.

Saturday, June 15, 2013

Budu + Cerdik + Cantik + Bau...

Kenapa tempek gambar Budu ni??? Ok...baiklah, hari ni aku nak ajak uolls sembang benda paling simple (dan seperti biasa tentunya pasal makan + makanan ^_^ ).

Sure Uolls pernah dgr pasal 'BUDU' 'kan? Tentu ramai juga yg suka mkn, kalau tak ada Budu tak selera makan...ada tak? Aku pasti ada! Aku? Ye, aku sedang berjinak-jinak makan dan cuba suka makan Budu. Yup, baru sangat berjinak-jinak dan pandailah nak hidangkan mcm mana.

Budu ni bukan saja 'femes' di sebelah Pantai Timur, restoran-restoran di KL juga banyak menyediakannya 'di sudut ulam-ulaman'. Pendek kata, hampir kebanyakan restoran di KL ada Budu ni dan cara penyediaannya berbeza-beza.

Memandangkan office aku dekat dengan Restoran Anis Puteri, Pantai Dalam, jadi apabila ada kelapangan aku dan kawan-kawasan sering ke sana. Pelanggan di restoran itu datang dari pelbagai bangsa dan negeri. Misalnya, satu hari (Jumaat) sekumpulan pelanggan wanita duduk makan di sebelah meja saya. Daripada cara mereka bercakap, saya rasa mereka dari Kedah, Negeri Sembilan dan Perak. Tekun betul mereka menjamu selera, sambil makan ketawa-ketawa dan berbual panjang sampai pinggan hampir kering.

Aku perhatikan makanan mereka, selain lauk utama (ayam, daging dan ikan bakar) meja mereka penuh dengan pelbagai jenis ulam. Ada terung, kobis rebus, bendi, kacang panjang, petai dan jantung pisang. Pencicahnya ada tiga jenis, sambal belacan, sambal tempoyak dan Budu (meriah sekali meja makan mereka 'kan).

Bau semua makanan dan pencicah itu menusuk ke hidung aku, agak tidak selesa. Tapi aku tahan saja, lagipun kebanyakan meja penuh so memang tak boleh beralih tempat. Sabar sajalah.

Februari 2013, aku bertandang ke rumah seorang teman lama. Memang lama tak bertemu muka dan bersembang panjang, rupa-rupanya sudah beranak tiga. Alhamdulillah, rezeki dia. Dia jemput aku makan tengah hari bersama, kebetulan isterinya teringin jumpa aku. Katanya, "Wey, ko makan sini tau. Wife aku teringin sangat jumpa ko, maklumlah wartawan majalah popular jadi dia banyak benda nak tanya ko. Aku rasa, dia nak ajak ko bergosip la." Hehehe, aku layankan saja. Kebetulan, aku ada kelapangan jadi memang boleh lepak lama sikit ^_^

Sambil makan, aku perhatikan anak sulungnya, Kak Yang ralit menyudu Budu ke pinggan nasinya. Si teman senyum apabila aku memandang anaknya. Katanya, "Nn, anak-anak aku terutama Kak Yang memang suka Budu. Sejak kecil lagi, aku ajar mereka makan Budu. Wife aku dulu tak makan Budu, sejak kahwin dengan aku sampai sekarang dia tak boleh tak ada Budu." Celah pula isterinya, "Dulu saya selalu tutup hidung bila abang makan Budu. Waktu mengandungkan Kak Yang, saya mengidam makan Budu. Sepanjang mengandung dah berbotol-botol Budu saya telan."

*p/s: si teman anak jati KL, isterinya pula dari Perak ^_^
Lucu mendengar pengalaman mengandung isteri si teman, betul kata orang tua...kalau benci atau tak suka biar berpada-pada...hehehe..dan balik dari rumah si teman, aku singgah Pasar Malam, Taman Melawati. Aku capai sebotol kecil Budu. "Sedap Budu ni, tak cukup sebotol." Kata penjualnya. Aku senyum, dalam hati masih ragu-ragu sama ada mahu cuba atau tidak.

Dua minggu selepas beli Budu tu baru aku berpeluang mencuba (agak sibuk, selalu saja lupa nak cuba), serius suapan pertama memang rasa pelik. Tapi aku tahan perasaan, aku masih ingat pesan si teman, "Ko campak cili padi banyak-banyak, lepas tu perah limau sikit. Nak sedap lagi, taruk isi durian...perghhh terangkat."

Budu with Durian, Limau nipis & cili padi
Kobis sama ada rebus atau mentah sedap dibuat ulam
Pucuk paku mentah dibuat ulam memang terangkat
Selepas beberapa bulan mencuba, aku mula selesa dgn bau dan rasanya. Sekarang, kalau ada ulam dalam peti, aku akan cari budu dan aku juga dah pandai makan Budu dengan pelbagai cara, walaupun cuma makan sesekali apabila rindukan kesedapannya kira oklah 'kan. Biasanya, aku makan Budu bersama cili padi dan pucuk paku atau kobis rebus. Kalau kebetulan ada kacang panjang, memang layan *_*...ok aku  nak share sikit mengenai info pasal Budu ni, rasanya Uolls pun boleh Google sendiri.

Info mengenai Budu dalam suratkhabar
Info Budu:
  • Budu atau juga dipanggil sos ikan bilis adalah makanan tradisional yang terkenal di Malaysia terutama di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Biasanya dihasilkan syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam bungkusan botol. Budu boleh dihidangkan begitu saja atau dicampurkan dengan cili padi, mangga muda, air perahan limau nipis atau durian segar (atau versi tempoyak).
  • Mengandungi sumber protein berkualiti tinggi, juga sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 g. 
  • Menyumbangkan kepada 30% daripada jumlah serat yang dianjurkan National Cancer Research.
  • Berbanding serat di dalam ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicerna. 
Antara kelebihan dan khasiat budu :-
  • Awet muda-Menurut Pengkaji Universiti Carolina Utara, Amerika Syarikat, unsur ganestin dan phytoestrogen di dalam budu membantu melawan radikal bebas dan dipercayai boleh melambatkan proses penuaan  serta mencegah barah payu dara. Selain turut berkesan sebagai agen mencerahkan kulit.
  • Elak kanser-Kajian pakar pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang membantu mengeluarkan sisa toksin dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya termasuk menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan "kuno".
  • Turunkan kadar kolestrol-Satu ujian rambang mendapati pengambilan budu sebanyak 150 g sehari sepanjang dua minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar jangkaan.
  • Cegah cirit birit-Budu berpotensi mencegah cirit birit. Juga membantu menghalang penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan lain-lain pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu mengandungi zat antibakteria penyebab "diarrhoea" cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
  • Mudah dicerna-Budu mempunyai zat yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaat  tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses daripada ikan bilis yang diperam terbukti membantu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik kerana kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, boleh menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu yang singkat.
  • Meningkatkan kecerdasan otak-Didakwa budu boleh menjadikan seseorang lebih pintar dan mempertingkatkan IQ kerana membantu meransang sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Juga membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa yang menyebabkan masalah kembung perut bagi kanak-kanak juga dewasa. Bagaimanapun, kandungan asid urik yang agak tinggi tidak sesuai bagi mereka yang menderika sakit gout.
*p/s: Info daripada pelbagai sumber




No comments: