.

Wednesday, September 18, 2013

Kisah 'Tegar' & 'Saya nak bunuh diri'...

Sebenarnya, dalam perkiraan aku seminggu dua  ni banyak bahan yang nak dikongsikan di sini. Sayangnya, kekangan masa membuat aku kurang peluang untuk menulis di sini. Macam manapun, aku cuba usahakan ye.

Hari ni aku nak bercerita mengenai rentetan pertemuan dengan seorang gadis berusia 18 tahun. Apa istimewanya anak gadis ini hingga aku terpanggil untuk menulis kisahnya di sini? Hot ke? Mari aku ceritakan;

Lokasi: Dataran Merdeka
Masa: 8.15 mlm

Menempuh perjalanan penuh sesak dari office di Taman Desa, Klang Lama cukup melelahkan. Apatah lagi, hari ini dari pagi hingga ke petang sibuk memproses bahan rencana juga stress sikit dengan sikap orang2 yang berurusan dengan aku. Jadi, sebelum balik aku melencongkan perjalanan ke Dataran Merdeka.

Huish...lama rasanya tak melepak di sini (sejak2 aku  'tak time' nak 'ukur jalan' di Pasar malam Jalan TAR). Walaupun bukan mlm minggu, tapi sekitar kawasan lapang Dataran tetap meriah dengan pengunjung dan bas pelancong. 'Bangku batu' hampir penuh diduduki, jadi mahu tak mahu aku terpaksa menyelit untuk duduk (takkan nak melepak sambil tegak berdiri kot kan...).

Aku 'tumpang' duduk di sebelah seorang gadis yang ralit mengelamun, jauh sekali. Aku sapa dia sambil 'jual senyum', "Boleh akak tumpang duduk sini (sambil senyum dan tunjuk ruang yang dimaksudkan)." Si gadis hanya senyum nipis, kemudian terus sambung termenung.

Agak lama kami 'merenung nasib masing-masing'. Tiba-tiba aku dapat call daripada Ma, kami bersembang sekejap saja dan aku janji nak call balik  (takkan nak bersembang depan orang ramaikan, sgt tak sopan). Kemudian, tiba-tiba si gadis bersuara...

Si gadis: Akak sayang Mak, akak?

Aku: (Senyum) Harap sangat tak ada seorang anak pun yang benci mak sendiri. Ye, akak sayang Mak akak. Kenapa tanya gitu?

Si gadis: (Mengeluh...panjang dan berat)

Aku: Tinggal dengan Mak dan Ayah?

Si gadis: (Pandang saya, dan senyum kelat)

Aku: Akak tinggal sendiri, Mak di Serdang dan akak di Danau Kota (cerita saya sengaja memancing topik berbual, biasalah reporter 'kan)

Si gadis: Kenapa tak tinggal sama?

Aku: Mak akak selesa tinggal sendiri, tapi setiap minggu anak-anak mesti ambil giliran balik jenguk dia. Kami tak ada masalah, lagi pun semua dah besar...ada kehidupan sendiri.

Si gadis: Saya tak suka jumpa Mak! Benci tengok dia! (kemudian mendengus kuat, ada penegasan marah di situ).

Aku: Mak suka marah-marah ye? Biasalah, Mak akak mcm tu jugak tapi bila dok jauh hari-hari dia call tanya khabar.

Si gadis: Mak tak bagi saya kawin, saya mintak banyak kali...tapi Mak tak bagi jugak!

Aku: Emmm...Sebab?

Si gadis: Pakwe saya dah kawin, ada dua anak. Tapi saya cakap kat Mak, saya tak kisah. Saya cintakan dia, dia buat saya bahagia. Mak dan Ayah tak pernah buat saya rasa bahagia, semua tak boleh...itu ini tak boleh!

Aku: Pakwe ada datang jumpa Mak dan Ayah?

Si gadis: Tak, dia kata kalau Mak dan Ayah tak bagi kawin buat apa jumpa!

Aku: Berapa lama adik kawan dengan Pakwe tu?

Si gadis: Kami bukan kawan, kami bercinta!

Aku: Oh...sorry. Iya, bercinta. Dah lama?

Si gadis: Sejak tingkatan lima, tapi kami jumpa sorok-sorok sebab tak nak bini dia tahu.

Aku: Sekarang isteri dia dah tau?

Si gadis: Dah, pernah datang serang saya 3 kali. Tapi saya tak kisah, janji 'Abang' nak kawin dengan saya.
Aku diam (sebenarnya mengumpul kesabaran, mengekang kemarahan dan mencari kata-kata terbaik untuk gadis itu). Lama aku berdiam, aku pandang kereta yang lalu lalang. Aku masih menunggu time sesuai untuk bersuara semula. Tiba-tiba, si gadis menyambung kisahnya.

Si gadis:Salah ke kalau saya kawin suami orang? Pakwe saya tu baik, selalu pujuk bila saya sedih...bila Mak marah-marah. Tak ada lelaki yang sesuai dengan saya kecuali dia, saya tak boleh hidup tanpa dia!

Aku: Pujuklah dia jumpa Mak dan Ayah, mana tahu kali ni mereka setuju (kata saya cuba berdiplomasi, belum masanya untuk saya 'serang' otak dia hehehehe).

Si gadis: Tak guna! Mak dan ayah degil. Mak lagi degil! Mak kata kalau saya kawin dengan laki orang nanti hidup saya susah. Mak tak sedar diri dia, ayah tak kawin dua pun hidup kami tetap susah. Result SPM saya tak bagus pun sebab Ayah tak boleh hantar saya pergu tuisyen. Saya tak dapat masuk kolej macam kawan-kawan lain. Saya layak kerja kilang kat Keramat tu je, masuk pagi balik malam. Masuk malam balik pagi. Bosan! hari-hari hidup saya sama je, sebab tu saya nak kahwin cepat. Bila ada suami...anak, mesti hidup saya tak bosan lagi!

Ya Allah, indahnya 'angan-angan' budak ni. Iya, itu yang terdetik di hati saya tatkala mendengar setiap bait kata-katanya.

Aku: Belum tentu semudah itu dik...

Si gadis: Kenapa pulak, saya tengok kawan-kawan dekat kilang hidup bahagia lepas kawin. Pergi jalan-jalan, makan sama-sama. Raya pergi shopping, beli mcam-macam.

Aduhai, naifnya dia.

Aku: Hidup kita belum tentu sama dengan orang lain dik. Hmmm...adik nak dengar 1 cerita tak?

Si gadis angguk, lalu aku dedahkan sikit perjalanan hidup aku (rasanya tak perlu kot aku 'tumpahkan' di sini kisah itu...cukuplah antara kami berdua saja). Dipendekkan cerita, si gadis nampak sangat teruja mendengar part demi part kisah hidup aku (tetap aku tapis sikit, tak bolehlah detail sangatkan...kami baru kenal pun).

Si gadis: Saya ingat, hidup saya selama ni teruk...tak best...tak gembira. Rupa-rupanya hidup akak lagi 'sakit'. Macam mana akak tahan? Akak tak rasa macam nak bunuh diri? Asyik asyik rasa nak bunuh diri, baik mati daripada kehilangan 'Abang'!

Tegar dolu-dolu...

Tegar sekarang...Alhamdulillah- tapi berapa ramai antara kita se'tegar' Tegar???

Aku: Hish...Allah bagi kita akal yang sihat untuk kita guna dengan waras. Mesti ada sebab kenapa Allah tak bagi apa yang kita nak dan yang pasti Dia nak bagi kita yang terbaik. Dik, tak ada mana-mana Mak Ayah yang nak anaknya hidup susah...sedih. Mereka tak bagi adik kesenangan hidup sebab tak mampu, kalau berkemampuan tentu mereka bagi. Hmmm...satu contoh lagi, adik kenal penyanyi Indonesia, Tegar namanya. Pernah dengar tak nama tu?

Si gadis: Mestilah, kat kilang selalu pasang lagu dia. Errr...ala lagi yang 'dolu...dolu' tu.

Aku: Betul, pandai. Paham tak apa dia cuba 'cakap' dalam lagu tu?

Si gadis: Paham sikit-sikit, pasal dulu dia miskin sekarang orang sayang.

Aku: Dia nak cakap, dulu hidup dia susah...jadi pengemis, orang pandang hina...tapi dia tetap bersabar dan kerja keras untuk bantu keluarga. Sekarang Alhamdulillah, Allah beri dia ganjaran. Iya, hidup kita ni macam roda dik. Dalam hidup kena berusaha untuk ubah nasib diri. Tak boleh hanya nak berserah kat Tuhan, bersedih...salahkan orang lain dan nasib. Macam akak cerita tadi, walaupun sekarang ni Allah beri kita kehidupan yang susah...miskin dan tak gembira tapi kita kena berusaha.

Si gadis: Sebab itu saya nak kawin, saya nak ubah nasib saya...saya nak hidup bahagia.

Aku: Iya, akak paham...akak tau. Tapi biarlah kebahagiaan yang kita cari itu dengan redha Mak Ayah. Lagipun, pakwe adik tu dah ada isteri...ada anak-anak, adik tak kesian kat isteri dia?

Si gadis: Ala, saya bukan suruh dia ceraikan isteri dia pun.

Aku: Hmmm...katakanlah, lepas adik kawin dengan dia. Kemudian, beberapa tahun lepas tu dia cakap nak kawin lagi. Adik marah tak?

Si gadis: Hish mana boleh, dia nak kawin berapa banyak. Dua cukuplah, nanti tak cukuplah duit dia.

Aku: Mana adik tau tak cukup, habis kalau adik kawin dengan dia...hah cukup ke duit dia?

Si gadis: Pakwe saya tu kerja kilang je kak, kalau kawin dua saya rasa bolehlah. Tapi kalau ramai-ramai, matilah dia.

Aku: Mana adik tau? Kan dia belum kawin ramai-ramai lagi.

Si gadis: Mestilah saya, kerja kilang gaji berapa sangat. kalau hari-hari buat OT pun belum tentu dapat 4-5 ribu. Saya kerja kilang...saya tahulah kak!

Aku: Kalau macam tu, samalah macam alasan yang Mak Ayah bagi tu. Walaupun adik belum kawin lagi dengan pakwe adik tu, tapi ikut pengalaman mereka, mereka taulah pakwe adik tu mampu ke tak nak berbini ramai.

Gadis itu diam, dia tenung aku dalam-dalam. Aku hanya senyum, harap mesej yang aku cuba beritahu tu sampailah ke otaknya. Hmmm...aduhai dik, janganlah naif sangat. Bukan salah kerja kilang atau tak masuk kolej, sekarang ilmu boleh dicari dengan dan dalam pelbagai cara. Walaupun cuma 'minah kilang' tapi rasanya mampu kot nak beli smart phone atau memadai google 'ilmu' di Internet cafe.
'Dik, kata-kata ini untuk kamu sayang..."

Jom ramai layan 'mesej' daripada Tegar...

No comments: