...bangun tido, dgn mood yg telah 'jahanam' mmg menyakitkan kepala. Try x nak terbawak2 dgn mood yg x best ni, so aku pk2 la apa benda yg boleh kasi ceria hari aku sepanjang 3 hari bercuti ni. Oh ye, semlm opis mate ada nak order Red Velvet Cake for besday kakaknya.
...aceli, dah lama sgt aku tak buat kek tu. Last membakingnya, akhir tahun lepas. Jadi, ingat2 lupa stepnya. So, memandangkan hari ni mood dah kacau bilau...maka aku perlu buat sesuatu. Masuk 'zone baking' memang mendamaikan perasaan. Jadi tak jadi, belakang kira.
...bahan2 semua ada kecuali susu segar. Dek kerana mood nak jenjalan tu bukan baik bagus lagi, so aku pun start kereta p melencong ke Giant (Tmn Melawati). Sambil2 tu, boleh cuci mata tgk ikan dan sayur. Tak payah beli, sebab byk lagi dlm peti...jgn membazir Anis!!!
...lepas 11/2jam kat Giant, aku balik dgn barang penuh kat tgn. Mengalahkan org ada 5 anak! Apa-apalah, yg penting aku x kacau duit org. Semuanya aku beli dgn duit sendiri...hasil stress setiap bulan hokey!
...jam 3pm, aku start membaking Red Velvet. Resipi? Aku cedok sana sini...ubah suai sana sini (mmg konsep aku suka menderhaka kat resipi...kuang....kuang...kuang). Stepnya mudah je, main campak dan mix sampai sebati. Cuma yg ngerinya part nak bubuh pewarna merah, kalau terlebih pahit tahap cipan la Red Velvet aku.
...jam 4.30pm, cake siap masak sepenuhnya dan bekas2 setiap dicuci bersih. Cuma, bila belek2, red velvet aku ni macam terlebih moist jek. Adoyai...memanjang je buat hal, tu la derhaka kat resipi lagi! nak tgk rupa red Velvet aku? Tgk kat bawah ni...jgn bising2...tgk je k ^_^
...oh ye, ni red velvet versi 'bogel'. Nanti aku pakaikan dia 'baju' bila time rajin skit, now nak p layan ost korea lak...pinggang pun dah lenguh semacam...maklumlah 'faktor usia' *PENGSAN*
Next try, kena kurangkan serbuk coklat |
Huduhnya 'buntut' red velvet ni |
Leka layan tv, nyaris hangus kek aku neh |
Nampak...over moist kan...adoyai la |
No comments:
Post a Comment