.

Friday, December 16, 2011

Marathon Beto + Geng Surau = M.A.Y.A.T

 Beto versi samseng 'Geng Surau'. Gambar-Google
...apabila deadline bahan dan layout JELITA bungkus secara rasminya semlm, maka aku pun memulakan xtvt 'mengular' dgn alasan nk rehatkan kepala otak yg sekian minggu semak!

...oh...sgtlah seronoknya menikmati detik2 yg santai, damai dan bahagia. Tambah pulak, bos2 xde...makin heaven rakyat jelata menghadapi kehidupan 'aman' mereka. Paling best, utk beberapa hari hokey...x ke sgt heaven tu!

...dekat setengah hari aku pulun download Ost Geng Surau. Serius, aku mmg xde time nk hadap tv...boleh dikatakan xtvt hadap tv lepas balik kerja or pd cuti rehat hujung minggu mmg xde. Ada je benda yg aku kena buat kat umah, so dgn kata lain aku byk tgk movie & ost versi download. Dan jgn le pelik if aku selalu je ketinggalan LRT bab2 citer Melayu nih.

...hokey, berbalik pd Ost Geng Surau yg aku download semlm. Siapa pernah tengok citer ni? Hermmm...time member2 dok gembang pasal ost ni, aku ingatkan drama Melayu versi budak2 punya. Nama pun geng surau khenn...so aku buat dek je la.

...tapi lepas aku dok google pasal Beto, tajuk citer ni terselit kat senarai drama2 lakonannya. So, secara automatiknya aku pun terujalah nk nonton. Maka, gigihlah aku mencari link utk download citer ni. Tapi amik masa gak, cuz bukan selalu aku ada time & boleh skodeng blog2 yg ada kat dlm Internet nih. Pg semlm, aku jumpa 1 blog yg baik punya tempek 20 episod Geng Surau. Wah, sgt meriah rasanya hari2 yg aku lalui semlm (...hehehe hiperbola sgt khenn..!)

...mula2, aku baca review blog tu pasal cerita ni, puji-pujian tu buat aku semakin semangat mendownload sampai khatam (sampai lebam)! Hahaha...sanggup x kuar lunch time, sgt gigih khenn!


...meh, aku nk review gak skit pasal citer nih.

Dlm ost ni ada lagu yg aku minat-Sepohon Kayu ;-)
Pelakon : Beto Kusyairy, Amran Ismail,Razak Ahmad, Azhan Rani, Sulaiman Yassin (Mat Over), Intan Nur Saina, Zazleen Zulkifli,Zarina Zainorddin, Rosnah Mat Aris, Anita Baharom,Sherin Merlis

Sinopsis:
Selepas tiga tahun meninggalkan kampungnya, Razif cuba menyesuaikan diri dengan suasana kampung dan masyarakat di situ. Tapi, ada orang kampung yang masih tak percayakan Razif terutama Pak Suradi (Mat Over), Pak Abu (Azhan Rani) dan Tok Imam Hisham (Razak Ahmad).

Razif yang semakin matang dan dengan sokongan beberapa rakan karibnya (terutama Uddy) berusaha menambat hati orang kampung dengan mewujudkan pelbagai kegiatan di surau kampung itu. Antara kegiatan yang dilakukan di surau kampung mereka, mengutip derma untuk surau dan mengadakan ceramah agama.

Mereka juga cuba jadikan surau sebagai pusat komuniti masyarakat dan bukan saja untuk mendirikan solat lima waktu. Sepatutnya semua aktiviti kemasyarakatan bermula di surau itu. Sebagai remaja, Razif juga terjerat dalam percintaan, namun cintanya tidak kesampaian. Apabila Razif keluar dari pusat pemulihan, gadis yang dicintai, Azreen (Anita Baharom) bertunang dengan rakan baiknya, Lokman (Amran Ismail). Dan tanpa Razif sedar, Uddy (Intan Nor Saina) sangat menyintainya dan sanggup menunggu serta menerima Razif seadanya. Uddy juga sanggup buat apa saja untuk mengambil hati Razif.

                                                                             ***
Sinopsis versi aku:)
Ost ni mengisahkan Razif a.k.a 'mayat' (lakonan mantap + selamba daripada Beto Kusyairy) bekas samseng 'besar' yang baru keluar dari pusat pemulihan akhlak pulang ke kampung halamannya. 

Samseng si ‘mayat’ ni memang tak ingat dunia. Tahap kenakalan Mayat ni mmg bikin org kg ngeri la. Habis kambing Pak Abu lakonan slamba Azhan Rani jadi korban gara-gara si mayat ni. Tu belum lg kes pedajal cikgu kat sekolah dia. Muka dia bila tgh gelak jahat tu...Perghhh...mmg bikin hati panas lah!
 
Muka 'suci' Razif
Kepulangan dia ke kg sebab nk tebus semula kesalahan yang pernah dilakukan dulu. Kecoh jugaklah time mula2 dia balik ke kampungnya tu. Ramai yg takut, mana tak nya, satu kampung dah tahu mayat tu samseng besar. 

Tapi, rupa-rupanya mayat ni betul2 dah berubah jadi baik.  Dia x nk org panggil Mayat lg, tp Razif. Dia juga berusaha sama ajak orang berbuat baik. Lama-kelamaan org kg boleh terima dia.

Selain Beto, dlm citer ni aku suka watak Uddy ( Intan Nor Saina). Watak dia cuba pikat hati Razif mmg menjadi (so sweet & gedik hahahaha). Sebenarnya, Uddy ni mmg minat dekat Razif  dari kecil lg. Mcm2 dia buat, tp aksi dia cuba ngorat Razif masa kecik mmg lawak dowh. Cute n menggelitis jek tgk aksi dia. Hahaha...kecik2 dh gedik! Hehehe...

Si Uddy ni punya la setia kat Razif, tahap kat mana ada Beto eh...Razif, kat situ sure la ada Uddy. Walaupun dlm hati ada taman warna warni bagai, dia tak mengaku  sukakan Razif. Kesian pulak tgk Uddy bila dapat tahu, Razif berbaik balik dgn Azreen (Anita Baharom). Mmg Uddy sentap habis sampai. 

Waktu Razif kembali pada Azreen, Uddy dah jarang ikut ke mana Razif pergi. Mungkin sebab dh terbiasa Uddy ada, lepas tu tetiba xde Razif tercari-cari  kelibat Uddy. Hmmm...biasalah khenn, time ada depan mata mcm xde rege...apabila xde tercari2 la pulak!

Dipendekkan cerita, lepas beberapa eksiden...maka terbongkar segala rahsia pasal Azreen, time ni barulah Razif sedar siapa selama ini yg setia kat dia. Selain itu, aku gelak habis tgk gelagat Abg Imam, Cikgu Suradi dan Abu. Mmg senak perut dowh tgk feel depa nih.

Overall, tak rugi tak Geng Surau ni...banyak pengajaran, tapi perkembangan setiap watak dan plotnya mmg best la.. selebihnya, kalau korang nk tau kena la nonton sendiri. Lg pun lain org, lain pendapat dan cita rasanya khenn!

No comments: