.

Sunday, June 30, 2013

Kari Daging senang dimasak...

Nampak lazat tak Kari Daging ni?
Wah gitew judul 'felem'nya, hahaha. Ye puan2, kakak2 dan adik2 sekalian. Hari ni tak ada gosip2 pasal artis 'fofuler' ye, kita cerita pasal masak2 je kenyang sikitkan ^_^.

Memandangkan hari ni tak banyak aktiviti maka aku merajinkan diri bikin gulai daging. Awalnya nak buat sambal tumis daging, tup2 tercium bau kari dari rumah bawah terus tukar plan. Jadi, daging yang aku beli di pasar malam (malam tadi) berubah wajahlah ye.

Sebenarnya, dalam menu harian jarang sangat aku bergulai bagai. Leceh, lagipun bukan ramai pun 'rakyat' yang nak makan. Balik2 aku sorang saja yang belasah kasi habis, tak pun dok 'menjanda' dalam peti ais berminggu-minggu (#konsepnakbuangsayang ^_^).

Disebabkan hari ni agak terlebih rajin dan mood nak main masak-masak meluap2 apabila semua bahan yang diperlukan ada di dapur. Kebetulan, beberapa hari lepas aku dapat lima ketul ubi kentang (free) daripada member office. Bosan ratah kentang goreng, kali ni buat gulai la ye.

Resipi Kari Daging Berkentang aku ni mudah saja, siapa pun boleh masak (kalau rajinlah). Bahannya pun mudah nak dapat, pendek kata tak ada alasan tak nak buatlah. Oklah, untuk rujukan bersama aku sharekan resipinya di bawah. Sudi2lah mencubanya ye dan komenlah kalau rajin *_*.

Bahan mudah, main campak-campak dah siap ^_^


Resipi Kari Daging Berkentang
Bahan:
500g daging, hiris nipis
4 camca besar serbuk kari daging
1 sudu besar cili kisar
Rempah 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis & buah pala)
Santan secukupnya
Daun kari
Bawang besar, dimayang
1cm halia, dimayang
Daun kari (kalau suka)
Ubi kentang, potong 4
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang besar dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dgn sedikit air dan ciki kisar. Juga daun kari. Tutup periuk dan masak sehingga rempah masak -garing.
3. Masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan masak hingga empuk.
4. Masukkan santan dan biarkan mendidih sebentar. Angkat.

Saturday, June 29, 2013

Demam Kakaotalk...

Di office, cafe, pasaraya termasuk di klinik, dah dilanda demam Kakaotalk. Maklumlah, memandang smartphones sekarang cukuplah canggih dan dilengkapi dengan sokongan aplikasi, jadi banyaklah aplikasi untuk komunikasi dibangun juga dipromosikan.
 
Haaa, dalam banyak2 aplikasi, KAKAOTALK ni best jugak untuk dilayan. Ye, Uolls, boleh buat  FREE chat.. FREE group chat.. FREE call… pendek kata banyak fungsi lain yang boleh digunakan secara FREE! Ye, PERCUMA Uolls *PENGSAN*

Cantik sgt Yuna dlm iklan KakaoTalk ni
Aku tgh gigih mencuba aplikasi Kakaotalk ni selepas meng'install' minggu lepas. Uolls, apa lagi mari cuba sama. Senang dan jimat. Jap...jap...Uolls boleh dapat free stickers daripada KAKAOTALK. Ada stickers comel daripada Yuna dan Big Bang!!! *_*
Stickers Big Bang yang comel...

Nor...uolls bole buat koleksi stickers Yuna *_*

... untuk info, like je fanpage rasmi KAKAOTALK

Apa lagi, jum layan zone free ni ^_^
*p/s: ...pesanan penaja (www.ayuqhaatami.blogspot.com ^_^), pakailah apa-apa aplikasi percuma mana sekalipun tak sama dengan 'manual talk'. So, jangan antisosial sgt ye. Time makan dok ber'weChat', Kakaotalk or whatsapp bagai. Sedih tau, dok meja makan masing2 pakat 'antisosial'...menyampah tgk!

Friday, June 28, 2013

Tahniah 'ayuqhaatami'...

Pagi ni, masuk office selepas keluar sarapan ketua grafik Jelita, Fred hulur naskah 'booklet' yang baru keluar printing. "Kak, buka page 16...", begitu kata Fred sambil sengih-sengih mengusik. Aku turut tersengih, sudah faham maksud usikannya.

Ye, buat julung-julung kalinya hasil air tangan aku tersiar dan dicetak di dalam buku kecik. Alhamdulillah, syukur atas peluang dan ruang yang diberikan. Tak sangka, lima resipi masakan aku dipilih untuk diselitkan dalam 'booklet' Sajian Istimewa bersama Leggo's dan Kara.

Booklet bersaiz poket ni menampilkan blogger masakan dan 31 resipi (ok, aku bukanlah blogger masakan sepenuhnya...tapi acapkali juga menempek gambar  masakan yang aku masak ^_^). Serius, walaupun bukanlah apa-apa sangat, tapi hati aku berbunga-bunga. Impaknya sangat besar, sampai makan tengah hari pun tak habis...hehehe.

Terima kasih kepada semua yang terbabit dalam projek ni, walaupun diberi masa yang agak suntuk tetapi berjaya dilakukan dengan baik. Kepada Uolls yang nak belek-belek resipi dalam booklet ni, kena tunggu Majalah Jelita edisi Ogos 2013 di pasaran ye. Akhir kata, layanlah gambar mcm biasa hohoho...*_*
Ada kawan-kawan yang mengusik, "Hey, dah macam duta Leggo's pulak."
Ni antara resipi yang aku kongsikan, ada lima...mudah dan sedap ^_^
Aku gembira dapat berkongsi sesuatu yang diminati dengan kalian semua. Terima kasih ^_^


Thursday, June 27, 2013

Adoyai Benjy...

Ujian air kencing yang dijalankan mendapati Benjy positif dadah jenis syabu
'Tterkezut' beruk tatkala mendengar berita di radio (waktu tu tengah drive nak ke office) mengenai pelakon berbakat besar, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryyl Benjamin Ibrahim, yang sekali lagi ditahan pada pagi Rabu (26.06.2013) atas kesalahan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Petikan berita memberitahu, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu. Pihak polis akan memohon perintah reman  di bawah Seksyen 15(1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952. Bagaimanapun, hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon itu ketika serbuan tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya

Masih terbayang-bayang lakonan hebat Benjy dalam Saerah
Sebenarnya, aku cukup sedih mendengar berita ni. Pertama, ini bukan kali pertama dia ditangkap. Kedua, rasa sayang sebab dia antara barisan pelakon yang berkualiti dalam industri seni tanah air. Cukup sayang jika benar dia terbabit dalam kes seumpama ini. Apa pun, aku tidak berhak menghukumnya. Biarlah undang-undang sedia ada mengadilinya.

Tuesday, June 25, 2013

Zaman 'tak pakai baju' dah berakhir...

Lupa nak berkongsi cerita mengenai seorang artis wanita yang kini telah pun berhijab. Berbanding imejnya dulu, sejuk mata memandangnya sekarang. Sejak dia berhijab, aku perhatikan pelakuan dan tutur bicaranya berubah sesuai penampilan dirinya sekarang.

Minggu lalu, aku sempat bertemu artis ini dalam sebuah majlis yang turut membabitkan beberapa VIP dan artis popular. Walaupun kini berhijab, dia masih menjadi 'pusat perhatian'. Serius, artis ini semakin menyerlah berbanding sebelumnya. Pendek kata semakin berseri dan diperkatakan. Ya, aku harus mengakui itu, apatah lagi dia bijak bawa diri. Tidak nampak canggung, aura hijrahnya cukup luar biasa.

Dicelah-celah ramainya rakan media sibuk menemubual artis pilihan mereka, aku juga tak mahu ketinggalan. Lama juga menunggu giliran untuk menemubual artis seorang ini, akhirnya dapat juga bertemu empat mata.

Tatkala ditanya mengenai hijrah dirinya, artis muda ini tersenyum penuh makna. Katanya, "Saya bersyukur dengan kerana diberi ruang dan peluang untuk berubah. Sungguh, ini semua diluar jangkaan saya. Hijrah ini kurniaan paling istimewa daripada Allah SWT kepada saya. Secara jujurnya, saya sangat selesa dengan perubahan ini. Apa-apa juga pandangan orang, saya terima dengan lapang dada. Paling penting, nawaitu saya,"

"Terus-terang, kalau diungkit semula kehidupan saya yang lalu...sungguh saya malu. Malu saya sebut hal yang lepas, apatah lagi apabila tengok gambar-gambar saya dulu tetapi itulah harga yang perlu saya bayar. Bak kata orang, pengalaman adalah guru paling baik. Jadi, saya belajar daripada kesilapan lalu. Syukur, saya diberi hidayah untuk keluar dari 'zaman jahiliah'. Bagi saya, zaman 'tak pakai baju' dah berakhir."

Alhamdulillah, kata artis cantik manis ni  lagi, rezekinya semakin bertambah sejak berhijab. Paling penting, masyarakat lebih menghormatinya. Baguslah begitu, aku tumpang gembira. Semoga dia terus diberi kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi hari-hari mendatang. Doa sama juga buat rakan artis lain yang kini telah pun berhijrah seperti Memey Suhaiza, Noryn, Fiza (Elite), Abby Abadi, Datuk Siti Nurhaliza, Aliyah dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama).

Bekas anggota Elite juga dramatis cantik, Fiza juga sudah berhijab. Penampilannya lebih manis.

Monday, June 24, 2013

Fake friends...

Friends show their love in times of trouble, not in happiness.
Fake friends treats you like a tree, they care as long as you give away fruits but once you stop, they fire your branches to cook those fruits you gave.

Sunday, June 23, 2013

Shahz Jaszle & tunang masih cinta...

Shah dan Puteri mengaku hubungan masih baik


Nampaknya hubungan pelakon muda, Shahrizal Jaszle dengan tunangnya Redzwani Puteri masih hangat diperkatakan. Sana kata sudah putus, sini kata belum. Kemudian ada pulak kenyataan balas daripada tuan empunya diri (baik Shahrizal mahupun tunangnya), mengatakan hubungan masih berjalan dengan baik. Makna kata, masih tunangan dan belum putus. Kononnya, yang mengeluarkan kenyataan putus hanya daripada keluarga bukan empunya diri.
"Pertunangan diputuskan keluarga, bukan kami berdua..."
Petikan kenyataan Shahrizal dalam laporan Mstaronline (22.06.2013) antara lain berkata, "Pertunangan yang diputuskan itu hanyalah keputusan keluarga dan ia bukan atas kehendaknya dan Puteri. Yang bercintanya adalah kami, Keputusan memutuskan pertunangan itu datangnya daripada pihak keluarga dan bukannya daripada kami. Apa yang saya dan Puteri hanya mampu buat adalah reda sahaja dan berdoa agar perhubungan kami dan keluarga kembali pulih. Saya harap tiada lagi mana-mana pihak selain keluarga masuk campur urusan kami. Berhentilah mengganggu perhubungan kami."

Puteri masih sayang Shah
Manakala Redzwani pula berkata,"Saya dan Shahrizal memang tiada masalah. Tetapi sebagai anak saya perlu menghormati keputusan kedua-dua ibu bapa saya. Kerana untuk meneruskan perhubungan ini, restu itu sangat penting. Memang ikatan pertunangan kami dah putus tetapi atas kehendak keluarga dan bukan kerelaan kami. Saya dan Shah (Shahrizal) tidak ada masalah. Kami masih baik.Bukan senang untuk tiba-tiba berhentikan perasaan cinta itu. Lebih-lebih lagi kami sebelum ini adalah kawan baik dan kemudian bertukar menjadi cinta. Ia bukan satu benda yang mudah untuk dilupakan. Tetapi pada masa sama saya perlu menghormati keluarga.Saya hanya mampu berdoa yang terbaik. Bagaimanapun saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada semua pihak media yang tidak dapat berhubung dengan saya untuk mendapatkan kenyataan. Masa itu saya belum bersedia lagi. Tetapi saya sedar satu hari nanti saya tetap akan berdepan dengan semua."

Ye memang faham sangat, kalau hubungan membabitkan keluarga bukan boleh selesai ikut kepala kita saja. Kalau hati sudah cinta, lautan api sanggup direnangi. Buat Shahrizal dan Redzwani, apa pun keputusan kalian harapnya jangan sampai membelakangi keluarga masing-masing.

Walaupun berdepan dugaan hebat, pasangan ini masih mahu bersama

Saturday, June 22, 2013

Berjimba di Pasar Malam Melawati...

Perghhh, macam lama giler rasa tak jejak pasar malam kat Taman Melawati, Hulu Kelang. Biasa balik kerja dah malam, memang tak sempat nak singgah cuci mata kat sana. So, memandangkan hari ni cuti dan kepala kurang nak meragam sangat jadi aku ambil peluang ni untuk 'melawat kawasan'.

Tak banyak yang berubah, Pasar Malam Taman Melawati ni tetap macam biasa. Kurang sana, lebih sini. Itu hal biasa dan memandangkan aku datang 'melawat' agak awal, masih terang so puas la cuci mata.

Biasanya kalau meronda kat pasar malam ni, aku cukup suka ke lorong menjual barang-barang basah macam sayur, ikan, daging dan ayam. Selain itu, kuih-muih dan buah. Kalau bab kain baju ni, aku kurang sikit. Bukan sebab dijual di pasar malam, cuma bab harganya yang kurang nak masuk dek akal. Tak berbaloi! So, daripada sakit hati baik aku jangan start tengok or pegang-pegang.

Hari ni aku gatal tangan snap sana-sini, seronok dan cuak. Takut-takut si penjual marah sebab aku snap aktiviti mereka (eh salah ke? entah!) Lepas rembat 2 gelas besar air tebu, 1 bungkus laksa, apam balik dan 1 kilo rambutan, aku bergegas balik sebab suara azan dah kedengaran. Tak baik jalan-jalan waktu azan kan, hehehe. ok jom layan gambar ^_^


Laksa, bihun sup, keropok lekor...
Ayam Goreng Spicy-Uncle Bob
Ayam golek pun ada...
Kerjasama...
Pelbagai rasa dan bau...
Cita rasa Pantai Timur...
Kuali besar...
Gorengan...
Beli air tebu pun kena Q...

Sedap ni, segar...
Ingat nak beli satu letak kat rumah, hari-hari boleh minum air tebu kan...
Rambutan, 1 kg RM4
Kepak ayam bako...

Putu bambu...harumnya bau

Thursday, June 20, 2013

Jus segar, badan sihat...

Pagi ni terlebih rajin sikit, lepas cuci kain dan mengemas rumah bergegas ke pasaraya. Dalam kepala dah plan nak beli pelbagai jenis buah segar untuk buat jus. Ni semangat daripada tengok gambar-gambar yang sangat mengujakan pasal jus buah segar di Internet.

Boleh je pesan di restoran, tetapi kalau nak lebih berkhasiat lebih baik buat sendiri'kan. Btw, aku beli strawberry, kiwi dan pisang montel. Selain itu, dua ikat bayam untuk dibuat sup sayur. Macam biasa, bakul beli-belah aku tetap 'meriah' dengan dua paket maggi segera, air 100+, cili padi, kicap lemak manis dan sos cili. Hmmm... cukup seronok dapat cuci mata dan makan angin di dalam pasaraya, kalau boleh semua benda nak sumbat masuk dalam bakul hehehe.

Puas 'berseronok' dalam pasaraya, terus balik dan sambung kerja menaip. Ye, walaupun cuti hujung minggu tetap perlu proses bahan untuk majalah. Lagipun, kesihatan kepala ni bukan boleh dijangka. Tak semena-mena boleh sakit dan melarat berhari-hari. Adoi, so sebelum sakit sana sini tengah sihat ni baik selesaikan mana-mana yang boleh.

Oklah, tak nak mengarut panjang-panjang. Uolls layan gambar jus buah yang aku buat dengan penuh kasih sayang dan perasaan teruja ni ye ^_^

Campur saja semuanya dan blender sampai hancur. Tak perlu letak gula.
Tumis bawang putih, masukkan air dan pecahkan telur, bubuh bayam. Siap dan sedap


Wednesday, June 19, 2013

Gedik-gedik 'catchy'...

...i like intronya yang gedik-gedik 'catchy' hahaha, tengah stress dengar lagu ni (FIRMAN feat ALICE Jangan Pikirin Abang) memang 'melayan'. Jangan marah ye, biasalah apabila masuk zone' dateline otak saya memang akan automatik jadi 'senget' sekejap wakakaka ^_^

Rawat Gout cara mudah & murah...

Kita selalu dengar dan baca mengenai penyakit Gout, bukan! So, aku nak share info yang dibaca di sebuah blog (dah kreditkan di akhir info ye). Kepada yang berkenaan, atau memang mengalami penyakit ini bolehlah baca rencana ni sebagai pengetahuan mana tahu boleh membantu.

Cuka Apel banyak khasiat untuk kesihatan tubuh
Penawar Gout, mudah & murah
Bagi penderita gout, masih ramai lagi yang tak sedar akan penawar yang pantas dan berkesan untuk merawat kesakitan boleh diperolehi dengan harga yang murah dan lebih mengejutkan, ia boleh dibeli di kedai-kedai runcit, bukan saja dari farmasi atau klinik.

Pesakit gout menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Segalanya bergerak perlahan. Sebahagian aktiviti yang dilakukan selama ini terpaksa dikurangkan atau dihentikan terus. Lebih-lebih lagi mereka yang menerima serangan gout di bahagian kaki. Ia menyebabkan segala aktiviti seharian mereka terbatas. Ada yang tidak boleh berjalan atau terpaksa menggunakan tongkat. Ada pula yang menggunakan kerusi roda.

Jika pergi ke klinik atau hospital, sudah tentu doktor akan berikan ubat ibuprofen atau colchicine atau yang seangkatan dengannya untuk mengurangkan gejala kesakitan pada anggota tubuh yang diserang. Ibuprofen boleh mendatangkan kesan sampingan yang merbahaya seperti serangan jantung dan strok jika digunakan dalam jangka masa yang panjang. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan dalaman di dalam perut. Keadaan seperti ini semuanya boleh membawa maut.

Colchicine berfungsi mengurangkan bengkak dan kesakitan akibat pengumpulan asid urik yang berlebihan. Perlu diketahui hanya jenama Colcrys sahaja yang mendapat kelulusan FDA untuk ubat colchicine ini. Jika anda menggunakan colchicine dalam tempoh yang lama, darah anda perlu diperiksa selalu. Ubat ini tidak sesuai untuk penderita penyakit buah pinggang dan hati.

Maka untuk mengelak dari mendapat semua kesan sampingan di atas, TSM ingin memberikan panduan kepada penderita gout untuk mendapatkan pilihan yang lebih baik dan tiada kesan sampingan dalam merawat atau mengurangkan kesakitan gout.

Tuesday, June 18, 2013

Beruntungnya Angelina...

Brad Pitt about his wife:

A Secret of Love...

with children. She has lost 30 pounds and weighted about 90 pounds in her 35 years. She got very skinny, and was constantly crying. 

... my wife got sick. She was constantly nervous because of problems at work, personal life, her failures and problems

... she was not a happy woman. She had suffered from continuing headaches, heart pain and jammed nerves in her back and ribs. She did not sleep well, falling asleep only in the morning and got tired very quickly during the day. 


Monday, June 17, 2013

Cinta daripada Tuhan...

sumber gambar Google
Lama aku tak bertemu Farhan, kali terakhir sewaktu memenuhi undang perkahwinannya lewat Oktober 2009. Tatkala mendapat kad jemputan kahwinnya, aku sempat terkejut beruk. Aku terus menghubunginya, dia hanya ketawa menyambut 'bedilan' soalan-soalan aku. "Kalau ada kelapangan, datanglah Sahabat ye. Ana tunggu Sahabat tau, lama tak bersembang." Begitu kata katanya, sambil diselang-seli ketawanya nan mesra.

Dan kami bertemu semula awal minggu lalu, Pulau Besar, Melaka menjadi lokasi pertemuan kami termasuk beberapa 'sahabat' lama. Ya, kami memang suka bertemu di sana. Banyak kenangan dan 'pelajaran' bermakna. Berkali-kali turun ke sana, tak pernah sekali terdetik rasa jemu apatah lagi bosan.

Sunday, June 16, 2013

Jom berfesyen...

Aku just nak share fesyen yg menepati cita rasa. Cuci mata la sekejap ye hehehe ^_^





...hmmm, mcm mana? Ok tak pilihan fesyen aku?

Saturday, June 15, 2013

Budu + Cerdik + Cantik + Bau...

Kenapa tempek gambar Budu ni??? Ok...baiklah, hari ni aku nak ajak uolls sembang benda paling simple (dan seperti biasa tentunya pasal makan + makanan ^_^ ).

Sure Uolls pernah dgr pasal 'BUDU' 'kan? Tentu ramai juga yg suka mkn, kalau tak ada Budu tak selera makan...ada tak? Aku pasti ada! Aku? Ye, aku sedang berjinak-jinak makan dan cuba suka makan Budu. Yup, baru sangat berjinak-jinak dan pandailah nak hidangkan mcm mana.

Budu ni bukan saja 'femes' di sebelah Pantai Timur, restoran-restoran di KL juga banyak menyediakannya 'di sudut ulam-ulaman'. Pendek kata, hampir kebanyakan restoran di KL ada Budu ni dan cara penyediaannya berbeza-beza.

Memandangkan office aku dekat dengan Restoran Anis Puteri, Pantai Dalam, jadi apabila ada kelapangan aku dan kawan-kawasan sering ke sana. Pelanggan di restoran itu datang dari pelbagai bangsa dan negeri. Misalnya, satu hari (Jumaat) sekumpulan pelanggan wanita duduk makan di sebelah meja saya. Daripada cara mereka bercakap, saya rasa mereka dari Kedah, Negeri Sembilan dan Perak. Tekun betul mereka menjamu selera, sambil makan ketawa-ketawa dan berbual panjang sampai pinggan hampir kering.

Aku perhatikan makanan mereka, selain lauk utama (ayam, daging dan ikan bakar) meja mereka penuh dengan pelbagai jenis ulam. Ada terung, kobis rebus, bendi, kacang panjang, petai dan jantung pisang. Pencicahnya ada tiga jenis, sambal belacan, sambal tempoyak dan Budu (meriah sekali meja makan mereka 'kan).

Bau semua makanan dan pencicah itu menusuk ke hidung aku, agak tidak selesa. Tapi aku tahan saja, lagipun kebanyakan meja penuh so memang tak boleh beralih tempat. Sabar sajalah.

Februari 2013, aku bertandang ke rumah seorang teman lama. Memang lama tak bertemu muka dan bersembang panjang, rupa-rupanya sudah beranak tiga. Alhamdulillah, rezeki dia. Dia jemput aku makan tengah hari bersama, kebetulan isterinya teringin jumpa aku. Katanya, "Wey, ko makan sini tau. Wife aku teringin sangat jumpa ko, maklumlah wartawan majalah popular jadi dia banyak benda nak tanya ko. Aku rasa, dia nak ajak ko bergosip la." Hehehe, aku layankan saja. Kebetulan, aku ada kelapangan jadi memang boleh lepak lama sikit ^_^

Sambil makan, aku perhatikan anak sulungnya, Kak Yang ralit menyudu Budu ke pinggan nasinya. Si teman senyum apabila aku memandang anaknya. Katanya, "Nn, anak-anak aku terutama Kak Yang memang suka Budu. Sejak kecil lagi, aku ajar mereka makan Budu. Wife aku dulu tak makan Budu, sejak kahwin dengan aku sampai sekarang dia tak boleh tak ada Budu." Celah pula isterinya, "Dulu saya selalu tutup hidung bila abang makan Budu. Waktu mengandungkan Kak Yang, saya mengidam makan Budu. Sepanjang mengandung dah berbotol-botol Budu saya telan."

*p/s: si teman anak jati KL, isterinya pula dari Perak ^_^

Friday, June 14, 2013

Beto Kusyairy disebalik 'nama' ada 'cerita'...

Disebalik nama, ada cerita
Inilah maskot 'Along', so what...??? Amboi macam nak cari gaduhkan? Hahaha...Rancangan tv A.L.O.N.G (eja satu-satu, sambil nyanyi ye hehehe), memang agak popular sekitar tahun 2001. So hari ni, waktu baca pendedahan (act Beto pernah bercerita hal sama sebelum ni, aku juga ada share dipost terdahulu ) teraju utamanya 'Along', terus terbayang di mata aku 'tergedik2' si Along dalam program tv tu.

Thursday, June 13, 2013

The making-Red Velvet Cake in Jar...

Di mana ada kemahuan, di situlah ada jalan. Ya, aku sedar, yakin dan percaya kalau kita usaha pasti ada hasilnya. Penat, kerja berlambak-lambak, komen-komen negatif atau apa-apa saja yang kita rasa mcm  menghalang usaha bukan masalah besar. Kita boleh 'layan' dgn senyum dan lapang dada.

Itu yang aku rasa selepas beberapa tahun merajinkan diri dalam bidang bakeri dan sebagai 'budak baru belajar', aku selalu berusaha 'layan' semua itu dengan jiwa besar (paksa jiwa jadi besar, kental dan gagah hihi). Alhamdulillah, hari demi hari perkembangannya semakin mengujakan dan sesungguhnya benarlah janji Allah SWT, rezeki itu ada di mana-mana.

...eh, panjang pulak saya melalut yek. Oklah, just nak share #projekgila aku hari ni. Walaupun penat sebab baru balik dari kerja, tapi seronok. Act bukanlah soal duit atau keuntungan sgt, tetapi lebih tepatnya kepuasan diri. Syukur dan Alhamdulillah, hari ni dapur Qalischa Homemade Recipes dapat tempahan Red Velvet Cake in Jar with Creamcheese (35 balang).

Kalau Uolls nak rasa, boleh order ye dan minimum order 5 balang. Kalau nak order pm saja aku di FB Qalischa Homemade Recipes atau boleh cari no phone di sebelah ni. Ok, macam biasa kita layan gambarnya ye.
Red Velvet Cake in Jar memang tgh 'in' skrg ni, mcm-mcm versi dan rasa.

Wednesday, June 12, 2013

Sesi memasak bersama Nestlé...

Lama tak memasak beramai-ramai, tetapi semalam aku berpeluang melakukannya bersama teman media lain menerusi  bengkel memasak yang dianjurkan Nestlé dan demonstrasi dikelolakan  selebriti pakar memasak MAGGI ini, Chef Muluk, bertempat di MAGGI Masak-Masak Kitchen Level 1,  Surian Tower, No. 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,  Petaling Jaya.

Ramai juga rakan media yang mengambil bahagian dalam bengkel ini, memang seronok.  Kami berpeluang masak pelbagai makanan enak menggunakan produk Nestlé. Sangat menyeronokkan apabila Chef Muluk berkongsi pengalaman dan tip memasak. Apatah lagi bengkel ini dikendalikan dalam suasana cukup santai, membuat sesi memasak berjalan lancer dan penuh keceriaan. Oh ya, apa yang kami masak?  Tengok gambar-gambar di bawah ye *_*

Bersungguh-sungguh memasak
Hidangan yang dihasilkan menggunakan produk Nestlé
Inilah tempat kami memasak
Antara produk Nestlé yang digunakan dalam sesi demontrasi memasak ini
Rakan media yang mengambil bahagian dalam acara memasak
Bergambar bersama Chef Muluk