Muhamad Haikal Farith (dua dari kiri), bersama isterinya Nur Hazwani, (dua dari kanan) pada majlis perkahwinan mereka.
Shah Alam: “Saya akan buktikan, mampu menjadi suami terbaik buat isteri, sekali gus ayah dalam keluarga kami yang bahagia, walaupun baru berusia 15 tahun. Restu keluarga dan sanak saudara menjadi kekuatan kepada saya, membuktikan bahawa usia bukan ukuran dalam menentukan kemampuan dan tanggungjawab menjadi suami,” kata Muhamad Haikal Farith Mohd Shah.

Beliau selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, yang masih belajar dalam Tingkatan Empat, oleh Imam Masjid Teluk Kemang, Port Dickson, Rahim Jaafar, kelmarin. Nur Hazwani menerima mas kahwin RM200 dan hantaran RM5,000.

Muhamad Haikal berkata, bapanya, Mohd Shah Abdul Aziz, 43, memohon kebenaran mahkamah bagi membolehkan dia bernikah dengan pasangannya kerana usia mereka yang masih muda.

Semangat membara
Katanya, walaupun beliau muda setahun daripada isterinya, namun semangat dan tanggungjawab semakin membara dalam dirinya terutama selepas selamat dinikahkan bagi memastikan perkahwinan mereka bahagia.
Beliau tidak melihat kegagalan perkahwinan pasangan remaja yang berakhir kurang setahun, sebagai perkara yang menakutkan.

“Walaupun masih muda, saya berusaha menjadi suami terbaik dan memastikan rumah tangga didirikan kekal hingga ke akhir hayat. Memang ramai memandang sinis, tetapi kami akan berusaha membuktikan usia bukan jaminan kebahagiaan.

Keluarga beri sokongan
“Setakat ini keluarga dan adik beradik banyak memberi semangat. Usia muda bukan penghalang untuk jadi suami terbaik dan saya akan buktikan,” tegasnya ketika ditemui membawa pasangannya menziarahi rumah saudara mereka di sini, semalam.

Muhammad Haikal yang sudah tidak bersekolah sejak setahun lalu, membantu perniagaan bapanya yang juga seorang kontraktor binaan.

Mohd Shah berkata, walaupun sudah berkahwin, namun anak dan menantu akan tinggal bersama keluarganya, sementara menantunya akan terus bersekolah.

Bulan lalu, BH mendedahkan perkahwinan sepasang remaja berusia 19 dan 12 tahun, berakhir dengan perceraian seminggu sebelum ulang tahun pertama mereka. (Sumber berita: Berita Harian -9.12.2013)

Monday, December 2, 2013

Apabila manusia lebih syaitan daripada syaitan...!!!

Tiga beradik, Norsyafika Nadia, 14,Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, yang ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan di  kawasan bendang di Alor Senibong, Alor Setar.

Sukar digambarkan betapa sebaknya perasaan aku ketika membaca tragedi yang menimpa tiga beradik ini. Benarlah...apabila manusia lebih binatang daripada binatang, lebih syaitan daripada syaitan! Maka, tiada lagi belas dan kasihan, apatah lagi timbang dan rasa. Semuanya ikut nafsu, lalu jiwa yang tidak berdosa menjadi mangsa. Allah, semoga syurga buatmu sayangku.

Petikan berita Harian Metro:
Alor Setar-Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya dilapor hilang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan separuh bogel kira-kira pukul 3.45 petang.

“Polis belum mendapat petunjuk tentang dua adik mangsa yang dilapor hilang. Operasi mencari mereka sedang dijalankan dengan bantuan unit anjing pengesan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.

Remaja tersebut bersama dua adiknya yang berumur tiga dan 12 tahun dilapor keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci.

Mohd Nashir berkata setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira pukul 2 pagi.

Sementara itu laporan terkini menyebut, dua adik remaja yang dilaporkan hilang itu disahkan maut selepas mayat mereka ditemui di sungai Pekan Langgar di sini petang ini.

Petikan berita: Harian Metro
Alor Setar: “Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka sudah pergi meninggalkan saya serentak. Ini dugaan paling hebat yang perlu saya tempuhi.”

Itu rintihan Rusdi Rani, 38, bapa kepada tiga beradik yang ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan dekat sini, semalam dan kelmarin selepas dilaporkan hilang sejak keluar rumah dengan menaiki motosikal petang Jumaat lalu.

Mayat anak sulung Rusdi, Norsyafika Nadia, 14, dijumpai tertiarap dalam keadaan separuh bogel pada jam 3.45 petang, kelmarin di kawasan sawah padi berhampiran Alor Senibong, di sini oleh orang awam.

Ketika Rusdi berdoa dan berharap dua lagi anaknya yang ketika itu gagal dikesan berada dalam keadaan selamat, dia menerima berita duka apabila polis petang semalam memaklumkan penemuan dua beradik itu.

Mayat Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui di tali air Padang Petani, Langgar, di sini, kira-kira jam 4 petang, semalam, juga oleh orang awam dalam jarak hampir 100 meter antara satu sama lain dan lengkap berpakaian.

Anggota polis menarik mayat Nur Izzati yang dijumpai dalam tali air Kampung Padang Petani.
Mayat Puteri Nurul Akma ditemui 100 meter dari kakaknya.
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital.
Ibu dan bapa mangsa.


Friday, November 29, 2013

Tiz Zaqyah prihatin kanser serviks...

Duta produk MAY, Tiz Zaqyah.
Ni, nak buat kempen khidmat masyarakat sikit. Siapa peminat setia Tiz Zaqyah?

Kalau nak tahu, artis popular juga duta produk MAY, Tiz Zaqyah memberikan sokongan penuh kepada kempen kesedaran kanser servik anjuran MAY dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) dengan kerjasama  pasar raya Giant yang diadakan pagi tadi.

Pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri, Nur Kasih ini pada majlis pelancaran kempen 'May Cares For You 2' di ruang legar pasar raya Giant USJ1, Subang Jaya, turut melahirkan perasaan teruja untuk bertemu peminatnya di samping menekankan kepentingan pengesanan dan pencegahan awal kanser serviks.

"Saya gembira dapat menjadi sebahagian daripada kempen ini, sekali gus membantu mendidik wanita mengenai penyakit ini dan pentingnya pengesanan awal serta pencegahan yang boleh membantu menyelamatkan nyawa mereka. Kempen ini bersempena bulan kesedaran kanser servik pada Januari 2014," kata Tiz Zaqyah pada majlis pelancaran kempen 'May Cares For You 2'.

Sementara itu, sebagai rakan kempen, Giant menyumbang 5% daripada hasil jualan produk May yang dijual di semua cawangan Giant bermula 27 November 2013 hingga 31 Januari 2014 kepada NCSM.

Sebagai masyarakat prihatin, anda juga boleh menunjukkan tanda sokongan  dengan menulis ikrar pada dinding aplikasi ‘May Cares For You’ di laman www.facebook.com/may.shower.range.

Presiden NCSM, Dr Saunthari Somasundaram.







Apakah kanser serviks? 
  • Kanser pangkal rahim.
    • Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit dimana sel-sel di servik membiak dengan luarbiasa.
  • Ia boleh terbahagi kepada :
    • Peringkat awal
      • Berlaku di sekitar servik
    • Peringkat lewat
      • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
      • seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
  • Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
  • Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
  • Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
  • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
  • 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.
Apakah penyebab kanser pangkal rahim?
Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:
  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
Tanda dan gejala kanser pangkal rahim?
Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:
  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
    • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
    • Sakit semasa hubungan seksual
    • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
    • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah
Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?
Ya, boleh. Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.
  • Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
    • Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
  • Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
  • Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear
Apakah ujian yang mengesahkannya?
Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy.
Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :
  • Full blood count
  • Liver function test
  • Renal profile
Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.
Apakah rawatan yang disediakan?
Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :
  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi
Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.
Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?
  • Mencegah lebih baik dari merawat.
  • Amalkan cara hidup yang sihat.
  • Setia pada pasangan anda.
  • Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
  • Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.
 * Sumber: myservik.gov.my

Kempen kesedaran kanser serviks bersama May & Tiz Zaqyah:





Wednesday, November 27, 2013

Johan As'ari pilih Lana Nordin...

Serius dan jujur kata, aku terkejut tatkala membaca berita di bawah. Dan serentak dengan itu datang bisikan halus dalam hati aku, "Jangan persoalkan jodoh orang".

Ya, benarlah kata orang bijak pandai, jangan sekali-kali kita 'berandai-andai', "berkalau-kalau" kerana semua itu kerja syaitan. Janganlah kita mempertikai apatah lagi mempersoalkan ketentuan Allah, kerana sesungguhnya jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu RAHSIA Allah, Dia Yang Maha Mengetahui segalanya. Kita? Cukuplah dengan bersangka baik kepadaNya, kerana bukan selayaknya kita untuk mempertikaikan semua itu.

"Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya. Kami berborak panjang pada majlis itu. Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya."

Akhirnya Johan As'ari pilih Lana Nordin
SETELAH beberapa waktu namanya dikaitkan bercinta dengan penyanyi popular, Shila Amzah, akhirnya pelakon, Johan As’ari dikhabarkan sudah melamar pelakon seksi, Lana Nordin untuk menjadi suri hidupnya.

Berita itu sudah tentu mengejutkan ramai pihak termasuk peminat-peminatnya bahkan mungkin ada yang menyifatkan ia hanya sebahagian promosi filem atau drama.

Berkata kepada Berita Harian, Johan melamar Lana selepas tiga hari berjumpa. Johan turut mengakui mengalami cinta pandang pertama apabila bertemu Lana ketika menjayakan sebuah program, bulan lalu. Tiga hari kemudian, Johan nekad melamar Lana untuk dijadikan isteri.

“Jodoh pertemuan, ajal maut adalah ketentuan-NYA. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya. Kami berborak panjang pada majlis itu. Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,” katanya.

Akui tempoh tiga hari itu terlalu awal, Johan yakin cinta bakal disemai selepas berkahwin. Pelakon filem Paku itu juga akui sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan memimpin keluarga.

“Ketika melamarnya, Lana beritahu dia mahu mencari lelaki yang boleh membimbingnya menjaid insan lebih baik. Kalau ikutkan, kami tidak mahu menangguhkan perkara baik dan mahu bertunang sempena tarikh pertemuan. Cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa-gesa,” katanya yang enggan berkongsi tarikh pernikahan.

Sejak bercinta, Johan memberitahu bahawa Lana sudah mengelak memakai skirt pendek.

“Saya nampak ketulusan hatinya, walaupun terkejut saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan. Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya minta dia bertemu terus dengan keluarga andai benar-benar serius,” katanya.

Ketika nama Shila Amzah dibangkitkan, Johan berkata sudah menjelaskan bahawa keakraban mereka sebatas abang dan adik. Kata Johan, hubungannya dengan Lana sudah dimaklumkan kepada ibu Shila dan mereka merestuinya. (Sumber berita: Sinar Harian/Berita Harian)

Monday, November 18, 2013

Ahmad Ammar Ahmad Azam, syahidnya pejuang muda berjiwa besar...




Ya Allah, sungguh terpukul batin aku tatkala menyaksikan video di atas (malam tadi ketika mahu mengulit mata). Rasa malu, kecewa, kesal, pedih, rugi…ah semua rasa berbaur menjadi satu, sukar untuk aku luahkan melalui kata-kata. Menggigil kalbu aku melihat setiap paparan di dalam video ini, hanya Dia saja Maha Mengetahuinya.

Kesannya, aku gigih mencari empunya diri di dalam video di atas. Berbekalkan nama penuhnya, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam Ab Rahman, aku menemui beberapa informasi mengenainya. Penemuan yang membuat hati aku terkesima, Ya Allah betapa hebatnya pejuang muda berjiwa besar ini.

Dalam pencarian aku, aku temui juga informasi di bawah ini. Kata-kata Presiden ABIM, HAJI AMIDI ABD MANAN, yang didapati daripada blog milik chedinsphere.blogspot.com . Walaupun informasinya tidaklah begitu lengkap, namun cukup untuk menjelaskan siapa Ahmad Ammar Ahmad Azam Ab Rahman (boleh rujuk petikan tulisan Haji Amidi di bawah).

Salam.
Warga besar PKPIM-ABIM-WADAH dan rangkaiannya mengucapkan takziah atas kembalinya ke rahmatullah, sahabat kita Saudara Ahmad Ammar bin Ahmad Azam Ab Rahman, anak kepada Tuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman (mantan Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH).

Ammar ialah seorang ahli dan pimpinan ABIM yang aktif. Beliau meninggal di Istanbul (yang berada di sana kerana mengikuti pengajian peringkat ijazah). Anak lelaki tunggal Tuan Hj Ahmad Azam ini telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di Istanbul.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham dan dikurniakan ketabahan dan keredhaan kepada Tuan Ahmad Azam sekeluarga. Seluruh warga PKPIM-ABIM-WADAH amat merasai kehilangan beliau yang merupakan permata bagi perjuangan Islamiah ini. Allahyarham adalah bintang yang berpotensi untuk bersinar pada masa akan datang.

Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC) dan sedang melanjutkan pengajiannya di Turki dalam bidang Sejarah. Anak yang dipersiapkan oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi mujahid dakwah telah dipanggil Penciptanya pada 2 November 2013. Hanya kepada ALLAH kita berserah segalanya dan mudah-mudahan ALLAH merahmati dan memberi ganjaran setimpal kepada kedua-dua ibu bapanya yang ‘menyerahkan’ kembali anakanda mereka dengan penuh redha. Aamiin.

Ahmad Ammar seorang anak muda yang baik. Jarang dapat ditemui anak muda sepertinya. Tekun dan berdisiplin, taat dan bercita-cita tinggi. Tidak banyak bersuara di depan ramai. Pandai menempatkan diri di tengah khalayak dan paling menyentuh perasaan ialah apabila mengingatkan perilakunya yang penuh sopan serta sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Semoga Allahyarham menjadi penuntun ibu bapanya ke syurga.

Allahyarham Ahmad Ammar, bersemadilah engkau di sana. ALLAH menyayangimu. Sungguh, hidupmu bersama perjuangan, matimu pula ketika dalam perjuangan, ditakdirkan ALLAH, jasadmu juga bersama para pejuang-pejuang agama ALLAH yang mati mereka juga di dalam perjuangan.

Hidup dikelilingi orang-orang soleh, mati pula bersemadi jasadnya dikelilingi jasad orang-orang soleh. Takdir ALLAH buat hamba-NYA yang terpilih. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui akan hikmah sesuatu peristiwa.

Di Istanbul, Eyub merupakan tempat letaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Merupakan sebahagian daripada pahlawan Islam daripada angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.

Buat anak-anak muda di luar sana, sempena tahun baru hijrah ini, jika tidak dapat berazam jadi orang soleh, sekurang-kurangnya. berazamlah untuk dekat dengan orang-orang soleh. In sya ALLAH, akhir hayat kita akan diiringi oleh orang-orang soleh, didoakan ruh kita oleh orang-orang soleh. In sya ALLAH, semoga kita juga akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.
 

Di bumi yang asing, pemergiannya dihadiri ramai. Beliau telah dikebumikan di sekitar maqam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub Al-Ansari. Selamat bertemu Maha Pencipta saudaraku Allahyarham Ahmad Ammar.

Jenazah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam disolat dan dikebumikan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul Di sana juga terdapat maqam sahabat Rasulullah S.A.W yakni Abu Ayub Al-Ansari R.A.

Awal Muharram di Turki, Ammar disemadikan di Eyub Sultan disaksikan ramai pelajar Risalah an Nur di ketuai Hoca Said Nuri, pemimpin utama Hayrat Vakfi. Hoça Said Nuri
(ada sumber menulis 'Hoja Said Nuri'), pemimpin spiritual gerakan Heyrat Vakfi turun untuk bersama Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan isteri, Puan Hajjah Nur Azlina berserta anak-anak muridnya dalam majlis pengebumian Allahyarham Ahmad Ammar.

Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar disemadikan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi SAW, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama.

Takdir ALLAH, Dato Bandar Eyub memberi pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah. Peristiwa bersejarah ini pasti mempunyai signifikan sejarah buat hubungan dua hala bangsa Melayu-Turki dan Islam untuk menjadi lebih sakti. Tidak lupa juga jasa hubungan dua hala ABIM dan Hayrat İnsani Yardım. (*seperti dipetik daripada tulisan HAJI AMIDI ABD MANAN, Presiden ABIM menerusi blog chedinsphere.blogspot.com.)
 
Perginya Ammar satu kehilangan besar (sumber gambar:chedinsphere.blogspot.com)
...ya, penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki kembali ke rahmatullah pada 2 November lalu selepas terbabit dalam satu kemalangan ketika sedang melintas jalan di bandar Istanbul.

...sama seperti anda, saya juga tertanya-tanya mengapa berita kematiannya begitu diperkatakan. Selepas melihat video di atas, memang wajar pemergiaannya 'menjadi heboh'.  'Pejuang muda berjiwa besar' berusia 20 tahun ini cukup istimewa, lihat saja saat dia kembali bertemu PenciptaNya, seperti:-

* Allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, Turki. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad sahabat nabi, termasuk sahabat Nabi, Abu Ayub Al-Ansari r.a., golongan auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang kenamaan di sana.

* Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar, Allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sana.

* Ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti hadir ketika Allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. Subhanallah!

* Orang ramai berebut untuk menjadi sebahagian orang yang mengusung keranda Allahyarham, Allah 'nikmat yang Ammar dapat sangat luar biasa.

* Tengok sendiri di dalam video ucapan imam di sana, ramai tersentuh dan mengalirkan airmata. Padahal, Ammar, hanya salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.

...dan benarlah, perbuatan baik itu pasti mendapat balasan yang baik daripadaNya.

 
*p/s: Ahmad Ammar Ahmad Azzam, daripadaNya engkau datang dan kepadaNya jualah engkau kembali. Semoga syurga Allah milikmu. Al-Fatehah.

Friday, November 15, 2013

‘Mas Azam’ di dalam 'koran' Malaysia...


Kholidi Asadil Alam
Bukan sekali aku diserang ‘demam KCB’, sering kali berlaku apatah lagi apabila kebosanan, stress atau rasa sangat down dengan pelbagai masalah. Menonton KCB (Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2) membuat aku kembali bersemangat menjalani hidup. Agak keterlaluan barangkali, tetapi harus aku akui dua filem ini sangat memotivasi semangat dalam diri aku.

Sejujurnya, memang minat aku lebih ‘berkiblatkan’ karya dari negara seberang  termasuk novel, muzik juga filem. Bagi aku, karya mereka lebih matang, berisi, pelbagai dan kreatif (tetapi harus juga aku akui, bukan semua karya mereka berhasil menambat cita rasa seni aku).

Mungkin juga kerana saya pernah bekerja dan  sering kali berulang-alik  ke sana, membuat aku selesa serta mudah menerima karya mereka (sekali lagi, pastinya bukan semua tetapi mungkin rezeki aku, kebanyakan 'karya' mereka yang aku jumpa - sama ada baca, dengar atau lihat- berjaya meraih minat aku).

Biarpun dibarisi nama baru, namun persembahan mereka sangat menyerlah.
Sama seperti KCB, aku berpeluang menontonnya (sebelumnya aku pernah berpeluang menonton filem Ayar-Ayat Cinta pada hari ketiga tayangannya) di salah sebuah panggung di daerah Cibubur, Jakarta Timur, Indonesia. Kebetulan ketika itu aku ada urusan dengan seorang teman di sana, jadi aku ambil kesempatan itu untuk menonton karya penuh jiwa keagamaan ini.

Sambutan rakyat Indonesia (terutama sekitar Cibubur itu) kepada filem bergenre keagamaan sangat luar biasa. Buktinya, aku terlepas dua waktu tayangan kerana tiket habis dijual. Keadaan itu membuat aku semakin teruja untuk menonton KCB dan sanggup menunggu berjam-jam untuk mendapat tiket dengan tempat duduk ‘strategik’ (iaitu di tengah-tengah panggung).

Selepas menontonnya, aku sangat puas hati. Satu kepuasan yang luar biasa, pemerannya walaupun masih baru dan kurang pengalaman namun berjaya menghayati watak dengan baik. Sebagai orang baru, pemegang watak utama Kholidi Asadil Alam (Mas Azam) berjaya menonjolkan dirinya.
Pemegang watak utama, Kholidi Asadil Alam ( Khairul Azzam- Mas Azam) & Oki Setiana Dewi (Anna-Anna Althafunnisa)
 
Itu sejarah perkenalan saya dengan Kholidi Asadil Alam sekitar tahun 2009 dan untuk KBC 2 aku hanya berpeluang menontonnya menerusi Youtube saja. Apa-apa pun, aku puas hati dan hingga kini hati aku masih terpaut dengan bakatnya juga Oki Setiana Dewi (selaku heroinnya), aku kira ramai juga berperasaan sama…mungkin?

Oh kenapa aku tiba-tiba bercerita mengenai Kholidi Asadil Alam? Tadi, waktu makan tengah hari aku terpandang akhbar Utusan Malaysia (yang dibaca seorang pelanggan), pada helaian belakang akhbar itu terpampang wajah Kholidi Asadil Alam. Terus hati saya menjerit (dalam hati aje), “Eh Mas Azam di dalam koran (akhbar) Malaysia!”

Lama aku menunggu giliran untuk membaca akhbar berkenaan, sayangnya hingga pinggan kering pelanggan itu belum habis membacanya. Ah…kecewa! Masuk ke pejabat, saya terus buka website Utusan…hehehe!

Aka sharekan perkembangan terbaru ‘Mas Azam’ di sini (aku copy and paste, gambar saja ditukar untuk mencantikkan blog aku ni hahaha). Oh...sebelum baca beritanya, aku mahu share kata-kata 'Mas Azam' dalam KCB 1. Masih terngiang-ngian dalam ingatan, menyihir hingga kini. Nah, ini dia...;

("Saya juga memiliki prinsip. Prinsip hidup. Prinsip hidup Saya itu saya dasarkan pada Islam. Sebab saya paling yakin dengan ajaran Islam. Di antara ajaran Islam yang saya yakini adalah ajaran tentang menjaga kesucian. Kesucian lahir dan kesucian batin. Kenapa dalam buku-buku fikih pelajaran pertama pasti tentang thaharah. Tentang bersuci. Adalah agar pemeluk Islam senantiasa menjaga kesuciar lahir dan batin. Di antara kesucian-kesucian yang dijaga oleh Islam adalah kesucian hubungan antara pria dan wanita. Islam sama sekali tidak membolehkan ada persentuhan intim antara pria dan wanita kecuali itu adalah suami isteri yang sah. Dan ciuman gaya Prancis itu bagi saya sudah termasuk kalegori sentuhan sangat intim. Yang dalam Islam tidak boleh dilakukan kecuali oleh pasangan suami isteri. Ini demi menjaga kesucian. Kesucian kaum pria dan kaum wanita..

"Ketika saya mengatakan bahwa jika sampai saya melakukan ciuman itu dengan wanita yang tidak halal bagi saya, maka saya telah menodai kesucian saya sendiri dan menodai kesucian wanita itu. Dan itu bagi saya adalah suatu musibah yang luar biasa besarnya. Saya telah kehilangan kesucian bibir saya. Tidak hanya itu, saya juga kehilangan kesucian jiwa saya. Jiwa saya telah terkotori oleh dosa yang entah bagaimana cara menghapusnya. Jika bibir ini kotor oleh gincu bisa dibersihkan dengar air atau yang lainnya. Tapi jika terkotori oleh bibir yang tidak halal, kotor yang tidak tampak bagaimana cara membersihkannya. Meskipun bisa beristighfar, meminta ampun kepada Allah tetap saja bibir ini pernah kotor, pernah ternoda, pernah melakukan dosa yang menjijikkan. Saya tidak mau melakukan hal itu. Saya ingin menjaga kesucian diri saya seluruhnya. Saya ingin menghadiahkan kesucian ini kepada isteri saya kelak. Biar dialah yang menyentuhnya pertama kali. Biar dialah yang akan mewangikan jiwa dan raga ini dengan sentuhan-sentuhan yang mendatangkan pahala."

"Itulah prinsip yang caya yakini. Mungkin saya akan dikatakan pemuda kolot. Pemuda primitif. Pemuda kampungan. Pemuda tidak tahu perkembangan dan lain sebagainya. Tapi saya tidak peduli. Saya bahagia dengan apa yang saya yakini kebenarannya. Dan saya yakin Mbak Eliana yang pernah belajar di negeri yang mengagungkan kebebasan berpendapat itu akan bisa menghargai pendapat saya."
)
"Saya sedikit kesal, walaupun filem-filem keagamaan semakin mendapat sambutan, namun penglibatan aktor kita memang menyedihkan.Mereka melakonkan watak seorang ustaz atau imam di dalam filem, tetapi sayangnya, watak yang baik dan dipuji Tuhan itu hanya kekal di dalam filem sahaja."
Ni pulak petikan daripada Utusan online:-

Bukan kejar glamour
Melihat kembali filem daripada seberang berjudul Ketika Cinta Bertasbih, ramai yang terpaut dengan teraju utamanya, Kholidi Asadil Alam atau lebih dikenali dengan nama wataknya, Mas Azam.

Agak sukar untuk melihat seorang ustaz beraksi sebagai teraju utama tetapi itulah yang dipikul oleh Kholidi demi menyebarkan dakwah Islam melalui platform perfileman. Lelaki ini merasa dirinya bertuah kerana dalam sesi ujibakat untuk teraju utama itu, dia dipilih daripada tujuh ribu orang yang hadir ketika itu.

"Ketika itu, saya diuji dalam pelbagai sudut termasuk membaca Al-Quran, berbahasa Arab, pengetahuan mengenai Islam dan juga berbahasa Jawa kerana watak itu berasal dari Jawa. Saya bersyukur kerana sebelum ini saya memang berasal daripada keluarga yang mendalami ilmu agama. Malah keluarga saya sendiri mempunyai sebuah sekolah pondok," katanya.

Daripada seorang yang bergelar ustaz, beralih ke dunia lakonan, ternyata bukan populariti yang dikejar Kholidi. Sebaliknya, lelaki ini melihat filem sebagai salah satu platform untuk dia menyebarkan dakwah agama secara lebih jujur selain mudah sampai kepada khalayak penonton.

"Walau apa pun pekerjaan yang kita lakukan, yang penting adalah niat. Niat itu perlu baik dalam melakukan apa sahaja kerja. Seperti juga lakonan, saya melihat filem adalah satu platform yang mempunyai pengaruh yang tinggi terutamanya kepada golongan muda. Menyampaikan ilmu agama di dalam medium filem seperti lebih mudah untuk sampai kepada khalayak orang muda," jelasnya.

Tambahnya, dia bersyukur kerana perjalanan untuk berdakwah menerusi cabang perfileman dipermudahkan dengan keizinan Allah S.W.T.

"Ada juga aktor-aktor hebat yang turut bersama dengan saya semasa sesi uji bakat tetapi syukur, saya yang terpilih untuk membawa watak itu."

Ketika sesi uji bakat itu, sama sekali saya tidak memikirkan untuk menjadi seorang pelakon yang terkenal atau sebagainya.

"Apa yang saya tahu ketika itu hanya mahu menjalankan tugas sebagai seorang khalifah untuk menyebarkan dakwah dan syiar Islam,"jelasnya.

Tambahnya, dia gembira kerana filem-filem berbentuk keagamaan dan kerohanian sudah semakin banyak dan mendapat sambutan di kalangan penonton.

Berbicara lebih lanjut mengenai industri perfileman dalam genre keagamaan khususnya, Kholidi menyatakan rasa sukacita kerana ia semakin mendapat perhatian hebat. Ini lebih memudahkan karya-karya bercorak keagamaan untuk menembusi pasaran berdasarkan sambutan yang diberikan masyarakat hari ini.

"Alhamdulillah, filem-filem berbentuk keagamaan ini semakin mendapat sambutan dan ia sesuatu yang baik di kalangan masyarakat. Dakwah melalui filem ini memang penting kerana kuncinya ialah untuk menarik penonton kembali ke jalan yang direda Allah."

Tambahan pula, kebanyakan penonton yang hadir ke panggung terdiri daripada golongan muda dan itu lebih baik agar golongan muda sentiasa peka dengan ajaran Islam," jelasnya.

Namun, dalam kegembiraan itu, masih terselit rasa duka bila berbicara mengenai perkembangan filem berbentuk keagamaan pada mimik wajahnya. Ini kerana, dalam alam realiti, seharusnya pembawa karektor keagamaan itu sendiri lebih menghayati ajaran agama dan berusaha untuk menjauhkan diri daripada anasir tidak sihat.

"Saya sedikit kesal, walaupun filem-filem keagamaan semakin mendapat sambutan, namun penglibatan aktor kita memang menyedihkan.Mereka melakonkan watak seorang ustaz atau imam di dalam filem, tetapi sayangnya, watak yang baik dan dipuji Tuhan itu hanya kekal di dalam filem sahaja."

Hakikatnya setelah habis pengambaran, watak itu hilang dan mereka kembali bersosial dengan cara barat dan itu yang menyedihkan saya.

"Begitu juga dengan aktres terutamanya yang membawakan watak wanita bertudung. Hanya di skrin sahaja tetapi di luar, tudung pun hilang. Ia sesuatu yang tidak seharusnya berlaku kerana kita bukan sahaja perlu berdakwah di dalam karya, tetapi juga di alam realiti, " katanya dengan nada sarat kecewa.

Dalam nada kesah itu, Kholidi sentiasa berdoa semoga makin ramai pelakon yang berhijrah supaya lebih dekat dengan Allah S.W.T. baik di dalam mahupun diluar media filem. Tambah Kholidi, kebanyakan pelakon lebih gemar tampil dengan imej barat adalah kerana khuatir dengan rezeki yang bakal berkurangan jika menampilkan imej Islam.

"Ramai yang takut. Satu adalah kerana khuatir mereka bimbang rezeki akan berkurangan. Sepatutnya mereka sedar, rezeki adalah kurniaan daripada Tuhan dan jangan khuatir dengan imej Islam kerana rezeki tidak akan berkurang," tambahnya.

Jelas Kholidi lagi, selepas dia membintangi filem Ketika Cinta Bertasbih, rezekinya semakin bertambah sehingga dipelawa ke negara luar, termasuk ke Hong Kong."

Bukan sahaja Hong Kong, malah, banyak negara yang saya sudah lawati di Asia Tenggara termasuk di negeri Kelantan untuk menyampaikan ceramah agama. Rezeki semakin luas dengan pendekatan ini," ujarnya.

Kelibat Kholidi sewaktu menyampaikan puisi sempena majlis ulang tahun ke tiga stesen televisyen TV Al-Hijrah mengundang tanda tanya. Tanda tanya seperti adakah dia akan bersama dengan stesen tersebut dalam program-program keagamaan yang yang terdapat di stesen itu.

Menurut Kholidi, dia ada berbincang dengan penerbit untuk bekerjasama dan mungkin menjadi pengacara di stesen tersebut.

"Selain daripada berlakon, memang saya meminati bidang pengacaraan dan bercita-cita mahu menjadi seorang pengacara," jelasnya.

Menurut Kholidi lagi, dia ada berbincang dengan penerbit stesen itu untuk tentang program makanan berunsur Islam.

"Di Malaysia ini, agama Islamnya sangat kuat dan makanannya juga menarik dan sedap untuk di makan. Lagipun, makanan halal ini sememangnya tinggi dengan khasiat dan itu yang ingin kita paparkan kepada masyakarat," jelasnya.(Sumber berita: Utusan Online)

*p/s:...maaf, agak panjang entry aku kali ini. Silalah maafkan aku ye, al-maklumlah aku sedang 'dirasuk' 'Mas Azam' ku ini hahahah.

Thursday, November 14, 2013

Apabila Datuk Siti tegur Yb KJ...

Apa Uolls buat apabila baca, tengok atau dengar sesuatu yang bertentangan dengan prinsip atau pegangan Uolls? Simpan dalam hati? Rancak bersembang dengan kawan-kawan (pasal hal itu)? Maki dan hamun (pasal hal itu) sorang-sorang?

Aku percaya, Uolls ada buat salah satu daripada tindakan di atas. Betul tak? Apatah lagi di zaman popularnya penggunaan serta penguasaan media sosial hari ini. Facebook, Twitter, Instagram, Keek dan banyak lagilah bahan sosial yang sangat in sekarang ni.

Setiap benda baru pasti ada baik dan buruknya, sama seperti medium itu. Apabila media sosial diguna pakai secara meluas termasuk golongan pemerintah, maka tambah meriahlah fungsi, pengaruh dan kesannya.

Sama seperti kontroversi yang membabitkan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin apabila membuat teguran secara terbuka kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) menerusi laman Twitter peribadi miliknya. Tindakan penyanyi itu ternyata mengejutkan banyak pihak terutama peminatnya dan beliau di dalam Tweet lain, menegaskan  pendapatnya itu dibuat atas kapasiti rakyat biasa yang memerhati.

Baik KJ mahu pun Siti, menggunakan kapasiti masing-masing untuk bersuara.
Penyanyi berusia 34 tahun itu menerusi akhbar Kosmo memberitahu, dia terpanggil untuk membuat teguran itu setelah membaca laporan akhbar mengenai kenyataan Khairy Jamaluddin yang membidas bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir supaya tidak campur tangan dalam kemelut menteri itu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


"Teguran saya itu dibuat secara ikhlas tanpa ada kepentingan apa-apa.Apabila saya membaca kenyataan beliau di dalam akhbar, sebagai orang biasa, saya terpanggil untuk membuat teguran. Kalau boleh, saya enggan perkara ini menjadi kontroversi disebabkan saya ini seorang artis. Saya meletakkan diri sama seperti rakyat biasa dan percaya mesti ada orang lain yang turut memberi teguran sama," jelas Siti.

Kemelut yang perlu ditangani dengan lapang dada.
Sebelum ini Khairy pernah menyifatkan Jamal sebagai ‘budak suruhan’ FAM apabila pergeserannya dengan persatuan bola sepak tersebut dikritik Jamal namun dakwaan itu dinafikan. Selepas penafian dibuat Khairy dilaporkan mengeluarkan kenyataan di media seperti berikut;

“Jika beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur. Orang luar tidak harus campur tangan urusan menteri dengan persatuan sukan kebangsaan!”

Hurmmm...kita sedia maklum, penyanyi popular kelahiran Kuala Lipis ini jarang sekali menimbulkan kontroversi. Sementara KJ, ramai tahu dia memang lantang menyuarakan pendapatnya termasuk mengkritik FAM  berhubung isu jualan tiket final Piala Malaysia dan kemuncaknya, teguran kepada Jawatankuasa Keselamatan FAM susulan penemuan pistol di Stadium Shah Alam pada 3 November lalu.


Teguran terbuka dan kelantangan dua individu ini akhirnya menjadi sumber 'perbalahan' di media sosial. 

Jadi sekarang ni, kontroversi ni (Datuk Siti-KJ) sama naik hangatnya dengan pergeseran KJ-FAM. Semua itu 'berkat' bersosial di media sosial. Secara peribadi, aku tak salahkan Siti. Dia juga macam kita-kita ni, ada keinginan nak menegur apabila rasa tak puas hati dan bertentangan dengan prinsip dia. KJ juga tak boleh disalahkan. Status dia sekarang adalah menteri yang bertanggungjawab ke atas tugasnya, dia bersuara atas kapasiti seorang menteri. Cuma, kelantangannya kurang disenangi. Apa-apa pun, perselisihan faham seperti ini perkara biasa dan tak perlu dikontroversikan. Setuju...?

*p/s: ...sekadar pandangan peribadi aku, selepas mengikuti perjalanan kontroversi ini. Harap aku cuma satu, masing-masing berganding bahu untuk memantapkan sukan negara. "Majulah sukan untuk negara"...hehehehe!

Wednesday, October 30, 2013

Gila media sosial? Jom ikut cara Jamie Oliver...

Ditengah kegilaan warga dunia menekunkan diri dengan media sosial, chef popular Jamie Oliver ada cara tersendiri untuk mengawal keadaan ini. Bagaimana? Jom baca artikel di bawah.


Chef Selebriti Jamie Oliver Haramkan Anak Akses Media Sosial 
CHEF Selebriti Britain, Jamie Oliver telah mengharamkan dua orang anak perempuannya daripada memiliki telefon bimbit atau mengakses rangkaian media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram kerana khuatir mereka akan menjadi mangsa buli.

Chef berusia 38 tahun itu yang mempunyai empat orang anak bagaimanapun seorang pengguna media sosial yang aktif termasuklah memuat naik pelbagai foto keluarga menerusi Instagram.

Namun dia tidak membenarkan anak perempuan sulungnya Poppy, 11, dan Daisy, 10, daripada mengakses mana-mana rangkaian media sosial.

Malah dia tidak langsung membenarkan mereka memiliki telefon bimbit sendiri.

Bercakap kepada majalah Closer, Jamie berkata: “Sebaik sahaja saya mendapat tahun yang dua orang anak perempuan saya membuka akaun Instagram mereka sendiri secara senyap-senyap, saya terus mengarahkan mereka menutupnya. Saya memang tidak suka.”

Kata chef itu lagi, dia sedar yang anaknya Poppy sudah pun berusia 11 tahun dan menjadi satu-satunya murid di dalam kelasnya yang tidak dibenarkan memiliki telefon.

“Ya memang benar, tindakan saya itu mungkin kelihatan keterlaluan sedikit, tetapi pada masa yang sama saya perlu memikirkan kemungkinan yang mereka (anak-anaknya) akan menjadi mangsa buli menerusi laman sosial ini semua,” tegasnya.

Adalah dipercayai yang Jamie bertindak demikian berdasarkan pengalaman masa lalu yang menyaksikan bagaimana anak-anaknya menjadi mangsa perhatian ramai kerana status selebritinya dan juga kemunculannya di kaca televisyen.

Jamie Oliver, yang memiliki lima buah restoran atas namanya dan sekolah memasak menambah: “Saya tidak pasti sampai bilakah larangan ini akan berkuat kuasa termasuklah mengharamkan mereka menggunakan telefon pintar tetapi saya berazam untuk mengekalkannya selama mana yang boleh.” (Sumber berita: Mstaronline)

Tuesday, October 29, 2013

Kenyataan tak cerdik seorang menteri...

Muhammad Rafi’ie Azizan, anak kelima Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak
 YAN - Keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak mahu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat permohonan maaf secara terbuka.

Anak kelima daripada isteri pertama Allahyarham, Muhammad Rafi’ie Azizan, 32, berkata, beliau berbuat demikian kerana berasa kecewa berhubung kenyataan Muhyiddin yang mengaitkan penyakit kencing manis dengan kematian sambil mencontohkan ayahandanya.

“Saya mewakili kedua-kedua bonda saya, adik beradik saya serta sanak saudara Allahyarham ayahanda begitu terguris hati dengan kenyataan dibuat oleh Muhyiddin ketika berkempen, 26 Oktober lalu, genap sebulan kembalinya ayahanda ke rahmatullah.

“Beliau yang menyandarkan keputusan kerajaan mengurangkan subsidi gula dalam Bajet 2014 telah mengaitkan keputusan kerajaan tersebut dengan penderitaan Allahyarham ayahanda, berikutan prosedur pemotongan kedua-dua belah kaki Allahyarham akibat penyakit diabetes,”
katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

Menurutnya, beliau tampil membuat kenyataan media kerana ucapan Muhyiddin telah menyentuh sanubari mereka sekeluarga yang masih bersedih kehilangan insan tersayang.

“Air mata kami sekeluarga belum kering mengenangkan Allahyarham ayahanda dan kerinduan kami kepada ayahanda masih menyelubungi setiap detik yang kami lalui.

“Kehilangan Allahyarham ayahanda terlalu besar buat kami sekeluarga untuk dijadikan sebagai sandaran dan alasan bagi kenaikan harga gula oleh pihak kerajaan. Atas alasan apa sekalipun, dalam suasana pilu yang sedang kami sekeluarga hadapi, kami sekeluarga tidak dapat menerima ucapan dan sandaran beliau itu,”
katanya.

Ini berikutan, kenaikan harga gula itu sebenarnya adalah untuk mengurangkan beban kerajaan dan bukannya untuk mengurangkan jumlah penghidap diabetes.

“Kami memohon supaya Muhyiddin dapat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kedua-dua bonda saya yang tercinta, adik beradik saya dan sanak saudara, sama ada yang dekat mahupun jauh, yang telah tersinggung dengan ucapan itu.

“Muhyiddin tidak wajar sama sekali menyeret penderitaan Allahyarham ayahanda Azizan sebagai modal politik beliau,"
katanya. (Sumber berita: Sinar Harian)

p/s: ...berhujahlah dengan fakta yang tidak menyingung mana-mana pihak (atau individu). Bercakap sesuatu membabitkan nama orang yang telah meninggal dunia bukan saja satu penghinaan nyata, malah satu yang bersifat tidak adil kerana si mati tidak lagi berupaya mempertahankan dirinya.

Alhamdulillah...Tahniah Mizz Nina

Benarlah, apabila Allah berkehendak mudah saja bagiNya untuk membalikkan hati yang dikehendaki. Bagi peminat penyanyi yang lincah di pentas nyanyian ini pasti sejuk hati melihat hijrah dirinya ketika ini.

Syukur, dalam keterujaannya memantapkan kerjaya seni isteri kepada Noh Hujan ini melakukan penghijrahan dalam hidupnya dengan tampil berhijab selepas selesai menunaikan fardu haji. Kita doakan perjalanan hijrah Nina dipermudahkanNya.

Petikan berita:
Penyanyi Mizz Nina mengesahkan yang dia kini sudah pun berhijab selepas pulang daripada menunaikan Haji di Mekah pada Jumaat lalu bersama suaminya vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 29.

Pegawai perhubungan awam penyanyi wanita itu, Joe Saiful, berkata, Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 33, bagaimanapun memberitahu dia masih belum bersedia untuk bertemu atau menjawab sebarang persoalan media mengenai perubahan imejnya itu.

"Buat masa ini Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu. Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah pun bertudung," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin.

Tambah Joe, Nina memerlukan sedikit masa untuk tampil kepada media serta khalayak dengan imej yang bersesuaian.

"Nina seorang yang sangat peka dengan imejnya sebagai selebriti dan apabila sudah berhijab, Nina sedang mencari imej yang bersesuaian sebelum tampil di khalayak. Dalam pada itu, banyak juga perubahan yang harus dilakukan dalam karier muziknya. Sebab itu dia perlukan masa. Diharap semua pihak dapat memahami situasinya," tutur Joe.

Miz Nina juga merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Malaysia, Tan Sri Azman Hashim. (Mstaronline)