...nak tgk punya pasal, aku sanggup tunggu next tayangan, jam 8.15 mlm. Sempat la aku buat sesi 'melawat kawasan' kat dalam Festival tu. Penat keluar masuk butik, aku singgah minum. Lepas tu sambung lawatan hehehe.
... ok cerita pasal Rock Ooo, secara peribadi aku bagi 5 bintang kat filem ni. Cuma sejujurnya, aku lebih suka first filemnya (Rock). Tapi, masing-masing punya cita rasa la kan. Apa pun, movie ni mmg layan. Bikin kita ketawa berdekah2, lepas tu ada part2 tertentu boleh meleleh air mata wey. Hukhukhuk...hihihi *_*
...secara keseluruhan Rock Ooo ni memang menarik utk ditonton seisi keluarga, terutama peminat muzik rock. Selaku pengarah, Abang Mamat Khalid berjaya menyuntik emosi melalui visualnya, cukup hebat!
... tambah menarik, penggunaan seleksi lagu seperti Cintamu Mekar Di
Hati, Dari Kacamata & Sendiri (May), Meniti Titian Usang, Rozana
& Pawana (Search), Ku Di Halaman Rindu (Lefthanded), Tika Dan Saat
Ini (Medicine), Sejuta Wajah, Teratai (Sweet Charity), Untukmu Sayang
(Febian), Misteri Mimpi Syakila & Intanku Kesepian (Wings), Srikandi
Cintaku (Bloodshed) dan Suci Dalam Debu (Iklim), banyak mengimbau
kegemilangan zaman rock kapak. Pengisian lagu ni bukan kosong atau
hanya untuk memenuhi durasi filem ini, sebaliknya, setiap lagu membawa pengertian mengenai kisah yg berlaku.
... tiada siapa dapat menafikan kehebatan barisan pelakon hebat seperti Que Haidar (Amy Mat
Piah), Khir Rahman (Jijo), Soffi Jikan (Zul Kapan) dan Pekin Ibrahim
(Slash Haji Tapah). Mereka berjaya menterjemahkan
watak masing-masing dengan cara tersendiri.
Terubat rindu pada lakonan Que lepas dua
tahun menyepi tanpa sebarang filem dan drama.
...Khir yg selama ni selalu membawa watak antagonis
begitu menyerlah dengan watak Jijo, dia membuat penonton
pecah perut dengan kata-katanya yang slumber. Lagi satu, suaranya sedap jugak bila menyanyi. Tak percaya, kena tonton sendiri...sempoi je beb!
...Pekin sebagai Slash yg mirip Johnny Depp pula (walaupun masih nampak 'jambu') menarik perhatian kerana biarpun berjiwa rock, dia sebenarnya seorang pencinta yang setia. Malah, ke mana sahaja sanggup membawa teman wanitanya.
...Pekin sebagai Slash yg mirip Johnny Depp pula (walaupun masih nampak 'jambu') menarik perhatian kerana biarpun berjiwa rock, dia sebenarnya seorang pencinta yang setia. Malah, ke mana sahaja sanggup membawa teman wanitanya.
...pendek kata, Rock Oo! adalah naskhah terbaik Mamat dan cukup terhibur menontonnya. Tahniah Abg Mamat dan seluruh warga kerja Rock Ooo...Wa Caya Sama Lu!!!
Sinopsis Rock Ooo...
Kumpulan Rimba Bara baru sahaja
kehilangan pemain gitar mereka, Zack dan perlu mencari pengganti bagi
membolehkan mereka menyertai pertandingan Battle of the Bands. Setelah bertemu dengan seorang pemain gitar handalan,
Slash (Pekin Ibrahim) dan berbekalkan semangat dan bakat serta bantuan
bekas pengurus mereka, maka Rimba Bara berhijrah ke Kuala Lumpur.
Tetapi malang menimpa Rimba Bara apabila pengurus
mereka hilang tanpa berita, sekali lagi. Kehilangan arah dan kecundang,
Rimba Bara bersetuju untuk pulang semula ke Ipoh.
Tidak lama kemudian, Rimba Bara dipukul lagi dengan
satu tamparan yang hebat apabila vokalis Zul Kapan (Sofi Jikan)
meninggalkan kumpulan mereka dan menyertai musuh ketat, Malaikat Maut.
Ahli-ahli Rimba Bara terpaksa menggagahkan diri dan bersatu untuk menentukan arah perjuangan kumpulan mereka.
No comments:
Post a Comment