.

Friday, October 21, 2011

Ada apa dgn Johan Asari?

Fasha nampak cam kakak je dlm citer ni bila digandingkan dgn Johan. Gambar, Google.
'Kenal' mamat ni menerusi ost Juvana. Aku layan ost tu sebab ada 'Cikgu Beto' hehehehe, so sambil2 tu layan sekali la citer2 budak Juvana yg lain termasuk la Johan Asari ni. Bagi aku, mamat ni biasa je. X de la hensem pun, tp dia comel sebab bila senyum mesti biji mata jd sepet hehehehe.

Habis Juvana, timbul lak ost Cinta Elysa. Aku start tgk citer ni lepas budak2 opis dok kecoh citer pasal kononnya hero-heroin citer tu ada skandal luar lokasi. Owh...mcm x caya je, cuz heroin citer si Fasha Sanda dan heronya pulak Johan Asari-budak baru nk bina nama. Tak mungkin!

Depa ada Skandal, lawak sgt la korang! Gambar, Google.
Kononnya, depa berdua ni mmg ada hubungan istimewa di luar Cinta Elysa. Serius? Takkan lah Fasha ada hati dgn budak beringus mcm Johan Asari tu? Sgt nonsense la gosip tuh! Bukan ke Fasha high taste? Takkan la budak yg baru nak bikin nama tu dia sangkut? Pelik, tp hari2 kat paper itu jugaklah gosipnya.

Izreen, kalau dh Johan x mo ngaku abaikan je la...awak tu sweet ramai yg nak-Gambar Google.
Tgh kecoh2 gosip tu disebut sana sini, muncul pula pelakon comel Izreen Azminda. Cikgu dlm citer Juvana gak. Johan dan Izreen dikatakan rapat time berlakon citer tu dan Izreen mengaku derang ada hubungan istimewa.

Malangnya, bila media tanya Johan tak mengaku pulak. Kononnya, depa kawan biasa jek. Ah sudah! Mana satu nk dgr nih? Apa pun biaq p depa la khennn...sapa yg betul sapa salah depa jek yg tahu. Org media cuma boleh bertanya dan dapatkan maklumat daripada yg empunya diri. Tp kalau dh tuan punya badan kata Tak dan yg sorang pulak kata Ya-lagu mana nk jawab lg?

Ada apa dgn Johan Asari sampai nama hot mcm Fasha Sanda pun terheret sama? Lawak sgt kan. So, biarlah si Johan tu bikin nama betul2, sian sebabnya aku tgk bila media interview dia cam lurus bendul skit. Tak masak lagi nk melayan tendang terajang dunia hiburan ni.

Utk Johan Asari, aku harap berhati2 lah. Dunia seni ni tak semudah dan seindah yg Lu sangka. Jgn sampai Lu dpt badi sudah ler-Awas Lu!!!

Sinopsis Cinta Elysa:
Mengisahkan Aril (Johan As’ari)  seorang anak yatim piatu yang membesar tanpa kasih sayang telah menjadi seorang pemuda bermasalah yang terlibat dengan kegiatan samseng. Selepas disisihkan oleh keluarga sebelah ibu ekoran pelbagai masalah yang ditimbulkannya, akhirnya bapa saudara sebelah bapanya, Jasman (Dato’ Jalaluddin Hassan) telah membawanya pulang dan masih menaruh harapan kepada Aril untuk berubah.

Isteri Jasman, Yasmin (Zila Bakarin) sangat bencikan Aril dan sering melemparkan kata-kata nista kepadanya. Anak-anak lelakinya, Khairul dan Imran juga memusuhinya. Hanya anak sulungnya, Elysa (Fasha Sandha) yang masih menegur Aril. Namun sebenarnya, Elysa agak gugup berhadapan dengan Aril kerana sudah mendengar macam-macam perkara buruk tentang dirinya.

Aril telah didaftarkan di kolej yang sama dengan Elysa dan diberikan tanggungjawab untuk menjaganya. Aril sering melepaskan kemarahannya kepada Elysa lebih-lebih lagi selepas Elysa jatuh di kolej dan kakinya cedera. Aril menganggap Elysa sebagai beban dan suka menyusahkannya.

Aril berada dalam dilema apabila diamanahkan oleh Jasman untuk menjaga keluarga kerana anak-anaknya masih bersekolah. Jasman telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Aril cuba mengikut amanat tetapi kebencian Yasmin menjadikan tanggungjawabnya amat sukar dilaksanakan. Hanya cintanya pada sepupunya Elysa menjadi inspirasi dan memberi kekuatan kepadanya untuk tidak meninggalkan rumah itu.

Apabila Aril dihalau keluar dari rumah oleh Yasmin, Aril nekad membawa Elysa yang masih cedera lari bersamanya. Aril kembali menjalani kehidupan sebagai samseng untuk mencari duit demi kehidupannya dan menyembuhkan Elysa. Elysa menyangka Aril melarikannya kerana mahu membalas dendam kepada ibunya. Selepas teguran Elysa, Aril mencari rezeki halal demi Elysa.

Aril dan Elysa menyamar sebagai pasangan suami isteri di sebuah kampung. Mereka mendapatkan pengamal perubatan tradisional, Mak Jah untuk mengubati Elysa. Namun perlakuan mereka menimbulkan syak wasangka Mak Jah dan rahsia mereka terbongkar. Mak Jah menasihatkan mereka untuk berkahwin. Hati Aril berbelah bagi tetapi Elysa akur untuk mengelakkan dosa. Aril berjanji bahawa akan menceraikan Elysa selepas Elysa boleh berjalan semula. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Bagi peminat slot Lestary, drama bersiri romantis ‘Cinta Elysa’ disiarkan mulai 13 September 2011, setiap hari Selasa jam 9.00malam. Drama bersiri 13 episod terbitan Suhan Movies Trading ini diarahkan oleh sutradara Along Kamarudin dengan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem turut membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Addy Ashraf, Naim Daniel, Zaefrul Nordin dan Ika Nabila.

No comments: