.

Monday, November 26, 2012

'Verangan...'

…sebulan dua ni, aku perasan mcm ‘kuat & byk’ sgt berangan! Bukan sebab tak ada kerja, aceli terlalu byk sgt kerja yg menanti dibereskan. Tapi, mood nak membereskannya selalu saja ke laut.

…apa yg aku angan2 kan? Byk dan kebanyakkannya perkara2 yg sangat mustahil untuk aku dpt di alam realiti. Tak pasti kenapa jadi begitu, semakin aku cuba untuk tidak berangan…wah bertambah gigih aku memasang mcm2 angan2 dan yg pastinya, semua indah2 belaka. Huh! Stress sgt!

…misalnya, seminggu sebelum aku taip ‘luahan’ ni  (luahan ke, apa2 la  ^_^ ), aku berangan ada bf seganteng Daniel Henney hahahaha…! Sgt lawak’kan! Tetapi itulah hakikatnya, sampai tgh memasak sambal tumis sotong pun aku bole bygkan beliau dok ‘tercokoh’ depan mata hehehehe. Parah’kan!

…semua ini gara2 lepas tgk drama lakonannya (yg ditonton tatkala hati tgh parah + marah). Kebanyakan filem atau drama lakonannya semua best2 belaka, kategori ‘layan blues’ la dan antara yg terpaut di hati aku, drama siri Spring Waltz. Memang, drama ni dah lama usianya dan aku dah byk kali layan sejak 2007.

…aceli mmg aku elak cerita ‘berhantu’ ni, tapi entah mcm mn aku boleh ‘korek’ keluar dvd ni yg dok dlm kotak kat stor. Entah kenapa, dlm ratusan dvd aku bole tertarik keluar yg ini dan bila sekali tonton mmg x boleh tinggal. Malah, aku sanggup bawak bekal dan mkn tgh hari kat workstation je gara2 nak layan drama ni.

...sampai la detik ini (saat ini’la), aku semakin sedar betapa ‘parahnya’ keadaan aku. Hahahaha…harap sgt virus ni terus hilang terbang ghaib ke mana2. Risau, sebab byk kerja tergendala *_* !!!

p/s:…dah2, aku nak sambung tgk Spring Waltz puas2…biar bertambah bengkak mata sepet aku ni, padan muka!!! Hey Daniel, I'm coming ^_^


Hati kapas bila tgk ost ni...serius so sweet sgt tau

Siapalah yg x sangkut kat mamat neh kan...me too ^_^


Thursday, November 22, 2012

New day...14 day's with InnerShine RubyCollagen Essence

...hari ni, lepas proses beberapa bahan untuk Jelita edisi Disember, aku ke G-Tower, Jln Tun Razak, KL. Huh, ni pertama kali attend event kat sini. So, mmg ler sengal2 ubi jap. Tapi, sebab kedudukannya agak senang dan biasa dilalui so tak ada la masalah sgt.

...btw, aku attend launch product- InnerShine RubyCollagen Essence.Aceli tak susah pun nak ke G-Tower ni, dari opis ikut Smart mmg senang, kebetulan jalan tak jem. Lebih kurang 20 minit aku dah tercegat kat lokasi event (huhuhu mood sgt syiok sebab x yah redah jem mcm biasa tu).

...lepas daftar kehadiran, PRnya terus bawa ke Tanzini (tempat event diadakan). Dah ramai juga geng media yg sampai, blogger pun ramai...hmmm. Dek kerana hari ni mood skit rajin, so aku snap gambar sendiri. Kiranya, hari ni buat dua kerja dalam satu la.

...dekat 3.30pm, event pun start la. Muncul pengacara yg ceria dan ramah, Azura Zainal. Sweet sgt, lama tak jumpa dia hehehehe. Kemudian datang pula model dan pelakon cantik, Carmen Soo. Sambil catat info yg patut, aku snap moment yg sesuai. Huhuhu...mcm bz sgt la aku time ni hahahaha, poyo tak?

...ok la, malas borak pjg2. Aku dah 'karang' skit info pasal new kologen ni utk korang. Dari segi rasa, mmg sedap (sbb aku boleh minum 2 botol sekali gus-nampak betapa nak cantiknya aku hahahaha). Dan mcm biasa, aku dapat sekotak free. Sekotak ada 14 botol, lepas habis nanti aku cerita kat korang apa hasilnya ye. Now...korang baca infonya sampai habis tau. Lepas tu, cepat2 p cari kat kedai, beli & minum. Serius, tak rugi!


Info produk:-
JADUAL kerja yang tidak menentu kadangkala membuat kita terlupa untuk menjaga kecantikan diri. Manakala faktor usia yang meningkat akan mengurangkan kandungan kolagen pada kulit, sekali gus mempercepatkan proses penuaan. Faktor alam sekitar seperti sinaran ultra ungu (UV) serta gaya hidup seperti tabiat merokok dan tekanan bekerja juga mempercepatkan kehilangan kolagen pada kulit.
Bagi mengatasi masalah ini, Innershine kini tampil dengan InnerShine RubyCollagen Essence. Makanan tambahan antipenuaan ini membantu melambatkan proses penuaan dengan melancarkan tiga tindakan penting iaitu mengekalkan, melindungi serta menyokong kesihatan kulit.
Jadi, dengan adanya makanan tambahan seperti InnerShine RubyCollagen Essence ini, kita dapat mengekalkan kecantikan wajah walaupun tanpa secalit make-up.
Innershine Ruby Collagen mengandungi adunan mikro-kolagen berkualiti yang mudah diserap daripada ikan dan astaxanthin iaitu ekstrak mikro-alga khas didatangkan dari Sweden.


Komen Carmen Soo (model dan pelakon, juga wajah baru kempen 360 darjah pemasaran Innershine Ruby Collagen ):-
“Setiap hari, saya bekerja 24 jam kerana memenuhi jadual lakonan di dalam dan luar negara, penggambaran iklan, sesi fotografi atau menghadiri majlis tertentu. Jadi, saya selalu kurang tidur, badan penat dan muka lesu. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya mengamalkan beberapa petua dan makanan tambahan untuk kesihatan kulit serta tubuh.
“Lebih-lebih lagi bagi wanita yang menginjak ke usia 30-an, perkara membabitkan kecantikan sentiasa menjadi keutamaan diri. Memanglah  kita semua akan tua, tapi tidak salah ambil langkah selamat dan sihat untuk memperlahankan proses penuaan atau seumpamanya.
“Sebelum menerima tawaran menjadi ‘wajah baru kempen 360 darjah pemasaran InnerShine Ruby Collagen, saya cuba minum dulu untuk tengok hasilnya. Percubaan, kira-kira sebulan (sebelum pelancaran), saya dapati kulit wajah semakin lembut dan segar.”

Komen Saintis Kanan Cerebos Pacific Limited, Dr Lua Bee Leng:
“Kehadiran astaxanthin yang berfungsi sebagai pelindung semula jadi, selain melindungi kulit daripada sinaran matahari yang boleh merosakkan kolagen. Pada masa sama, menyokong peredaran mikro untuk menyalurkan nutrien kepada sel kulit dengan berkesan.
“Sinaran ultraungu (UV) menyumbang kira-kira 80 peratus daripada punca penuaan kulit. Jadi, pengambilan Innershine Ruby Collagen secara kerap membantu memperlahankan penuaan kulit.”

Esen Innershine Ruby Collagen boleh didapati di farmasi dan pasar raya terkemuka pada harga RM142.90 untuk 14 botol (50 mililiter). Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 1300 228 300 atau layari www.innershine.com.my/rubycollagen.

Jom layan gambar2 pulak:
Deko simple di tempat launch
Banner kat luar Tanzini
Hehehe ini pun aku nak snap kan...
Wajah baru-InnerShine RubyCollagen Essence
14 botol2 comel hehehe...
Inilah rupanya ye InnerShine RubyCollagen Essence
Dan bermula la 14 hari bersama InnerShine RubyCollagen Essence

Monday, November 19, 2012

Anuar Zain vs Nora Danish = ^_^

…lama tak juma ‘Abg Nuar’, itu ayat pertama aku apabila berkesempatan bertemu mata dgn Anuar Zain sempena majlis pelancaran muzik video terbarunya, Ajari Aku, yg diarahkan pengarah kreatif, Ghaz Abu Bakar  dan turut menampilkan pelakon Datuk Rahim Razali, selain Nora sebagai pasangan Anuar.

 …‘Abg Nuar’ senyum mendengar kata-kata aku, hampir hilang biji matanya…hahaha comel sgt muka dia ketika itu ^_^. Aceli mmg lama aku tak temu bual adik kepada Ziana Zain ni. So, kesempatan bertemu di Publika, Solaris Dutamas memang dinantikan.


….byk yg kami bualkan terutama mengenai perkembangan terbarunya. Jujur aku ckp, sepanjang sesi temu bual aku dpt rasa dan tgk bahawasanya Anuar Zain atau nama penuhnya Shahrul Anuar Zain ini tidak byk berubah. Masih sama dan tetap mesra melayani media. Paling penting, cukup mewah sgt senyuman manisnya. Adoyai, nasib baik la dia adalah Anuar Zain. Kalau tak, memang aku ngorat mamat neh! Hahaha….verangan la kan!!!

…dan yg menariknya, ptg ini suasana cukup hangat apabila tanpa berselindung jejaka tampan yg penuh karisma ni mengakui Nora Danish mempunyai ciri-ciri idamannya. Malah, kalau suatu hari nanti dia ditakdirkan menamatkan zaman bujangnya, dia percaya citarasanya akan menjurus kepada apa yang dimiliki pelakon popular itu.

…hah, gempak tak? Jarang sekali Anuar Zain nak buka mulut pasal perempuan ‘kan! Katanya lagi, dia suka cara Nora yg sopan dan berperwatakan (sure ramai yg ‘makan hati’ dgr pengakuan terbuka ni kan, maklumlah dia jejaka kegilaan ramai wanita ketika ini hahahaha!

…ok lah, jgn sembang byk sgt pasal Abg Nuar nanti ramai yg ‘seteres’. Apa kata korang layan gambar2 Abg Nuar yg aku gigih snap ni. Paling kelakar bila aku sebut… “Abg hensem…sy…sy…pandang sy ni…!” Hehehe cubaan utk menarik perhatian dia supaya pandang camera aku ^_^


Anuar bersama pengarah muzik videonya, Ghaz
Petang yg cerita bersama 3 lelaki smart ini
Senyum skema pun tetap sweet
Abg Nuar malu2 dipanggil Abg Nuar hensem...^_^
Penampilan simple jejaka idaman ramai...
Memang padan pun kalau Anuar pilih Nora 'kan...hehehehe




Tuesday, November 13, 2012

Gua kagum dgn mamat ni...Syafie Naswip semoga tuah milikmu dik ^_^

MENGENALI aktor Syafie Naswip sejak berusia 14 tahun dan kini telah berusia 20 tahun, orangnya tidak pernah berubah.

Apa yang berubah hanya ketinggian dan kematangan dirinya. Selebihnya Syafie masih kekal seorang anak muda yang pemalu, pendiam dan cukup berbakat sebagai aktor.

Ucapan tahniah dilayangkan kepadanya disambut dengan ucapan terima kasih. Rasanya sudah berbakul ucapan tahniah diterima selepas majlis ASK 2012 berakhir.

Namun, segala ucapan itu tiada tandingannya dengan ucapan tahniah daripada dua insan kesayangannya, ibu dan ayah yang setia menonton detik kemenangannya di depan kaca televisyen.

"Saya sedikit sebak ketika menerima anugerah sebab ibu saya teringin datang ke majlis ASK 2012. Sebelum ini, ibu langsung tidak pernah datang ke mana-mana majlis hiburan.

"Namun, saya hanya ada dua tiket sahaja. Jadi, ibu terpaksa menonton dari rumah. Itu yang membuatkan saya sedikit sedih. Keesokan harinya, ibu membelek-belek anugerah yang saya dapat sambil mengucapkan tahniah," kata Syafie yang merupakan anak tunggal kepada pasangaan Norsiah Ahmad, 47, dan Naswip Abu Nawas, 50.

p/s: artikel selanjutnya korang baca sendiri kat link di bawah ni yek ^_^

Kosmo! Online - Hiburan

Friday, November 9, 2012

7 keluhan lelaki mengenai seks...

...dah baca Majalah Jelita edisi November? Kepada yg dah baca, terima kasih. So, dgn baik hatinya aku nak post petikan rencana yg ditulis dalam majalah bertajuk '7 keluhan lelaki mengenai seks'. Aku boleh post separuh je ye, utk baca artikel penuh kena la beli dan baca Majalah Jelita

Petikan daripada ruangan Suami Isteri:
NORMAN merenung dirinya di depan cermin, perutnya yang mula ‘menggunung’ itu diusap perlahan. Kemudian dia mengeluh, berat desahan nafasnya. Dia melihat ke arah isterinya yang nyenyak tidur di atas tilam empuk, mungkin sedang dibuai mimpi. Sekali lagi dia mengeluh, “Malam minggu yang membosankan.” Begitu keluhnya di dalam hati.
Kehidupan seks pasangan suami isteri tidak selalunya indah dan berjalan sesuai yang diinginkan. Berikut ini beberapa keluhan kaum lelaki mengenai seks yang membuat mereka sering tidak tidur lena,  antaranya:
1. Ejakulasi awal
Menurut beberapa kajian, lebih 60 peratus kes lelaki menghadapi masalah ejakulasi awal khususnya di bawah usia 40 tahun. Ejakulasi awal ini boleh terjadi kerana dua faktor, kebiasaan melakukan onani dan serotonin dalam tubuh menurun kerana faktor usia.

2. Nafsu besar, kurang tenaga
Masalah seks yang juga dominan di dalam dunia lelaki adalah nafsu besar, tetapi kurang tenaga. Walaupun ghairah meluap-luap, alat kelaminnya masih ‘tidur’. Ini mungkin disebabkan individu itu baru sahaja makan (selepas makan, bekalan darah di bahagian alat kelamin berkurangan perlu  mencerna makanan).
Justeru, alat kelamin sukar memberi tindak balas. Jadi, jika mahu bersama pasangan, lelaki memerlukan sekurang-kurangnya dua jam waktu rehat selepas makan. Selain itu,  faktor kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan pembedahan daerah pinggul juga boleh menjadi punca masalah ini

3. Alat kelamin mengecil?
Ada segelintir lelaki yang mengeluh kerana berasa alat kelaminnya mengecil. Benarkah hal itu boleh terjadi? Perut yang membesar (buncit), membuat alat kelamin kelihatan mengecil. Justeru, sebaiknya jangan biarkan perut anda buncit. Selain itu, kegemukan juga boleh menyebabkan pengeluaran hormon testosteron menurun hingga membuat ghairah seks menurun atau tindak balas tidak dapat bertahan lama.

4. Mual waktu pagi
Masalah seks yang biasa dialami lelaki adalah alat kelamin mereka tidak  bertindak balas waktu pagi. Secara semula jadi, setelah semalaman berehat, hormon testosteron akan meningkat pada waktu pagi. Jadi, jika masalah ini terjadi, anda perlu segera mendapatkan nasihat dan rawatan.

*p/s:..utk tip 5-7, sila baca Jelita ok. Tqvm semua *_^

Jelita November 2012



Monday, November 5, 2012

Dian Pelangi & sehelai baju RM39.90...

Cita rasa fesyennya menjadi inspirasi wanita lain
…hari ni penat sesgt, banyak kerja menunggu dibereskan. Tak yah nak merungut sgt la sebenarnya, sebab taip2 bulan mmg akan lalui keadaan ni. Keadaan di mana aku perlu melangsaikan segala ‘hutang assignment’ sebelum dateline menjadi deadline!

…so dari pagi, aku sibuk pulun proses bahan2 mentah menjadi artikel sebab jam 2 pm aku ada assignment kat Hotel JW Marriot utk cover event Islamic Fashion Festival (dgn tema ‘Hakuna Matata’ yg bermaksud ‘jangan bimbang’).

…ptg ni aku berkesempatan bertemu, bersembang dan snap gambar wanita berhijab yg menjadi bualan ramai. Ye…Dian Pelangi. Cukup manis orangnya, mesra, baik dan sopan. Personalitinya mengundang rasa suka dalam hati, kiranya senang nak bekerjasama walaupun ketika itu dia sibuk kerana koleksinya bakal diperagakan di pentas IFF.

…habis assignment lebih kurang 5.30 pm, terus bergegas ke Lot 10. Lama tak buat sesi cuci mata, hari ni nak merayap puas2 nak balik pun tgh jem teruk. Paham sajalah kalau dah dok tgh2 segi 3 emas KL ni.

…biasanya kalau ada event kat sana, aku mmg park kereta comel aku kat situ jugak. Tapi ptg ni terlebih rajin, aku p parking kereta kat Lot 10. Lepas tu, gigih la berjalan dalam hujan ke hotel. Lagipun, dah pasang niat nak cuci mata kat H&M…hehehehe!

…pusing punya pusing, akhirnya cuma berkenan sehelai baju dan harganya RM39.90. Jadilah, daripada tak beli langsung. Upah buat berjalan kaki sana sini. Kiranya hari ni puas hati sebab dpt bertemu mata dengan Dian Pelangi dan dpt sehelai baju yg cantik dgn harga murah. Meriah sgt perasaan aku skrg ni hehehehe. Dah…adios!

Sunday, November 4, 2012

The making...Cornflake Madu Pedas Rangup

...bulan lepas (ye sebulan lepas ^_^), dapat 2 kotak cornflake free. Dek kerana aku ni bukan le jenis tekak amerika, so x reti sgt la nak bekfes mkn cornflake bagai. Maka, dok menjanda la si cornflake tu dlm kabinet dapur.

...hari ni, ada mood rajin nak perasapkan dapur. Pk punya pk, dpt la idea nak mengguna pakai conflake tu. Idea main masak2 kali ni simple ke, nak bikin Cornflake Madu Pedas Rangup...cewah!!! Resipinya mudah je, buat rencah mcm sambal tumis biasa tu. Cuma last sekali boh madu dan bakar sekejap dalam oven. Lepas bakar tu, jgn terus simpan dlm balang. Biarkan cornflake tu sejuk kejap, barulah simpan dlm balang (rujuk gambar).

Bahan:
1 kotak conflake
3 sudu cili giling-nak pedas boleh tambah
2 sudu bawang merah-kisar
1 sudu bawang putih-kisar
Ikan bilis goreng
Kacang goreng
Madu secukupnya
Mentega secukupnya

Cara buat: 
1. Cairkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan cili giling sehingga garing.
2. Bubuh madu, gaul sehingga semuanya sebati.
3. Masukkan cornflake, kacang dan ikan bilis. Gaul lagi sehingga semuanya sebati.
4. Masukkan cornflake dalam dulang bakar. Bakar pada suhu 170 darjah celsius, 5-7 minit.
5. Sejukkan cornflake sebentar kemudian simpan dalam balang. Siap!

Langkah demi langkah:-
Mcm ni la rupanya lepas masukkan madu...
Nampak sgt pedas kan...
Boh dlm dulang bakar...
Now tgh dibakar...huhuhu
Kasi sejuk jap pastu leh boh dlm balang...
Siap utk dijual...hehehhee...kununnya la

Awas Lu...Arghhh!!!


Thursday, November 1, 2012

Doakan yg terbaik utk Ana & Chef Riz...

Beri peluang kepada Ana dan Riz mencari jalan penyelesaian terbaik buat rumah tangga mereka. (Gambar-Carian Google)

...dalam akhbar Kosmo! pada Rabu mengaku rumah tangganya dengan Ana sedang bergolak dan dia berusaha untuk menyelamatkannya namun enggan mengulas lanjut. Khabar angin mengenai konflik perkahwinan Chef Riz dan Ana mula diperkatakan sejak beberapa bulan lalu apabila aktres itu dikatakan bersikap curang.

...dalam laporan mStar Online bertarikh 19 Oktober pula melaporkan, Ana menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya dan menganggap tuduhan tersebut timbul kerana sikap iri hati pihak tertentu.

...pasangan suami isteri, Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, bernikah dengan Chef Riz, 31, pada 11 Disember 2011. Pada majlis pernikahan itu Ana menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 dan mas kahwin RM1,001 berserta sebentuk cicin.

...manakala Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan enggan mengulas mengenai itu,
selain telah mengarahkan anaknya Mohd Nadzri (Chef Riz) dan menantunya Ana Dahlia agar berdiam diri daripada memberi sebarang kenyataan yang boleh disalahertikan.

...dia memberitahu kepada mStar Online menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), dia tidak mengamalkan sikap menceritakan apa juga konflik dalaman keluarga kerana hanya akan mengundang fitnah dan spekulasi kepada khalayak yang tidak mengetahui perkara sebenar.

...pendapat aku pulak, sebagai pembaca dan peminat kepada kedua-dua pasangan ini- tak payahlah sibuk buat mcm2 spekulasi ye. Biarkan org media buat kerja mereka, Ana dan Chef Riz uruskan hal mereka sebaik mungkin. Kita doakan yg terbaik buat pasangan ini dan semoga kehidupan mereka berdua lebih baik serta diberkati pada masa akan datang. Aamin ^_^