.

Monday, December 5, 2011

Ombak Rindu...Izzah versi Maya

Novel Ombak Rindu
Novel Ombak Rindu versi filem...Kurang umphh sikit! Sorry, mungkin agak sadis dan sikit tak adil penilaian peribadi aku ni...diulangi penilaian peribadi..utk adaptasi cerita ni. Dan aku bukan nk menilai dr sudi penceritaan, lg pun kepada pembaca novel ni tentunya sudah arif benar bagaimana isi kisah setiap watah yg dizahirkan dgn baik oleh penulisnya, Fauziah Ashari. Aku berani ckp, ramai tentunya yg baca berulangkali novel ini...betul x...angkat tangan!

Izzah-gadis kg ditangan Maya di mata aku 'nampak'kekok dan kurang menyengat. Apa pun dia berusaha menghayati watak ini sebaik mungkin.
Sebagai penonton, aku cuma rasa ralat sikit sebab yg memeran watak Izzah itu Maya Karin. Mmg, zahirnya Maya berbakat, mmg cun, mmg langsing dan cukup hot utk memeran watak heroin filem atau drama. Tp (bagi aku) tidak utk Izzah, yg wataknya cukup dekat di hati pembaca novel Ombak Rindu. Serius, secara peribadi aku rasa dan nampak watak tu x berapa kena serta dekat dgn Maya. Pendapat korang aku x pasti. Bagi aku, utk memeran watak Izzah, perlukan seorang wanita yg mempunyai jati diri Melayu yg lebih realistik! Bukan sekadar cantik, manis dan boleh berwajah sedih pada masa sama menawan hati lelaki.

Maya Karin, Aaron Aziz & Lisa Surihani tunggak utama Ombak Rindu versi filem.
Apabila aku menonton Izzah versi Maya Karin, rasa umphh itu mcm kurang nk sampai kat jiwa. Ya, agak kurang sampai penghayatan itu apabila seorang pelakon yg pelat berbahasa Melayu di bawa ke kg...memeran watak seorg gadis kg yg serba 'ada jiwanya'. Dari sudut itu, Maya tiada.

Oklah...mmg aku bukan sesiapa utk memberi kritikan seumpanan ini. Aku cuma pembaca setia Ombak Rindu, yg mahu kisah Izzah diangkat lebih realistik. Aku mahu yg memeran watak Izzah dikenang2 sebagaimana aku mengenang watak Izzah versi novel.

Seorang teman bertanya, kalau Maya Karin tak sesuai jd Izzah...siapa lebih layak? Tentu bukan Lisa, sebab dia terlalu muda dan 'ceria'...hehehehe
Tunggu kemunculan Aaron dan Lisa dlm filem cinta, sure sweet je mereka berdua kan. Yusry...jgn marah hahahaha!
Ini cuma pendapat peribadi aku dan aku tak minta sesiapa bersetuju dgn pendapat aku. Dan aku tak nafikan, Maya sebagai Izzah sgt berusaha utk menghidupkan Izzah. Apa kata penulis novel ini, aku tak pasti. Mungkin Kak Fauziah Ashari ada pendapat sendiri...terpulang. Dia penulis Ombak Rindu, dia lebih tahu dan sebati dgn diri Izzah yg dizahirkannya semolek mungkin.

Sekali lagi, aku ini cuma peminat setia Izzah. Yg memburu setiap hembusan semangatnya, keteguhan iman dan peribadi mulianya. Dan aku sgt berharap, suatu hari nanti Izzah benar2 mampu dizahirkan selayak mungkin. Apa pun, usaha keras Maya dan pengarah sgt aku hargai, kerana sekurang2nya peminat Ombak Rindu dpt melihat Izzah versi 'hidup'.

Adegan di ranjang antara yg menjadi bualan penonton filem ini. Hmmm...tak ada pun x apa kot aksi ni, x cacat Ombak Rindu tanpa aksi2 di ranjang. Pendapat korang mcm mn?
Ombak Rindu sedang rancak bersiaran di pawangam ketika ini. Malah, ketika menaip coretan hati ini...khabarnya filem Ombak Rindu mencecah RM4 juta selepas empat hari ditayangkan. Hebat! Tahniah warga kerja filem Ombak Rindu. Buat pengarahnya, Osman Ali...tahniah kerana berjaya menarik penonton menonton hasil karya anda. Dan aku harap, ramai yg berpuas hati menonton karya anda. Untuk aku, abaikan saja kerana aku memandang Ombak Rindu dari sudut lain yg lebih dalam dan aku tahu bukan mudah utk membuka 'hijabnya'.

Lagi aksi romantik antara Aaron dan Maya Karin. Hehehe...tentu ada peminat yg makan hati neh.
Okehlah...dah layan gambar yg aku 'curik' daripada Mr. Google. Skrg baca pulak sinopsisnya:-
Mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbeza dan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang dijual bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur.

Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan Sufiah Cemerlang mermbeli Izzah daripada pemilik kelab itu untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah  merayu  supaya Hariz menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun selepas itu, Hariz yang kasar dan panas baran jatuh cinta pada Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Ketika Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa Hariz adalah anaknya yang  diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. 

Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

No comments: