.

Wednesday, June 12, 2013

Aina Tasneem + Fyn Jamal = 150 juta...???

Mungkin ada yang  menyifatkan aku ni berfikiran macam budak-budak sebab suka layan lagu '150 Juta' nyanyian Aina Tasneem, juga versi Fyn Jamal. Mula-mula dengar lagu ni daripada dua penyanyi berbeza, sempat timpul tanda tanya...eh lagu siapa sebenarnya.

Tapi aku layan saja walau siapa pun penyanyinya, masing-masing ada keistimewaan tersendiri dalam menzahirkan lagu ni. Cara peribadinya, aku suka liriknya...best dan menangkap. Cuba hayati liriknya, aku sharekan di hujung post ni.

Kemudian, hari ni waktu aku baca news di Mstaronlie ada cerita mengenai hal ni. Hmmm...sudah menjawab persoalan, apa pun tetap suka 150 juta ni. Sebagai pendengar, aku ok2 saja...tetap melayannya dgn minda positif. Chill ok ^_^

Isu lagu 150 juta, Aina Tasneem kecewa
Sumber berita: Mstaronline
Ainan Tasneem Kesal Dituduh Curi Lagu
PETALING JAYA: Penyanyi kelahiran YouTube, Ainan Tasneem mengakui agak keberatan untuk menyanyikan lagu dari ‘single’ keduanya 150 Juta selepas dia dituduh mencuri karya tersebut.

Ainan, 21, berkata dia kecewa dengan tuduhan itu dan menganggap gosip tersebut hanyalah sekadar salah faham.



"Ramai peminat salah faham dan anggap saya curi lagu itu daripada Fyn Jamal walhal kita ada perjanjian yang dibuat sebelum rakam lagu itu.

"Namun, saya bukan tidak mahu menyanyikan langsung lagu tersebut cuma jika penganjur tidak kisah tentang lagu, saya akan utamakan lagu-lagu ciptaan saya dahulu," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Rabu.

Ainan berkata demikian ketika mengulas dakwaan apabila dia dikatakan tidak profesional kerana enggan menyanyikan lagu 150 Juta di setiap persembahannya.

Tambah Ainan, pada awalnya lagu 150 Juta dirakam sebagai lagu pelengkap untuk dimuatkan dalam albumnya, namun atas kesilapan teknikal lagu tersebut dijadikan single keduanya selepas Aku Suka Dia.

"Saya kecewa sangat kerana ada kesilapan ketika menghantar lagu untuk single kedua di radio, namun tidak boleh ditarik balik kerana banyak permintaan.

"Sepatutnya lagu-lagu ciptaan saya sendiri yang dimainkan dahulu dan lagu itu pada asalnya hanya untuk dimuatkan dalam album sahaja," katanya.

Bagaimanapun, jelas Ainan, dia bersyukur ramai yang meminati lagu tersebut.

Sementara itu, Ainan berkata dia bakal melancarkan mini album pada Julai depan dan sudah selesai rakaman 10 buah lagu baru untuk album penuh yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

150 juta
Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”


“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya

Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua...

No comments: