.

Thursday, October 31, 2013

"Laki tak heran perempuan cantik...(part 1)"

Gambar hiasan semata, tiada kaitan dengan perkisahan di bawah ye.
"...perempuan ni cantik jelita maacam mana pun, tak guna kalau tak pandai layan laki. Macam 'simpan' patung cantik dalam rumah je, tak ada faedah!" Selamba Pok Nick berkata-kata, membuat aku terkesima. Sementara June sudah membulatkan biji matanya yang sedia buntang.

"Engkau cakap baik-baik sikit, apa pulak salah perempuan. Laki yang miang, tak boleh tengok perempuan dahi licin sikit nak disapunya!" Memetir suara June dengan mulut masih penuh dengan sisa Maggi Goreng Mamaknya.

"Kau tengok sendiri, berapa ramai perempuan cantik...jelita...badan ramping macam kerengga tapi akhirnya menjanda. Itu buktinya laki tak heran pun dengan perempuan cantik, yang penting pandai jaga laki!" Pok Nick mempertahankan hujahnya dengan beberapa bukti sambil memetik beberapa nama pelakon cantik di Malaysia (tak payahlah saya susah payah menulisnya di sini ye, paham-paham sendiri sudah!)

"Itulah jantan, bab nak menjatuhkan perempuan bagi kat dia. Semua salah perempuan, habis jantan tak salah?" Cukup beremosi June membalas bahas Pok Nick. Sebenarnya mereka berdua memang pantang bertemu muka, ada saja yang nak digaduhkan.

"Cuba kau fikir, agak-agak kenapa tunang kau cari awek lain?" Soal Pok Nick. Aduh...aku dah diserbu ngilu, takut kalau-kalau berlaku adegan tak diingini gara-gara soalan cepu cemas tu.

"Sebab jantan tu bodoh, aku dah tolong macam-macam tapi menikah dengan betina lain. Aku ni kurang apa? Belajar tinggi, rupa ada...gaji besar. Betina tu? Huh!" Balas June berapi-api. Pok Nick sengih sinis. Alahai...panjang lagilah episode perang mulut depa ni.

"Sebab ko tak jaga mulut! Cakap tu main hembus je, cuba kau lembut sikit. Ni, main jerkoh...bekeng sangat. Tunang mu tu bukan kucing!" Selamba Pok Nick 'membasuh' June, sampai terkulat-kulat muka June cuba nak membalas balik kata-kata mamat Kelate tu.

Hurmmm...Aku tak nafikan, ada betulnya kata-kata Pok Nick pasal June. Memang June agak bekeng sikit, sikit punya hal pun memetir dia marah orang. Tak kira di mana, suara petirnya over-control! Tapi, dia baik hati. Tak lokek tolong orang.

"Sudahlah, jodoh tu rahsia Allah, jangan kita nak persoalkan," lembut Misbun melontar nasihat, sekali gus meredakan kepanasan. Aku senyum, diam merenung gelas kaca berisi Teh O hangat. Pok Nick berdehem beberapa kali, sementara June menggamit pelayan minta tambah segelas kopi panas. Hmmm...mahu saja mencelah minta dia order Kopi O Ais, biar reda api yang membara dalam hatinya ketika itu.

*p/s: esok-esoklah aku huraikan lanjutan sesi dialog kami malam ini ye. Otak aku berat dengan beban migraine, lagipun esok masih perlu bekerja. Good nite dear readers.

Wednesday, October 30, 2013

Gila media sosial? Jom ikut cara Jamie Oliver...

Ditengah kegilaan warga dunia menekunkan diri dengan media sosial, chef popular Jamie Oliver ada cara tersendiri untuk mengawal keadaan ini. Bagaimana? Jom baca artikel di bawah.


Chef Selebriti Jamie Oliver Haramkan Anak Akses Media Sosial 
CHEF Selebriti Britain, Jamie Oliver telah mengharamkan dua orang anak perempuannya daripada memiliki telefon bimbit atau mengakses rangkaian media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram kerana khuatir mereka akan menjadi mangsa buli.

Chef berusia 38 tahun itu yang mempunyai empat orang anak bagaimanapun seorang pengguna media sosial yang aktif termasuklah memuat naik pelbagai foto keluarga menerusi Instagram.

Namun dia tidak membenarkan anak perempuan sulungnya Poppy, 11, dan Daisy, 10, daripada mengakses mana-mana rangkaian media sosial.

Malah dia tidak langsung membenarkan mereka memiliki telefon bimbit sendiri.

Bercakap kepada majalah Closer, Jamie berkata: “Sebaik sahaja saya mendapat tahun yang dua orang anak perempuan saya membuka akaun Instagram mereka sendiri secara senyap-senyap, saya terus mengarahkan mereka menutupnya. Saya memang tidak suka.”

Kata chef itu lagi, dia sedar yang anaknya Poppy sudah pun berusia 11 tahun dan menjadi satu-satunya murid di dalam kelasnya yang tidak dibenarkan memiliki telefon.

“Ya memang benar, tindakan saya itu mungkin kelihatan keterlaluan sedikit, tetapi pada masa yang sama saya perlu memikirkan kemungkinan yang mereka (anak-anaknya) akan menjadi mangsa buli menerusi laman sosial ini semua,” tegasnya.

Adalah dipercayai yang Jamie bertindak demikian berdasarkan pengalaman masa lalu yang menyaksikan bagaimana anak-anaknya menjadi mangsa perhatian ramai kerana status selebritinya dan juga kemunculannya di kaca televisyen.

Jamie Oliver, yang memiliki lima buah restoran atas namanya dan sekolah memasak menambah: “Saya tidak pasti sampai bilakah larangan ini akan berkuat kuasa termasuklah mengharamkan mereka menggunakan telefon pintar tetapi saya berazam untuk mengekalkannya selama mana yang boleh.” (Sumber berita: Mstaronline)

Tuesday, October 29, 2013

Kenyataan tak cerdik seorang menteri...

Muhammad Rafi’ie Azizan, anak kelima Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak
 YAN - Keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak mahu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat permohonan maaf secara terbuka.

Anak kelima daripada isteri pertama Allahyarham, Muhammad Rafi’ie Azizan, 32, berkata, beliau berbuat demikian kerana berasa kecewa berhubung kenyataan Muhyiddin yang mengaitkan penyakit kencing manis dengan kematian sambil mencontohkan ayahandanya.

“Saya mewakili kedua-kedua bonda saya, adik beradik saya serta sanak saudara Allahyarham ayahanda begitu terguris hati dengan kenyataan dibuat oleh Muhyiddin ketika berkempen, 26 Oktober lalu, genap sebulan kembalinya ayahanda ke rahmatullah.

“Beliau yang menyandarkan keputusan kerajaan mengurangkan subsidi gula dalam Bajet 2014 telah mengaitkan keputusan kerajaan tersebut dengan penderitaan Allahyarham ayahanda, berikutan prosedur pemotongan kedua-dua belah kaki Allahyarham akibat penyakit diabetes,”
katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

Menurutnya, beliau tampil membuat kenyataan media kerana ucapan Muhyiddin telah menyentuh sanubari mereka sekeluarga yang masih bersedih kehilangan insan tersayang.

“Air mata kami sekeluarga belum kering mengenangkan Allahyarham ayahanda dan kerinduan kami kepada ayahanda masih menyelubungi setiap detik yang kami lalui.

“Kehilangan Allahyarham ayahanda terlalu besar buat kami sekeluarga untuk dijadikan sebagai sandaran dan alasan bagi kenaikan harga gula oleh pihak kerajaan. Atas alasan apa sekalipun, dalam suasana pilu yang sedang kami sekeluarga hadapi, kami sekeluarga tidak dapat menerima ucapan dan sandaran beliau itu,”
katanya.

Ini berikutan, kenaikan harga gula itu sebenarnya adalah untuk mengurangkan beban kerajaan dan bukannya untuk mengurangkan jumlah penghidap diabetes.

“Kami memohon supaya Muhyiddin dapat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kedua-dua bonda saya yang tercinta, adik beradik saya dan sanak saudara, sama ada yang dekat mahupun jauh, yang telah tersinggung dengan ucapan itu.

“Muhyiddin tidak wajar sama sekali menyeret penderitaan Allahyarham ayahanda Azizan sebagai modal politik beliau,"
katanya. (Sumber berita: Sinar Harian)

p/s: ...berhujahlah dengan fakta yang tidak menyingung mana-mana pihak (atau individu). Bercakap sesuatu membabitkan nama orang yang telah meninggal dunia bukan saja satu penghinaan nyata, malah satu yang bersifat tidak adil kerana si mati tidak lagi berupaya mempertahankan dirinya.

Alhamdulillah...Tahniah Mizz Nina

Benarlah, apabila Allah berkehendak mudah saja bagiNya untuk membalikkan hati yang dikehendaki. Bagi peminat penyanyi yang lincah di pentas nyanyian ini pasti sejuk hati melihat hijrah dirinya ketika ini.

Syukur, dalam keterujaannya memantapkan kerjaya seni isteri kepada Noh Hujan ini melakukan penghijrahan dalam hidupnya dengan tampil berhijab selepas selesai menunaikan fardu haji. Kita doakan perjalanan hijrah Nina dipermudahkanNya.

Petikan berita:
Penyanyi Mizz Nina mengesahkan yang dia kini sudah pun berhijab selepas pulang daripada menunaikan Haji di Mekah pada Jumaat lalu bersama suaminya vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 29.

Pegawai perhubungan awam penyanyi wanita itu, Joe Saiful, berkata, Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 33, bagaimanapun memberitahu dia masih belum bersedia untuk bertemu atau menjawab sebarang persoalan media mengenai perubahan imejnya itu.

"Buat masa ini Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu. Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah pun bertudung," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin.

Tambah Joe, Nina memerlukan sedikit masa untuk tampil kepada media serta khalayak dengan imej yang bersesuaian.

"Nina seorang yang sangat peka dengan imejnya sebagai selebriti dan apabila sudah berhijab, Nina sedang mencari imej yang bersesuaian sebelum tampil di khalayak. Dalam pada itu, banyak juga perubahan yang harus dilakukan dalam karier muziknya. Sebab itu dia perlukan masa. Diharap semua pihak dapat memahami situasinya," tutur Joe.

Miz Nina juga merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Malaysia, Tan Sri Azman Hashim. (Mstaronline)

Monday, October 28, 2013

Emma Maembong @ Jelita Cover...


*p/s: ...putih melepak selebriti popular ni, cukup mesra dan disenangi sikapnya. Santai dengan gayanya tersendiri, banyak cerita menarik yang dikongsikan untuk tatapan pembaca Jelita. Begitu juga rencana lain khususnya pendedahan topik 'Penderaan & Penganiayaan Wanita', termasuk langkah demi langkah menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa yang dikongsikan Pengarah Urusan CPP Training and Services Sdn Bhd (CPPTS), Mahathir Manan. 




Tuesday, October 22, 2013

Nyaris kerjung dalam Gua Khao Kob...


Trang memang tak begitu dikenali kalangan pelancong asing walaupun kedudukannya berdekatan Phuket dan Krabi, namun wilayah yang terletak di selatan Thailand ini tetap mempunyai keistimewaan tersendiri untuk diterokai. Selain keindahan pantai, pulau dan lautan yang membiru kehijauan.

Dalam perjalanan menuju ke Krabi Ahad lalu, aku berkesempatan ke Gua  Khao Kob yang menawarkan pengalaman penerokaan cukup berbeza. Terletak di daratan, ruang gua ini disaliri air sungai dan untuk masuk ke dalamnya, perlu menaiki sampan.

Di dalam gua ini ada pelbagai bentuk stalagmit dan stalaktit yang menyerupai bermacam objek dan hidupan, ada kelihatan seperti anak gajah dan pelamin, ada juga tak ubah bagai tulang belakang naga. Ruang di dalam gua ini ada saliran, jadi sesetengah laluan memerlukan pengunjung menundukkan kepala bagi mengelak terkena siling gua yang sangat rendah.

Lebih mencabar,  ketika dalam perjalanan keluar kami bukan saja perlu tunduk, malah berbaring lurus di dalam sampan kerana jarak di antara sampan dengan siling gua tidak sampai sejengkal (kira-kira 350 meter menuju pintu keluar).

Kedua-dua pengemudi sampan awal-awal lagi memberi amaran supaya kami tidak bergerak ketika berbaring bagi mengelak kecederaan atau sampan terbalik. Seorang pengemudi menolak siling gua untuk menggerakkan sampan manakala seorang lagi menyuluh jalan.

"Don't worry, i save you. You save...you save!" Begitu kata-kata yang sering diucapkan pengemudi sampan, setiap kali kami menjerit kerana berasa lelangit gua begitu rapat dengan muka dan sampan merempuh dinding gua.

Perasaan aku waktu tu hanya Tuhan saja Maha Mengetahuinya. Pelbagai bayangan melintas di dalam fikiran. "Hah, macam mana kalau tiba-tiba air naik?", "Macam mana kalau lelangit gua tiba-tiba runtuh ke bawah dan menghempap sampan kami.", "Masya-Allah, macam sedang di tanam hidup-hidup."

Perjalanan menuju ke dalam perut gua Khao Kob
Rupa dalam perut gua
Takjubnya saya melihat keindahan isi gua ni
Apa lagi posing la sebelum balik...
 Apa tidaknya, ketika lelangit gua sangat hampir menyapu muka Ya Allah...gerunnya! Belum lagi dengan tiba-tiba pengemudi mengeluh keras, "I have no power...huh!"  Maksudnya apa? Dia tak ada tenaga mahu mengemudi sampan yang kami naiki, jadi bagaimana nasib kami (tapi jangan risau mereka tetap menolak sampan itu hingga ke pintu keluar walaupun kedengaran nafas mereka yang tercungap-cungap).

Keadaan di dalam Gua Khao Kob, ini belum cukup rapat dengan muka...ke depan lagi hambik...melaung sorang-sorang/gambar yang ni aku Google

Jadi, suka aku nasihatkan kalau Uolls ada masalah kesihatan serius seperti penakut (over penakut), sakit jantung, lemah jantung atau darah gemuruh sila jangan cuba-cuba masuk di dalam gua ini ya. Huh...Sebaik melihat semula cahaya dari pintu keluar, barulah perasaan cuak, bertukar lega. Semakin jauh sampan dikayuh, mata tidak lekang menatap keindahan alam yang ditinggalkan di belakang yang semakin mengecil hingga langsung tidak kelihatan.

Sewaktu  berangkat meninggalkan wilayah Trang dan meneruskan perjalanan ke Pulau Krabi, terbayang-bayang pengalaman meneroka keunikan dan keajaiban alamnya. Kenangan yang pasti terpahat kuat dalam ingatan.


*p/s: Terima kasih kepada Hotel Sungai Petani Inn (sebelum ini dikenali sebagai Hotel Aman Pura, Sungai Petani) & CT Global Travel And Tour, Alor Setar yang menaja perjalanan, makanan serta penginapan sepanjang berada di Sungai Petani juga Pulau Krabi.






Monday, October 21, 2013

Ada bisa di sudut itu...


...cinta, t'lah menyembunyikan pisaunya nan terbisa di dalam hatiku
memandang wajahmu adalah seksa
paling dahsyat pernah menerjah hidupku
lalu berlagulah air mata buat menangisi janji kelmarin

Sunday, October 20, 2013

Ada 'rama-rama' dalam hatiku...

...engkau datang lagi
menerjah-nerjah kotak ingatanku
setiap ucap kata terniang-niang satu demi satu

...engkau
datang mengusik damainya rasa
buat aku terkejang kaku bisu
arghhh, kenapa tak engkau menjauh saja
biar aku sendiri membalut semua luka

...ya, aku harus akui
menghapus jejak engkau payah sekali
bikin aku mahu menjerit 
biar isi dunia tahu betapa sakitnya beban dalam dada 

...iya, aku tahu semua bukan salah engkau
mahunya engkau yang muluk-muluk saja
sayangnya kita masih ada buku takdir
yang menulis segala rahsia hidup
masih berhijab semuanya

...mahu aku juga seperti engkau, serba muluk
serba mulus
tetapi sayangnya, kehendak takdir yang tertulis di Luh Mahfuz tidak begitu catatannya
lalu bagaimana harus aku menyikapi kemahuan engkau itu???

...bertanya-tanya aku pada Yang Maha Mengetahui
bagaimana takdir aku sesudah ini
masih belum punya jawabannya
termanggu aku, di celah-celah kesakitan yang amat sangat

...iya benar, menghapus jejakmu itu payah sekali

Saturday, October 19, 2013

Menggapai cinta Allah...

Dengan rendah hatinya, aku ingin berkongsi kata-kata daripada ceramah pendakwah terkenal, Aa Gym. Aku sudah terbiasa mengikut 'kuliah online'nya, cuma hari ini aku nak kita sama-sama merenung diri. Semoga kita semua mendapat hikmah daripada pesanan-pesanan beliau menerusi ceramahnya 'Hal-hal yang mengotori hati'.


Pujuklah hati, kuatkan imanmu...


Friday, October 18, 2013

Ajaibnya sedekah...


Tidaklah akan berkurangan harta yang kita infaq/sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah, melainkan Allah akan menggantinya dengan berlipat kali ganda. InsyaAllah.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah sama seumpama benih gandum yang menumbuhkan tujuh biji benih gandum, pada tiap-tiap biji benih itu seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha mengetahui. Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperolehi pahala di sisi Tuhan mereka. tiada kekhuatiran kepada mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al-Baqoroh : 261-263)

Thursday, October 17, 2013

Kucing dan rezeki...

"Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.

Kalau seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezeki yang Allah beri kepada kita. Padahal, kucing tu minta sedikit saja daripada sisa makanan kita. Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi dan beri pada kucing.

Kadang-kadang, kucing bawa lari seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.




Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit. Muhasabahlah diri kita. Kalau nak  cepat kaya, murah rezeki, panjang umur dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah."
(Ustaz Azhar Idrus)

Wednesday, October 16, 2013

Perempuan sekarang biadap & zalim...???

Semlm hari raya korban, orang KL mcm aku memang tak ke mana-mana. Nak ke mana-mana pun malas, gitulah kisahnya. Memandangkan Ma cuma ada sebelah petang di rumah, jadi lepas solat Aidiladha aku cuma terperuk di dalam rumah. Masak dan masak...masak lagi, bosan punya pasal.

Macam-macam jenis makanan saya masak, pendek kata lepas solat Subuh tak berhenti memasak. Punyalah serius bosannya kan hehehehe! Jam 6.30pm, aku gerak balik ke rumah Ma di Serdang. Tak jauh manapun dari rumah, dalam 40 minit sampai. Tapi jem di sana sini, so sampai rumah 7.30pm.

Lepas solat, aku call adik lelaki (Iwan) yang duduk tak jauh dari rumah Ma. Gian nak membuli anak-anaknya, terutama  Aariyan (umurnya tak sampai setahun pun lagi, tengah sedap dibuli hahahaha). Tak sampai setengah jam, tiga beranak tu sampai. Iwan bawak sama anaknya yang sulung, lasaknya ya ampun tak terlayan dibuatnya.

Keletah Aariyan nan menghibur hati

Dari rumah tadi, aku dah siap bawak 'bahan beli jiwa' Aariyan. Ya Allah ralitnya tengok emosinya mengulum makanan. Bulat biji mata, sambil tangan berebut-rebut nak masuk dalam mulut. Serius...saat itu cukup menggembirakan aku. Gelagat budak kecil memang seronok dilayan, sewaktu ralit memerhatikan Aariyan aku teringat video penderaan kanak-kanak yang dishare di fb. Jeritan dan tangisan kanak-kanak yang dipukul bertubi-tubi itu kembali menyihir emosi.

Perasaan awal aku ketika kali pertama melihat video tu susah nak diluah dengan kata-kata, iPhone jatuh ke lantai (sebab waktu itu aku tengok ketika berdiri). Meremang bulu roma aku, darah dalam badan seolah-olah kering melihat pelakuan perempuan itu. Aku terduduk mendengar tangisan kesakitan kanak-kanak dalam video itu yang bergema di tengah-tengah ruang tamu rumah. Ya Allah, apalah kesalahan kanak-kanak itu sampai sanggup dipukul sebegitu rupa.


Sekadar hiasan...Gambar-Google
Hari itu mood aku mati, hilang selera makan...ada amarah yang sangat luar biasa dalam hati aku. Sumpah, kalau perempuan gila itu ada depan aku ketika itu memang jadi makanan cacinglah dia aku kerjakan. Mungkin emosi aku agak berlebihan, tapi aku percaya siapa pun akan marah melihat pelakuan dalam video itu dan mungkin ramai yang tak mahu menontonnya.

Kenapa aku sanggup menontonnya? Sebagai wartawan/penulis barangkali, aku sudah terbiasa memaksa diri melihat 'fakta' walau seteruk apa pun. Sepanjang 17 tahun menjadi wartawan/penulis, tiada kisah/fakta benar yang tak pernah aku tak tengok. Kalau tak tengok/ tak paksa tengok macam mana nak menulis?

Dan semalam, aku tunjuk video itu pada Iwan. Iwan, adik lelaki saya yang cukup suka budak-budak. Sebelum kahwin dulu, rajin sangat kelek anak buah ke hulur ke hilir. Apabila dah ada anak sendiri, janganlah tanya macam mana 'kan. Dimanjakan cukup-cukup, sampai Ma bising-bising sebab dia terlalu manjakan anaknya.

Iwan tengok video yang aku tunjukkan dengan muka berbaur emosi. Sepasang matanya yang tajam, sudah bergenang air mata. "Biadap! Zalim!" Tiba-tiba Iwan bersuara. Aku mengerti emosinya ketika itu, malah aku sendiri rasa nak bunuh orang waktu kali pertama melihat perbuatan itu.

 
Video penderaan melampau yang saya maksudkan ini berlaku di Filipina

"Perempuan sekarang memang kurang ajar! Biadap! Sakit jiwa ni, patutnya jangan biarkan hidup. Bunuh aje dia hidup-hidup. Budak kecik tu tau apa, pukul macam nak bunuh. Baik bunuh terus budak tu daripada seksa macam tu!" Emosi Iwan semakin berantakan. Aku mengerti kepedihan emosinya ketika itu. Apatah lagi dia seorang ayah kepada dua orang anak yang sangat disayangi.

"Sebab tu orang tak bagi Maria (isteri Iwan) kerja. Biarlah dia duduk di rumah jaga anak sampai besar, biarlah kami susah sikit janji anak selamat." Tambah Iwan, sambil mencium Aariyan penuh kasih. Kami hanyut dalam emosi masing-masing, aku nampak Iwan memeluk Aariyan kejap2 dan sekonyong-konyong suara kesakitan kanak-kanak dalam video itu menguasai emosi aku. Aku diam, menahan rasa.

"Zura (panggilan keluarga untuk aku), kalau ada anak esok jaga sendiri. Jangan bagi bibik, rumah pengasuh jaga anak tu." Pesan Iwan. Aku senyum saja. Tak mungkin aku izinkan sesiapa menyakiti kanak-kanak tak berdosa apatah lagi darah daging aku.

Aku berharap, kes penderaan seperti ini tidak terus memburuk. Tolonglah wahai manusia, jangan kamu zalimi hak orang lain walaupun cuma kanak-kanak yang hanya mampu menangis dan menjerit apabila dizalimi!!!

Monday, October 14, 2013

Janin yang terlindung...

Just sharing with love...

Sahabat, "Gambar yg disertakan menunjukkan bayi yg baru saja lahir berserta kantung air ketubang yg masih dalam keadaan baik.

Gambar ini menyampaikan mesej supaya kita semua berfikir bagaimana ALLAH AZZA WA JALLA menjadikan lendiran-lendiran ini sebagai wakil (pelindung) dari seorang janin tatkala ia berada di dalam kandungan ibunya,di saat dia tidak punya siapa-siapa melainkan ALLAH AZZA WA JALLA."

Seorang ulama pernah menyebut: "Tawakkal seorang bayi sangat tinggi melangit,dibandingkan tawakkal kita kepada ALLAH AZZA WA JALLA,bayi tidak mampu berbuat apa-apa dan menyerahkan takdir sepenuhnya untuk diperlakukan apapun,utk dibuang, digugurkan, dibunuh dsb. Tapi ALLAH AZZA WA JALLA Maha Pelindung, sekiranya berkehendak sebaliknya,maka dikirimlah malaikat penjaganya."

Gambar yang cukup mengagumkan dan membuatkan kita terfikir (jika mahu) akan keajaiban ciptaan dan  kuasa ALLAH AZZA WA JALLA. Itulah kekuasaan ALLAH AZZA WA JALLA

Sunday, October 13, 2013

Gulai Kerutuk Daging Kambing yoooo...


Sebelum ni aku tak pernah cuba sekalipun masak gulai Kerutuk. Jangan kata masak, rasanya pun aku tak tahu macam mana. Hingga suatu hari aku tumpang menginap di rumah seorang teman di Kota Bharu (ketika itu menghadiri majlis perkahwinan kawan) awal tahun 2013.

Kebetulan aku datang hari raya keempat, jadi mood raya masih meriah. Emak kawan aku yang membahasakan dirinya Mak Ngah cukup rajin memasak. Macam-macam makanan dihidangkan, sampai ketat perut dibuatnya.

“Makanlah Anis, lauk kampung macam ni ‘lah. Ni Gulai Itik Serati, gulai kerutuk. Pernah makan?” tanya Mak Ngah dengan loghat Kelantan yang agak pekat, nasib baik ada tukang ‘alih bahasa’ hehehe.

Aku senyum dan geleng kepala, Ma (mak saya) walaupun berasal dari Pantai Timur tak pernah masak gulai Kerutuk. Dari kecil sampai dah besar, Ma biasanya hidangkan Gulai Lemak Kuning, Kari Ayam, Sambal Tumis Ayam, Kurma Ayam, atau Ikan Bakar. Gulai Kerutuk memang tak ada dalam list menu keluarga kami. So, memang aku tak pernah rasa la kan.

“Sedap gulai kerutuk ni, rugi tak rasa. Kalau ada daging kambing kat pasar esok, kita buat gulai kerutuk kambing pulak. Anis boleh belajar, balik KL boleh try masak. Rempah kerutuk boleh beli atas pasar (Pasar Siti Khatijah),” ramah Mak Ngah bercerita, membuat aku tidak kekok.

Serius, memang sedap gulai kerutuk itik serati yang Mak Ngah masak. Rasanya lain macam, tak sama macam kari. Paling penting, tak manis macam kebanyakan masakan Kelantan yang lain (saya tak reti makan gulai atau sambal manis, atau ap-apa saja makanan yang manis kecuali kuih, buah atau air hehehe).

…seperti yang dijanjikan, esok harinya Mak Ngah tunjukkan saya cara memasak Gulai Kerutuk Daging Kambing. Oh, rupa-rupanya mudah aje cara membuatnya. Paling penting kata Mak Ngah, rempahnya asli dan kerisik mesti ditumbuk dengan lesung batu (ayooo…dah lama tak guna lesung batu). Kalau blender hilang rasa sedapnya.

So hari ni, aku rajin nak ‘recall’ semula cara memasak Gulai Kerutuk Daging Kambing ni. Sayangnya, daging kambing di KL kebanyakannya jenis sejuk beku. So mungkin rasa segarnya tak sama seperti di kampung, tapi apa nak buat bedal sajalah ‘kan. Kalau Uolls nak cuba, boleh tengok resipi di bawah. Atau Uolls ada cara lain, boleh share dengan aku…terima kasih.

Langkah demi langkah, ada yang terskip...boleh tengok di bahagian cara membuat ye.
Nak kasi sedap, kena guna cara lama
 
Resipi Kerutuk Daging Kambing
Daging kambing secukupnya (lagi sedap kalau ada tulang sikit), dibasuh dengan sedikit gandum dan perahan lemon untuk hilangkan bau hamis
Minyak secukupnya
Rempah kerutuk, bancuh dengan sedikit air menjadi pes
Bawang merah, dimayang
Serai, dititik
Gula Melaka
Garam dan gula
Santan secukupnya
Kerisik

Bahan kisar:
Bawang putih,
Halia
Lengkuas
Cili kering

Cara membuatnya:
1, Tumis bawang merah sehingga perang keperangan.
2. Masukkan bahan kisar dan masak sehingga garing.
3. Bubuh pes rempah kerutuk dan serai. Masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging kambing dan gaul rata.  Masak sehingga daging empuk sebelum masukkan santan pekat. 
5. Bubuh garam, gula, gula melaka dan kerisik.  Masak lagi agar kuah menjadi sedikit pekat.

Saturday, October 12, 2013

'Energetic cinta' Shila Amzah...

Shila Amzah ketika mengadakan Showcase sulungnya di Penthouse@ The Icon
"...dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira dan ketawa. Adakala, kita perlu ketawa agar tahu menghargai nilai setitis air mata. Kalau kita tidak rasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari. Jadi, tiada salahnya sesekali kita DERITA untuk kenal erti BAHAGIA. Sesekali kita perlu KECEWA untuk kenal erti KEJAYAAN. Sesekali kita harus MENANGIS untuk mensyukuri NIKMAT yang diberiNya dan sesekali, kita perlu TERHIRIS untuk  kenal DIRI SENDIRI..."

Dan aku kira, kata-kata mutiara di atas sesuai untuk menggambarkan perjalanan hidup gadis manis ini. Ya, siapa yang tidak tahu mengenai perjalanan kerjaya seni Nur Shahila Amir Amzah, 23,atau lebih dikenali Shila Amzah. Siapa juga yang tidak tahu betapa sensasi kisah cintanya dengan aktor Sharnaaz Ahmad suatu masa lalu. Ya...Memang heboh diperkatakan, lebih malang cerita sedih itu bersulam kata-kata nista yang menghiris perasaannya yang sedang luka parah.
 
Namun, atas sokongan padu daripada keluarga penyanyi muda ini pantas mengambil tindakan bijak. Dia bangkit daripada kekecewaan itu dan menjadikan pengalaman sedih itu umpama bara api yang menyalakan semangat dan kekuatan dalam diri untuk menempuh arus kehidupan dengan visi serta misi lebih jitu.

Bagi anak gadis ND Lala ini,  pengalaman bercinta yang menguji ketabahannya banyak memberi mengajarnya menghargai erti kebebasan hidup dan menikmati masa bersama keluarga, teman juga peminat. Dalam beberapa pertemuan dengannya sedikit masa lalu, Shila dengan yakin dan penuh kesungguhan memberitahu;

"Semua dugaan yang terjadi membuat saya lebih kuat dan bersemangat menempuh hari-hari mendatang. Bagi saya, menghargai masa bersama keluarga, rakan-rakan dan peminat lebih penting daripada perkara lain."


Keperlbagaian emosi
Berkeyakinan
Bertenaga
Malah ketika mengadakan persembahannya di Penthouse@ The Icon, pada 10 Oktober 2013, Shila turut mengakui dia mengambil pendekatan 'lebih kreatif' dengan mencurahkan emosinya di dalam lagu-lagu yang dicipta (dimuatkan menerusi album terbaharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi).

"Ketika menghasilkan lagu ini, hati saya sedang sedih dan fikiran rungsing. Lalu, saya curahkan emosi menjadi lagu yang menggambarkan perasaan saya. Alhamdulillah, saya menjadi tenang dan lebih bersemangat" katanya sebelum mengalunkan lagu Masih Aku Cinta.

Dapat dilihat, betapa energeticnya Shila ketika mengadakan persembahan di hadapan tetamu kehormat, rakan media dan peminat setianya. Lontar suaranya bukan sahaja bertenaga, malah berbaur pelbagai emosi. Cukup 'manis' melihat gayanya di pentas. Turut hadir menyaksikan persembahannya, rakan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Mohammad Jiwa, Johan As'ari dan Nazim Othman.

Gaya tersendiri Shila
Lebih matang
Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Mohammad Jiwa turut hadir memberi sokongan
Dalam persembahan itu, Shila sempat menyanyikan lagu terbaharu berjudul Sedar ciptaannya sendiri serta Maaf, Cinta Hati, Tulus dan Masih Aku Cinta. Dia turut menyampaikan lagu medley nyanyian penyanyi Adele seperti Set Fire To The Rain dan Rolling In The Deep Rumous Has It. Kata Shila, persembahan itu sebagai persiapannya konsert yang lebih besar yang dirancang pada tahun hadapan.

Doa aku, semoga Shila menemui kejayaan dan kebahagiaan yang didambakan juga dikurniakan teman hidup yang lebih baik. Hope, apabila dah capai impian hidup sok jgn lupa diri. bak kata pepatah Melayu, kala mendongak bintang di langit jangan lupa rumput di bumi! Huhuhu...adios *_* (btw...kredit gambar, Kak J)


Friday, October 11, 2013

Rahsia nikah, pengajaran buat Aeril & Wawa ...

Sedang mencerna pengakuan pasangan yang tiba-tiba hot dengan berita pernikahan dan ada anak ni. Siapa lagi kalau bukan pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Sewaktu khabar ini beredar di merata-rata dan menjadi buah mulut, Aeril menafikannya. Kemudian, ada berita mengesahkan mereka mengaku memang ada hubungan iaitu suami isteri dan telah bernikah dua kali.

Hmmm...tentu ada yang musykil, bukan. Aku pun, nampaknya pengakuan pasangan ini belum 'clear' untuk menamatkan 'perbincangan' hangat sama ada di media arus perdana atau media sosial, mahupun kedai kopi.

Pihak media terutamanya, memerlukan penjelasan lebih detail mengenai hal ini (perkahwinan dua kali). Mungkin akan ada media yang lebih agresif mencari detail itu, jadi baik Aeril mahupun Wawa nampaknya kalian kena bersedia dengan 'pembentangan' itu.

Walaupun 'ruang gosip' artis tempatan tidak sampai ke tahap 'membunuh' seperti di negara luar, tetapi kalau empunya diri tak menangani dengan baik...tak mustahil kerjaya juga kehidupan peribadi pasangan muda ini akan terganggu dan terpalit dengan isu hangat ini. Apa-apa pun, lebih baik kita bersangka baik (walaupun hakikatnya aku sendiri sangat tidak setuju dengan alasan mereka merahsiakan perkara ini.

Bukan soal mereka selebriti yang menjadi tumpuan masyarakat, tetapi tindakan mereka aku sifatkan 'kurang cerdik'. Sorok bercinta, orang boleh terima lagi. Tapi sorok status perkahwinan tiada siapa boleh terima dan akan timbul pelbagai fitnah yang lebih memburukkan keadaan).

Berikut, berita mengenai penjelasan Aeril dan Wawa.

Suasana sidang media penjelasan Aeril (dua dari kiri) mengenai statusnya dengan Wawa Zainal (bertudung).
PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.

“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.

Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama. Katanya, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi.

Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aeril sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap. Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri.


Berikut ini jawapan Aeril dan Wawa berhubung kontroversi berkenaan 

AERIL:Saya kenal Wawa pada tahun 2010 ketika sama-sama membintangi filem Klik pada 2010 dan selepas itu kami mula bercinta tetapi dihalang oleh pihak pengurusan MIG. Dan kerana itu apabila pihak media dapat menghidu perhubungan ini kami tidak mengaku bercinta.

Kemudian pada tahun 2011 banyak hal berlaku termasuklah saya menerima penyakit keturunan dan selepas itu barulah saya mendekatkan diri kepada Tuhan. Selepas itu pada 2012 saya terus berjumpa bapa Wawa meluahkan hasrat untuk menikahi Wawa. pada masa sama saya tahu kami tak boleh kahwin sebab akan dimarahi pihak pengurusan. Ye lah sedangkan kami tidak boleh bercinta, apalagi berkahwin.

Maka saya membuatkan keputusan untuk menghalalkan perhubungan ini dengan menikahi Wawa pada 25 Februari 2012 di rumah pengurus saya, Shahriman, mengikut syariat Islam, bukan undang-undang negara. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab.


Mengenai penyakit misteri yang dialami Wawa sehingga terpaksa pulang ke kampung di Lahat Datu, Sabah seperti yang dikatakan itu bohonglah?
WAWA: Tidak! Penyakit misteri itu memang betul. Demi Allah, saya dan adik beradik terkena sihir pada awal tahun ini. Jika ada yang menuduh kononnya saya cuba menutup rahsia perkahwinan dengan penyakit misteri, itu tidak benar. Bagaimanapun Alhamdulillah saya sudah kembali pulih.

Tentang anak pula, apa komen kalian?
AERIL: Setiap pasangan pasti akan diberikan anak. Begitu juga dengan kami. Selepas mendapat tahu Wawa mengandung, saya memutuskan untuk menikah sekali lagi pada 4 Februari 2013 di Masjid Jumhuriah, Taman Dato' Harun, Petaling Jaya dan kali ini mengikut undang-undang pula kerana risau anak kami nanti tidak boleh berbinkan nama saya. Dan Alhamdulillah anak kami lahir pada 24 Ogos lalu dan butirannya sama seperti berita yang dilaporkan.
Wawa Zainal kelihatan sedih dengan insiden yang terjadi.


Kenapa nikah dua kali?
AERIL: Sebelum ini kami nikah kerana mahu menghalalkan hubungan. Bukankah kita perlu mendahulukan agama? Kerana jika diikutkan syariat, kami sah sebagai suami isteri.

Kiranya kalian melanggar undang-undang pada mulanya?
AERIL: Kami mahu menghalalkan hubungan sahaja dan mengikut syariat. Cuma tidak didaftarkan sahaja.

Kenapa ambil masa setahun, kemudian baru nak daftar?
AERIL: Kerana Wawa sudah mengandung dan saya perlu memikirkan masa depan anak saya.

Kenapa tipu apabila wartawan tanya tentang perhubungan kalian?
AERIL: Saya nafikan perkara ini kerana hormat permintaan Wawa. Dia takut dimarahi MIG. Sebab itu kami terpaksa rahsiakan. Lagi pun memang kami ada rancang untuk memberitahu hubungan ini selepas tamatnya kontrak Wawa dengan MIG pada 2015. Tetapi ia dibongkar terlebih dahulu oleh pihak media. Sekarang ini saya rasa seperti dalam peperangan ketika menghadapi situasi ini.

WAWA: Macam ini, kami meminta maaf kepada semua kerana penafian ini. Apa yang dilakukan semuanya bersebab.
(Sumber berita: Mstaronline)

Itu penjelasan mereka mengenai isu ini, memandangkan aku kurang arif bab hukum kahwin ni. Apa kata kita dengar pendapat agamawan, Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengenai hukum kahwin dua kali:

 

*p/s:... justeru itu, kalau tak mahu timbul hal berbangkit seperti masalah pasangan ini maka bab kahwin harus dihebohkan untuk mengelak muncul fitnah yang boleh mengaibkan diri. Hari ini, teknologi semakin canggih. Lagi kita nak sorok, bertambah banyak yang akan dibongkar.

Thursday, October 10, 2013

Kak Yah Ooo Kak Yah...

Hangat sekejap dengan isu sarapan dicaj RM6000, sana sini orang marah-marah kepada si peniaga. Aku? Malas nak cerita or komen banyak, kita baca laporan di bawah ini bersama (termasuk tonton video penjelasan peniagaan) dan nilaikan sendiri.

Bil bayaran makanan untuk sarapan yang didakwa
Laporan Sinar Harian (semalam 9.10.2013)
Restoran caj sarapan VVIP RM6,000
KOTA BHARU - [Dikemaskini] Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).

Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.

Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat. Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan. Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit.

Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000.

Ab Ghani berkata, jika sabit kesalahan pengusaha itu boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000.

“Ini bagi memberi pengajaran terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Diharap peniaga-peniaga lain turut berwaspada. Jika dikesan melakukan penipuan mereka juga akan dikenakan kompaun. Saya menasihatkan semua peniaga di negeri ini supaya meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan, terutama mereka yang datang dari luar Kelantan,” katanya.

Sementara itu, bayaran makanan yang dicaj hingga mencecah RM6,000 oleh restoran itu menyebabkan ramai dalam kumpulan VVIP itu meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan sikap peniaga berkenaan.

Seorang pelanggan yang enggan dikenali berkata, anggota-anggota rombongan VVIP terbabit berhenti makan pagi di restoran itu sebelum menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.

“Kami mula memesan makanan mengikut kehendak masing-masing dan makanan itu disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja makan. Antara yang dihidangkan ialah ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk lagi,” katanya.

Menurutnya, selepas semua selesai makan dan salah seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, peniaga terbabit mengatakan jumlah keseluruhan sarapan itu adalah RM6,000.

“Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada peniaga itu. Langsung tidak masuk akal. Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat selepas ada sedikit tawar menawar dengan peniaga itu.

"Kami tidak setuju dengan harga cekik darah itu, tetapi disebabkan kami terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis rasmi tersebut, seorang daripada anggota kumpulan itu membayarnya," katanya.

Laporan Sinar Harian (hari ini 10.10.2013)

Pemilik restoran Selera Daun Pisang, Fauziah Awang Noh (Kak Yah bertudung merah jambu)
Peniaga nafi caj harga mahal
KOTA BHARU - Peniaga restoran yang didakwa mengenakan caj bayaran mahal berjumlah RM6,000 kepada ahli rombongan VVIP ketika singgah bersarapan di kedai itu Sabtu lalu, menafikan laporan media kelmarin.

Sebaliknya, pemilik restoran Selera Daun Pisang, Fauziah Awang Noh, berkata jumlah rombongan berkenaan yang dilaporkan media, dalam kuantiti 50 orang sebenarnya melebihi 100 dan pihak VVIP itu telah membuat pesanan sebelum singgah di kedai makan berkenaan kira-kira jam 8 pagi.

“Saya amat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan pihak berkenaan dalam laporan media cetak dan elektronik, dengan menuduh saya meletakkan harga yang mahal terhadap 100 rombongan VVIP dengan caj RM60 untuk seorang adalah tidak benar.

“Harga sebenar ditetapkan RM17 untuk seorang, dengan hidangan nasi putih selain lauk pauk seperti gulai ayam, ayam kampung goreng, gulai itik serati, ikan kering goreng, sayur campur termasuk pelbagai jenis air untuk rombongan itu dan dipersetujui oleh wakil rombongan,” katanya kepada pemberita. Fauziah berkata demikian dalam sidang media khas di restorannya, di sini, semalam.

“Melalui pemerhatian saya pada hari kejadian, jumlah rombongan bertambah memandangkan mereka datang dalam kumpulan yang berasingan dan mungkin dalam kapisiti 200 hingga 400 orang kerana ada yang turut membungkus makanan dan minuman untuk dibawa pulang.

“Semasa tiga wakil rombongan itu datang ke kedai untuk menjelaskan bil makanan dan minuman kira-kira jam 9.30 pagi, mereka terkejut kerana caj bil kesemuanya berjumlah RM6,000. Dalam perbincangan melalui telefon, mereka mempersetujui sebarang caj bayaran yang dikenakan mengikut kuantiti rombongan berkenaan namun setelah melakukan perbincangan saya caj mereka dengan RM5,500,” katanya.

Fauziah berkata, akhirnya mereka bersetuju, namun tidak mengambil bil baru yang dicaj dengan RM 5,500 sebaliknya mengambil bil yang dicaj RM6,000.

“Mungkin caj bil ini nampak mahal, tapi ia berdasarkan kuantiti makanan, minuman dan kapasiti pelanggan yang lebih 200 hingga 400 orang. Apa yang saya harapkan dengan penjelasan yang saya lakukan ini dapat membersihkan nama saya dan perniagaan kedai makan ini dan tidak menjadi buah mulut orang selepas ini,” katanya.

Fauziah turut menegaskan, tidak ada langsung niat dari pihaknya untuk mengambil kesempatan terhadap rombongan VVIP terbabit memandangkan sebelum ini terdapat juga rombongan seumpama itu pernah singgah di restorannya.

Dalam pada itu, Fauziah turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di samping mendapatkan nasihat guaman dan tindakan terbabit dilakukan bagi membersihkan semula nama restoran berkenaan yang menurutnya difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab.



Ini penjelasan Kak Yah secara lisan...pada awalnya aku pun tak berapa faham, tapi selepas bertanya kawan-kawan dari negeri Kelantan maka fahamlah aku duduk perkara. Salah maklumat, maka salah juga pengisian berita.Hurmmm...

Wednesday, October 9, 2013

Dokumentari - Ninja

Unik dokumentari ni, aku sangat suka. Thanks Matluthfi, hang memang 'bestlah' and hope ramai anak muda 'cerdik' dan 'berbakat' macam hang. Ok...jom sama-sama tonton video Dokumentari – Ninja ni dan hayati maksud tersirat yang terkandung sebelum menilai sesuatu perkara. Semoga terhibur!

Masakan Kampung mengujakan Chef Nik...

Uolls kenal Chef Nik? Atau mungkin pernah menikmati makanan enak di Restoran Piknik? Apa kaitan antara Chef Nik dan Piknik? Mari aku ceritakan serba sedikit mengenai perkaitan dua perkara ini.

Nik Michael Imran Nik Ezar, 23, atau kini dikenali sebagai Chef Nik dibesarkan dengan penuh kasih sayang ayahnya melalui kenikmatan makanan dan masakan. Ayahnya sentiasa menjadi sumber inspirasi untuk terus maju dalam bidang masakan

Dia sangat meminati masakan negara Perancis seperti Pot au feu , Cassoulet dan Ratatouille. Selain menggemari masakan Itali seperti Pizza, Pasta dan Risotto yang sentiasa menjadi ikutan juga rujukannya.

Dia amat mengagumi kesungguhan dan keghairahan chef selebriti, Jamie Oliver. Lebih-lebih lagi melihat usaha Jamie membudayakan masakan sihat di sebuah bandar di Amerika Syarikat dengan mengajar 1000 penduduk di sana untuk memasak secara sihat.

Impiannya tidak hanya untuk diri sendiri. Dia cukup gembira tatkala hasrat membuka restoran  tercapai dan lebih menggembirakannya apabila dapat membawa ayahnya menyertai usahanya itu. Bagi Nik, tidak mungkin dia dapat mengecapi kejayaan hari ini tanpa semangat dan kasih sayang yang dicurahkan ayahnya itu.

Mengujakan
Menyentuh mengenai dunia masakan, bagi jejaka berdarah kacukan, Australia dan Melayu ini, dia sentiasa berasa teruja apabila mahu menyediakan masakan untuk dinikmati orang ramai. Tiada perkataan puas hati, sebaliknya sentiasa berusaha menghasilkan hidangan terbaik. Justeru, restoran Picknik dengan rekaan kontemporari moden yang beroperasi di pusat beli-belah Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur bukan saja sebagai sumber pendapatan malah membuktikan minatnya yang mendalam kepada dunia masakan selain mahu orang ramai menikmati hasil air tangannya.

Dibuka awal tahun 2013, pembukaan restoran ini  memberi pengalaman harian yang sangat menggembirakannya. Bukan saja berpeluang memasak pelbagai menu pilihannya, bahkan mempelbagaikan cita rasa di dapur Picknik. Lebih menyentuh rasa apabila pelanggannya memberi sokongan penuh pada usaha dan bakatnya.

“Sungguh mengujakan apabila dapat memasak untuk rakan dan pelanggan. Berbanding di rumah, memasak di dapur Piknik memberi semangat luar biasa. Di sini, orang ramai bukan saja dapat menikmati air tangan saya malah boleh memberi cadangan atau pandangan mereka. Saya seorang yang bersikap terbuka, teguran dan pendapat orang lain penting untuk menghasilkan masakan yang lebih baik,” kata Nik Michael yang semakin meningkat naik namanya.

Kata Nik, minatnya dalam bidang memasak berputik sejak berusia sembilan tahun dan bapanya, Datuk Nik Ezar Nik Bolia yang juga seorang chef adalah inspirasinya dalam dunia masakan.

"Ayah suka mengadakan jamuan makan bersama keluarga, sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Waktu dia sibuk di dapaur, saya pun datang menyibuk. Selain bantu ayah memasak, saya belajar banyak ilmu serta teknik memasak. Saya kagum melihat kemahirannya ketika di dapur, dia memasak dengan jiwa dan kasih sayang," ujar pengacara rancangan Hello Bro Tolong Masak Astro Ria dan Dapur Panas (gandingan bersama Neelofa) di TV3 ini, ramah.

Chef Nik sewaktu menyertai MasterChef musim pertama
Nik belajar secara berperingkat-peringkat daripada bapanya dan banyak membuat rujukan melalui buku-buku, internet dan lain-lain. Bekas peserta MasterChef musim pertama ini juga sering mengikuti pelbagai kursus pendek berkaitan memasak memberitahu, dia mahu belajar falsafah makanan dan tampil dengan suatu penyelidikan mengenai masakan autentik Melayu.

“Agak mudah bagi saya untuk menyediakan masakan ala barat, tapi tidak untuk masakan Melayu (lauk kampung). Kita juga kekurangan buku panduan yang lengkap mengenai kaedah memasak masakan kampung, jadi ini memberi ilham kepada saya untuk mengangkat martabat masakan Melayu. Selain itu, hasil penyelidikan ini mungkin dapat membantu penggemar masakan dan generasi akan datang mengenali serta mendalami masakan kampung,” katanya yang gemar makan nasi putih bersama telur dadar dan sambal belacan. Bagi Nik, masakan ala kampung sangat mengujakan.

Walaupun masih muda, tapi matang orangnya

Info Nik:
Nama : Nick Michael Imran Nik Ezar
Nama Komersial : Nik Michael
Tarikh Lahir : 19 September 1989
Umur : 23 Tahun
Tinggi : 5'11
Berat : 82 kg
Kerjaya : Tukang Masak. Pakar Kulinari, Penilai Kulinari, Pengacara dan Model

Tuesday, October 8, 2013

Momen istimewa bersama Tea Twist-Lipton...

Aroma dan rasa teh yang menyegarkan
Aku antara peminum tegar teh (selain kopi). Sehari tanpa dua jenis minuman ini memang tak lengkap rasanya dan setiap hari, saya akan buat satu jug Teh O panas. Memanglah tak habis minum ‘kan, tapi ada sebab aku buat macam tu (biasalah orang malas hehehe).

Selebihnya aku simpan dalam peti sejuk, maka Teh O panas itu bertukar menjadi Teh O Ais (sejuk) hehehe. Perbuatan itu memang menjadi rutin, pendek kata dalam peti ais tak sah kalau tak ada Teh O. Itu momen aku bersama teh, Uolls?
Aku menikmati teh enak bersama kakak jurugambar, Jahariya Dominicus

Oh ya, kebetulan sangat hari ni aku dapat jemputan ke majlis pelancaran Tea Twist- Siri kulinari gaya hidup berasaskan teh yang pertama-menampilkan chef muda berbakat, Nik Michael Imran- dengan kerjasama Teh Lipton. Hmmm...apa yang menarik mengenai siri Tea Twist  bersama Chef Nik ini? Sangat menarik, sebab mendapat info dan resipi baru mengenai minuman kegemaran  aku ni. Ok, baca info di bawah ye *_*

Momen bersama Lipton
Episod setengah jam Tea Twist menampilkan Chef Nik yang mengetengahkan kreativiti dan inspirasinya dalam menyajikan cara penyediaan baru uncang teh LIPTON YELLOW LABEL dengan pelbagai minuman teh sesuai untuk sebarang detik dan acara sosial.

Siri enam bahagian ini ditayangkan kepada penonton AFC di seluruh Asia di 12 wilayah berbeza. Penonton di Malaysia boleh menonton Penerbitan Asal AFC ini di seluruh negara di Saluran 703 Astro.

Sepanjang program, penonton dipersembahkan dengan bakat kulinari Chef Nik serta menyaksikan kehidupannya yang penuh keseronokan, jauh dari dapur. Keluarga dan temannya turut menyertai sewaktu menghasilkan resipi minuman teh yang menarik dan makanan enak untuk dinikmati.

“Kami mahu menunjukkan bagaimana versatil dan menariknya teh. Kami begitu teruja bekerjasama dengan AFC dan chef Malaysia yang berbakat yang semakin mencipta nama, Nik Michael Imran. Lipton mahu membawakan sesuatu yang positif dan detik yang membangkitkan semangat kepada pengguna menerusi teh ini, sekali gus menceriakan hari setiap pengguna kami. Kami berharap pengguna akan mencuba resipi teh baru yang menyegarkan dalam Tea Twist," kata Pengerusi Unilever Malaysia dan Singapura, Rakesh Mohan.

Chef Nik berkongsi resipi air teh istimewa ciptaannya
Tujuh resipi istimewa
Tea Twist  bersempena permulaan kempen LIPTON – "A New Twist to Your LIPTON Moments” di Malaysia. Kempen ini memperkenalkan konsep baru dan menarik di dalam meniman teh dengan menyajikan cara penyediaan baru uncang teh dengan bahan mudah yang ada di sekeliling kita - menjadikan teh satu minuman panas dan sejuk yang menarik dan menyegarkan untuk apa-apa jua hari dan acara.

Ada tujuh resipi teh diperkenalkan sepanjang Tea Twist dan dalam setiap episod, Chef Nik memadankan minuman teh yang menarik dengan sajian utama atau hidangan pencuci mulut. Selain dua resipi memasak menggunakan teh yang memberi pandangan baru pada teh dalam dunia masakan.

Tujuh minuman teh yang dikongsikan Chef Nik adalah Paradise Sunrise, Teh Ais Sparkle, Teh Serai Madu (panas dan sejuk), Mo-Tea-To, Lovely Berries dan Teh Latte Halia Earl Grey.

Chef Nik dengan idea segar untuk penonton Asian Food Channel (AFC)
“Teh adalah sejenis minuman yang sangat sesuai dan fleksibel. Memang mengagumkan bagaimana teh mampu diadun sempurna dengan pelbagai perasa dan rempah hebat terutama rempah-ratus dan herba yang biasa digunakan masyarakat Asia. Setiap rempah, herba dan buah-buahan mencetuskan satu pengalaman berbeza. Saya juga seronok melakukan pelbagai percubaan bersama pasukan Lipton dan saya harap penonton mendapat ilham untuk menceriakan hari mereka dengan cara baru menikmati teh," kata Chef Nik ketika ditemui dalam majlis ini.

Lipton turut mengadakan aktiviti pensampelan di pasar raya besar dan pasar raya terpilih untuk membawakan pengalaman teh yang baru ini. Pelbagai aktiviti menarik yang lain juga dirancang sempena kempen init tidak lama lagi.

Saksikan tayangan Tea Twist eksklusif di Asian Food Channel, Jumaat 18 Oktober pada jam 9.30 malam di channel 703 Astro. Pengguna juga boleh mendapatkan resipi di facebook Lipton di www.facebook.com/LIPTON atau di www.asianfoodchannel.com/teatwist.