.

Thursday, November 24, 2011

Alahai...buat org sentap je!!!

Lagu Terbaik AIM18: 'Sedetik Lebih' Ganti 'Penakut' 

Apa pun, sama ada Yuna atau Anuar Zain, kedua-duanya sama best dan bagus!
KUALA LUMPUR: Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, ciptaan Edry Abdul Halim diumumkan sebagai Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke 18 menggantikan lagu Penakut komposer dan nyanyian oleh Yuna.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18 dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata terdapat kesilapan pengiraan undi dibuat oleh juruaudit luar rasmi, AIM 18, Ernst & Young yang mengakibatkan kesilapan pengumuman pemenang pada malam, 12 November lalu.

"Lagu Penakut oleh Yuna, telah tersilap ditentukan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik berdasarkan markah tertinggi yang diberikan oleh hakim-hakim bagi 20 buah lagu yang terdiri daripada 5 calon tertinggi dari sub-kategori iaitu Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik.

"Mengikut kriteria yang ditetapkan oleh RIM, pemenang Lagu Terbaik mestilah merupakan salah satu pemenang bagi empat anugerah sub-kategori tersebut dan atas dasar itu pemenang lagu terbaik AIM 18 sepatutnya adalah Sedetik Lebih oleh Anuar Zain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pembetulan bagi anugerah Lagu Terbaik AIM 18, di sini, Khamis.

Tambah Rosmin, pembetulan ini adalah bagi memastikan integriti anugerah AIM dapat dipelihara dan pihaknya turut memohon maaf kepada Yuna, Edry dan Anuar Zain atas kesilapan tersebut.

"Pembetulan ini bagi memelihara integriti dan kredibiliti AIM sendiri dalam memastikan keputusan yang dilakukan tepat, kami juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami" ujarnya.

Sementara itu, Yuna mengakui terkejut dengan perkara tersebut, namun menghargai usaha penganjur AIM untuk membetulkan kesilapan yang berlaku.

"Saya tidak rasa malu atau serik untuk menyertai AIM pada masa akan datang kerana bagi saya mereka telah berusaha memperbetulkan keadaan sebenar.

"Saya juga tidak rasa perkara ini akan menjejaskan reputasi saya sebagai seorang penyanyi baru," katanya.

Manakala Edry menerima keputusan ini dengan terbuka biarpun telah menerima kemenangan Yuna sebagai pemenang kategori tersebut.

"Saya amat berbangga dengan Yuna dan pencapaiaan tempatan dan luar negara beliau sebagai seorang penghibur dan kemenangan tersebut juga layak untuk lagu beliau.

"Namun kami menerima penghargaan ini dengan hati yang terbuka dan berharap kejadian seperti ini tidak berlaku pada masa akan datang," katanya.

Dalam pada itu, RIM akan menganjurkan forum AIM terbuka pada 6 Disember depan untuk ahli-ahli industri muzik dan media hiburan memberi sebarang komen dan maklum balas bagi tujuan mempertingkatkan mutu penganjuran anugerah berprestij itu untuk masa akan datang.-MSTARONLINE

No comments: