Pic: Google |
Wahai teman,
Maafkan… jarak menjauhkan kita dan aku tahu aku terleka.
Tanpa sedari kau telah berlalu. Pergi tanpa pamit walau sepatah kata. Tatkala
dicuit rindu, baru aku sedar, baru aku
perasan, dalam hati terdetik, 'eh..mana kau?'
Wahai teman,
Kau menghilang, tiba-tiba kenangan kita menyapa … rasa
kosong, penuh kekosongan. Sepi dan
sunyi… Aku cari kau merata-rata,
akhirnya aku jumpa. Kini kita dicampakkan ke tempat yang berlainan, kita leka
dengan dunia baru. Kita dengan
kehidupan yang serba berbeza.
Wahai teman,
Aku malu untuk memula bicara, takut mengganggu. Mungkin kau
pun fikir begitu. Lalu, hari berganti hari, kita terus menyepi tanpa kata.
Hubungan kita makin berantakan, ada rahsia antara kita. Aku dan kau mendiamkan diri.
Wahai teman,
Aku sedar, tanpa
aku, kau masih boleh berdiri, bergelak
ketawa seperti waktu kita masih bersama. Aku andaikan, kau sudah temui
pengganti. Tak mengapa, selagi aku tahu kau bahagia, aku puas walau kita tidak bersama. Tidak lagi berkongsi cerita,
canda dan tawa. Walau kita di laluan berbeza, kau tetap sahabatku selamanya.
Wahai teman,
Memori kita tika bersama akan sentiasa tersemat indah di dalam hati dan ingatan.
Senyum waktu itu masih tergiang-ngiang di ruang ingatan. Hangatnya kasih sayang
yang kau curahkan, masih segar dalam hati. Pesan dan kata-kata kau selalu
menjadi api yang membakar semangatku setiap kali aku mahu rebah.
Wahai teman,
Bukan salah siapa-siapa, cuma kadangkala kita terleka.
No comments:
Post a Comment