Panas sungguh 'udara' berita yang membabitkan Bini Mat Yo, Mat Yo dan Pakcik Guard Skypark Subang. Sama ada di dalam surat khabar, media sosial mahupun 'Maple Corner', pakat bersembang isu ini. Pendek kata, memang 'meriah' sangat respond rakyat Malaysia dengan insiden ini.
Komen aku? Penting ke? Hahahaha...Mudah saja, apabila tak faham makna perkataan dan tak jaga perbuatan maka terjadilah insiden yang tidak wajar ini. Berdasarkan rakaman yang beredar di merata media sosial, dengan 'berdegar-degarnya' Bini Mat Yo menyebut perkataan 'Dayus'. Pelik sungguh aku, iya...perkataan itu tak sesuai dengan tempat dan keadaan juga permasalahan. Penggunaan perkataan 'Dayus' sangat-sangat tidak kena dengan 'kejadian'. Apakah maksud 'Dayus' dalam pengertian Bini Mat Yo ini?
Manakala perbuatan memang tidak melambangkan dia (Bini Mat Yo) seorang wanita yang beradap apatah lagi berbudi bahasa. Kalau berdasarkan rakaman kejadian, nyata wanita ini yang tak berhenti memprovokasi Pakcik Guard itu dengan perkataan yang kurang ajar (penggunaan 'Pakcik Bodoh, Pakcik Dayus'...sangat-sangat tiada adab dan budi bahasa yang keluar daripada mulut seorang wanita dan Melayu).
Benarlah kata pepatah, kalau mahu tahu perangai sebenar seseorang itu lihatlah ketika dia marah. Apa yang kelihatan itu adalah cerminan dirinya. Lagi logik sangat 'rakyat Malaysia' mengutuk dan mengecam perbuatan tidak bermoralnya itu.
Aku, secara peribadinya...walau siapa pun Pakcik itu dia tetap ada hak untuk dilayan dengan baik dan jelas juga biar apa pun alasan Bini Mat Yo, dia tetap 'salah' dalam insiden ini. Bak kata pepatah Melayu, kerana mulut badan binasa. Manakala Mat Yo pula, aku tak pasti apakah 'peranan' dia di situ. Kelihatan sekadar pemerhati 'drama sebabak' yang berlaku secara mendadak. Mungkin dia terlupa 'skrip' dan bagaimana nak 'action'. *Wink*
Bagaimanapun, semoga ada jalan terbaik untuk menyelesaikan 'kemelut' ini. Ingatlah, orang tua wajar dihormati walau dia bukan darah daging kita!
No comments:
Post a Comment