MENGENALI aktor Syafie Naswip sejak berusia 14 tahun dan kini telah
berusia 20 tahun, orangnya tidak pernah berubah.
Apa yang berubah hanya ketinggian dan kematangan dirinya. Selebihnya
Syafie masih kekal seorang anak muda yang pemalu, pendiam dan cukup
berbakat sebagai aktor.
Ucapan tahniah dilayangkan kepadanya disambut dengan ucapan terima
kasih. Rasanya sudah berbakul ucapan tahniah diterima selepas majlis ASK
2012 berakhir.
Namun, segala ucapan itu tiada tandingannya dengan ucapan tahniah
daripada dua insan kesayangannya, ibu dan ayah yang setia menonton detik
kemenangannya di depan kaca televisyen.
"Saya sedikit sebak ketika menerima anugerah sebab ibu saya teringin
datang ke majlis ASK 2012. Sebelum ini, ibu langsung tidak pernah datang
ke mana-mana majlis hiburan.
"Namun, saya hanya ada dua tiket sahaja. Jadi, ibu terpaksa menonton
dari rumah. Itu yang membuatkan saya sedikit sedih. Keesokan harinya,
ibu membelek-belek anugerah yang saya dapat sambil mengucapkan tahniah,"
kata Syafie yang merupakan anak tunggal kepada pasangaan Norsiah Ahmad,
47, dan Naswip Abu Nawas, 50.
p/s: artikel selanjutnya korang baca sendiri kat link di bawah ni yek ^_^
Kosmo! Online - Hiburan
2 comments:
Ucapan drpd Pierre Andre pun ok gak... :)
...ye sy setuju Aq
Post a Comment