.

Monday, April 30, 2012

Erra Fazira...Mama Hot!!!

...Erra Fazira, Mama Hot yg kembali 'beraksi' untuk cover JELITA edisi Mei 2012. Kalau tahun lepas aku interview Erra, kali ini Ila (Shahila Ahmad) punya giliran.

...mcm biasa, Erra tiadalah cerita baru sgt...gosip2 'off record' mmg byk la. Tapi, aku suka kombinasi kaler untuk pakaiannya. Nampak moden dan segar.

...dalam isu ini juga banyak rencana menarik, terutama fesyen pengantin. Bulan ni pun byk benda 'menarik' berlaku, apa pun semua itu pengalaman n pengajaran berguna serta mematangkan. Nak tahu apa isi menarik dalam Jelita bulan ini, belilah Jelita ya. Murah aje, RM7

Aku & Engkau = S.I.M.P.L.E


'Serojaku'...

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah datang dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luar atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan pejuang 'hak-hak palsu' wanita.

Faktor-faktor ini antaranya:

1. Lupa mengingati Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau menjaga anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai daripada mengingati Allah S.W.T. Dan kelalaian ini pada hakikatnya adalah saat yang paling bahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: bermaksud;-
"Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: bermaksud:-
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu, sehingga dia berasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2. Mudah tertipu dengan keindahan dunia
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak membuat wanita terjebak ke dalam perangkapnya. Bukan itu saja, syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup derhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: bermaksud:-
"Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

3. Mudah terpedaya dengan syahwat
4. Lemah iman
5. Bersikap suka menunjuk-nunjuk

* Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang baik adalah wanita soleha

Saturday, April 28, 2012

The making...Pau Jepun *wink*

...hari ni nak balik umah Ma, so lepas Subuh berkecah habis dapur ku kerjakan. Biasanya gitew lah bila nak balik sana, mcm2 benda aku nak bekalkan kat Ma. Kali ni, aku xmo buat Kek Pisang. Lagipun sure Ma boring asyik makan kek pisang jek.

...so, aku dgn gigihnya menge'pau. Ada baki 500g tepung pau, cukuplah utk buat 15-18 biji pau bersaiz sedang2 aje ;).

...mlm td aku dah siapkan inti kari daging. So pg ni, cuma siapkan inti kacang merah je. Beli yg dah siap je, pastu buat bentuk bebola senang nak sumbat dlm pau nanti.

...lepas gigih menguli dan membungkus dgn inti masing2...kukus la sampai siap. Aku cukup suka time kukus ni sebab kejap je dah masak. Alhamdulillah, menggebu mcm biasa pau aku pg ni. Rezeki Ma mkn pau gebu ;)

...jam 11pg siap semua kerja2 memasak n mengemas dapur. Lepas tu, cuci kain pulak...adoi ini paling lemah nk buat tp tetap kena buat jugak!

...1pm, selesai buat apa yg patut. Terus bergegas ke umah Kak Ain utk amik dia dan anak-anak. Mmg penat bekejar sana sini tp seronok sebab dpt lepak2 rumah Ma ramai2. Lg seronok kalau dapat bermlm. Tp apa nk buat anak2 buah aku semuanya bz...kelas tambahan la...kelas agama semua ada. X pe la, dpt balik sekejar pun jd la kan.

Conteng2 utk tanda Pau Inti Kacang Merah
Main conteng2 lg
Pau serius-inti Kari daging

Friday, April 27, 2012

Ribut di pagi hari...

...hari ni terjaga drpd tido masih awal pg, 4.50 pg! Lepas solat sunat, x tak tahu apa nak buat. Jadi, sambil2 layan FB mari kita kecahkan dapur hahahaha.

...dek krn nasik mlm td ada & masih byk, jd mari kita main masak2. Masak yg simple2 je, ala2 rajin tp malas. Kebetulan tak byk benda yg ada dlm peti ais, sekor binatang pun tak ada kecuali ikan bilis. So, kita masak nasi goreng bodo je la...senang khennn!!!

...cili kisar mmg sedia ada, jadi senang kerja. Pung pang...pung pang, siap!

...6.30 pg, lepas solat Subuh, tetiba mata berat semcm. Hehehe...buat kerja jahat, tarik bantal & sambung tido. Nikmatnya, * tp pesanan penaja...jgn amalkan perbuatan ini selalu tak bagus!!!

...8.15 pg, terkocoh2 bangun. Padan muka, sapa suruh sambung tido...hah, kan dah terlajak! Apa lg, mandi ala2 anak kambing la...;). Nasib baik bekal nasi goreng bodo tak tertinggal kalau x jd habuan tong sampah la jawabnya.

...sampai opis dekat2 kul 9.30 pg, perghhh semput di pg hari !!!

Tumis rencah utk nasi goreng bodo ;)
Taraaa...dah siap pun nasi goreng bodo

Tuesday, April 17, 2012

Beto Kusyairy vs Jejaka Pilihan Jelita= MANTOP!!!

…hari ini, pagi2 dah bz semacam. Apa pun seronok, sebab sebelah ptg dpt jumpa pelakon pujaan ramai (ketika ini). OpsS, bukan Abg Long (Aaron Aziz) ye. Yg aku jumpa ni mmg kategori pujaan ramai juga (terutama perempuan).

…aku? Aku pun sama, tp lebih minat pada kualiti kerjanya (lakonan). Sebab, kalau dia berlakon sesuatu watak x nampak sgt dia sedang berlakon. Mcm real jewk, kira ‘hidup’ la kan. Satu lagi, dia jenis selamba n sempoi apabila berlakon…tak mcm kebanyakkan pelakon lain yg kadang nampak gaya mcm nk kontrol2.

…dia mmg tak sehensem Aaron Aziz, or segagah Ady Putra. Tapi, dia tetap tersendiri dan pasti dia juga aktor yg ‘istimewa’ hingga begitu ramai meminatinya ketika ini. Jadi, tak salah kalau aku jadikan dia antara jejaka pilihan Jelita June ini.

…Beto Kusyairy, aktor yg aku maksudnya! Orang kata dia tidaklah popular mana, sure senang dpt dia. Tapi, hah ambik ko…nak dpt date dgn dia kena tunggu 2 bulan. Nasib baik PA + isterinya yg sweet, Tisha senang diajak bekerjasama. Kali kedua diingatkan, dah dapat date. Walaupun lambat, tapi sempatlah masuk list before deadline. Tqvm Tisha.

…aku nak tampilkan kelainan pada penampilan Beto. Puas jugak membelek ‘aksi’nya menerusi Google dan Yahoo. Aku tgk, kebanyakkan penampilannya jenis santai dan sempoi. Jadi, aku plan kasi dia tampil smart dan lari daripada biasa.

…mungkin kerana teruja sebelum bulan ini special sikit (edisi lelaki) + dpt jumpa hero idaman Malaya, jadi rasa seronok je mengatur segalanya. Daripada sesi mencari tajaan baju hingga ke lokasi penggambaran. Alhamdulillah, walaupun last2 minute ada terencat sikit tapi keseluruhannya berjalan lancar.

…jam 1.30 aku, jurugambar dan jurumekap dah standby di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur. Pihak pengurusan hotel sediakan sebuah bilik utk berehat, tukar pakaian dan mekap. Lebih kurang 2.30pm, Beto & Tisha sampai.

…serius, senang sekali bekerjasama dgn Beto mahupun Tisha. Walaupun mereka berdua tak cukup tido, tetapi masih memberi komitmen yg baik kepada kami. Hehehehe…terima kasih.

…Alhamdulillah, photoshoot berjalan lancar dan cuaca juga sgt bersahabat. Lepas selesai shoot baru hujan turun selebat alam, syukur Ya Allah kerana mempermudahkan urusan kerjaku hari ini ;)

…lebih kurang 5.30pm, selesai shoot dan sesi interview. Nak tahu apa yg kami bualkan, boleh belek Jelita edisi June 2012. Ok, skrg aku nak share dgn korang gambar2 the making Jejaka Pilihan Jelita- with Beto Kusyairy.


Gaya masing2 di lokasi photoshoot, time ni cuaca x stabil...matahari kejap2 hilang
Jgn ingat writer keje dia menulis jek, ini juga sebahagian drpd kerja writer apabila ada photoshoot ;)
Pose x menjadi, comey hahahaha mcm budak baik jek kan
Smartkan 'buah hati' Tisha ni ;)
Mcm model jam tgn lak
Suka Oscar dpt lumur muka Beto dgn tuala basah hahahaha
Beto Kusyairy, Lu mmg ada gaya jadi model jam hehehehe...
Tisha keboringan & kemengantukkan huhuhu, sabar betul dia tunggu Hubby selesai photoshoot
Oscar, me & Beto...
Puas panggil Tisha gambar bersama-dia sgt sweet senyum sikit dah cantik...oscar mcm biasa akan over huhuhu
Kenangan mahal ni, entah bila leh jumpa aktor pujaan ramai ni lg. Thanks Beto, kamu sgt mudah diajak bekerjasama. kekalkan sikap itu sampai bila2 ye ;)

Sunday, April 8, 2012

The making of...Serunding Ikan

...arghhh, stresslah!

...ye, aku tgh stress layan En. InDesign yg asyik buat perangai sejak dua menjak nih. Huru n hara rutin aku dikerjakannya. Hari ni, nyaris seharian dok melayan kerenahnya. Entah apa beliau nak, x tau la. Hope2 lepas install yg baru ni beliau berhentilah cari pasal dgn aku.

....sementara tunggu selesai install, masuk dapur jenguk apa dok ada dlm peti ais. Hmmm...serius x tau nak masak apa. Td, time p lawat kawasan kat care4 rambang mata sampai x tau nak beli apa. Sempat rembat ikan, cili kering, tembikai n jus buah jek (padahal punya la seksa cari parking).

...aceli aku cari daging segar sebab teringin nak makan serunding daging superduper pedas! Selalunya kalau beli yg dah siap, ada je halnya. X pedas tu mmg semestinya, tp yg paling sakit bin geram bila rasanya manis. Mmg potong stim betul! Dek kerana x dak daging, x jd la nk bikin serunding daging.

...pk punya pk, akhirnya dpt idea nk menderhaka resipi. Serunding daging kita tukar jd serunding ikan...apa mcm? Cun tak??? Belasah je la labu, janji bikin superduperhot! Biar birat mulut hahahahhaa!

...semua bahan dah tersedia, mcm biasa aku mmg suka menderhaka kat resipi n main belasah jek. Itu le perangai aku, sapa sanggup makan layan la...sapa yg x tu boleh le bikin sendiri or beli jek! Tarak hal punya!

....dah siap blend semua bahan, campak dlm kuali. Kasi garing n pecah minyak, lepas tu campak le isi ikan pulak. Senang kan! Mmg senang sebab si pemalas yg masak hahahhaa (ampun Ma, anak mu sorang ni mmg pemalas ya ampun hahahahaha).

...x yah ckp byk, la ni nasi putih versi lembik bangat (dah ala2 nk jadi nasi air aku kerjakan) dok ada semangkuk atas meja. Apa lagi, jom belasah dgn serunding ikan. Jemput mkn...;-)
Cantik je kalernya, ini kalau dpt daging segar sedap betul ;-(
Akhirnya serunding daging dah jd serunding ikan, x pa la janji pedas!
Pencuci mulut, kena belasah tembikai byk2 sebab BP tgh mencanak naiknya ;-(

Haruskah...

...aku belajar melupakan seseorang yang melupakan aku.

...aku belajar memaafkan semua yang menyakiti aku.

...aku belajar untuk menjadi yang terbaik untuk orang2 yang aku sayangi.
...
Tetapi, ada sesuatu yang tidak mampu aku pelajari iaitu...

...belajar tersenyum disaat orang yang aku sayangi menyayangi orang lain!

Saturday, April 7, 2012

Telanjang sajalah...

Kalau celaknya tidak begitu tebal pasti lebih ayu, bagaimana? Setuju?
"...Nicole Kidman kalau kau hijabkan juga cantik, Nis. Apalagi, Kareena Kapoor...ala2 muslimah Arab yg sungguh santun dan misteri mengiurkan disebalik jubah hitamnya."

"...berhijab @ berjilbab itu bukan hanya semata-mata menutup helaian rambut, tapi lebih daripada itu Nis. Kau tahu itu apa? Iman dan ketaatan seorang wanita itu kepada penciptaNya. Dan skrg, kita sedang bercakap soal hijab, bukan? Kalau kau tanyakan komen aku, terus-terang saat ini aku melihat sedang berlakunya fenomena hijab. Di mana2 riuh-rendah...bagaikan gegak-gempita mengheboh soal perempuan2 berhijab dgn mcm2 gaya. Di tv, di surat khabar, di Internet...malah di majalah kau juga, Nis! Serius, aku sakit hati sekali!"
Nicole Kidman yg manis ;-)


 "Kenapa, bukankah fenomena itu bagus! Semakin ramai wanita berhijab, bukankah itu perkara baik?"

"Baiknya memang, Nis.Tapi, kau lihat tidak bagaimana gaya hijab mereka? Bagaimana pilihan busana yg membaluti tubuh mereka, aduh sakit mataku...Nis! Sakit sekali! Seperti yg aku tegaskan awal2 tadi, berhijab @ berjilbab bukan semata2 menutup rambut daripada di lihat org. Tetapi juga bagaimana mereka menutup aurat lainnya, menjaga pekertinya, menjaga pandangan dan lidahnya.

"Aku tidak mahu memanggil seseorang itu wanita muslimah kalau hanya dia mengenakan hijab tetapi dadanya 'terbuka', susuk pinggang, pinggul malah pahanya masih mampu aku terokai. Ada juga yg bagus, itu tidak aku nafikan. Sayangnya, sudah bagus hampir keseluruhan penampilannya. Malang sekali, solekan wajahnya buat bulu romaku meremang. Fahamkah kau, Nis?"
 
Kareena Kapoor

...dan aku tunduk membisu, tatkala tiba2 secara kebetulan sekali seorang gadis yg mengenakan hijab tetapi bawahan tubuhnya dibalut animal print legging, atasannya baju T lengan pendek separas atas punggung. Kemudian ditambah skirt pendek dari fabrik jean paras bawah sedikit saja dari bahagian punggungnya Serius aku jadi malu, entah apa pula perasaan gadis itu tatkala melalui meja makan kami.

Animal print legging turut jd pilih wanita berhijab, kenapa agaknya ya?
"Tuh, kau lihat itu Nis. Lihat bagaimana kaum mu bergaya. Kau nilaikanlah sendiri, lihat satu persatu. Pada bahagian mana boleh aku kategorikan gadis itu seorang muslimah? Kalau ikut penilaianku, Nis. Bagusnya, si gadis itu telanjang sajalah!"

ADUH!!!



* p/s: ...catatan ini dari kejadian mlm td, waktu aku berkumpul bersama teman2 berbincang mengenai satu projek underground (...insyaAllah, hasilnya HALAL).

Kalau & Mengapa...

…kalau luka dan kecewa akan menjadi masa lalu pada akhirnya. Mengapa harus dibiarkan meracuni jiwa, sedang ketabahan dan kesabaran adalah lebih utama.

…kalau kebencian dan kemarahan menjadi masa lalu pada akhirnya. Mengapa harus diungkit sepenuh jiwa, sedangkan memaafkan dan menahan diri adalah lebih berarti.

…kalau hidup akan menjadi masa lalu pada akhirnya. Mengapa mesti diisi dengan kesia-siaan, sedang ketegaran akan lebih indah dikenang nantinya.

...kalau kesedihan akan menjadi masa lalu pada akhirnya.  Mengapa tidak dinikmati sahaja, sedang ratapan dan tangisan tidak dapat mengubah apa-apa pun.

"Apabila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, Yang mencipta segalanya, Yang menimpakan ujian, Yang menjadikan sakit hatimu, Yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu, kerana tidak mungkin ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.

Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tetapi memang itulah yang DIA mahu, Kerana DIA tahu, Hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA."

Friday, April 6, 2012

Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2-Finally ;-)

...5 mlm (sebelumnya), mlm yg cukup mengasyikkan apabila aku dpt mengisi masa senggang dgn menonton dua filem hebat ini, Ketika Cinta Bertasbih (1) dan Ketika Cinta Bertasbih (2). Seterusnya, menekuni dua novel daripada judul sama. Memang asyik sekali. Satu pengalaman berimajinasi (novel) dan menghayati (layar lebar) yg cukup indah. Apatah lagi mengenali Islam dgn lebih dekat menerusi seni penceritaan dan lakon.

...ada apa dgn Ketika Cinta Bertasbih? Hingga banyak entry sebelumnya aku gigih menulis mengenai filem yg satu ini. Sejujurnya, persembahan kisah dalam Ketika Cinta Bertasbih ini tidaklah terlalu hebat. Namun, yg aku maksudkan adalah kesan penceritaan dan persembahannya.

...memaparkan kisah kehidupan tokoh utamanya Abdullah Khaerul Azzam, mahasiswa Indonesia yang menuntut ilmu di Al-Azhar University, Kairo. Bagaimana dia kerja keras menuntut ilmu sekal igus berjuang menyara ibu dan adik-adiknya di kampung. Juga usaha dan perjuangan Abdullah Khaerul Azzam dalam menemukan jodohnya dengan tetap teguh berpedoman kepada ajaran agama.

...biar didukung pelakon baru, namun penghayatannya tidak mengecewakan. Lakonan mantap Kholidi Asadil Alam (sebagai Abdullah Khaerul Azzam) dan Oki Setiana Dewi (sebagai Anna Althafunnisa) cukup terserlah. Malah, khabarnya utama filem dan sinetron popular, Ketika Cinta Bertasbih (KCB) nyata berjaya melonjakkan nama dan populariti mereka. Hanya bersandarkan KCB yang diadaptasi daripada novel karya penulis terkenal, Habiburrahman El Shirazy (Kang Abiq), kini Kholidi atau mesra dengan panggilan Odi dan Oki antara artis sinetron terlaris di Indonesia. Hebat, bukan!


...bercakap mengenai KCB, karakter Azzam yang digarapkan Kang Abiq (penulis novel dan skrip) sangat unik. Bagi aku, sesiapa yang membaca novel KCB terutama lelaki, tentu mahu menjadi seperti Azzam. Tidak terkecuali, wanita tentunya mahu memiliki pasangan sebaik Azzam. Kenapa? Azzam ialah gambaran pemuda idola ramai kerana keperibadiannya yang tenang dalam menangani hal berkaitan peribadi, keluarga dan pesantren (sekolah pondok).

...justeru, keperibadian Abdullah Khaerul Azzam membuat siapa saja menyenanginya dan ingin sekali mendampinginya (malangnya di alam realiti kita, sukar mencari lelaki seperti Azzam-susah pupus barangkali).

...aku berhenti seketika di sini, sebab tiba2 aku rasa mcm semua tulisanku agak skema. Mcm bukan aku pulak yg menulis.
KCB 1
KCB 2
Sweet je 'kan 'Azzam' ni ;-)
Watak Abdullah Khaerul Azzam memang sesuai untuk Kholidi
Kholidi Asadil Alam (sebagai Abdullah Khaerul Azzam) dan Oki Setiana Dewi (sebagai Anna Althafunnisa)
Skandel gue (hehehehe), turun pangkat sekejap dlm KCB. Dude sekadar jd pelakon pembantu je ;-)

Thursday, April 5, 2012

Hangat dingin chentamu...

Kau mencintaiku Seperti bumi
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menanggung beban derita
Tak pernah lelah
Menghisap luka
 
Kau mencintaiku
Seperti matahari
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah
Menghangatkan jiwa
 
Kau mencintaiku
Seperti air
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membersihkan lara
Tak pernah lelah
Menyejukkan dahaga
 
Kau mencintaiku
Seperti bunga
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah
Meneduhkan gelisah nyala..

Tuesday, April 3, 2012

Photoshoot with Ramona Zamzam...:)

...pagi ni ada fashion shoot kat Taman Melawati with Ramona Zamzam, busana by Azura Couture & makeup by Vee Muhamad. Disebabkan lokasi kejadian photoshoot ni dekat je dgn area rumah aku, so boleh la lenggang mak limah sikit. Kalau hari biasa, terkejar2 nk p opis-redah jam lg...hazab toh!

...kerjasama dgn Vee, Azura dan Ramona mmg best, x sedar waktu berjalan. Sedar2 kol 4pm. Oh lupa, hari ni wat photoshoot utk fashion pengantin. Comel je Ramona menggayakan busana pengantin. Design Azura mcm biasa mmg meletup, sweet dan kemas...mcm tuan punya badan.

...aku kagum sebenarnya dgn Azura ni sebab dia rajin, PR bagus n baik hati. Kepala dia pun boleh ngam dgn aku (rasanya dgn siapa saja pun). Mekap artistku yg vogue, Vee pun seperti biasa sgt komitmen dgn kerjanya. Sayang Vee...:)

...oklah, penat...nak sambung rehat jap. so apa kata korang layan gambar2 yg aku sempat snap nie ;)

Vee tekun menyiapkan dandanan utk Ramona
Adikku ini walaupun bz dgn phone dia, tp kerja sgt komitmen
Dilokasi kejadian photoshoot...Azura Couture
Satu drpd sudut di butik Azura



Aku t'lah jatuh chenta...

"Saya juga mempunyai prinsip. Prinsip hidup. Prinsip hidup Saya itu dasarkan pada Islam, Sebab saya paling yakin dengan ajaran Islam. Di antara ajaran Islam yang saya yakini adalah ajaran mengenai menjaga kesucian. Kesucian lahir dan kesucian batin. Kenapa dalam buku-buku fikih pelajaran pertama pasti mengenai thaharah. Mengenai bersuci, adalah agar pemeluk Islam senantiasa menjaga kesucian lahir dan batin. Di antara kesucian-kesucian yang dijaga Islam adalah kesucian hubungan antara lelaki dan wanita. Islam sama sekali tidak membolehkan ada persentuhan intim antara lelaki dan wanita kecuali itu adalah suami isteri yang sah. Dan ciuman gaya Perancis itu bagi saya sudah termasuk kategori sentuhan sangat intim. Yang dalam Islam tidak boleh dilakukan kecuali oleh pasangan suami isteri. Ini demi menjaga kesucian. Kesucian kaum lelaki dan wanita.

"Ketika saya mengatakan bahawa jika sampai saya melakukan ciuman itu dengan wanita yang tidak halal bagi saya, maka saya telah menodai kesucian saya sendiri dan menodai kesucian wanita itu. Dan itu bagi saya adalah suatu musibah yang luar biasa besarnya. Saya telah kehilangan kesucian bibir saya. Tidak hanya itu, saya juga kehilangan kesucian jiwa saya. Jiwa saya telah terkotori dosa yang entah bagaimana cara menghapusnya. Jika bibir ini kotor oleh gincu bisa dibersihkan dengar air atau yang lainnya. Tapi jika terkotori bibir yang tidak halal, kotor yang tidak nampak bagaimana cara membersihkannya. Meskipun boleh beristighfar, meminta ampun kepada Allah tetap saja bibir ini pernah kotor, pernah ternoda, pernah melakukan dosa yang menjijikkan. Saya tidak mahu melakukan hal itu. Saya ingin menjaga kesucian diri saya seluruhnya. Saya ingin menghadiahkan kesucian ini kepada isteri saya kelak. Biar dialah yang menyentuhnya pertama kali. Biar dialah yang akan mewangikan jiwa dan raga ini dengan sentuhan-sentuhan yang mendatangkan pahala.

"Itulah prinsip yang saya yakini. Mungkin saya akan dikatakan pemuda kolot. Pemuda primitif. Pemuda kampungan. Pemuda tidak tahu perkembangan dan sebagainya. Tapi saya tidak peduli. Saya bahagia dengan apa yang saya yakini kebenarannya. Dan saya yakin Eliana yang pernah belajar di negeri yang mengagungkan kebebasan berpendapat itu akan boleh menghargai pendapat saya."

-aku t'lah jatuh cinta kepada Abdullah Khairul Azzam :), namun tak mungkin aku bertuah utk memiliki lelaki ini sebagai sebahagian daripada hidupku dunia dan akhirat.

Monday, April 2, 2012

Tahniah Azza ;-)

Jarak usia sembilan tahun tidak menghalang Azza dan Azlan bersatu sebagai suami isteri.
Sama cantik, serasi bersama hendaknya sampai bila-bila
Sumber berita: Mstaronline

9 Tahun Beza Umur Tidak Halang Azza (Elite) & Azlan Bina Rumah Tangga

Oleh NIEZAM ABDULLAH (niezam@thestar.com.my)

Sama cantik sama padan, pasangan pengantin baru Azza (Elite) dan Azlan pada majlis pernikahan mereka di Bukit Antarabangsa, Ampang, petang Ahad. - Foto oleh ROHAIZAT MD DARUS

AMPANG: Suami kepada Azza (Elite) iaitu Azlan Zulaily tidak menganggap perbezaan umur sembilan tahun antara mereka sebagai halangan untuk membina rumah tangga.

Azlan,25, berkata, dia sendiri tidak pernah mengira usia isterinya itu sebaliknya menerima wanita berkenaan kerana sifatnya.

"Azza seorang yang suka berterus terang. Yang penting dia seorang yang kelakar. Itu yang menyebabkan saya menyukainya," katanya kepada mStar Online selepas diijabkabulkan sebagai suami isteri di Masjid Bukit Antarabangsa di sini, Ahad.

Pada majlis itu pihak lelaki memberikan sembilan dulang hantaran berbalas sebelas oleh pihak perempuan.
Azlan yang merupakan pramugara AirAsia menambah selepas diijabkabulkan perasaan berdebarnya hilang dan mula berfikir untuk menjadi suami yang sempurna terhadap Azza.

Sementara itu Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari,34, berkata masih belum memikirkan lokasi berbulan madu.Mengenai soal anak, kedua-dua mereka menyerahkan kepada Allah dan tidak berhasrat untuk merancang.

Antara artis yang hadir pada majlis nikah mereka seperti Rozita Che Wan, Roslan Shah serta anggota Elite iaitu Abby Abadi, Watie dan Sasha.

Majlis resepsi kedua-dua pasangan itu mendapat tajaan pasaraya Mydin dan akan diadakan di Ipoh pada tarikh yang belum ditetaplkan lagi. Majlis diserikan dengan kehadiran rakan-rakan artis seperti pelakon Rozita Che Wan (kiri), Watie Sadali (tengah, berselendang putih) dan Mak Jah.

Azza sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001 di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan berpisah pada tahun 2005.

Hasil perkahwinan itu mereka tidak mendapat cahayamata sebaliknya Azza memilih untuk memelihara seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang kini berusia tujuh tahun.

Antara rakan artis yg turut hadir meraikan hari bahagia Azza

OMG...'keliwon' guna Facebook!!!

Awas! Sihir kini menular melalui Facebook
Sumber berita: Harian Metro Online

KOTA BHARU – Pengguna laman sosial ‘facebook’ kini perlu berhati-hati terutama ketika memasukkan gambar-gambar mereka untuk paparan umum bagi mengelak unsur sihir dan gangguan.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Kelantan, Zaki Ya berkata, pada zaman alam siber ini, jin boleh juga merapati manusia melalui internet atau gelombang termasuk laman sosial ‘facebook’.

“Sebelum ini, saya pernah merawat satu kes orang terkena sihir yang meracau-racau secara tiba-tiba ketika berada di hadapan komputer semasa melayari internet.

“Beberapa hari lalu, saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang bapa yang mahu anaknya dirawat setelah setahun tidak mahu ke sekolah dan bapa tersebut mengesyaki ada jin yang menyihir anaknya melalui talian internet,” katanya semasa ditemui di Klinik Rawatan Islam dan Tradisional (Rawatid) Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, di sini.

Zaki berkata, bapa terbabit menceritakan dalam SMS itu anaknya akan mengamuk setiap kali ibu bapanya menghalang dia bermain internet, malahan anak berkenaan juga pernah mengancam akan membunuh diri jika dihalang.

Beliau berkata, pesakit itu belum ditemuinya dan perawat Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ akan membantu anak berkenaan supaya pulih semula.

Dalam pada itu, katanya, dianggarkan 60 peratus rakyat di negeri ini masih mempercayai bomoh melalui perubatan tradisional, sedangkan perbuatan itu bertentangan dengan ajaran agama.

Menurutnya, walaupun zaman berubah, namun masih ada segelintir masyarakat yang masih mempercayai bomoh dan tukang sihir.

“Berdasarkan pengalaman kami sebagai perawat, dianggarkan 60 peratus rakyat di Kelantan mencari bomoh terutama ketika mereka mengalami gangguan atau mengesyaki ada penyakit. Amalan dan budaya menemui bomoh ini masih tinggi di kalangan orang Kelantan, malahan majoriti bomoh itu mengamalkan ilmu daripada Thailand dan segelintirnya adalah bomoh Melayu,” katanya .

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM Kubang Kerian, Dr Wan Nudri Wan Daud berkata, pihaknya mengadakan Rawatid yang membolehkan 13 kakitangan USM bakal memperoleh sijil pada majlis konvokesyen bidang itu pada 23 Disember depan.

“Kami membantu pesakit di wad mendapatkan rawatan Islam berdasarkan permintaan keluarga setelah pesakit itu tidak dikenal pasti penyakitnya atau perlu segera diselamatkan daripada gangguan jin atau sihir,” katanya.