Ok, dah layan gambar 'kan. Baiklah, pertanyaan akumudah saja. Jawab dgn jujur ye (walaupun dalam hati hehehe), apa perkara pertama yang terdetik di fikiran Uolls? Teruja? Bangga? Gembira? Eleh...ini semua poyo? Lakonan semata-mata ni? Nak publisiti la ni? Hmmm...dulu bukan main gaduh, sekarang posing sama-sama lak. Eee...kalau aku 'lah? .... etc...!
Aku pernah menulis ini dalam entry sebelumnya, "... as human beings we tend to automatically choose to hate or dislike things that we don't have a true understanding of yet. Whether it is because the things we don't understand leave us feeling threatened or confused, no one will truly ever know but this is a practice that we can stop, if we just put our minds to it. Passing judgment on something before we ever have a chance to understand it can be extremely harmful to us in the long run, whether the judgment we pass be positive, or whether it be negative."
Ya, aku faham, bercakap tak semudah melakukannya dan ada juga orang-orang yang sekadar mampu bercakap tapi apabila bertindak ke laut! Serius, tak semua orang mampu berfikiran atau bersikap positif pada perkara yang mereka nampak, dengar, baca atau hadapi sendiri.
Tapi, tiada salahnya usaha dan cuba, bukan! Sampai bila kita nak berfikiran yang 'begitu-begitu' jua? Sampai bila? Memang, berfikir di luar kotak itu tidak semudah makan kacang. tapi kita boleh cuba, bukan!
Macam mana nak cuba? Paling penting sekali...'uruskan' hati kita sebaiknya. Kalau hati bersih, maka perkara2 yang melayan dalam fikiran anda juga insyaallah turut BERSIH dan perkara paling mudah untuk Uolls lakukan adalah 'berdoa yang baik-baik dan Aamiin 'kan seikhlas mungkin'. Bolehkan ^_^
Aa Gym |
- Harus ada waktu khusus untuk memeriksa diri sendiri. Carilah waktu khusus untuk bermuhasabah, menghitung-hitung kesalahan dan kekurangan diri, kalau perlu gunakan foto diri sendiri untuk melihat seperti apa kita dulunya. Menghitung berapa banyak hak orang lain yang kita ambil atau dimakan? Adakakah dosa zina yang kita lalukan dan segala dosa-dosa juga kesalahan yang kita pernah lakukan selama ini. Carilah tempat khusus untuk bermuhasabah, di rumah, masjid sambil iktikah atau pergi umrah. Kalau sedang umrah sebaiknya menjauh dari teman-teman sesama jemaah negara asal biar kita benar-benar lepas untuk menangis menyesali kezaliman kita. Biar tangisan kita benar-benar tulus bukan kerana ingin dipuji sesama teman. Kita sering takut nampak jelek di mata manusia tapi tidak takut terlihat jelek di sisi Allah. Banyak bertafakur, tanyakan apakah diri kita seorang pendengki, zalim, pemarah dan segala kekurangan lainnya.
- Cermin diri. Orang-orang terdekat dengan kita adalah cerminan diri kita, suami/isteri, anak, orang tua, kakak, adik adalah orang yang benar-benar tahu segala kelebihan dan kekurangan kita. Seorang ibu sangat bangga kalau dipuji orang lain, tapi biasa-biasa saja kalau dipuji suaminya. Pendapat dan pandangan daripada orang terdekat kita perlu dijadikan pedoman dan diambil, jangan dibiarkan berlalu begitu saja. Jangan marah kalau mereka memberi pendapat atau nasigat, ambil dan muhasabah diri. Jangan dibantah. Jangan terpesona dengan kehebatann dan populariti orang lain kerana apa yang kelihatan di depan umum belum tentu sama dengan aslinya.
- Ada guru/ulama peribadi. Cari guru yang tulus dan mahu dengan terus-terang memberi tahu segala yang perlu kita lakukan serta harus tinggalkan. Guru yang mahu memberi nasihat untuk kebaikan diri kita.
- Manfaatkan orang yang tidak suka dengan kita. Setiap kita ada orang-orang yang selalu mencari kekurangan kita, mereka tidak bosan-bosannya mengikuti tingkah laku kita secara diam-diam. Mereka juga tidak segan menceritakan kekurangan kita kepada orang lain. Bersyukurlah kalau kita ada orang seperti mereka itu kerana mereka telah memberi 'keuntungan' kepada kita. Ini bagus untuk muhasabah diri kita. Jika ada jiran, saudara atau teman sepejabat yang melakukan hal itu, biarkan saja kerana mereka sedang mengumpulkan informasi mengenai hal-hal yang perlu kita perbaiki. Jadikan hal itu sebagai acuan bagi kita.
- Bertafakur atas apa-apa yang terjadi. Setiap peristiwa yang menimpa orang lain, tafakuri dan ambil hikmahnya. Bersyukur musibah itu tidak terjadi pada diri kita.
*p/s: gambar di atas hanya sekadar contoh saja dan aku tiada niat (atau minat) untuk menulis atau komen mengenai kehidupan individu yang terbabit dalam gambar-gambar itu. Sekadar misalan saja, kerana kisah hidup mereka memang HOT dan menjadi perhatian. Aku percaya, ramai yang tahu kisah mereka yang sebelum, selepas dan ketika ini. Aku hanya nak berkongsi rasa mengenai sikap kita yang mudah nak 'Judgemental', itu saja. So, no hard feeling okey *_*
...
No comments:
Post a Comment