Kredit gambar: Sam Kassim |
Anuar, 43, berkata, konsert yang bakal diadakan pada 16 Februari depan itu memperoleh respons luar jangkaan apabila hampir 80 peratus tiket berkenaan telah dijual malah ada pembeli tiket dari Indonesia, Brunei dan Singapura.
"Saya berpuas hati dengan sambutan hangat ini dan bersemangat untuk beraksi di hadapan peminat pada malam itu nanti," katanya pada sidang media di Hotel Concorde dekat sini, semalam.
Tukar lokasi
Pada sidang media sama, Anuar turut mengumumkan pertukaran tapak konsert dari Stadium Putera Bukit Jalil ke lokasi baru, Stadium Malawati, Shah Alam. Katanya, perubahan itu disebabkan masalah logistik kerana pada hari berikutnya ada majlis di tempat sama dan pihaknya perlu mengemas peralatan persembahan dalam tempoh singkat.
"Konsert ini dibuat dalam skala yang besar, jadi agak mustahil untuk pihak produksi mengemas lokasi secepat mungkin bagi memberi laluan untuk majlis berlangsung pada keesokan harinya. Kami tidak mahu menghampakan peminat dengan menundakan tarikh konsert, pihak kami telah mendapatkan lokasi baru," ujarnya turut memberitahu akan menjalani lima lagi sesi latihan bersama pemuzik yang dipimpin pengarah muzik, Mac Chew sebelum konsert berlangsung.
Tambah Anuar, pemilihan lokasi baru itu tepat kerana reka bentuk stadium membolehkan dia berada rapat dengan peminat selain tempat letak kereta luas.Pihak pengurusan konsert akan memastikan semua yang telah membeli tiket lebih awal akan dimaklumkan mengenai perubahan ini. Kami juga akan membuka kaunter khas pada hari konsert dari jam 2 petang untuk sebarang urusan pembelian dan pertanyaan mengenai penukaran nombor kerusi.
Untuk pembelian tiket dan keterangan lanjut boleh melayari www.ticketcharge.com atau www.facebook.com/3Dekad1Destinasi.
*p/s:...korang dah bersedia utk ke konsert jejaka terhangat ini? Jom...kita jumpa di sana 16 Februari 2013 ini. Oh ye, baca info mengenai konsert Anuar di sini
No comments:
Post a Comment