Jam 7 pagi, aku bergegas ke Chow Kit (dalam sibuk-sibuk masih sempat nak melunaskan keinginan hati buat sesi 'melawat kawasan'). Selain book store, aku memang suka merayap ke pasar basah. Kalau ada kesempatan, setiap sabtu aku akan buat sesi melawat kawasan di Pasar Tani Taman Melawati. Berbanding pasar tani di Melawati, aku lebih suka pasar Chow Kit.
Setelah sekian lama, pagi ni aku berpeluang lagi cuci mata di pasar Chow Kit. Allahu Akbar, seronok tak terkata dapat melihat sayur-sayur segar, ulam yang unik-unik, daging segar dan ikan pelbagai jenis (tapi sayang tadi banyak betul ikan2 beku...susah ye nak cari ikan segar sekarang -_-).
Pemandangan dalam Pasar Chow Kit (Gambar: Google) |
Banyak pilihan ulam segar (Gambar: Google) |
Saya sempat beli sedikit daging kambing (RM22 sekilo), nangka muda (RM4 sekilo, ambik 4 keping RM2.40), telur 30 biji, pucuk paku, ketam (bikin gulai la apa lagi) dan sekeping ikan pari (nak buat Asam Pedas Rebus).
Aku sempat snap benda-benda yang menarik perhatian, payah nak snap sebab ramai orang. Tgk kat bawah tu...sebahagian yang aku berjaya snap dengan jelas, lain2 kebanyakan blur hahahaha).
Hehehe...ni memang payah nak jumpa kalau takat masuk Giant, Tesco or yang sewaktu dgnnya...hebat ke tidakkk ^_^ |
Bergantungan paha kambing, satu-satunya gerai jual daging kambing dalam pasar Chow Kit ni (kalau x silap aku la) |
Kenal tak buat apa ni? Serius aku baru tahu ini rupa buah Asam Gelugor...jakun jap dibuatnya |
Sebahagian lagi belum masak...unik betul bentuknya dan nampak mcm sedap (sayang masam) |
Kat pasar tani ni, aku cuma cuci mata saja. Lagipun, bekalan lauk semuanya dah beli kat Chow Kit tadi. Puas cuci mata, singgah isi minyak kereta dan terus balik. Barang penuh ruang tempat duduk belakang...berplastik-plastik. Time naik tangga rumah, dah rupa 'acik-acik' balik umrah. Penuh tangan, kiri dan kanan....hahahaha...Anis...Anis ^_^
Itu je la aktiviti saya pagi tadi, malam sikit atau esok (ikut mood, kalau rajin mlm ni aku post kan kat sini) aku nak share satu cerita...tajuknya 'Lelaki baik tak mencabar?' Apa kisahnya, kena tunggulah ye....Now, saya nak sambung baking time. Ada lebih kurang 20 bekas 'Miss Red Velvet with Creamcheese' belum disiapkan.
No comments:
Post a Comment