.

Thursday, November 1, 2012

Doakan yg terbaik utk Ana & Chef Riz...

Beri peluang kepada Ana dan Riz mencari jalan penyelesaian terbaik buat rumah tangga mereka. (Gambar-Carian Google)

...dalam akhbar Kosmo! pada Rabu mengaku rumah tangganya dengan Ana sedang bergolak dan dia berusaha untuk menyelamatkannya namun enggan mengulas lanjut. Khabar angin mengenai konflik perkahwinan Chef Riz dan Ana mula diperkatakan sejak beberapa bulan lalu apabila aktres itu dikatakan bersikap curang.

...dalam laporan mStar Online bertarikh 19 Oktober pula melaporkan, Ana menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya dan menganggap tuduhan tersebut timbul kerana sikap iri hati pihak tertentu.

...pasangan suami isteri, Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, bernikah dengan Chef Riz, 31, pada 11 Disember 2011. Pada majlis pernikahan itu Ana menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 dan mas kahwin RM1,001 berserta sebentuk cicin.

...manakala Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan enggan mengulas mengenai itu,
selain telah mengarahkan anaknya Mohd Nadzri (Chef Riz) dan menantunya Ana Dahlia agar berdiam diri daripada memberi sebarang kenyataan yang boleh disalahertikan.

...dia memberitahu kepada mStar Online menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), dia tidak mengamalkan sikap menceritakan apa juga konflik dalaman keluarga kerana hanya akan mengundang fitnah dan spekulasi kepada khalayak yang tidak mengetahui perkara sebenar.

...pendapat aku pulak, sebagai pembaca dan peminat kepada kedua-dua pasangan ini- tak payahlah sibuk buat mcm2 spekulasi ye. Biarkan org media buat kerja mereka, Ana dan Chef Riz uruskan hal mereka sebaik mungkin. Kita doakan yg terbaik buat pasangan ini dan semoga kehidupan mereka berdua lebih baik serta diberkati pada masa akan datang. Aamin ^_^

No comments: