Gambar frm Mr Google |
GAYA pertuturannya tidak ubah seperti pelakon Que Haidar. Sesekali kedengaran juga seperti Shaheizy Sam dan ada masanya dirinya sendiri kelihatan seakan Faizal Hussein. Namun pelakon yang kian menjadi sebutan ramai, Beto Kusyairi, hanya mampu tersenyum saat diri dikaitkan dengan pelakon lain.
Memegang watak Cikgu Ariffin dalam drama bersiri Juvana, yang sedang hangat disiarkan di TV3, Beto kini tidak menang tangan menerima pelbagai tawaran yang datang. Jadual kerjanya sentiasa padat. Malah, Hip terpaksa menunggu kira-kira sebulan lamanya sebelum janji temu yang diatur dapat juga ditunaikan.
Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairi Zakuan Osman, bukan orang baru dalam dunia lakonan. Cuma barangkali kerana jarang menghiasi dada akhbar mahupun majalah, tidak ramai peminat yang mengenali jejaka ini. Hanya sejak akhir-akhir ini, namanya semakin menjadi sebutan dek lakonan berkesan dalam drama arahan Azma Aizal Yusoof, Kashaf Imani.
Kesibukannya itu mungkin sedikit sebanyak menyebabkan Beto terpaksa menolak pelawaan media untuk menjayakan sesi fotografi. Biarpun jarang dirakam gambarnya oleh jurugambar akhbar mahupun majalah, dia yang ditemani isteri tercinta, Tisha, ketika bertandang ke Balai Berita beberapa hari lalu, tidak mengecewakan kami dalam memberikan pose istimewa. Begitupun pada awal-awalnya, Beto agak kekok dan malu-malu.
“Saya selesa dengan keadaan sekarang, antara dikenali dan tidak, kerana saya berada dalam industri ini bukan untuk mengejar populariti. Saya mengaku, lakonan bertujuan untuk menghiburkan penonton, tetapi saya pula mahu mereka mendapat pengajaran selepas menonton hasil lakonan saya.
“Tidak pernah timbul rasa kecewa mahupun terkilan apabila sedikit terlewat untuk diterima. Bagi saya, apa yang lebih penting saya dapat mendidik penonton. Pendidikan itu terlalu luas skopnya, tidak kisah apa pun cerita, asalkan penonton mendapat pengajaran darinya,” katanya.
Menyelak kembali helaian pembabitannya dalam dunia lakonan, jejaka berusia 31 tahun ini mula serius dalam seni sejak 2003. Drama arahan Erma Fatima, Tersasar Di Jalan Mu, menjadi titik tolak Beto dalam dunia lakonan, sekalipun hanya memegang watak sampingan.
“Ketika terbabit dalam Syaitan, saya gunakan nama Kusyairi. Kebetulan Rosyam juga berlakon dalam filem itu, jadi apabila dia tengok saya hanya pakai nama Kusyairi, dia mencadangkan supaya saya gunakan dua nama sepertinya. Kata Rosyam, kebanyakan pelakon menggunakan dua nama, manakala satu nama pula selalunya digunakan oleh penyanyi.
“Kata-kata itu saya pegang. Saya pula malas hendak fikir panjang. Kebetulan, sewaktu di sekolah saya ada kumpulan. Dalam kumpulan itu, kami ada nama panggilan masing-masing. Nama kami diambil daripada sebuah drama Mexico yang berkisar mengenai persahabatan. Nama yang tinggal waktu itu hanyalah Beto, jadi teman rapat memanggil saya dengan nama itu. Jadi saya pun gunakan nama berkenaan sebagai nama cari makan.
“Sebelum berlakon, saya sebenarnya terlebih dulu terbabit di belakang tabir. Macam-macam kerja pernah saya lakukan seperti juru gegas, kru teknikal dan pelbagai lagi. Saya berlakon pun sebab hendak mencabar diri kerana saya sebenarnya sangat pemalu. Berlakon umpama terapi untuk memecahkan tembok malu. Apabila tembok itu berjaya dipecahkan, barulah timbulnya minat terhadap bidang ini,” kata Beto yang mendapat galakan penuh daripada isteri.
Pernah jadi maskot Along
TISHA yang dikahwini sejak 2008 itu menjadi pendorong utamanya dalam lakonan. Dia yang bertanggungjawab menghantar profil Beto kepada syarikat produksi. Mungkin ramai tidak tahu, sebelum ini Beto pernah menjadi maskot program kanak-kanak popular RTM satu ketika dulu, Along. Pelakon ini kelihatan malu-malu apabila isterinya memecahkan rahsia itu.
Walaupun terpaksa memakai kostum yang berat dan panas, tetapi hampir tiga tahu juga dia menjayakan program berkenaan. Katanya, dia seronok kerana penonton tidak tahu siapa di sebalik kostum terbabit, justeru dia boleh membuat pelbagai gelagat tanpa dilihat penonton.
Memahami kelebihan pada jejaka yang dikenali sejak 1998 ketika sama-sama menuntut dalam bidang Diploma Perhotelan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu, Tisha memberikannya sepenuh sokongan.
“Saya lihat kreativitinya berbeza dengan teman sekelas lain. Setiap kali pembentangan, dia banyak idea dan tak suka mengarut. Dari situ saya mengesan kelebihannya dalam bidang pengacaraan. Jadi saya hantar profilnya kepada KRU dan selepas itu, saya menggalakkannya untuk menceburi bidang lakonan juga.
“Memanglah apabila suami terbabit dalam bidang glamor, sedikit sebanyak timbul rasa bimbang. Tetapi saya perlu bersikap terbuka. Saya yang inginkan dia berada dalam bidang ini, jadi saya sepatutnya bersikap memahami. Setakat ini semuanya terkawal, jika berasa cemburu saya akan luahkan secara terbuka padanya,” kata Tisha yang juga seorang pengurus acara bebas.
Selepas Erma dan Bade memberi ruang kepada Beto, dia turut mendapat kepercayaan syarikat milik Kabir Bhatia, Filmscape Sdn Bhd. Drama pertamanya dengan syarikat itu ialah Kekasih Ku Seru. Namun agak lama juga dia menanti untuk kembali berlakon dalam drama terbitan Filmscape sehinggalah dia ditawarkan memegang watak kecil dalam Nur Kasih The Movie dan terbaru, Juvana.
Beto tidak menafikan, dia agak memilih apabila bercerita soal syarikat penerbitan dan watak ditawarkan. Dia hanya menerima tawaran daripada syarikat yang pernah menghasilkan produk yang bagus. Begitupun, dia tidak menolak tawaran produksi baru, asalkan skrip yang dihasilkan cukup menarik.
Selain Filmscape, dia juga muncul antara pelakon kegemaran Azma. Pemuda itu mula mempercayai bakat Beto selepas melihat lakonannya dalam Warkah Terakhir Rosli Dobhi, arahan Wan Wan Hasliza. Selepas Kashaf Imani, dia ditawarkan pula oleh Azma untuk membintangi Cita dan Cinta, yang kini ditayangkan di TV9.(Sumber petikan: Berita Harian, tarikh x dpt dipastikan...google lah sendiri jgn malas *wink*)
Ok ni cerita versi aku lak ye...
...sebenaqnya, aku baru lepas nonton Ost Kashaf Imani then sesaja gatal tgn Google pasal pelakonnya Beto Kusyairy (ejaan nama sebenarnya begini...x ada 'i', pandai je buang 'y' ganti 'i'). Petikan berita kat atas tu antara story-mory pasal mamat sempoi dan cute nih.
Dia kategori hensem jugaklah kat mata aku yg super sepet nih. Selain sgt bersahaja melontarkan jiwa dlm setiap watak yg dibawa. Kira x kekok tgk dia berlakon sbb mcm aku ckp dlm entry sebelum ni...dia mmg sedang melakonkan sesuatu watak tp x nampak mcm berlakon! Susah nk dpt aura mcm tu, walaupun bersepah pelakon baru dgn mcm2 nama & rupa (...ceh...ceh...puji lebih nampak #okjompitamramai-ramai).
...sebenaqnya, aku baru lepas nonton Ost Kashaf Imani then sesaja gatal tgn Google pasal pelakonnya Beto Kusyairy (ejaan nama sebenarnya begini...x ada 'i', pandai je buang 'y' ganti 'i'). Petikan berita kat atas tu antara story-mory pasal mamat sempoi dan cute nih.
Dia kategori hensem jugaklah kat mata aku yg super sepet nih. Selain sgt bersahaja melontarkan jiwa dlm setiap watak yg dibawa. Kira x kekok tgk dia berlakon sbb mcm aku ckp dlm entry sebelum ni...dia mmg sedang melakonkan sesuatu watak tp x nampak mcm berlakon! Susah nk dpt aura mcm tu, walaupun bersepah pelakon baru dgn mcm2 nama & rupa (...ceh...ceh...puji lebih nampak #okjompitamramai-ramai).
Ikutkan fakta yg aku jumpa kat Mr. Google, Beto ni bukan la baru berlakon. Agak lama jugak dia dh jd pelakon, cuma kurang publisiti mengenai dirinya. Di sinilah sempoinya mamat ni + penonton (terutama wanita) minat kat dia walaupun dh terang2 dia ada soulmate yg sgt cute, memahami dan berjiwa besar.
Kenapa aku kata mcm tu, maksud aku mengenai soulmate dia yg sgt berjiwa besar tu. Ok nama soulmate (isteri) dia Tisha Shahar. Dlm review mengenai mereka berdua yg aku jumpa kat Mr. Google (ini termasuk time aku dok skodeng mcm2 blog dan terjumpa boleh lak terjumpa blog Tisha sendiri pinkbyarcht.blogspot.com), soulmate dia ni adalah pendukung utama kerjaya lakonan Beto dari dulu hingga kini.
Gambar Mr Google |
Ok, bercakap mengenai sokongan dan berjiwa besar. Honestly, Beto ni tak ade la hensem sgt...tp sweet dan ada muka yg sedap dipandang (nk pulak time dia buat2 malu kucing & segan2 ayam tuh hahahaha #matihabisjahanamperibahasa aku).
Now, dia byk dpt tawaran berlakon + digandingkan dgn pelakon2 cantik termasuk Sharifah Amani, Tiz Zakiah, Lisa Surihani dan....ramai lagi kot x kuasa nk sebut semua (...tp aku suka 'kimia' dia dgn Amani, layan jek bila depa berdua ni bergandingan).
Secara logiknya, mestilah soulmate dia akan cemburu ye tak...biasalah hati wanita...ramai yg sgt kapas hokeyy...hehehehe.
Tp bg Tisha, dia tak semudah itu utk cemburu...see betapa besar jiwa soulmate dia. So, time berlakon dgn pelakon2 cantik, sure Beto lapang hati sebab isteri dia bukan jenis cemburu buta.
Tp bg Tisha, dia tak semudah itu utk cemburu...see betapa besar jiwa soulmate dia. So, time berlakon dgn pelakon2 cantik, sure Beto lapang hati sebab isteri dia bukan jenis cemburu buta.
Dan lebih istimewa lagi, soulmate dia yg bertanggungjawab membawanya melangkah jauh dlm bidang ni (lakonan). Aku rasa tak ramai gf / tunang / isteri yg 'berani' membenarkan org yg dicintai 'lepas bebas' dlm line yg sgt mencabar ni. Tapi, lihatlah dunia (....#hahahahapoyoslakakunih), betapa besar cinta Tisha kat Beto...so sweet kan...kan...kan! So aku dgn seikhlas hatinya mendoakan pasangan ini bahagia dan kekal bersama dunia akhirat.
No comments:
Post a Comment