.

Thursday, May 23, 2013

Peria Katak, Kencing manis & Ma...

Sebenarnya, waktu menaip entry ni aku sedang risaukan keadaan kesihatan Ma. Dia ada darah tinggi dan kencing manis, tambah payah sebab dia tak mahu dengar nasihat apabila disuruh berpantang serta jaga pengambilan makanan hariannya.
Ya cukup payah nak nasihatkan Ma, degil dan asyik menjawab aje (tak puas hati aku bebelkan dia hehehe). Kira-kira 30 minit tadi, Ma call beritahu dia baru balik dari klinik sebab tak tahan kakinya gatal dan digaru sampai luka. Memang, setiap kali balik ziarah Ma akan tengok keadaan kakinya. Setiap kali itu juga aku (sambil tahan sebak dan air mata daripada tumpah) akan keluarkan berbakul-bakul nasihat untuk Ma.

Memang saya cukup risau keadaan kesihatan Ma sekarang...sangat-sangat risau. Lalu, aku Google sana sini mencari ubat alternatif untuk penyakit Ma dan aku jumpa tip di bawah. aku sharekan di sini juga untuk perkongsian kita bersama, harapnya bermanfaat.

Info Jus Peria Katak:
Peria katak mempunyai banyak khasiat, bukan sahaja dari segi pemakanan tetapi juga dari segi kesihatan. Oleh itu, bagi sesiapa yang mementingkan kesihatan badan, eloklah selalu amalkan minum jus peria katak ini, sama ada jus peria katak sahaja atau dicampur dengan jus sayuran atau buah-buahan lain yang juga berkhasiat.

Rasa pahitnya banyak manfaat

Baik untuk turunkan kandungan gula dalam darah
Khasiat Pemakanan Peria Katak
* Kandungan kalori yang rendah
* Mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zink, fosforus, manganese, fiber yang sangat tinggi.
* Kaya dengan zat besi.
* Kandungan beta-karotenenya 2 kali ganda daripada yang terdapat dalam brokoli, kalsiumnya 2 kali ganda daripada bayam, potasssiumnya 2 kali ganda daripada pisang.
Khasiat Kesihatan Peria Katak
* Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
* Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
* Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
* Tenaga – Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.
* Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.
* Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.
* Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
* Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh,
* Psoriasis – Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.
* Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
* Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa) dan dapat mengubat jaundice.

(Perhatian: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.)

p/s:... sy memang biasa guna buah peria ni untuk dibuat jus bersama epal hijau. Rasanya taklah pahit sangat, boleh minum dan agak sedap juga. Jom cuba, untuk jaga kesihatan. Saya pun nak borong buah ni kat pasar pagi esok...

No comments: