.

Friday, January 13, 2012

'Keselambean' Beto Kusyairy...

(Source pix: Kash Pictures SB)
...cerita pasal nonton drama or filem Melayu ni, aku mmg selektif sikit. Bukan apa, bosan sebab masih ada pengarah dan penerbit yg masih suka bg penonton mkn 'gula2'. Dok sogok cerita2 yg merapu, merepek dan meraban yg membuatkan aku meroyan kalau terus menontonnya. Dipendekkan cerita, mmg aku akan pilih cerita2 yg ada mesej dan plot special jek utk ditonton.

...mungkin jugak kerana aku ada peminat setia drama lakonan Beto Kusyairy, maka teruja menunggu drama ini diulangsiar kat Astro. Siaran kali pertama terlepas sebab sibuk proses bahan kat opis, so kali kedua aku dh siap reminder kat iphone supaya x tertinggal.

...aku suka 'keselambean' Beto dlm Selagi Masih Ada (SMA), yg mengandingkan dia dengan pelakon bersuara romantik Tunku Norhanis. Depa berdua ni pernah dicouplekan dlm ost Uri, so nampak sgt serasi apabila digandingkan sekali lg.

(Source pix: Kash Pictures SB)
...SMA mengisahkan Harith (Beto Kusyairy) bertemu Dahlia (Tunku Norhanis) yg bertemu buat kali pertama, dia pasti wanita itulah cinta sejatinya. Namun bagi Dahlia, pertama kali dia bertemu Harith, Harith adalah seorang yang sangat menyakitkan hati.

...ersaksikan sekeping gambar dan kemudiannya terpaut dalam nada cinta yang tidak dapat diungkapkan. Sebuah perhubungan abadi tercipta; perkahwinan berlangsung, alam rumah tangga yang penuh bahagia dilayari, diikuti dengan kehamilan Dahlia. Namun kebahagiaan mereka terhenti apabila Dahlia disahkan menghidap Alzheimer.

...knp aku suka telefilem ni? Bagi aku, ceritanya simple jek, tp plotnya menarik. Tak terlalu banyak longgokkan pelakon utk memantapkan plot, cukup hero & heroinnya yg bijak menjiwai watak mereka. Dan seperti biasa, Beto selamba melontarkan jiwa sebagai Harith. Dia bukan la hero yg hensem sgt, tp dia layak jd hero la...sgt sesuai. Mcm Rosyam Noor, x lah hensem mana pun tp dia ada karisma utk diletakkan sebagai hero drama/filem Melayu.

Suka scene ni, Beto nampak cute je mengenakan Dahlia ;-) (Source: Kash Pictures SB)
Pink la pulak, jeles dowh ;-P (Source: Kash Pictures SB)
...mengenai Tunku Norhanis pulak, dia mmg x secantik Neelofa (Lofa), tp dia mampu menjiwai watak dgn baik. Paling aku suka mata juga suara gemersiknya...bila ada scene romantik sgt la menangkap jiwa. Ingat lagi tatkala nonton ost Uri, ada satu scene dia dan Beto tgh tgk keindahan pelangi petang...lontaran suaranya kala itu buat aku 'jatuh cinta' (...but sorry, gua bukan lesbi...wakakakaka).

...ok la, cerita banyak pun x guna...nk membuktikan apa yg aku perkatakan ni betul or x korang kena tgk sendiri telefilem ni. Rasanya Astro akan ulangsiar lagi or korang download je. Tanya Mr. Google, tentu ada ;-)

No comments: