.

Friday, May 31, 2013

Menunai janji...

Agak kelam-kabut minggu ni. Eh, sebenarnya setiap bulan terutama menjelang dateline sure bekerja macam lipas kudung. Tambah sibuk apabila aku terlanjur berjanji dengan Ila (teman sekerja) yang bakal naik pelamin 1st June 2013 (yup...esok Uolls!!!)

So hari ni, balik daripada collect pakaian untuk shooting fashion esok pagi aku terus bergegas balik rumah. Tepung, butter, telur dan segala bagai semua sedang menunggu tuannya. Huh...mintak nyawa!!!

Berebut dengan masa, bercampur pula dengan stress dan kepenatan memang menguji ketahanan mental. Apa pun, aku cuba buat yang terbaik dan yang penting mesti buat dengan ikhlas. Yup, aku mahu menyediakan kek untuk kawan aku tu dengan sepenuh hati.

Dua jam menggodek di dapur Qalischa Homemade Recipes, akhirnya siap Red Velvet Cupcakes with Cream Cheese seperti mana permintaan Ila. Katanya mahu diletakkan di atas dulang hantaran. Awalnya dia order (maksudnya berbayarlah), tapi aku nak buat sebagai hadiah. So, harap dia sukalah. Deconya simple saja...jemput tengok ye.

Sesi menimbang dan menyukat...
Siap sudah Red Velvet Cupcakes with Creamcheese ^_^

No comments: