.

Saturday, September 28, 2013

Susu untuk 'awet muda' & cergas...

Uolls ada tak masalah susah nak tidur (kalau tidur pun tak lena sangat)? Kurang fokus apabila buat sesuatu atau sakit sendi? Aku mengalami semua yang disebutkan itu, sangat mengganggu kehidupan harian. Kadang-kadang badan penat, tapi susah tidur. Kesannya, esok ke office lemau satu badan.

Beberapa hari lepas, kebetulan saya kena interview Perunding Kanan MISB Resources Sdn Bhd., Sharifah Suffiah Tan Sri Dato Syed Agil Barakbah,  mengenai  Susu Kambing Ultra Rich NR. Banyak info menarik mengenai produk ini yang aku tak tahu terutama mengenai khasiat susu kambing dan Za'faron (turut dikongsikan petua 'menawan hati suami', nanti dalam entry lain aku kongsikan ye...sabar...sabar...hehehe).

Kata Puan Sharifah, susu kambing bersifat alkali, tidak mengandungi protein kompleks (Alpa-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama masalah alahan (alergik), malah kandungan zat dalam susu kambing lebih tinggi berbanding susu lembu iaitu Protein 2.1 (kali ganda), Kalsium 2.2, Zat Besi 2.0. Potasium 2.1, Vitamin A 3.8 dan Garam Galian 2.0.

Kebaikan susu kambing
  • Membantu merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung (peringkat awal), memulih tenaga batin, ulser perut dan membantu pembentukan tulang serta gigi dan lain-lain penyakit.
  • Tidak menyebabkan alahan, membantu sistem imunisasi tubuh, meningkatkan daya kepekaan, tumpuan dan ingatan, membantu sistem penghadaman dan menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit dan tisu saraf). Selain baik untuk pesakit kencing manis (dapat membantu menstabilkan gula di dalam darah).
Khasiat Za'faron
  • Za’faron (Crocus Sativus Linneaus) adalah khazanah alam termahal dan turut dikenali sebagai ‘emas padang pasir (gold of the desert).  Herba istimewa ini menjadi amalan makanan kesihatan harian terbaik untuk semua khususnya dalam memelihara kesihatan dan kecergasan tubuh.
  • Digunakan secara meluas dalam industri pemakanan dan kecantikan terkenal dengan khasiat serta kebaikan dalam bidang perubatan yang tinggi. Herba ini kaya dengan zat karbohidrat, garam galian, mucilage serta vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan Tiamin).
  • Dapat membantu proses penghadaman, merawat anemia (kurang darah), mengawal tekanan darah dan tahap kolestrol, melancarkan perjalanan darah, melancarkan aliran darah haid, melegakan keletihan, meredakan bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing, menambah selera makan, meningkatkan kesuburan, merangsang tenaga batin, mengurangkan risiko serangan jantung dan menguatkan daya ketahanan tubuh.
Kebaikan Ultra Rich NR
Susu Kambing Ultra Rich NR sesuai diamalkan pengguna pada setiap peringkat usia termasuk ibu hamil kerana;
  • Diperkaya dengan protein, vitamin A, B1 dan B2.
  • Membantu proses tumbesaran bayi agar sihat, cergas dan pintar.
  • Meningkatkan aliran susu ibu.
  • Kaya kandungan kalsium yang baik untuk pembentukan tulang dan gigi bayi serta kanak-kanak kerana mudah hadam.
  • Baik untuk pelajar kerana dapat membantu memberi lebih tumpuan dan daya ingatan, memperkuatkan tulang (warga emas), memberi tenaga dan sesuai untuk wanita menopause.
Amalkan Ultra Rich NR, hasil rumusan Susu Kambing dan Za’faron sebagai makanan kesihatan harian terbaik untuk seisi keluarga agar kekal sihat, cergas dan bertenaga setiap masa.

Caranya:
Amalkan satu peket (sachet) dua kali sehari (pagi dan petang atau pagi dan malam). Caranya, campurkan satu peket Susu Kambing Ultra Rich NR di dalam air suam aggaran 150ml atau mengikut cita rasa anda. Mengenai maklumat dan penggunaan produk, layari www.nr4u.com.my.

Memandangkan aku diberi sekotak Susu Kambing Ultra Rich NR (1 kotak ada 15 peket dijual pada harga RM45) untuk dicuba, malamnya aku pun start minum walaupun tak pernah cuba minum susu apatah lagi susu kambing (kambing panggang tanpa bau memang aku suka, cicah dengan sos lada hitam perghhh sedap hehehehe).

Wow, 'seperies' aku boleh teguk susu ni sampai ke titisan terakhir. Serius, memang sedap dan tak ada bau (err mungkin sebab aku ada tambah madu sikit ke...hehehe). Esok paginya aku minum sepeket lagi, Alhamdulillah badan rasa segar dan bersemangat.

Tak naklah puji lebih-lebih pasal produk Susu Kambing Ultra Rich NR ni, lagipun baru cuba 'kan dan aku tak 'dibayar' utk buat entry puji-pujian ni. Tapi serius cakap, memang tak rugi cuba. Kesannya aku rasa bergantung pada badan masing-masing, apa-apa pun paling penting kena cuba dulu. Kalau tak cuba, mana nak tahu khasiatnyakan. Serasi ke tak dengan badan, ye tak? Maklumat lanjut mengenai produk ini boleh layari http://www.nr4u.com.my

No comments: