…bosan melanda lg. Aku masih bergolek2 malas di atas tilam
biarpun di luar jendela matahari gigih mendaki kaki langit, mengusir gelap
malam sedikit demi sedikit, mengisi langit dengan warna terang dan garang.
…arghhh malas sekali. Sekonyong-konyong, kejenuhan menguasai
diri. Ya, cukup malas mahu menggagahkan diri meninggalkan ruang lena yg baru
sepertiga waktu aku temani.
…asyik dan ralit sekali bermalas-malasan, tetapi dapur harus diberi
nyawa kerna segala sudut perut sedang saling menggigit. Kasihan! 24 jam aku menderanya,
gara2 marah dengan ‘si fulan’ yg sungguh biadap, angkuh dan galak menghina
kegembiraanku.
…sedang apa ‘si fulan’ itu saat ini? Gembira atas kesakitan
yg disedekahkan dan merencana menambah kesakitan itu lg? Arghhh…persetankan!
Tak perlu peduli apa mahunya, dia bukan siapa2…bukan apa2…jgn pernah tergugat
gara2 dia, Anis!
…marilah bersiram, wahai puteri malas! Mari memberi nyawa
pada setiap isi ruang, biar ramai…biar gaduh! Biar seisi alam menyaksi
ketenangan hatimu, biar mereka tahu ‘si fulan’ itu tidak mampu menjentikmu biar
sezarah pun.
….hey, apa yg aku carutkan? Sekadar sj, abaikan…sesekali,
beginilah aku…sengaja gembira melayan jiwa yg rapuh. Tiada amarah, jgnlah
bersedih…gembira bersama riang sesungguh jiwa
No comments:
Post a Comment