.

Saturday, December 24, 2011

Akhirnya...berdua bersatu ;-)

...a'haaaaa, akhirnya teka teki terjawab sudah! Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani akhirnya membuat pengumuman yg ditunggu2. Aku selaku pemerhati dan org yg turut terbabit sama dlm industri (bidang seni-media) sudah lama tahu menunggu jawapan POSITIF daripada pasangan so sweet ni.

...ingat lg waktu Lisa berkunjung ke studio JELITA, bibir manisnya tak lokek mengukir senyum. Mulutnya ramah bercerita itu dan ini, termasuk hal kekasih hatinya (...yes siapa lg kalau bukan En. Yusry). Pada wajahnya, jelas menggambarkan bunga2 cinta sedang kembang setaman.

....dan aku sempat juga suatu ketika bertanya 'seseorang' yg pernah rapat dgn Yusry, sambil tersenyum insan itu berkata, "...syukurlah dia bertemu seorg wanita yg baik dan sesuai sekali utk hidup bersama. Kita sama2 doakan mereka berdua bertemu jodoh dan bahagia."

...bagi aku, Yusry dan Lisa memang sepadang. Kedua-duanya matang menjalinkan hubungan. Tiada kontroversi yg muak didengar. Walaupun sudah terang lagi bersuluh, masing2 lebih senang bertindak 'coverline'. Lebih baik mcm tu, daripada dok pong pang pong pang...last2 satu apa pun x jd, malu jek dapat khennn.

....buat Lisa tahnaih kerana berjaya memenangi hati Yusry yg sememangnya jejaka idaman Malaya. Kepada Yusry, semoga perkahwinan kali ini kekal hingga ke hujung nyawa. Dan aku, tak sabar nak tgk wajah2 cute yg menjadi pengikat kasih pasangan popular ini.

....2012, kita bakal menyaksikan perkahwinan grand ye. Aku, kalau ditugaskan cover majlis depa ni, dpt la p tgk...kalau x tgk kat TV (katanya ada siaran langsung drpd stesen TV berbayar...nonton di rumah je la kan kita yeop!) dan kat paper juga majalah. Kat bawah ni aku petik berita mengenai pengumuman pasangan yg sedang menghitung hari bahagia mereka pada Februari 2012. Sumber petikan-Mstaronline


Lisa Surihani dan Yusry bergambar bersama selepas mengumumkan tarikh perkahwinan mereka kepada media di Hotel Marriot Putrajaya pada Sabtu. Foto THE STAR Oleh SHAARI CHE MAT.


PUTRAJAYA: Teka-teki mengenai tarikh perkahwinan pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim terjawab apabila mereka mengumumkan bakal bernikah pada 23 Februari 2012.

Yusry berkata, dia tidak berniat untuk menyorokkan tarikh perkahwinan mereka kerana perlu berbincang dengan kedua-dua belah keluarga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman.

"Seperti yang sering saya katakan sebelum ini bila keluarga telah mengetahui mengenai perkara ini baru akan diberitahu kepada media tentang tarikh perkahwinan kami.

"Bukan ingin menyorok daripada media tetapi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak," ujarnya.

Yusry dan Lisa membuat pengumuman itu dalam satu sidang media khas di Hotel Marriot Putrajaya di sini, Sabtu.

Dalam pada itu, Yusry memberitahu pihak keluargannya juga telah pun merisik Lisa dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada Jumaat malam.

Ujarnya, majlis tersebut diadakan secara ringkas dengan kehadiran keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan telah memberikan sebentuk cincin sebagai tanda.

"Bagaimanapun tidak akan ada sebarang majlis pertunangan akan diadakan kerana kami memilih untuk bernikah terus pada tarikh yang diumumkan itu," katanya.

Sementara itu, Lisa berkata, majlis akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya selepas solat Asar manakala resepsi perkahwinan dijadualkan pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Lisa berkata, dia dan Yusry sepakat untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana dan tidak terlalu mewah untuk hari bahagia mereka nanti.

"Saya tidak begitu memikirkan untuk membuat majlis gilang gemilang tetapi biarlah ia sederhana kerana apa
yang penting nanti adalah majlis akad nikah.


Yusry menambah, setakat ini mereka berdua masih belum memikirkan sebarang konsep untuk majlis itu nanti tetapi akan berbincang dengan Lisa dan keluarga dalam masa terdekat.

"Saya baru hantar tanda semalam dan hari ini umum tarikh pernikahan jadi kami masih belum membincangkan mengenai perancangan majlis itu nanti cuma lokasi sahaja telah ditempah," ujarnya.

Berhubung isu perkahwinan mereka akan disiarkan secara langsung di Astro, Yusry berkata, tiada sebarang perbincangan dibuat antara pihak pengurusan mereka dengan stesen berbayar tersebut.

Bagaimanapun katanya, keputusan sama ada perkahwinan mereka akan disiarkan secara langsung atau tidak adalah terletak ditangannya dan Lisa tetapi tidak dapat memberi jawapan sekarang kerana masih belum ada perbincangan.

"Seperti saya katakan tadi, kami mahukan perkahwinan ini menjadi satu majlis yang sederhana dan bukannya ingin menunjuk-nunjuk.

"Bagaimanapun sebarang hak penyiaran atau tajaan akan kami fikirkan sebaik-baiknya sebelum membuat sebarang keputusan," ujarnya.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, ibu bapa Yusry, Abdul Halim dan Zarina Fenner selain abang sulungnya, Norman Abdul Halim dan Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG), David Teo.

Ibu Lisa ketika ditanya mengenai perkahwinan anaknya berkata, dia tidak mempunyai sebarang halangan mengenai siapa pilihan anak gadisnya itu dan membiarkannya memilih lelaki yang dirasakan sesuai untuk dijadikan suami.

"Sudah tentu saya gembira dengan perkahwinan anak saya selain menganggap Yusry adalah seorang lelaki yang baik dan saya merestui perkahwinan ini," ujarnya.

Manakala ibu yusry, Zarina berkata, Lisa adalah seorang yang mudah didekati dan gembira dengan kehadirannya dalam hidup Yusry dan mengambil berat tentangnya.

"Lisa sangat disukai oleh semua ahli keluarga saya kerana sifat ramahnya dan saya gembira dia sangat mengambil berat tentang Yusry," katanya.

No comments: