.

Friday, August 2, 2013

Taqziah Arja Lee...

Kenangan...Arja bersama ibunya, Salmah Aziz
Jam 7am, aku terima panggilan daripada PA aktor kacak, Arja Lee iaitu A'a. Dengan suara tenang, kata A'a mak Arja meninggal dunia jam 4am tadi. Terkedu.

Rasanya mcm baru semlm aku bersembang mesra dengan arwah (Salmah Aziz) di katil ward 4C, Hospital Selayang. Ketika aku datang ziarah (pada 21 Julai 2013, jam 5pm), arwah cukup ramah melayan aku. Senyum dan ketawanya masih basah dalam ingatan, apatah lagi kucupan kasihnya. Aura keibuaannya bagaikan meresap dalam hati aku. Dapat aku rasakan, arwah seorang wanita dan ibu yang penyayang. Walaupun baru beberapa minit mengenali aku, dia sudi memeluk dan mencium saya. Ya Allah, beruntungnya anak-anak arwah (detik hati aku ketika itu).

"...doakan Acik cepat sembuh ye, tak sabarlah balik rumah" Begitu kata arwah, sambil menelan payah sesudu dadih yang disuap salah seorang anaknya. Sebak mendengarnya, aku usap tangannya yang membengkak. "InsyaAllah Acik, kita nak raya dah ni. Saya nak datang raya rumah Acik nanti, semoga Allah beri kekuatan pada Acik. InsyaAllah." Kata aku, memberi semangat kepada arwah.

Waktu tu, arwah tak boleh bangun dari katil selain tidak berupaya menelan makanan seperti biasa selain sel kanser yang merebak ke bahagian lain. Walaupun dalam keadaan begitu, dia tetap berusaha mengukir senyuman

#0 Julai 2013, kebetulan aku ada sesi fotografi bersama Arja dan Faralyna di studio Jelita. Dalam kesibukan itu, aku sempat bertanya Arja mengenai keadaan terkini arwah. Kata Arja, dia redha dan bersedia menerima apa sahaja kemungkinan yang berlaku kepada ibunya. Walaupun wajahnya nampak tenang, tetapi kesedihan jelas menguasai emosinya. Apatah lagi Arja memang rapat dengan arwah, malah digelar 'anak mak'.

..."Siapa yang nak kehilangan mak, Nis. Tapi kami adik-beradik sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Lagipun, mak dah bertahan 13 tahun menanggung penyakitnya. Cuma kali ni keadaanya paling teruk. Doktor minta kami semua bersedia dengan apa juga kemungkinan, tapi kami masih mengharapkan keberkatan  Ramadan ini akan memberi kekuatan kepada mak untuk sembuh. Apa-apa pun, kalau dah tertulis ajalnya sampai pada bulan mulia ini, saya reda,

..."selama lebih sebulan mak di wad, kami adik-beradik bergilir-gilir menjaganya. Hospital menjadi rumah kedua saya kerana setiap hari saya ke sana termasuk berbuka dan bersahur bersamanya." begitu kata Arja.

Aku beritahu Arja, mahu ziarah maknya hujung minggu ini (Sabtu/Ahad). Sayangnya, aku tak sempat...

Dan hari ni aku bergelut dengan dateline. Tak boleh tidak, kena closing juga sebab semua bahan perlu diproses segera dan print magazine sebelum cuti raya. Jadi, aku memang tidak berkesempatan ziarah arwah di tanah perkuburan.

Sumber gambar: Metro
Kata Arja menerusi smsnya, jenazah arwah dimandi dan dikafankan di Hospital Selayang sebelum dibawa ke Surau Al-Syakirin, Seksyen 1, Bandar Mah­kota Cheras untuk di­sembahyangkan. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras Perdana sebelum solat Jumaat, semalam. Al-Fatehah, semoga roh arwah dicucuri rahmatNya

No comments: