sumber gambar Google |
Dan kami bertemu semula awal minggu lalu, Pulau Besar, Melaka menjadi lokasi pertemuan kami termasuk beberapa 'sahabat' lama. Ya, kami memang suka bertemu di sana. Banyak kenangan dan 'pelajaran' bermakna. Berkali-kali turun ke sana, tak pernah sekali terdetik rasa jemu apatah lagi bosan.
Ok berbalik cerita Farhan, melalui gerak gerinya dan isteri aku tengok mereka cukup bahagia juga nyata saling melengkapi. Pasangan ini tak pernah saling mengenali sebelum berkahwin, apatah lagi bercinta. Mudah kata, seorang di kutub utara dan seorang lagi di kutub selatan. Sangat bertentangan, namun jodoh dan izin Allah SWT menyatukan mereka.
Ikhlas terima jodoh daripada Allah-sumber gambar Google |
"Alhamdulillah, Ana menerima jodoh yang ditentukan Allah ini, walaupun sudah empat tahun hubungan perkahwinan ini dan punya dua cahaya cinta, namun Ana rasa masih 'baru' dan indah. Mengenalinya membuat Ana kenal diri sendiri. Segala kelemahan dan kekurangan sama-sama kami perbaiki. Kami sama-sama belajar memahami diri masing-masing dan cuba memberi yang terbaik. Mahu tahu apa rasanya menyemai cinta selepas berkahwin? Berdoalah Sahabat, insyaAllah perasaan itu akan datang dengan sendirinya."
Aku senyum mendengar kata-katanya yang merendah diri, lalu aku usik si isteri. Aku tanya, macam mana dia melalui bulan pertama sebagai isteri kepada lelaki yang tidak pernah dikenali apatah lagi dicintai dan jawapannya cukup mengejutkan saku.
Bersangka baiklah dengan perangan Allah-sumber gambar Google |
Fahamlah aku mengapa begitu manisnya perasaan yang terjelas pada wajah pasangan ini, cukup indah dan mengujakan. Mereka bahagia dan gembira menerima cinta daripada Allah, dari situ perjalanan mereka menuju keindahan hidup nan abadi. Buat Farhan dan isteri, doa aku sentiasa bersama kalian. Doakan akua juga memiliki kebahagiaan itu, insyaAllah.
Buat kalian berdua, terima syair indah ini sebagai hadiah dan rasa gembira aku atas kebahagian yang dikecapi ^_^
Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku...
No comments:
Post a Comment