Shila Amzah ketika mengadakan Showcase sulungnya di Penthouse@ The Icon |
Dan aku kira, kata-kata mutiara di atas sesuai untuk menggambarkan perjalanan hidup gadis manis ini. Ya, siapa yang tidak tahu mengenai perjalanan kerjaya seni Nur Shahila Amir Amzah, 23,atau lebih dikenali Shila Amzah. Siapa juga yang tidak tahu betapa sensasi kisah cintanya dengan aktor Sharnaaz Ahmad suatu masa lalu. Ya...Memang heboh diperkatakan, lebih malang cerita sedih itu bersulam kata-kata nista yang menghiris perasaannya yang sedang luka parah.
Namun, atas sokongan padu daripada keluarga penyanyi muda ini pantas mengambil tindakan bijak. Dia bangkit daripada kekecewaan itu dan menjadikan pengalaman sedih itu umpama bara api yang menyalakan semangat dan kekuatan dalam diri untuk menempuh arus kehidupan dengan visi serta misi lebih jitu.
Bagi anak gadis ND Lala ini, pengalaman bercinta yang menguji ketabahannya banyak memberi mengajarnya menghargai erti kebebasan hidup dan menikmati masa bersama keluarga, teman juga peminat. Dalam beberapa pertemuan dengannya sedikit masa lalu, Shila dengan yakin dan penuh kesungguhan memberitahu;
"Semua dugaan yang terjadi membuat saya lebih kuat dan bersemangat menempuh hari-hari mendatang. Bagi saya, menghargai masa bersama keluarga, rakan-rakan dan peminat lebih penting daripada perkara lain."
Keperlbagaian emosi |
Berkeyakinan |
Bertenaga |
"Ketika menghasilkan lagu ini, hati saya sedang sedih dan fikiran rungsing. Lalu, saya curahkan emosi menjadi lagu yang menggambarkan perasaan saya. Alhamdulillah, saya menjadi tenang dan lebih bersemangat" katanya sebelum mengalunkan lagu Masih Aku Cinta.
Dapat dilihat, betapa energeticnya Shila ketika mengadakan persembahan di hadapan tetamu kehormat, rakan media dan peminat setianya. Lontar suaranya bukan sahaja bertenaga, malah berbaur pelbagai emosi. Cukup 'manis' melihat gayanya di pentas. Turut hadir menyaksikan persembahannya, rakan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Mohammad Jiwa, Johan As'ari dan Nazim Othman.
Gaya tersendiri Shila |
Lebih matang |
Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Mohammad Jiwa turut hadir memberi sokongan |
Doa aku, semoga Shila menemui kejayaan dan kebahagiaan yang didambakan juga dikurniakan teman hidup yang lebih baik. Hope, apabila dah capai impian hidup sok jgn lupa diri. bak kata pepatah Melayu, kala mendongak bintang di langit jangan lupa rumput di bumi! Huhuhu...adios *_* (btw...kredit gambar, Kak J)
No comments:
Post a Comment