.

Wednesday, January 16, 2013

Ramah & berilmu...Liyana Hashim (Pengacara Saffiya)

...pagi tadi sempat buat sesi ramah mesra dgn pengacara rancangan Saffiya, Liyana Hashim. Seronok bersembang dgn dia, orgnya bukan saja cantik. Malah bijak berkata2 dan sgt la sopan. Kiranya, mmg ada ciri-ciri muslimah...pakej.

...mcm2 yg kami sembangkan termasuk soal berhijab. Kata Liyana, isu hijab kalau tak kena cara bole jadi sensitif bagi segelintir org dan untuk mengajar wanita menjadi muslimah seperti mana yg diperintahkan olehNya, mesti ada 'pencerahan' yg baik. Dgn kata lain, jgn sekadar sebut hukum saja tetapi kena bagi 'pencerahan' mengapa Allah perintahkan wanita menutup auratnya.

...selain itu, Liyana juga kata dia bukan jenis mudah terpengaruh termasuk dari segi berfesyen. Dia memilih penampilan yg selesa dan 'menjaga' dirinya sebagai muslimah. Apatah lagi dia pengacara rancangan Islamik, so bertambah besar tanggungjawabnya.

...baguslah Liyana, semoga terus istiqomah. Suka bersembang dgn Liyana ni, sopan dan lemah lembut. Hujannya juga menarik, maklumlah dia sedang mendalami ilmu psikologi (master). Sejuk perut mak mengandungkan Liyana, cantik...bijak...berbudi pekerti mulia. Tahniah Liyana hehehe ^_^. Eh, btw jgn lupa baca cerita selanjutnya mengenai Liyana Hashim dalam Majalah Jelita di ruangan Seni Hibur ok.

Liyana Hashim ada pakej menarik dan tahniah kerana sedang mengandung 2 bulan ^_^

Liyana bersama penerbit rancangan Saffiya musim ke-3

Liyana ceria dan petah bercakap ^_^



No comments: