.

Thursday, February 7, 2013

Izzue Islam belum nak kahwin...

Izzue Islam tak suka cakap soal peribadi...hmmm

… pagi tadi ada assignment Sesi Santai bersama pelakon2 Skrin Di 9, Aurora, Ratu dan Mutiara Hati kat The Curve. Antara yang aku sempat jumpa, pelakon dan penyanyi Izzue Islam. Kemain tebal misai dan janggutnya…hehehehe.

…apa cerita terbaru dia? Macam biasalah sibuk dgn shooting dan dia jugak beritahu gossip pasal kononnya dia bakal kahwin tahun ini tak betul sebab dia tak pernah berbincang or ada tarikh tertentu utk kahwin.

… “Kahwin? Belum lagi kot. InsyaAllah kalau dah sampai jodoh saya beritahu rakan media. Buat masa ni belum ada sebarang perancangan atau tarikh tertentu. Sebenarnya saya tak berapa selesa cakap soal peribadi terutama cerita yang belum jadi.” Begitu kata Izzue anggota kumpulan Forteen ni. Tetapi dengar2nya, anak jati Kelate ni memang sudah berpunya. Hehehe…melepaskan la siapa2 yg berkenankan Izzue ni ^_^

…pasal perkembangan terkini, Izzue terbabit dalam drama 13 episod berjudul Bunga Merah Punya yang bakal disiarkan 21 Februari ni, setiap Khamis, jam 8.30 malam. Oh ya, dua filem lakonannya, Sunti dan Hantu Toq Mudim dijangka ditayangkan tahun ni.

…itu la serba sedikit yg aku boleh kongsikan dgn korang kat sini. Nak tahu lebih2, kena baca Majalah Jelita. Keluaran bila, nanti aku update ye.

No comments: