.

Wednesday, December 21, 2011

Semoga cepat sembuh Latiff Ibrahim...

...dpt berita mengenai tahap kesihatan Uncle Latiff Ibrahim yg semakin merosot. Sedih dan terkilan, harap uncle cepat sembuh dan dapat tersenyum manis seperti sedia kala-Amin. Kat bawah ni petikan berita daripada Mstaronline. Dan gambar2 yg aku tempek ni, gambarnya yg 'terbaru' waktu jumpa dua bulan lalu.

Uncle Latiff bersama isteri dan anak.
KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran Abd. Latif Ibrahim atau Latif Ibrahim, 61, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada Ahad lalu akibat serangan sakit jantung.

Penyanyi yang juga adiknya, Datuk Khatijah Ibrahim berkata Latif kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

"Dia dimasukkan ke CCU selepas muntah-muntah dan kini keadaannya agak kritikal.

"Buat masa ini dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ubat tidur yang diberikan oleh pihak IJN," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Khatijah, ini merupakan kali kedua penyanyi tersebut dimasukkan ke IJN akibat penyakit yang sama.

"Dia sudah lama mengidap penyakit jantung dan pernah menjalankan pembedahan 12 tahun lalu akibat serangan jantung," katanya.

Dalam pada itu, Khatijah berkata buat masa ini pelawat yang ingin menziarah tidak dibenarkan masuk atas arahan pihak IJN.

Senyum uncle Latiff yg dirindui ramai, lagu2nya apatah lg.

Tgk, walaupun kurang sihat ketika ini uncle Latiff masih ceria melayan rakan media.

No comments: