.

Saturday, February 9, 2013

Kolagen rumpai laut + kulit cantik + tegang = TRY...^_^

... tiba2 terbeli kolagen rumpai laut kat member opis. Semuanya gara2 'menyampah' tengok jeragat yg semakin membiak bertempek atas muka. Dah mcm2 cream tempek pun, xde maunya nak hilang.

... balik kerja, aku singgah studio Babun. Sambil2 tunggu client dia sampai, kami chit-chat pasal asam garam org berniaga. Masuk sekali la topik aku membeli 'budak kolagen' kat opis. Babun terkejut apabila aku ckp harganya. Aku cakap, aku mana ada masa nak p check berapa harga jualannya. jadi, bedal je la. Babun kata bulan 4 atau 5 ni dia balik kg isterinya di KK, so dia beria berjanji akan belikan aku 2-3 kilo kolagen rumpai laut yg aku gigih beli kat member opis. 

... lepas 4-5 hari dok menjanda dlm beg kerja, hari ni baru teringat nak 'mengerjakan' budak kolagen ni. 100 gram, mcm byk je (kalau hasilnya mcm agar2, mmg byk 100 gram utk sekali masak kan). So, aku bahagikan separuh. Kiranya aku rebus 50 gram +- je la kan.

... mmg terkial2 la merebusnya, biasalah x pernah buat kerja merebus budak kolagen ni. Akhirnya selepas berperang (cewah), siaplah kolagen versi DIY ni. Mak ai, byk gila. dpt 3 belas (nanti aku tunjuk bekasnya). Kisahnya, habis ke mkn sorang2?

...so, aku dgn baik hati dan x nak membazirnya...maka aku hadiahkan budak kolagen ni kat Ma n Kak Ain. Hahahaha...kasi mereka berdua 'tantek' mcm aku gak la baru gempakkan! Maklumlah...sharing is caring...sharing with love, beb!!!

...ok, malas nak merapu pjg2. Selain layan gambar, rajin2 la baca info yg aku tempek kat bawah ni. Nanti aku update lain2 info kalau ada & rajin ye. Tq membaca blog ku ineh *_*

Info (Maklumat daripada pelbagai sumber ye):
Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, omega 3 dan antioksidan. Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.

Apa kelebihannya?
* Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi.
* Dikenali sebagai “Sarang Burung Laut” oleh masyarakat cina
* Melancarkan kitaran darah
* Mencantikkan kulit agar lebih putih dan tegang
* Melambatkan penuaan dan melansingkan badan
* Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre (kelenjar Thyroid membengkak)

Sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan kulit. Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua peringkat usia.
* Kolagen - 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen, bersamaan 2 keping sarang burung layang-layang.
* Kalsium - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.
* Antioksida - 550 kali lebih kuat dari vitamin C.
* Vitamin A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.
* Protein - 21 kali lebih banyak dari susu.
* Omega 3 & Omega 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan.

Cara penyediaan dan pengambilan:-
1. Basuh kolagen mentah, ramas-ramas seperti basuh beras sebanyak 4-5 kali
2. Rendam kologen mentah semalaman.
3. Asingkan kologen rumpai laut dari air rendaman dan basuh sekali lagi 4-5 kali dan tuskan
4. Dalam periuk, campur 100gram kologen mentah dengan 2 liter air kosong dan 2 helai daun pandan. Rebus dengan api perlahan sehingga rumpai hancur. Masak sambil dikacau supaya tidak berkerak pada dasar periuk.
5. Boleh juga dicampurkan dengan madu/gula batu/gula merah/ginseng
6. Apabila kologen rumpai laut telah hancur, tapis dan masukkan di dalam bekas bertutup.
7. Simpan di dalam peti sejuk (bukan di bahagian beku ye). Bentuk kologen seperti jelly apabila telah sejuk.

Kesan pengambilan:
-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)

* Pengambilan kolagen ini secara teratur dan berterusan memberi kesan positif, menjadikan keseluruhan kulit tubuh licin, halus, lembut dan cerah. Pori kulit wajah mengecil dan segar. Bagi ibu hamil, pengambilan kolagen membuat kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.

Jom makan/minum kologen home made kita ^_^
1. Campurkan 2-3 sudu besar jelly kologen rumpai laut bersama minuman kegemaran (tak kisah la jus oren, sirap atau apa2 jus buah la. Tapi jgn sesekali minum bersama kopi ye puan ^_^).
2. Jelly kologen rumpai laut (100gram) boleh bertahan 3 - 4 minggu.

Hey boleh buat masker!
1. Cop! Air rendaman kologen rumpai laut mentah (yg semalaman tu) jgn dibuang sebab kita boleh guna utk rendam kaki (kalau tumit pecah2), sapu pada kulit rambut (kalau ada masalah rambut gugur, kelemumur).
2. Ok, untuk jelly kologen rumpai laut boleh buat masker. Bersihkan muka, kemudian sapukan jelly pada muka dan leher (rasa sejuk & lembab ^_^)
3. Biarkan masker kering (time ni muka rasa tegang dan nampak bersinar ^_^)
4. Apabila jelly kering, basuh muka dengan air suam sehingga bersih.
5. Tengok cermin, muka nampak tegang, cerah. Kulit rasa lembab dan gebu walaupun baru sekali pakai masker. 

*p/s:
 Ok ni info utk rumpai laut yg aku try- Rumpai laut Ungu (Maklumat daripada pelbagai sumber):_-
* Khasiatnya setandingan dengan Alga Spirulina dan cendawan Ganoderma.
* Mempunyai khasiat seperti bayam, kubis, terung dan anggur.
* Sama dengan protein dan kolagen ikan merin, walit dan soya.
* Warna cerah bermakna kualiti dan jumlah gizi berada di tahap sederhana serta tinggi kandungan air.
* Warna gelap seperti ungu mempunyai potensi tinggi dalam dunia perubatan dan kosmetik.
* Melanin warnanya diselaputi sejumlah besar protein, vitamin dan zat galian tinggi dan kandungan air yang banyak.
Ini la size bekas yg aku cakap tadi...
Jelly uolls...
Rupa dadih kan... ^_^
100 gram dlm 2 rupa berbeza...
Lebih kurang 50 gram dok terperap dlm plastik lg

Rupa budak kolagen Ungun sebelum direndam

Rumpai laut kering...

No comments: