|
Shah dan Puteri mengaku hubungan masih baik |
|
|
|
Nampaknya hubungan pelakon muda, Shahrizal Jaszle dengan tunangnya
Redzwani Puteri masih hangat diperkatakan. Sana kata sudah putus, sini
kata belum. Kemudian ada pulak kenyataan balas daripada tuan empunya
diri (baik Shahrizal mahupun tunangnya), mengatakan hubungan masih
berjalan dengan baik. Makna kata, masih tunangan dan belum putus.
Kononnya, yang mengeluarkan kenyataan putus hanya daripada keluarga
bukan empunya diri.
|
"Pertunangan diputuskan keluarga, bukan kami berdua..." |
Petikan kenyataan Shahrizal dalam laporan Mstaronline (22.06.2013)
antara lain berkata, "Pertunangan yang diputuskan itu hanyalah keputusan
keluarga dan ia bukan atas kehendaknya dan Puteri. Yang bercintanya
adalah kami, Keputusan memutuskan pertunangan itu datangnya daripada
pihak keluarga dan bukannya daripada kami. Apa yang saya dan Puteri
hanya mampu buat adalah reda sahaja dan berdoa agar perhubungan kami dan
keluarga kembali pulih. Saya harap tiada lagi mana-mana pihak selain
keluarga masuk campur urusan kami. Berhentilah mengganggu perhubungan
kami."
|
Puteri masih sayang Shah |
Manakala Redzwani pula berkata,"Saya dan Shahrizal memang tiada masalah. Tetapi sebagai anak saya perlu menghormati keputusan kedua-dua ibu bapa saya. Kerana untuk meneruskan perhubungan ini, restu itu sangat penting. Memang ikatan pertunangan kami dah putus tetapi atas kehendak keluarga dan bukan kerelaan kami. Saya dan Shah (Shahrizal) tidak ada masalah. Kami masih baik.Bukan senang untuk tiba-tiba berhentikan perasaan cinta itu. Lebih-lebih lagi kami sebelum ini adalah kawan baik dan kemudian bertukar menjadi cinta. Ia bukan satu benda yang mudah untuk dilupakan. Tetapi pada masa sama saya perlu menghormati keluarga.Saya hanya mampu berdoa yang terbaik. Bagaimanapun saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada semua pihak media yang tidak dapat berhubung dengan saya untuk mendapatkan kenyataan. Masa itu saya belum bersedia lagi. Tetapi saya sedar satu hari nanti saya tetap akan berdepan dengan semua."
Ye memang faham sangat, kalau hubungan membabitkan keluarga bukan boleh selesai ikut kepala kita saja. Kalau hati sudah cinta, lautan api sanggup direnangi. Buat Shahrizal dan Redzwani, apa pun keputusan kalian harapnya jangan sampai membelakangi keluarga masing-masing.
|
Walaupun berdepan dugaan hebat, pasangan ini masih mahu bersama |
No comments:
Post a Comment