…ini hari pertama aku berada di Taiwan. Sebaik saja
touch down kat airport jam 7.30 pm, terus di bawa ke Shilin Night Market. Tempat ni memang tersohor sebagai "raja
pasar malam" dan boleh dikatakan menjadi magnet bagi pelancong di Taipei,
ibukota Taiwan.
…di sini ratusan kios memeriahkan seantero pasar,
menghadirkan keramaian hingga ke pagi. Bermula jam 4 petang, Shilin yang terletak di sebelah utara Kota
Taipei dipenuhi pedagang dan sekali pandang mcm ada pesta tapi dua kali pandang mcm bazar kat Danau Kota, KL je la. Apa2 pun, di sini sgt la meriah. Mcm2 ada.
…apa yg di Shilin? Apa yang korang nak ada di sini. Selain
makanan (utk Muslim jgn sembarangan beli ye, kena sgt berhati2…aku cadangkan
korang beli buah-buahan segar je la) pasar ni menyediakan pelbagai jenis
ole-ole, produk fesyen termasuk baju, tas tangan (beg la), stoking, aksesori,
juga alat elektronik.
…di sini boleh tawar-menawar, sebab harga yang biasanya
terpampang bukanlah harga tetap tapi jangan tawar byk sgt memadai dalam 10%
daripada harga jual. Harga yg mereka tawarkan tak terlalu tinggi, kita tak payah nak menawar habis-habisan utk
dpt harga terendah, pengalaman aku semlm…puas hati sebab dpt harga yg berbaloi
dgn barang yg nak dibeli. Misalnya, peniaga letak harga 300 NT (RM30), aku dpt
tawar 200-250 NT (RM20-25). Lagi satu, peniaga kat sini berbahasa Mandarin,
tapi tak ada masalah sebab kita boleh guna kalkulator untuk sesi tawar-menawar.
…lebih best, sesuai dengan musim (skrg musim sejuk),
Shilin menawarkan produk sesuai musim.
Adoyai, rambang mata tgk baju sejuk dan kasut2 yg cantik dijual dgn harga yg
sgt berbaloi. Misalnya, kalau di KL jual RM300 tapi kat sini boleh beli dgn
harga RM100-150 je!
….aku juga suka tgk peniaga2nya, mereka ikut trend, pakai
boots, bermakeup dan hias kedai mereka dengan cara yang sangat menarik. Selain
ramah, mereka juga bersih dan berbudi bahasa dgn pembeli.
…apa yg aku beli kat Shilin ni? Hahaha…aku beli selendang,
cantik sgt. Harganya pun murah, RM10 je. Kalau beli di KL maybe dlm RM30
sehelai. Aku borong selendang 6 helai utk dihadiahkan kat family dan kengkawan.
Oh ye, aku ada beli ‘baju iphone’. Unik dan murah, RM10 je.
…memandangkan baru sampai kota Taipei, jd mood nak
bershopping x de la membuak sgt. Kena simpan skit duit utk hari2 berikutnya,
mana tahu ada pasar malam lain yg lagi vast ‘kannn! Oh ye, nak ucap TQVM kat SLE dan PHP Travel & Tours Sdn Bhd., sebab jemput join trip ni.
...ok lah kengkawan, aku sambung merepek esok lak ye. Badan penat ni, nak rehat dulu sebab esok kena bangun sgt la pagi. Biasalah ikut rombongan, semuanya berjadual.
...ok lah kengkawan, aku sambung merepek esok lak ye. Badan penat ni, nak rehat dulu sebab esok kena bangun sgt la pagi. Biasalah ikut rombongan, semuanya berjadual.
No comments:
Post a Comment