.

Showing posts with label Majalah. Show all posts
Showing posts with label Majalah. Show all posts

Wednesday, September 10, 2014

Gila-gila si heroin Rindu Awak 200%...

Kenal tak siapa? Nak baca sikit pasal dia...
Balik2 pasal makanan, emosi...boring kan...nah, kita tukar topik lagi. Ni nak cerita balik kenangan awal tahun, time shooting selebriti bulan ini with Ayda Jebat...heroin drama Rindu Awak 200%. Time shooting tu, belumlah lagi muncul dramanya. Kenapa aku sibuk nak cerita pasal artis sorang ni? Nak tumpang populariti ke? Hello...hahahaha!

Act, ada cerita lucu sebelum shooting. Kejadian berlaku di butik Azza (Elite) di Bangunan Mara, Jln TAR, KL. Waktu tu, tengah shooting dengan Azza. Dah habis kerja, lepak dan sembang-sembang kosonglah dengan bekas anggota kumpulan Elite tu. Seronok sembang, muncul sorang gadis...kecil molek...makeup simple...dengan selamba duduk di sofa butik.

Azza menyapa dia dengan membahasakan dirinya, Angah. Dua kali saya toleh...eh...Wawa Zainal, tapi mana tudung? Aku diam dan biarkan je Azza leka bersembang dengan gadis yang dipanggil Angah tu. Kemudiannya Azza beritahu..."Alang, ni Kak Anis frm Jelita. Dia datang interview Angah...", "Eh Uolls kalau ada slot lagi, bolehlah interview adik kita ni. Dia berlakon jugak...dulu masuk AF."

Hah! Sejak bila Wawa Zainal masuk AF? Rupa-rupanya, bukan Wawa tetapi Ayda Jebat. Serius, sekali imbas mukanya ada iras Wawa. Cara senyum...cuma agak 'aktif' dan 'gila-gila'. Kata Azza, memang ramai yang 'ingat' si Ayda tu Wawa...so, bukan aku sorang je la yang 'salah' pandang 'kan kan kan!

Seminggu kemudian, baru aku sempat call dia (Ayda). Bukan main ceria dia bila aku panggil datang shoot di studio Jelita. Perjanjian kami, dia bawak persalinan sendiri (baju shooting) dan aku sediakan makeup artist. Dia tak banyak songeh...semua ok. So, setlah semua dengan sekali petik hahaha.

Hari yang dijanjikan (lebih kurang dua minggu selepas set date), dia muncul awal 1 jam. Makeup artist aku...Cik Yip pun belum sampai lagi. Sebab janjinya jam 3pm, hari Jumaat pulak tu. So, kami minum2 &  sembang santai sekali gus sesi interview.

Aku tak pasti orang lain, tapi memang ramai jugak kata dia ada iras Wawa Zainal, so itu juga antara topik sembang kami.

Hasil shooting kami...
Setengah hari bersama pelakon genit ni, kesimpulannya aku menyenangi cara dia bawa diri. Tak sombong, ramah, cepat mesra, senang beri kerjasama dan sembang pun main 'lepas' je. Pendek kata, dia memang sempoi. Pose pun kemain handalnya.

Lepas shooting, kami selalu jugak contact walaupun waktu tu dia shooting drama di Korea. Rajin juga dia whatsapp gambar di sana (aku lupa shooting drama apa...tapi dia tampil bertudung dlm drama tu...)

Dek sibuk, masing-masing jarang contact...just saling like2 gambar di IG je. Lepas muncul dalam drama bersiri Ride, dia semakin sibuk dan aku sendiri huru-hara dengan projek baru. Eh tau2 dia muncul jadi heroin Zul Arifin dalam drama Rindu Awak 200%.

Mulanya aku tak perasaan, sampai teman sepejabat beritahu..."Nis,adik ko tengah hot sekarang...jadi heroin, ramai followers drama tu!" Aku terpinga-pinga, maklumlah jarang 'tunggu tibi'. Rupa-rupanya 'adik' yang dimaksudkan, Ayda Jebat. Alhamdulillah...aku tumpang gembira...tumpang bangga tengok peningkatan dan kemajuannya. Lain-lain, aku tak nak tumpang hehehe!

Itu secebis kisah perkenalan kami. Singkat tetapi bermakna (sebab aku memang suka orang yang ceria...'lepas laku' dan tak banyak songeh terutama waktu bekerja). Mungkin sekarang dia semakin sibuk, followers pun semakin ramai nak dilayan...so tak cukup masa untuk saling berhubung. Tak kisah pun, itu perkara biasa dalam kerjaya aku sebagai writer/wartawan. Mereka datang dan pergi... kalau masih sudi berhubung...masih ingat, Alhamdulillah. Ada ruang dan waktu boleh bekerjasama lagi... be professional je.

Saturday, August 9, 2014

Jadi penulis, kerjaya tak mencabar...?

Raya tu hari cuti agak lama, puaslah keliling rumah. Tegur Makcik B, usik-usik manja Makcik C, melangut di serambi rumah Makcik D, kacau Pakcik E yang dok ralit gentel rokok daun. Huishhh... semuanya aku buat bila bosan menerjah. Mana maunya dok dalam rumah sepanjang hari, dengan line Internet yang membunuh keterujaan!

Dalam ramai2 aku jumpa, ada seorang dua yang jenis mulut longkang...lebih busuk dari longkang pun ada. Bab mengutuk depan2 tu aku kerjungkan hati je, malas nak membidas...kes hormat orang tua. Ma tak ajar anak dia jadi biadap!

Cuma dengan seorang ni 'syaiton' dalam kepala terlepas ke alam nyata. Agaknya terbakar kot kat dalam tu dengar macam2 kutukan hahaha. Kesnya, seorang minah ni dok sibuk tanya aku kerja apa...dok kat mana...kenapa dapat cuti lama sedangkan adik dia yang kerja jugak kat kolumpo dapat cuti 4 hari jek (...ater...apa kaitan dengan aku, bukan kerja 1 office pun hahaha...aneh2 depa ni).

Si minah baju biru blink2: Kerja apa kat KL tu, boleh pulak cuti lama2? Kerja kilang?
Aku: Kerja kilang boleh cuti lama2 ye, tak tahu pulak!
Si minah baju biru blik2: Kalau kerja opis mana boleh cuti lama2, macam adik saya tu. Empat hari je dapat cuti.
Aku: Kerja saya tak semestinya kena masuk office, janji kerja siap.
Si minah baju biru blink2: Kerja ap gitu?
Aku: Saya penulis. Menulis utk majalah online.
Si minah baju biru blink2: Penulis? Ingatkan manager! (Dengan senyum sinisnya)
Aku: Oh, adik awak manager ke kat office dia?
Si minah baju biru blink2: Dia pegawai tapak projek (dengan muka dan senyum bangga).
Aku: Oh, ingatkan manager!
Si minah baju biru blink2: Kerja menulis tu boleh hidup ke?
Aku: Rezeki daripada Allah, Alhamdulillah...cukup untuk bayar loan rumah, kereta, bagi Mak dan tanggung hidup.
Si minah baju biru blink2: Kerja menulis kat majalah tu tak mencabar rasanya, tak macam pegawai, cikgu, doktor. Kalau kerja tu mencabar baru orang pandang.Kita pun rasa bangga nak bercerita kat orang.

...itu antara rentetan perbualan kami, kalau nak ditaip semua kat sini memanglah panjang. Sebab, aku ni jenis kalau dah start membidas panjang cerita hahaha. Apatah lagi kalau lawan aku tu jenis kurang ajar....

Apa perasaan uolls apabila orang kutuk kerjaya pilihan Uolls? Aku? Haruslah sentap! Apatah lagi kalau menyentuh soal sumbangan. Aku percaya, setiap orang mahu memilih kerjaya berdasarkan kemampuan dirinya. Ramai yang sanggup belajar bertahun-tahun semata-mata untuk menggapai kerjaya impian. Macam tu jugalah aku.

Menulis ni dah sebati dalam diri aku. Alhamdulillah, rezeki aku juga dalam dunia penulisan. Kerjaya penulisan dah bawa aku berjalan merata (haruslah free 'kan), dah beri peluang saya jumpa macam-macam jenis orang termasuk yang berpangkat tinggi dalam negara. Dapat duduk bersembang empat mata dengan golongan VVIP, VIP, kerabat diraja, doktor, pensyarah, dekan, pakar sains, artis, model...pendek kata, memang speciallah kerja aku ni.

Saya juga teruja kerana berpeluang menulis pelbagai artikel, pernah dapat penghargaan utk hasil tulisan sendiri dan banyak lagi. Dalam kerjaya ini, pelbagai onak duri juga dah aku tempuhi. Pahit maung, tendang terajangnya...Allahu Akbar...tanyalah mana-mana penulis, mereka pasti ada cerita dan pengalaman tersendiri untuk merealisasikan hasil tulisan mereka.

Dipuji, digertak, diherdik, dihalau, diragut, disamun, ditipu...semuanya dah aku lalui sepanjang kerjaya dalam bidang penulisan. Cuma kini, ruang kerja aku lebih santai. Kebebasan menulis lebih banyak dan perlu lebih kreatif untuk bersaing dengan media baru yang cukup pantas. Ah, itu perkara biasa.

Pucuk pangkalnya, aku nak beritahu setiap bidang kerja ada cabaran serta sumbangan tersendiri. Jadi, jangan meremehkan kerja orang. Benda yang kita nampak mudah, tak semestinya senang. Misalnya, jemput-jemput pisang tu nampak macam senang je nak buat...tetapi berapa ramai yang GAGAL membuatnya untuk kali pertama? Adunan terlebih lembik la, terlebih tepung la, hangus, tawar atau melepek je dlm pinggan (...ni cakap berdasarkan pengalaman sendiri, aku LULUS buat kek, tapi gagal buat jemput2 pisang hahaha). Setuju?


Monday, January 27, 2014

'Projek gila' - Inspirasi Dapur

Jumaat yang penuh berkah, syukur Alhamdulillah. Sebulan bersengkang mata, fikiran sarat dengan macam-macam agenda untuk menzahirkan impian menjadi kenyataan. Syukur ya Allah, pada 25 Januari 2014 kawan aku dan team INSPIRASI MAGAZINE berjaya merealisasikan 'projek gila' mereka yang diberitahu sebelum ini (terima kasih kerana sudi menggunakan pakai buah fikiran aku, ye). 

Allah telah mempermudah usaha mereka untuk menzahirkan e-Magazine (digital magazine) yang diberi nama INSPIRASI DAPUR. Majalah versi digital ini boleh dilayari menerusi laman web www.inspirasimagazine.com

www.inspirasidapur.com

Konsep e-Magazine ini gaya hidup dengan fokus utamanya dunia masakan. Pelbagai tip kesihatan, kecantikan, kekeluargaan dan semestinya masakan dipaparkan di laman ini. Jadi, dengan rendah hatinya mereka menjemput kalian semua untuk 'melawat kawasan'.

Caranya mudah saja, login ke link laman web itu dan daftar masuk (pendaftaran percuma ye). Sebarang maklum balas amat dialu-alukan. Boleh pm mereka di fanpage facebook/Inspirasi e-Magazine Silakan dan terima kasih.*_*

*p/s: Khabarnya, e-magazine Inspirasi Magazine juga bakal menyusul. Bila? Aku akan sampaikan di sini apabila diberitahu kelak. Buat masa ini, Inpirasi Magazine beroperasi sebagai portal online dahulu.

Monday, October 28, 2013

Emma Maembong @ Jelita Cover...


*p/s: ...putih melepak selebriti popular ni, cukup mesra dan disenangi sikapnya. Santai dengan gayanya tersendiri, banyak cerita menarik yang dikongsikan untuk tatapan pembaca Jelita. Begitu juga rencana lain khususnya pendedahan topik 'Penderaan & Penganiayaan Wanita', termasuk langkah demi langkah menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa yang dikongsikan Pengarah Urusan CPP Training and Services Sdn Bhd (CPPTS), Mahathir Manan. 




Monday, September 23, 2013

'Sweet couple' Arja Lee & Faralyna

Yeayyy, hasil kerja siap dan bakal bertemu pembacanya sehari dua lagi. Aku tempek gambarnya dulu ye, story BTS 'nya update kemudian (sebab kena mencari dulu dalam folder iphone, berlambak gambar nak edit...dan aku belum rajin nak 'merapu' hahaha).

Ok...mempersembahkan...Arja Lee & Faralyna Idris-special wedding-Majalah Jelita Oktober 2013 *_*

Sunday, September 1, 2013

Pertembungan jiwa (Part 1)...

Antara dunia penulisan, fotografi dan masakan, ketiga-tiganya sangat menyimpang. Secara jujurnya, aku menekuni bidang penulisan sejak di bangku persekolahan. Sangat menyukainya, sampai tahap berangan di dalam kelas, tengah cuci baju, kemas rumah atau bila-bila masa saja yang sempat. Juga suatu kemestian, sebelum tidur berangan panjang-panjang hahahhaa... *_*

Memasak? Oh, cukup malas. Aku memilih kemas rumah, basuh baju atau pergi pasar daripada disuruh memasak. Yup, paling tak suka kena masak itu ini...dan paling sakit hati apabila masakan dikomen dengan sadis...pedas la...masin la...tawar la. Jadi, aku tak suka masak!

Sewaktu belajar di ASK-Akademi Seni Kebangsaan (kini ASWARA) aku diterima sebagai pelajar jurusan penulisan kreatif. Serius, gembiranya tahap nak tumbuk dinding. Peralatan menulis aku cukup lengkap, siap ada bekas khas taruk segala jenis pen dan aku paling suka kumpul pen merah. Sebab? Entah...suka, itu je saya tahu -_-

Dengan pen merah itu, aku menulis banyak jenis puisi...cerpen...novel (versi separuh jalan hahaha) dan luahan rasa (sayangnya di mana semua itu? Arghhh...). Minat menulis bercambah hari demi hari, meliar dalam jiwa...padat dan padu.

Kemudian, waktu kali pertama diserap sebagai pemberita di sebuah akhbar tabloid tempatan (Warta Perdana). Di situ aku mengasah bakat secukupnya, diherdik, dimaki hamun, hasil tulisan dikoyak dan dicampak dalam tong sampah (time tu semua pemberita baru hanya boleh guna mesin taip ye, bukan komputer). Sakitnya hati, tapi aku ambil semua itu sebagai pembakar semangat.

Lepas 11/2 tahun, aku diterima bekerja di Kumpulan Karangkraf (waktu itu masih di Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr. Ismail). Di situ, tendang terajangnya dunia penulisan akhbar lebih hebat. Masing-masing bersaing dengan cara dan agenda tersendiri, hingga ada waktu aku rasa terlalu kerdil untuk turut sama bersaing.

Uncle Aimi
Dua tahun bertahan, akhirnya aku mengaku kalah (bukan sebab tidak tahan dengan tekanan kerja, tapi serangan peribadi yang menyakitkan jiwa raga) namun rezeki dan jalan aku dalam dunia penulisan masih panjang apabila arwah Aimi Jar (bekas editor Majalah Variapop) menghubungi aku lalu menawarkan jawatan wartawan Variapop. Waktu itu agak cuak, sebab perlu menulis mengenai dunia hiburan sepenuhnya. Nasib baik aku ada basic menulis hal berkaitan hiburan sebelum ini.




Antara koleksi Majalah Variapop hasil kelolaan aku sebagai Editor Variapop. Alhamdulillah dengan pengalaman dan kepercayaan yang diberi.
Lama aku di Variapop hingga dilantik sebagai editor menggantikan Aimi Jar (aku panggil Uncle Aimi) yang ketika itu semakin sibuk dengan shooting drama dengan Skop Production.

Selepas lima tahun mengenalikan majalah itu, aku ditawar mengendalikan produk dari Indonesia terbitan syarikat sama (milik majikan Variapop). Di sini bermulalah penjelajahan ilmu dan pengalaman aku dalam dunia penulisan. Benarlah, jauh berjalan luas pengalaman. Terlalu banyak yang aku pelajari, satu pendedahan yang sangat bermakna dan aku rasa amat bertuah hingga aku tidak rasa penatnya berulang-alik antara KL-Jakarta juga Jakarta-KL.

Sejujurnya, aku sangat berterima kasih kepada Datuk Mustafa Haji Ton atas kepercayaan yang diberikan sepanjang bekerja dengannya. Beliau juga yang memberi peluang aku menjawab jawatan tinggi dan penting di syarikatnya. Aku betul-betul terharu. Gila tak, umur 22 aku dah diangkat ke jawatan Editor!

Juga kepada 'Uncle Mat' Ketua Pengarang Variapop Group merangkap Pengarang Majalah Variasari (nama penuhnya Mohd.Radzi Mahmud) yang sungguh kaya dengan bahasa sastera yang mengkagumkan. Selepas beberapa dua bekerja sebumbung, baru aku dapat tahu dia adalah penulis novel bersiri-Bercakap Dengan Jin. Ya, Tamar Jalis! Wow...bangga dan mengujakan. Tapi penulis otai ni ada pantangnya.

"Jangan sembang kat orang, diam-diam saja tau. Uncle tak nak orang tahu siapa Tamar Jalis,"

"Kenapa Uncle, rugilah macam tu. Uncle tahu tak, saya peminat setia SBDJ tau. Teruja nak heboh kat orang ni."

"Hish...Belum waktunya!"

Uncle Mat, seorang pemerhati yang sangat baik. Dalam ilmunya, rugi kalau tak berguru dengannya.
Setelah sekian lama, akhirnya 'sampai waktu' Tamar Jalis muncul...hehehe ye akhirnya Uncle Mat tunjuk diri ^_^
Itulah dialog 'Uncle Mat' setiap kali saya menggugut dia untuk mendedahkan identiti Tamar Jalis hehehe. Dengan 'Uncle Mat', aku banyak belajar ilmu penulisan secara praktikal. Orangnya sangat sopan apabila menegur kesalahan anak buahnya, buat kita rasa begitu selesa dan mahu mendengar pendapat juga nasihatnya. Terima kasih Uncle Mat, budi dan jasamu kukenang hingga ke akhirnya (nanti saya sambung bercerita lagi pengalaman saya bekerja dengan penulis hebat ini...tunggu ye).


Selepas beberapa tahun, demi mencari pengalaman baru dan memenuhi pelawaan bekerja di Majalah Jelita, aku terpaksa meninggalkan mereka yang banyak berbudi kepada aku. Aku sangat terharu apabila Datuk Mus dan Uncle Mat memberi kata-kata semangat waktu aku beritahu nak resign dan berhijrah ke Majalah Jelita.

Sekarang sudah lima tahun aku bekerja di dalam keluarga besar Majalah Jelita (terbitan Berita Publishing Sdn. Bhd) dan di sini, kesibukannya agak berlainan namun aku masih ada waktu untuk mencuba sesuatu yang baru iaitu dunia masakan.

Hurmmm...panjang lagi aku nak cerita. Tunggu ye, sekarang aku kena lari proses bahan Jelita edisi seterusnya sebelum kena jerit hahahaha!

Thursday, August 29, 2013

Casa Del Rio nan mengujakan...

Dicelah kesibukan mengejar dan mengumpul bahan untuk dateline (tinggal 3 hari jek lagi), aku dihantar bertugas ke luar KL. Walaupun cuma ke Melaka (untuk cover event ‘Lux Sensational Fine Fragrance Media Junket @ Casa Del Rio Hotel, Melaka pada 29-30 Ogos 2013'), tapi perasaan ‘ngeri’ (sebab takut tak sempat proses bahan sebelum dateline menjadi deadline). Apa-apa pun, aku cuba berbaik sangka dengan kemampuan diri sendiri. Jadi, aku gigih usung laptop…konon2 nak menaip dalam bilik hotel nan selesa lagi gah tu hahhaa.

Sayangnya, seperti biasa semangat hanya tinggal ‘semangat’. Muncul ‘semangat lain’ pulak sebaik saja menjejakkan kaki ke lobby hotel. Mungkin sebab dah lama juga tidak ‘bekerja sambil makan angin’, jadi sesi assignment outstation kali ini agak bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.

Alhamdulillah, memang agak beruntung sebab dapat ‘bekerja dalam mood’ dan tempat yang best. Apa tidaknya, penganjur manjakan media jemputan dengan menyediakan penginapan, makanan dan layanan yang cukup mengujakan.

Lokasi berlangsungnya Lux Sensational Fine Fragrance Media Junket  ni terletak di pinggir Sungai Melaka dengan panorama cukup mendamaikan. Majlis juga dijalankan dalam suasana cukup santai dan mesra media.

Selepas memanjakan diri di spa, kami bersiap ke acara minum petang sekali gus sesi penerangan mengenai Lux Sensational Fine Fragrance Media Junket. Lebih kurang jam 8.30 mlm, kami dibawa ke dewan khas untuk menikmati makan malam bersama duta Lux, Nur Fazura (nanti saya update info mengenai Mandian bdan Lux dengan wangian terbaik dan eksklusif yang direka pakar haruman terkenal dunia ok).

Ok, nak cerita sikit pasal lokasi penginapan kami yang best ni. Hotel Casa Del Rio Melaka ini menawarkan penginapan serba mewah dan eksklusif sesuai dengan status hotel butik bertaraf lima bintang berkenaan (terletak No.88 Jalan Kota Laksamana, Melaka yang mengadap panorama indah Sungai Melaka penuh bersejarah).

Lebih menarik, hotel ini menampilkan ciri bangunan berkonsep Mediterranean serta turut menggabungkan kehebatan sentuhan seni bina Melaka, China, Arab, Portugis serta Belanda. Menurut beberapa sumber, kewujudan Casa Del Rio menjadi ikon kebanggaan Melaka yang diletakkan di tangga ke 28 dari 45 tempat yang mesti dilawati (menerusi The New Yorks Times 2012).

Sangat mengujakan aku apabila melangkah masuk ke Bar Rio, River Cafe atau River Grill bagi menikmati sajian makan malam atau sekadar minum petang dengan pelbagai pilihan menu antarabangsa atau tempatan.

Paling dikenang, apabila setiap wakil media disediakan sebuah bilik penginapan serba mewah dengan panorama cukup indah (terutama pada waktu malam ) dari jendela bilik yang menghadap sungai.

Bukan saja bilik penginapan yang cukup selesa, pilihan makanan menyelerakan malah kami diberi peluang menikmati sejam rawatan urut badan di Satkara Spa secara percuma. Sangat best, hokeh..

Tqvm Lux Melaka dan semua PR -Shirlyn, Angie dan lain-lain yang melayan kami dengan sangat mesra. Now...Uolls layan gambar ye (macam biasalahkan...hehehehe).

Bangunan yang tersergam tu Casa Del Rio
Pemamdangan dari lobby hotel
Pemandangan dari balkoni bilik saya
Kata aluan daripada Pengurus Jenama (untuk) Pembersihan Kulit, Unilever Sdn Bhd, Tanya Teng
Bengkel wangian eksklusif bersama media kelolaan Pengarah Wangian Global, Givaudan, David Boyd
Bengkel wangian eksklusif Lux
Persembahan pembukaan
Pelancaran variasi mandian badan Lux bersama dutanya, Fazura
Bergambar kenangan sebelum majlis bersurai
Pose dengan Fazura...hehehee

Sesi makan-makan

Santai-santai sebelum teruskan kerja

Meh manjakan diri...urut jangan tak urut
Dalam hotel ada itik kuning yg cute ni...apa lagi ajak berendam bersama la

Pencuci mulut...wow!
Bergambar lagi sebelum berangkat balik ke KL. Tqvm #LUXMELAKA







Wednesday, July 17, 2013

Maria JJCM 'superbest'...

Siapa tak kenal pengacara yang sangatlah 'banyak mulut' ni. Aku bertuah, sebab dalam sibuk-sibuknya dan berpuasa pulak, dia masih sudi memenuhi permintaan aku untuk buat sesi photoshoot. Seronok sangat dapat berjumpa dan bersembang, rasa macam cepat sangat masa berlalu.

Bab kerja, bagi aku, Maria Tunku Sabri (a.k.a Maria JJCM -Jalan-Jalan Cari Makan-) sangat memberi kerjasama baik...pendek kata 'tip top'. Tak banyak kerenah, walaupun dia selebriti terkenal. Sangat memahami tugas wartawan & jurugambar. Alhamdulillah, dia juga selesa dan suka dengan makeup artis yang aku bawak-Vee Muhamad.

Aku hope sangat, artis, selebriti atau pengacara lain juga ada PR macam Maria JJCM. Glamor dan popular bukan bermakna diri tu kena 'DIVA', ikut resam padi...makin berisi makin tunduk. 'Ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya', bukanlah nak puji Maria JJCM ni lebih-lebih. Tetapi, dia memiliki pakej yang aku maksudkan. Tq Kak Maria sebab sangat mudah diurus dan bekerjasama dengan baik. Jumpa lagi nanti ye.
Maria JJCM hadiahkan bukunya kat aku...terima kasih kak, semoga Dia terus melimpahkan rezeki untuk akak.
Macam biasa sempat posing bagai...
Awek comel ni ratu hati Maria JJCM, so sweet kan. Aku suka rambutnya yang panjang mengurai.

Jurugambar (PP) dan Makeup Vee Muhamad dilokasi. Tq uolls
Inilah buku yang dihadiahkan kat aku dan Vee.
Vee Muhamad tekut mencantikkan Maria JJCM


Tuesday, July 16, 2013

Memey nan manis...

Setelah sekian lama, akhirnya dapat jugak aku date dengan 'dramatis kontroversi' ini (dululah, sekarang rasanya 'mood' dah ok2 saja ^_^). Jumpa biasa-biasa time event tu biasalah, tapi set date dan shooting dengan dia ni kali pertama.

Awalnya ada 'rada' ngeri jugak, maklumlah tak pernah bekerjasama. Cuma chit chat di dalam whatsapp je. Hari ni, hasrat tu tertunai. Awalnya nak gandingkan dia dengan Abby Abadi, sayangnya atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan maka kempunan la aku nak merealisasikannya.

Bercerita pasal Memey, dia memberi kerjasama baik sepanjang shooting. Walaupun dipertengah 'jalan' baby Darwisz (Mohamed Darwisz Hakim, 5 bln) meragam sikit, tapi Memey tetap fokus dengan tugasnya ( photoshoot with Majalah Jelita yang aku kendalikan pagi tadi di Butik ButtonMyButtons).

Jujurnya, dulu aku sempat rasa marah dengan apa yang terjadi antara dia (Memey), Norman dan Abby Abadi. Bagi aku ketika itu, dia terlalu muda untuk terbabit dalam pergolakkan yang sangat2 tidak manis. Apapun, rahsia hidup kita ini milik Allah SWT. Sekarang, syukurlah hubungan mereka bertiga kembali normal malah sangat sweet. Mereka bertiga bagaikan sebuah keluarga bahagia dalam 'konsep' dan 'kefahaman' mereka sendiri, begitu indah aturan Tuhan.

Ok sepanjang photoshoot dengan Memey ni, byk yang kami kongsikan. Ada juga rakaman video yang aku buat sendiri (ala rakam manja2 je) dan akan dimuatkan dalam website Majalah Jelita nanti (sabar ye). Oklah, now saya nak share sikit gambar yang aku sempat snap sepanjang sesi photoshoot ni. Enjoy ^_^

Hehehe...sempat posing jugak tu.
Di butik ButtonMyButtons

Cantikkan baju-baju di butik ButtonMyButtons ni
Makeup artis aku, Vee Muhamad bab berposing no 1 ok *_*

Monday, July 1, 2013

Manisnya Nurul Shuhada & Aida...

Sejuk tak mata uolls tengok cover Jelita bulan ni? Hehehe...
Yeayyy, selepas setengah bulan bertungkus-lumus akhirnya seperti yang ditetapkan Majalah Jelita edisi Julai 2013 menjengah pasaran. Kali ini, menampilkan dua jelitawan nan anggun iaitu personaliti TV popular Nurul Shuhada & Aida (Gadis Melayu). Nak tahu apa rencana menarik di dalamnya, kenalah beli. Penat tahu proses bahan untuk Uolls baca ^_^, terima kasih

Wednesday, June 12, 2013

Sesi memasak bersama Nestlé...

Lama tak memasak beramai-ramai, tetapi semalam aku berpeluang melakukannya bersama teman media lain menerusi  bengkel memasak yang dianjurkan Nestlé dan demonstrasi dikelolakan  selebriti pakar memasak MAGGI ini, Chef Muluk, bertempat di MAGGI Masak-Masak Kitchen Level 1,  Surian Tower, No. 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,  Petaling Jaya.

Ramai juga rakan media yang mengambil bahagian dalam bengkel ini, memang seronok.  Kami berpeluang masak pelbagai makanan enak menggunakan produk Nestlé. Sangat menyeronokkan apabila Chef Muluk berkongsi pengalaman dan tip memasak. Apatah lagi bengkel ini dikendalikan dalam suasana cukup santai, membuat sesi memasak berjalan lancer dan penuh keceriaan. Oh ya, apa yang kami masak?  Tengok gambar-gambar di bawah ye *_*

Bersungguh-sungguh memasak
Hidangan yang dihasilkan menggunakan produk Nestlé
Inilah tempat kami memasak
Antara produk Nestlé yang digunakan dalam sesi demontrasi memasak ini
Rakan media yang mengambil bahagian dalam acara memasak
Bergambar bersama Chef Muluk