Bersama Wilma yg sgt2 sporting n sweet |
...cukup
lama tidak bertemu mata dengan pelakon dan model cantik ini. Kali
terakhir bertemunya, sekitar tahun 2001. Ketika itu nama Wilma Muhammad
berada di kemuncak terutama apabila dia memegang watak utama untuk filem
Ghazah Untuk Rabiah serta watak pembantu dalam filem Pasrah lakonan
Norman Hakim dan Erra Fazira.
Agak
mengejutkan apabila mendengar khabar Wilma kembali mewarnai dunia
hiburan setelah 11 tahun menyepikan. Teruja untuk mendengar sendiri
khabar itu, lantas aku mengundang wanita ini ke studio Jelita.
Sesi bergambar bersama editor, makeup artis, penaja busana & semestinya Wilma Muhammad |
Tepat
waktu dijanjikan, wanita tinggi lampai ini muncul dengan gaya serba
polos. Tanpa secalit mekap mewarnai wajah, Wilma masih jelita pada usia
38. Penampilannya juga masih santai, sama seperti dulu. Langsing dan
kelihatan masih ‘bergetah’. Bukan itu sahaja, auranya ketika beraksi di
depan kamera masih menarik dan mengkagumkan. Spontan, lincah dan
fotogenik!
Bertemakan cinta dan kasih sayang, Wilma berkongsi cerita mengenai
kisah hidupnya setelah kematian suami tercinta, juruterbang Firefly,
Mahir Effendi Mahmud, 37, akibat serangan jantung pada 27 Januari 2011.
Nak tahu perkembangan terbaru Wilma? Boleh! Jangan lupa dptkan Majalah
Jelita edisi Februari 2012. Di dalamnya aku muatk catatan temubual
bersama aktres kelahiran Lahad Datu, Sabah ini pada awal Disember 2011.
Wilma Muhammad sebagai Penghias Muka Depan Jelita |
Petikan temubual aku bersama Wilma Muhammad:
"Ya,
saya akui selepas suami meninggal, memang sukar untuk saya mencari
kekuatan, teutama bangun dan meneruskan kehidupan bersama anak-anak
saya. Namun selepas mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan, saya
kuatkan semangat untuk keluar mencari kerja tetap.
"Sebenarnya,
sewaktu arwah masih ada saya melakukan pernigaan kecil-kecilan. Tapi,
tak cukup untuk bergantung sepenuhnya pada sumber itu. Jadi, itu saya
mengambil keputusan bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran di sebuah
syarikat swasta di ibu kota.
Mengenai
anak pula, apa pun yang berlaku saya akan pastikan mereka dijaga dengan
rapi dan mendapat keperluan yang cukup daripada saya. Jadi mungkin saya
akan berfikir untuk terus berlakon selepas ini jika filem pertama
berjalan seperti yang dirancangkan, InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment