|
Tidaklah akan berkurangan harta yang kita infaq/sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah, melainkan Allah akan menggantinya dengan berlipat kali ganda. InsyaAllah. |
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan) orang-orang yang
menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah sama seumpama benih gandum yang
menumbuhkan tujuh biji benih gandum, pada tiap-tiap biji benih itu seratus
biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah
Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha mengetahui. Orang-orang yang menafkahkan
hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang
dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak
menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperolehi pahala di sisi Tuhan
mereka. tiada kekhuatiran kepada mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang
diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha
Kaya lagi Maha Penyantun.” (
Al-Baqoroh : 261-263)
No comments:
Post a Comment