.

Monday, February 4, 2013

Kamu kerap mkn Ponstan? Meh baca info penting ni...

...hari ni nak sembang2 skit pasal ubat. Korang biasa or selalu makan ubat bernama PONSTAN? Sejenis ubat (biji) berwarna kuning dengan bentuk bujur (nanti aku tempek gambar). Aku biasa dan kerap mkn sebagai ubat tahan sakit terutama apabila diserang migraine tahap kritikal (selalunya, kalau aku mampu bertahan aku akan tahan je. Tapi kalau tgk2 dateline/deadline, mana boleh main tahan je. Kerja kena buat, kalau tak habis la kena bambu dgn bos!

...ubat, memang tak elok dimakan secara kerap dan hari ni ada 'teman' yg baik hati emailkan artikel mengenai 'Kesan Sampingan Ponstan' yg ditulis Dr. Zubaidi dlm blognya (korang boleh klik nama dia, aku dah bagi link blognya).

... utk perkongsian dan pencerahan info, aku postkan di sini utk kita baca bersama. Kepada yg selalu ambil ubat ni, hope kita ada cara lain utk selesaikan 'masalah' yg membabitkan ubat ni. Tapi buat masa ni, aku tak pasti apa cara dan pendekatan yg boleh aku ambil apabila sakit dtg dan memerlukan mkn ubat. Kalau korang ada cara yg baik, sudi2 la share utk pengetahuan bersama ye. Sharing with love la konsepnya, gitew ^_^

...selain pencerahan daripada tulisan Dr. Zubaidi, korang juga boleh baca info mengenai Ponstan ni di sini .

Ponstan-kesan sampingannya pada tubuh kita

Ubat ni selain di klinik atau hospital, boleh dibeli di farmasi

Apabila migraine menyerang, biasanya org ambil ubat tahan sakit dan Ponstan antara ubat yg biasa dimkn.

Kesan sampingan Ponstan (Tulisan: Dr Zubaidi Hj Ahmad)
KESAN PONSTAN PADA PERUT DAN USUS (Gastrointestinal) / Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang ( inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal.

Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok serta mempunyai sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.

KESAN PADA KULIT
PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu. exfoliative dermatitis, toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson syndrome. Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit, dan bengkakan pada sekeliling mata. Pesakit harus terus berjumpa doktor kerana ianya tanda alergik pada Ponstan yg amat teruk, dan boleh melibatkan nyawa.

KESAN PADA GINJAL
 Ponstan juga dilaporkan boleh menyebabkan masalah ginjal jika diambil tanpa peraturan. Antaranya penyakit ginjal seperti acute interstitial nephritis dan pendarahan dalam air kencing (haematuria), proteinuria, glomerulitis, papillary necrosis dan Nephrotic Syndrome. Pemeriksaan darah untuk ginjal (ie Renal function test) harus diperiksa secara berkala.

KESAN PADA HATI (LIVER)
PONSTAN harus diberikan secara berhati-hati pada pesakit yg mempunyai masalah dengan penghadaman dan fungsi dalam organ hati. Ini bermakna setiap bacaan SGOT dan SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih tinggi dari bacaan normal haruslah berhati-hati ketika menggunakan ponstan.

KESAN PADA SEL-SEL DARAH
PONSTAN 500 mg boleh menyebabkan prothrombin, iaitu komponen dalam darah yg bertindak dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah. Ponstan tidak boleh diberikan kepada pesakit yg mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai kandungan kepekatan prothrombin yg berada dalam tahap 10-20% dari normal.

KESAN-KESAN LAIN
PONSTAN juga harus diberikan berhati-hati kepada pesakit asthma. Bagi mereka yg mengamalkan ubat perancang, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya mengurangkan keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yg mengamalkan IUCD.

KESAN PADA WANITA MENGANDUNG/
NSAIDs menghalangkan pembentukan prostaglandin yg penting di akhir kehamilan, menyebabkan bayi dalam kandungan bermasalah. Antaranya penutupan saluran darah di jantung ( closure of the foetal ductus arteriosus), masalah ginjal, menyebabkan darah cair pada bayi, dan proses bersalin yg lama. Ponstan tidak diberikan terutama beberpa hari sebelum proses kelahiran.

PENGGUNAAN PADA IBU YG MENYUSUKAN ANAK
 Sedikit kuantiti PONSTAN yang terdapat pada susu ibu yg memakan Ponstan , boleh tersebar pada bayi yg menyusu itu. Tidak digalakkan ibu mengandung yang menyusukan anak memakan PONSTAN sbg ubat tahan sakit.

PENGGUNAAN PADA KANAK-KANAK
Penggunaannya tidak digalakkan pada kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah

2 comments:

Nabilla said...

Terima kasih atas info yang sangat berguna ini.
boleh ke jika saya ingin share ke dalam majalah uni. saya? terima kasih. :)

snapsqueen said...

Salam Nabilla, utk kebenaran sharing boleh ke link Dr Zubaidi ye. Terima kasih dik ^_^