.

Monday, May 28, 2012

Bicaramu...

...apabila dua orang wanita berbicara, mereka tidak mengatakan apa-apa. Tetapi, jika seorang saja yang berbicara, dia akan membuka semua tabir kehidupannya.

Sunday, May 27, 2012

Awas Lu!!!

...jauhkan aku dari manusia yang tidak mahu menyatakan kebenaran kecuali jika dia berniat menyakiti hati, dan daripada manusia yang bersikap baik tapi berniat buruk, dan daripada manusia yang mendapatkan penghargaan dengan jalan memperlihatkan kesalahan orang lain!

Wednesday, May 23, 2012

Azrinaz muncul selepas bercerai

...ini ada berita terbaru berkenaan Azrinaz Mazhar bekas isteri kedua Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Sejak berita penceraiannya, wanita ini menyepi dan khabarnya menetap di luar negara (menurut beberapa sumber).

...semlm, waktu belek Mstaronline terpandang namanya di ruangan berita terkini. Apa lagi, terus bacalah. Wah rupa-rupanya, Azrinaz  muncul semula di TV. Nak tahu cerita selanjutnya, jom baca sama-sama.

Inilah wajah terbaharu Azrinaz-Gambar Mstaronline
Dari kiri; Aznil, Datin Seri Normala Samsudin dan Azrinaz

Sumber berita: Mstaronline
PETALING JAYA: Personaliti Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar,32, membuat kemunculan kepada umum secara eksklusif buat pertama kalinya dalam program On Air selepas berpisah sebagai isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Penerbit rancangan realiti tersebut Muhammad Azlan Zanudin berkata, Azrinaz ditugaskan untuk muncul sebagai peneraju bersama (Co-Anchor) bagi episod dua dan empat (diari) serta lima (penilaian) menerusi program itu.

"Ia merupakan satu penghormatan buat produksi kami apabila dia (Azrinaz) sudi menerima tawaran kami untuk membimbing 20 perantis peserta On Air berkongsi pengalaman sebagai wartawan penyiaran.

"Pada program itu, Azrinaz ditugaskan untuk mengajar beberapa teknik mengenai tugasan ‘stand upper'," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Azrinaz berkongsi pengalamannya sebagai wartawan penyiaran bersama peserta 'On Air'.

Tambah Azlan, bekas wartawan penyiaran TV3 itu juga turut tampil pada episod penyingkiran bersama peneraju utama On Air, Aznil Nawawi bersama Datin Seri Normala Samsudin.

"Setakat ini Azrinaz memberi komitmen yang sangat baik dalam On Air dan kami berharap dapat bekerjasama dengannya lagi selepas ini.

"Dia juga amat gembira dengan program berkenaan kerana dapat mengasah bakat golongan muda yang meminati bidang penyiaran. Saya percaya pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat kemunculannya setelah sekian lama menyepi," ujarnya.

Pada 20 Ogos 2005, Azrinaz mengejutkan dunia penyiaran apabila beliau mendirikan rumah tangga dengan menjadi isteri kedua Sultan Brunei pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Azrinaz ketika itu berusia 26 tahun.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan diraja berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel,6, dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah,4.

Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak kekal lama apabila Sultan Hassanal Bolkiah menceraikan Azrinaz dengan talak satu pada 16 Jun 2010 manakala semua gelaran termasuklah 'Yang Teramat Mulia Pengiran' ditarik balik.
Dari kiri; Aznil, Datin Seri Normala Samsudin dan Azrinaz.

Sementara itu On Air, yang diterbitkan bagi mencari pelapis pengacara baru itu akan memulakan siaran pada setiap Rabu (bermula malam ini) hingga Ahad, pukul 10 malam di Astro Ria.

Seramai 20 peserta yang digelar sebagai perantis akan berentap bagi merebut gelaran juara sebelum dipilih bagi mengikat kontrak sebagai Artis Residen Astro.

Pengacara Suhaimi Sulaiman, Aznil Nawawi dan Dang Suria Zainordin akan terlibat dalam program itu manakala Karl Shafik sebagai hos untuk segmen Diari On Air.

Tuesday, May 22, 2012

Najwa Latif Terkejut Dianggap Persenda Wartawan...

...oleh kerana berita ini ada kaitan dgn kerjaya aku sebagai wartawan, jd aku suka2 la re-post balik kat sini. Sebagai wartawan, kadang aku tak paham kenapa ada segelintir artis/selebriti senang2 nak cari pasal dgn wartawan. Walaupun sekarang zaman sudah canggih dan moden (ada segala bagai, dari FB, twitter, blog, instagram dan lain2), tapi jalanlah nak pandang remeh kepentingan orang media. Bukanlah nak suruh korang 'beli jiwa' kami pun, tapi hormat tugas kami sebagai penyampai maklumat.


...mungkin ada seorang dua 'wartawan' yg melanggar etika (al-maklumlah skrg ni ramai bebenor mengaku wartawan...mcm2 jenis wartawan ada...blogger pun mengaku wartawan jugak kui...kui...kui...apa sajalah mak jemah), tetapi itu bukan bermakna semua wartawan x tahu, x ada, or melanggar etika kewartawanannya ye.

Najwa Latiff
Sumber Mstaronline:
PETALING JAYA: Penyanyi remaja, Najwa Latif, yang sebelum ini menjelaskan lagu “Kosong” nyanyiannya tidak menyindir sesiapa bertambah terkejut selepas membaca laporan terbaru kononnya karya itu ditujukan kepada wartawan.
Najwa, 17, berkata, dia tidak pernah berniat untuk menyindir wartawan tetapi ia dihasilkan sebagai pemangkin semangat kepada dirinya selain untuk dikongsi kepada orang lain jika menghadapi sebarang masalah.
"Tidak pernah terlintas pun dalam fikiran saya untuk menyakiti mana-mana pihak melalui lagu apatah lagi ia ditulis semata-mata untuk memberi inspirasi kepada diri sendiri dan orang lain," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.
Tambah Najwa, dia juga tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana wartawan sehingga ingin membalas dendam menerusi lagu dan menganggap mereka sering menyokong kerjaya seninya.
"Walaupun kadang-kadang saya kena kritik tetapi saya mengambil perkara itu sebagai positif dalam memperbaiki diri tetapi setakat ini tidak pula saya mempunyai masalah atau bermusuh dengan mana-mana pihak media," katanya.
Dalam pada itu, kakak kepada Najwa iaitu Syafikah Latif turut menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia tidak berasas sama sekali.
Syafiqah memberitahu, lirik lagu berkenaan yang dituliskan sejak lima bulan lalu itu tidak pernah bertujuan untuk 'menyerang' mana-mana pihak sebaliknya mahu memberi semangat kepada semua pendengar yang mungkin mempunyai masalah supaya tidak berputus asa.
"Sebelum tulis lirik lagu berkenaan saya terlebih dahulu berbincang dengan Najwa tentang tema, konsep lagu berkenaan dan sebagai remaja kami ingin menghasilkan sesuatu yang dapat memberi inspirasi kepada orang lain terutamanya di kalangan remaja.
"Bagaimanapun saya tidak boleh menghalang penilaian orang lain kerana ia pandangan individu," katanya.
Sementara itu, Syafiqah berkata, dia dan adiknya tidak perlu melenting terhadap cerita terbaru itu sebaliknya mengambil ia sebagai satu perkara positif dan menerimanya untuk memperbaiki kelemahan.
"Bila orang bercakap kita kena sentiasa lihat kembali kepada diri dan perbaiki kelemahan yang ada," katanya.
Ditanya mengenai penerimaan Najwa terhadap cerita negatif tentang dirinya, Syafiqah berkata dia sangat berbangga dengan adiknya itu kerana tidak cepat melatah apabila ada kontroversi yang dikaitkan dengannya.
Malah kata Syafiqah, tumpuan Najwa terhadap pelajaran juga tidak terganggu dan sentiasa fokus untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini.

Thursday, May 17, 2012

Rita geli hati...

...adoyai, tak tau nak kata apa pasal pasangan ni. Macam2 hal ada, dua dah jadi sekali...kali ni jadi lagi. Sekali pk, kasihan pada Rita dan anak2nya. Dua kali pk, kelakar pun ada. Berkali2 pk rasa mcm nak...hrmmm, x apalah ini kisah rumah tangga. Orang luar tak boleh masuk campur sgt (termasuk dr segi komen) krn hanya mereka berdua saja yg tahu duduk perkara sebenar.

...apa yg kita boleh buat adalah dgn membantu mendoakan supaya pasangan ini 'bertemu' jawapan yg terbaik utk hubungan mereka. Apa pun yg berlaku nanti, kita anggap saja mereka sudah jumpa jawapannya hokey...now kita layan je berita terbaru mengenai Rita-Aidil.

Manisnya Rita apabila bertudung ye...;)
Aidil
Sumber berita: Mstaronline
PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar menyifatkan tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) yang dituntut suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Rabu sebagai kelakar dan macam “budak-budak”

Rita,36, berkata, dia geli hati mendengar tuntutan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal kerana selama ini dia tidak pernah melanggar perintah suami ataupun membelakangkannya.

“Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa... memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak.

“Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian,” katanya kepada mStar Online di luar mahkamah di sini, Rabu.

Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Aidil Zafuan,25, menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya itu atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.

Aidil juga dalam tuntutan nusyuz itu mahu Rita dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka sekarang di Damansara ke rumah yang baru didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini.

Beliau yang juga pemain bola sepak pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu juga memberitahu rumah berkenaan didiaminya secara percuma tajaan ATM dan Rita perlu berpindah untuk mengelak pembaziran kerana perlu membayar sewa rumah teres mewah yang didiami sebelum ini.

Aidil memberitahu jika Rita gagal mematuhi permintaannya itu (untuk berpindah), dia boleh dikenakan tindakan dalam tuntutan tersebut. Rita memberitahu, tidak ada sebab untuk dia berpindah kerana mereka pernah berkongsi suka dan duka di rumah yang didiami sekarang ini dan sudah tinggal sejak empat tahun lalu.

“Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab?

"Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?" soal Rita.

Aidil tepis tuduhan punyai wanita lain

Dalam perkembangan berkaitan, Aidil turut menepis tuduhan kononnya dia mempunyai hubungan dengan wanita lain selepas bertindak meninggalkan rumah mereka Januari lalu seperti dilaporkan akhbar mingguan sebelum ini.

Aidil berkata, dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana individu sebaliknya lebih menumpukan perhatian kepada kariernya sebagai pemain bola sepak.

"Tuduhan itu adalah satu dakwaan yang mengarut kerana saya tidak berlaku curang dengannya, apalagi dengan kesibukan menjalani latihan bola sepak. Saya tiada masa untuk semua itu.

"Saya berpendapat Rita menuduh saya menjalinkan hubungan dengan wanita lain berdasarkan komen yang dibuat oleh peminat-peminatnya menerusi laman sosial Twitter," katanya selepas prosiding selesai.

Dalam pada itu, Aidil juga berkata dia masih lagi menyayangi Rita walaupun hatinya sedikit tawar selepas membaca terlalu banyak kenyataan yang dibuat isterinya itu melalui media.

"Saya masih lagi menyayanginya, cuma hati saya sedikit tawar dengan kenyataannya yang telah keluar di media. Apa-apa pun, saya harap dia kembali kepada saya dengan syarat dia perlu menjadi isteri yang baik dan mendengar kata," tuturnya.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga.

Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Jangan sesekali...


Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu-Terima kasih Ma ;)

Cake istimewa drpd aku utk Ma n Kak Ain
Mama Tuk bersama cucu-anak2 Kak Ain
Hadiah special Ma utk kami yg pulang meraikan hari specialnya ;)
...tulusnya kasih dan cintamu, takkan terbalas. 
Hangat dan eratnya dakapmu takkan pernah aku lupakan. 
MA, terima kasih utk kasih sayang yg tak pernah habis utk anak2mu. 
Selamat hari IBU, suci kasihmu bererti dlm hidupku. 
Terima kasih...terima kasih...terima kasih!

Saturday, May 12, 2012

Menjelang esok...


Pisang Bersira @ Pisang Sira? Apa sajalah...

...Pisang (aku x makan pisang mentah, x tertelan rasanya), selain buat kek pisang sedap juga dibuat pengat (bersantan) atau sira (tiada santan). Biasanya, bila teringin nak makan, aku redah jalan ke Kg Baru jewk. Kat sana macam2 makanan ada, mmg best!

...tp hari ni aku rasa mcm nak sira sendiri jewk pisang yg dibeli kat NSK-Pisang Awak namanya. Keadaan pisang, sedang2 elok...taklah masak or muda sgt...just nice la kiranya. So, mmg just nice jugak la utk buat pengat or sira.

...sira, mcm mn rupa n rasanya? Simple jewk. Rasa manis dan kuning. Hahahaha! Nak 'kerjakan' pisang dijadikan sira senang sj. Bahan2 nya pun tak cerewet, korang cuma perlukan:-

Pisang tgh mandi manda dalam air mendidih
Dah nak siap ni, sekejap lg boleh mkn ;)
Aku suka pisang sira versi sejuk, so lepas masak sejukkan seketika kemudian masukkan dalam peti ais. Perghhh dpt makan time sejuk2 mmg sodap!!!
Bahan2:
* Pisang 
* Gula
* Daun Pandan
* Bunga Cengkih
* Sedikit garam
* Sedikit pewarna kuning
* Air secukupnya

Cara buatnya:
* Pisang dibelah dua.
* Didihkan air  bersama gula, garam, bunga cengkih dan pewarna.
* Apabila air mendidih, masukkan pisang dan daun pandan.

* Masak seketika, lebih kurang 5-7 minit. Angkat.



p/s: ...perghhh dah mcm rupa blog masakan ye, hehehehe apa salahnya sesekali 'bertukar' rupa yek. Layannn ;)

Thursday, May 10, 2012

Last minute...tqvm friend's

…last minute, dapat juga rumah utk ruangan Seni Hias (Jelita). Ikutkan mmg dah nyaris2 nak kena maki sebab bahan tetap tak lengkap. Syukur, walaupun terlewat masih ada harapan ‘menyelamatkan diri’.

…terima kasih kat ketua grafik Jelita, Fred yg bagi contact kawannya (Ariel), jurureka hiasan dalaman. Dan Ariel ni yg perkenalkan aku pada owner kondo mewah di atas bukit Desa Melawati.

…pagi2 lagi aku dah bergegas ke opis utk angkut jurugambar, kebetulan kereta dia ada masalah sikit. X kisahlah, bukan selalu mcm ni. Time teman sekerja ada kesukaran kenalah tolak ansur, mana tahu sok2 nasib kita kurang baik.

…dari Taman Desa, Jln Klang Lama patah balik semula ke Taman Melawati (oppss…rumah aku kan dekat Danau kota-mmg dekat dgn Melawati, jadi kira patah balik la kan). Lebih kurang 35minit perjalan, sampai la kami ke destinasi yg dituju.

…11am, start shoot kondo ringkas bergaya elegan milik En Kiff. Orangnya baik dan peramah + masih bujang ;). Keluasan kondo di Residen Melawati, Desa Melawati ni kira just nice la. Pemilihan dekorasi dan warna juga ringkas tp bergaya elegan. Paling aku suka, balkoninya yg luas menghadap pemandangan KL. Hrmmm…bila la dpt rezeki belum kondo mcm ni?

…2 jam kemudian, selesai photoshoot. Sebelum balik opis, kami singgah mkn dulu di Taman Sri Rampai. Kami pilih warung biasa, tp makanannya sedap dan harganya sgt memuaskan hati.

…sampai opis terus ‘ketuk’ story. Syukur idea macam hujan mencurah2 turunnya. Tak sampai 20minit siap artikel untuk ruangan Seni Hias. Buat Fred, Ariel, En Kiff dan Poklie (jurugambar)…terima kasih utk kerjasama kalian, budi baik dikenang jua ;)

Di sini photoshoot seni hias berlaku hari ini hehehhehe...tinggi nasib bukan jenis gayat ;)
Bestkan pemandangannya, mlm or siang sentiasa cun. Jeles dgn tuan rumah ni

Kahwinlah...

Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan ...nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

#UstazAzharIdrus

Wednesday, May 9, 2012

Kenapa & mengapa...


“Lebih banyak orang menghadapi kematian di atas tempat tidur 
daripada orang yang mati di atas pesawat.
Tetapi kenapa lebih ramai orang takut mati ketika menaiki pesawat
daripada orang yang takut menaiki tempat tidur?"

                                                                 -Hamka-

Tuesday, May 8, 2012

Hurt..

...no matter how close or far the person is to u, 
one moment in time, they will hurt u

Monday, May 7, 2012

Baking again *winkS*...

....serius lama gila tak baking coklat kek. So, mlm ni 'terpaksa' rajinkan diri membakingnya sebab dapat order + nak bg sorg member FB merasa kek ni. Kebetulan, beliau akan turun KL dr Terengganu esok.

...7 bekas + 2 bekas extra utk member FB itu...hehehehe, sgt gigihkan. Nasib baik membaking hari Ahad, kalau tak mmg ke laut lah ;)

...mlm ni jugak ada extra order utk butter cake, 2 bijik jewk pun...tp x tau la napa 'hazab' sgt nk membuatnya. Sadisnya sebab terpaksa buat semula adunan, sebab lupa boh telur n gula. Wakakakaka...sgt sadiskan! Kali kedua pula, gula halus habis. So, nak tak nak terpaksa blend gula kasar. Tp cerdiknya, boleh terlupa ubah sukatan...kasihan, kek butter ku jd terlebih sweet (sgt sweet utk org yg mmg x suka sweet, cuz MBBF aku kata rasanya ok jewk).

...12.43 mlm selesai projek membaking. Berlemuih seluruh badan dengan tepung, lekit gula n telur. Belum lg part coklat kek. Kata MBBF, mcm rupa bibik 88 hari x mandi! Cit, apa dah...x kisah la janji order org dpt disiapkan. Walau untungnya x sebanyak mana, tp kepuasan dan kualiti dijamin terjaga hahahaha (apa da ayat aku nih, terbelit2 ...berbelit2).

...siap membaking, perut rancak berdangdut. Lupa, belum mkn mlm lg. Last mkn, pukul 3 pm. Jenguk2 peti ais, yg ada cuma soya kotak, bihun goreng (yg dah 2 hari punya) dan sebijik telur (lebihan membaking tadi). Hrmmmm...apa nk buat, hantam sajalah labu...janji ada kederat nk tarik selimut sedey!

...buat peng'order2 kekku, terima kasihlah kerana sentiasa sokong minat dan usaha aku sekali gus beri kepercayaan pd aku. Alhamdulillah, setakat ini belum ada yg masuk ward or cirit-birit gara2 mkn kek aku hahahaha...so, teruskan lah meng'order kekku ye dan doakan aku dapat segera buka cafe...sgt tak sabar nih ;)

....dah jom layan gambar, sbb aku dah tak larat nk mengetuk keyboard ni. Kat bawah ni rupa kek coklat hasil kerja tangan kerasku. Layannn...

Adunan kek coklat, suka buat kek ni sebab boleh pukul pakai tangan jewk ;)
Dalam bekas siap sedia utk kukus time ;)
Si hitam manisku sudah pun masak-Alhamdulillah, gebuS & moist seperti selalunya ;)
'Sos coklat' siap sedia utk disiram atas kek...jom mandi coklat ;)
Ini pulak adunan 'kedua' utk Butter Cake ;(
Siap sedia utk dibakar, tolong naik cantik2 ye ;)
Alhamdulillah, akhirnya selesai juga...bekas kedua Butter Cake-gebuS n moist tp sedikit sweet utk gua

Sunday, May 6, 2012

Sedang apa...???


…bosan melanda lg. Aku masih bergolek2 malas di atas tilam biarpun di luar jendela matahari gigih mendaki kaki langit, mengusir gelap malam sedikit demi sedikit, mengisi langit dengan warna terang dan garang.

…arghhh malas sekali. Sekonyong-konyong, kejenuhan menguasai diri. Ya, cukup malas mahu menggagahkan diri meninggalkan ruang lena yg baru sepertiga waktu aku temani.

…asyik dan ralit sekali bermalas-malasan, tetapi dapur harus diberi nyawa kerna segala sudut perut sedang saling menggigit. Kasihan! 24 jam aku menderanya, gara2 marah dengan ‘si fulan’ yg sungguh biadap, angkuh dan galak menghina kegembiraanku.

…sedang apa ‘si fulan’ itu saat ini? Gembira atas kesakitan yg disedekahkan dan merencana menambah kesakitan itu lg? Arghhh…persetankan! Tak perlu peduli apa mahunya, dia bukan siapa2…bukan apa2…jgn pernah tergugat gara2 dia, Anis!

…marilah bersiram, wahai puteri malas! Mari memberi nyawa pada setiap isi ruang, biar ramai…biar gaduh! Biar seisi alam menyaksi ketenangan hatimu, biar mereka tahu ‘si fulan’ itu tidak mampu menjentikmu biar sezarah pun.

                                                                *PENGSAN*

….hey, apa yg aku carutkan? Sekadar sj, abaikan…sesekali, beginilah aku…sengaja gembira melayan jiwa yg rapuh. Tiada amarah, jgnlah bersedih…gembira bersama riang sesungguh jiwa

Saturday, May 5, 2012

Apa sajalah...:(

...sgt penat, dgn keadaan badan yg lemah tetap harus menggagahkan diri melunaskan tuntutan kerja + pada hari minggu :(. Inilah kerja writer/reporter...waktu kerja kami tak menentu, begitu juga time rehat!Apa pun redhalah Anis, krn kerjaya ini yg memberimu rezeki dan rasa bahagia juga puas!

...hari ini, pagi2 lg sudah huru-hara. Apa taknya, ada assgmt di Putrajaya. Janji jam 11.30, tp 10.30 masih di rumah. Harap2 jln raya lancar hari ni dan senang dapat parking ;)

...seperti kebiasaannya, kerja aku mmg kena menunggu. Adoyai ye punnn, apa nak buatkan. Walaupun kepala ligat berpusing (fenenlah), tp gagah jugak mkenunggu tamu. Jam 11.45pg, orgnya muncul dan tanpa berlengah dgn alasan utk beri kalian rehat (oh tidak, aku sudah bosan menunggu huhuhu).

....1.30pm, selesai assgmnt! Arghhh pedihnya perut...sgt lapar. Tp kepala jugak sgt pening, jadi saya terkocoh2 ke tempat parking dan berdesup memecut En Ommee keluar dari perut Alamanda, Putrajaya. Dalam pening2, syukur selamat sampai di rumah. Terus-TIDO!!!

...jam 3.30 solat Zohor dan jengah dapur. Hanya 3 biji telur yg ada dlm peti ais + cili yg siap diblend bersama bawang. Hemmm...sambal telur rebus je la kita hari ni :(, serius x larat nk memanjakan diri. Sgt sakit n penat, jd memerlukan lebih rehat. Lepas solat Asar, sambung tido! Alhamdulillah.

Sambal telur rebus-kaw2 pedas punya ;)
Sajianku hari ini-Alhamdulillah ;)

Thursday, May 3, 2012

Melayan emosi...

...mlm ni, superduper bosan, resah, gelisah + serabut tahap gaban. Tp, serius aku tak tahu macam mana mn buat, yg aku mampu...termenung dan menangis. Itulah aku, nampak je ganas...itu semua luaran jek...bila dtg dugaan mcm ni mula la 'bertukar'!!!

...sendirian, itu lebih baik. Tak ada yg bising or sibuk nak meroyan tgk muka juga keadaan aku sekarang. Serius, aku tak ada mood nak jumpa sesiapa. Aku cuma perlu ruang sendiri, ruang untuk membuat perasaan dan badan saling memahami serta kembali bersatu.

...sukar! Tapi itulah yang harus aku lakukan, memang bukan kerja mudah. Tapi, sebelum mentari muncul lagi esok....aku harus kembali ke dunia normal, kembali menyembunyikan diri...kembali membohongi mata2 yg memandangku krn jujurnya tiada siapa yang suka pada keadaan dan permasalahan yg aku hadapi ketika ini. Paling malang, tiada siapa sudi meminjamkan bahu saat air mata ni hendak gugur.

...sadis sekali, dlm keriuhan hidup di luar sana aku tak punya seorang teman baik pun. Teman dlm erti kata sebenar...teman yg tidak akan sekali-kali meninggalkan aku terkapai2 sendirian. Teman yg tidak akan membiarkan aku meraba2 sendiri, apatah lagi menangis. Namun, teman sebegitu belum lg aku temui :(

...hah! 3 jam melayan emo, akhirnya aku angkat bendera putih. Masuk bilik bacaan, cari dvd korean-Playfull Kiss-sesuai dgn jiwa aku supaya dptlah ceria sikit dgn story romantik komedi ni.

...Korean ost ni dah byk kali tp x pernah bosan. So kira ok dan sesuailah utk dilayan wat2 beginikan. Knp aku beremosi ketika ini? Ok lain kali aku cerita ye, skrg mood nk layan korean movie dulu. Hehehehe...


Suka couple ni, sweet n nakal
* Ada apa dgn Playfull Kiss?
Playful Kiss adalah drama adaptasi manga popular. Mengisahkan Oh Ha Ni (Jung So Min), mahasiswa yang jatuh cinta dengan seorang lelaki superduper perfeksionis, Baek Seung Jo (Kim Hyun Joong). Namun, Jo Seung tidak mengendahkannya. Hinggalah pada suatu hari, rumah yang baru didiami Ha Ni bersama ayahnya mengalami gegaran dan roboh. Dia dan ayahnya lalu pindah ke rumah teman lamanya yang ternyata ayah Seung Jo. Maka bermulalah episod yang menghuru-harakan emosi korang...hahahaha...ada suka, gelak tawa, duka dan air mata.Yang penting, Ha Ni akhirnya dapat meluluhkan hati Seung Jo dan memiliki cinta 'mahal' lelaki itu ;)

Best2, jom layan bersama 'jiwang' cute n sweet couple ni ;)

Paksalah...

Bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.

Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya.

Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah?

Hidayah perlu dicari, bukan tunggu. Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut

Dipetik dari Ustaz Azhar Idrus... :)

Wednesday, May 2, 2012

Drastik...

Aku nak wardrobe aku ada 'mood' mcm dalam gambar ni, boleh tak ;)
...selak punya selak helaian baju yng bergantungan dan berlipatan di dalam gerobok ukuran sederhana, membuat aku akur...ya, semuanya nampak dull jewk :(. Padahal sudah masuk pertengah tahun 2012, tp masih belum ada rona dan fesyen yang segar, vibrant apatah lagi ceria.

...yupS, i need to change my wardrobe or sekurang2nya tambah beberapa helaian baru dan boleh disuai padan dengan yg sedia ada.  Walaupun bekerja sebagai writer di lifestyle magazine tp bab2 mem'fesyen'kan diri mmglah GAGAL ;)!

....tp aku sedar, kadangkala kita perlu lakukan sesuatu perubahan untuk mencetuskan kelainan yang positif pada diri dan penampilan. Betul, dulu aku mmg takut pakai baju kaler merah. Bagi aku, merah terlalu 'menjerit', seolah2 nak suruh org tgk aku sorang jek hahahaha.

...tp sejak dua tahun lepas, aku buat perubahan drastik...aku beli dress kaler merah cili dan sepatu rona sama. Wah2, time nak pakai tu mmg teragak2...tp lepas tgk 88 kali kat cermin saiz setinggi aku tu...terus berkeyakinan. Dan sampai majlis yg perlu aku hadiri, semua org puji. Apa taknya, aku mmg peminat tegar rona HITAM...semua aku rembat kaler hitam, tetiba bertukar rona MERAH siapa tak terkejutkan. Rata2nya mcm tak percaya dan sejak itu aku semakin berkeyakinan tampil dengan rona merah terutama merah cili padi tu hahahaha!

....sebenarnya, perkara paling aku nak elakkan adalah menjadi fashion victim. Al-maklumlah, aku ni bukan arif sgt bab2 fesyen ni, org kata pengetahuan tu suam2 kuku la. Sebab itu aku lebih selesa tampil dgn rona SELAMAT, apa lg kalau bukan si hitam + nak cover badan yg semakin membesar hahahaha!

....but now, mmg perlu sgt aku buat perubahan drastik sekali lg. Kena follow trend rona dan fesyen, supaya tak de la nampak TUA SEBELUM USIA! Kalau ikutkan, aku suka rekaan fesyen 'tomboyish' yg ringkat dan rugged, tapi kebanyakan masa lebih pada rock chic (style aku la).

...oklah, x yah melalut panjang2. Apa kata korang teman aku kemas wardrobe dgn memberi cadangan bernas supaya nampak lebih menarik dan 'bernyawa'!

Skrg ni pantang nampak sepatu merah mesti nak rembat, walawey ;)
Adoyai, bosan dowh semua baju dull jewk...x sesuai nak disuai padan dgn sepatu biruku ;(

Tuesday, May 1, 2012

Mencintaimu seluruh hidupku...

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Setia menanti

Walau di hati saja
Seluruh hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku

Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hati ku
Selamanya...

Doa buat ibu...