.

Sunday, December 30, 2012

Pabila aku kebosanan...Marble Cake Homemade *_*

...hari ni, pagi2 lagi aku dah kebosanan. Nak main masak2, lauk semlm masih byk berbaki. So, x boleh masak lauk lain nanti membazir...nanti setan suka 'kawan' dgn aku...*PENGSAN*!!!

...lepas kemas rumah, basuh baju...masuk semula ke dapur. Bukak peti ais, bukak kabinet dapur...habis aku selongkar semuanya. Arghhh...serius bosan. P ruang tamu, layan TV tapi xdak 1 pun cerita yg menarik hati. Nak layan ost korea tak berani, nanti meleret2 sampai berminggu2 atau berbulan. Oh tidak!!!

...lepas solat Asar, masuk dapur balik sebab dlm kepala dah nampak nak masak apa hahahaha! Apa lg, baking time la. Itu je ubatnya bila dah bosan tahap dewa. Kali ni x nak buat coklat kek, tp masih berasaskan coklat. Ye, aku baking Marble Cake! Masak yg simple2 je, sebab mood bukan rajin sgt...saje2 je nak sibukkan diri.

...bahan2nya pun ada, cuma telur je tak cukup. Biasa aku guna 4-5 biji gred A, tapi hari ni cuma ada 4 biji gred S sajor. Tibai je lah, ada untung menjadilah kek marblenya. Kalau rugi, telan la jugak. Selepas 30 minit, siap adunan marble cake. Tinggal nak tuang dlm loyang bakar. Lepas 45 minit, Alhamdulillah, menjadi keknya. Tak bantat, tetap gebuS. Jom layan gambar proses membakingnya...resipi? Opps...jap, ingat balik aku boh apa dlm mangkuk baking tadi.

Bahan:
Tepung gandum
Serbuk penaik
Serbuk soda
Mentega
Susu segar
Telur
Gula
Esen vanila
Serbuk koko

Harap2 cakenya menjadi walaupun telurnya cinonet sajor...
Dlm ni ada mentega, gula dan telur...sedap jilat

Dah...boh tepung yg diayak bersama serbuk penaik & soda
Kasi pukul sampai sebati..
Pisahkan adunan 2 bahagia, yg satu ni boh serbuk koko
Adunan kedua, biarkan warna asal
'Rojakkan' je mcm mana ikut suka korang...
Tara siap da, xyah beli kat kedai kek lg ^_^

No comments: