.

Saturday, January 21, 2012

Wow lasaknya Umie Aida...

Sumber berita: Utusan Online
Cantik badan datin paduka ni kan-Gambar Utusan.

Umie lasak di Dreamworld

“JOMLAH kita naik roller coaster tu, best tau. Kat atas tu..., kita boleh jerit sekuat hati,” pujuk Datin Paduka Umie Aida pada penulis yang turut serta dalam rombongan Travelog AirAsia ke Gold Coast, Queensland, baru-baru ini.

Melihat pada kerangka roller coaster Buzz Saw yang baru dibuka di kawasan taman tema Dreamworld, hati penulis terus jadi kecut.

“Mak oi... tingginya. Lepas tu kepala ke bawah dan berhenti secara tiba-tiba. Boleh kena serangan jantung macam ni. Tak apa, Umie sajalah yang naik,” demikian jawapan diberi, menyedapkan hati sendiri.

Umie yang diundang sebagai tetamu jemputan untuk program kelolaan Edd Razhe itu tanpa rasa takut mengatur langkah untuk menaiki Buzz Saw dengan meninggalkan hos utama program tersebut.

Sebaik sahaja Umie dan beberapa rakan lain turun, saya pun bertanya apa perasaannya ketika berada di atas sana dengan kelajuannya 105 kilometer sejam.

“Tak rasa apa pun. Best tau, rugi tak naik tadi. Umie tidak rasa takut sebab sebelum ini dah pernah naik yang lebih ekstrem. Umie pernah naik roller coaster kat Los Angeles. Yang itu lagi tinggi dan menakutkan,” katanya selamba.

Selepas itu, Eksekutif Perhubungan Awam Dream World, Natasha McNamara yang bertanggungjawab melayan kami sepanjang berada di kawasan taman tema itu membawa kami menaiki Tower of Terror.

Permainan ini juga mengerikan dan hanya sesuai dinaiki oleh mereka yang suka sukan ekstrem seperti Umie Aida. Tower of Terror mempunyai kelajuan 161 kilometer sejam dalam tempoh tujuh minit.

“Seronoknya... dah lama Umie tidak main games begini. Kalau datang dengan suami, jangan harap dia bagi Umie naik roller coaster ni.

“Mana-mana taman tema yang Umie pergi, pasti Umie tidak lepaskan peluang untuk naik roller coaster. Mula-mula dulu memang rasa sedikit takut tapi bila sudah biasa, rasa seronok pula. Umie suka bila berada di atas sana dapat menjerit sekuat hati,” ceritanya.

Sebaik sahaja selesai penggambaran di kawasan Tower of Terror, kami dibawa melihat kanggaru dan koala yang sinonim dengan Australia.

Kalau roller coaster yang tinggi itu tidak menakutkan Umie Aida, apalah sangat untuk dia mendukung atau memegang binatang.

“Ada tak kanggaru yang simpan anaknya dalam poket macam yang kita tengok kat TV tu. Lepas tengok kanggaru, kita pergi lihat koala pulakan?

“Datang Australia kalau tidak bergambar dengan dua ekor binatang ini, tak sempurna percutian kita,” katanya sambil memberi makanan pada kanggaru di situ.


Melihat reaksinya, S3 dapat mengagak yang Umie adalah pencinta haiwan dan dia sedikit pun tidak kaku sewaktu mendukung koala.

Pada hari kedua di sana, rombongan kami menuju ke Tangalooma Island Resort, Brisbane yang cukup indah.
Di tempat percutian ini, kami dibawa ke kawasan gurun pasir untuk melakukan aktiviti luncur pasir (sand tobogganing).

“Wah....cantiknya. Tak apalah tidak dapat luncur di laut, kita luncur di atas pasir pun okey juga,” kata Umie mengatur langkah mendaki bukit pasir untuk meluncur.

Katanya, keseronokan meluncur di padang pasir berbeza dengan menaiki roller coaster kerana meluncur memerlukan fokus.

Menurut Umie, sewaktu meluncur turun dari bukit itu, tangan perlu diletak di atas papan sambil mengangkat agar peluncuran itu berjalan lancar.

“Meluncur pasir ini nampak mudah tapi kalau tidak berhati-hati, boleh terguling. Semasa meluncur, perlu menjaga tangan agar tidak terkeluar daripada papan luncur kerana itu akan mengganggu.

“Mata juga perlu dijaga, takut ketika meluncur, pasir masuk mata. Selalu meluncur kat air, kali ini di darat, lain rasa keseronokannya,” akui Umie.

No comments: