Black kini suami Naquia |
Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan Mohd Khairi Abu Hassan, 55, kira-kira pukul 12.06 tengah hari. Ia turut disaksikan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara di sini iaitu Mohammad Syukri Yaacob.
Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, memberikan mas kahwin sebanyak RM80 manakala wang hantaran RM12,000.
Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah minyak wangi, cincin, telekung, set kosmetik, iPad mini dan sepersalinan baju. Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah jam tangan, kasut, sirih junjung, Al-Quran, songkok, tali pinggang dan dompet, cincin serta minyak wangi.
Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan Mohd Khairi Abu Hassan |
Bagi peminat pula, Black memilih untuk berkongsi hari bahagianya pada Ahad ini di Padang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi di sini. Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu.-(Sumber berita: Mstaronlie)
No comments:
Post a Comment