Trang memang tak begitu dikenali kalangan pelancong asing walaupun kedudukannya berdekatan Phuket dan Krabi, namun wilayah yang terletak di selatan Thailand ini tetap mempunyai keistimewaan tersendiri untuk diterokai. Selain keindahan pantai, pulau dan lautan yang membiru kehijauan.
Dalam perjalanan menuju ke Krabi Ahad lalu, aku berkesempatan ke Gua Khao Kob yang menawarkan pengalaman penerokaan cukup berbeza. Terletak di daratan, ruang gua ini disaliri air sungai dan untuk masuk ke dalamnya, perlu menaiki sampan.
Di dalam gua ini ada pelbagai bentuk stalagmit dan stalaktit yang menyerupai bermacam objek dan hidupan, ada kelihatan seperti anak gajah dan pelamin, ada juga tak ubah bagai tulang belakang naga. Ruang di dalam gua ini ada saliran, jadi sesetengah laluan memerlukan pengunjung menundukkan kepala bagi mengelak terkena siling gua yang sangat rendah.
Lebih mencabar, ketika dalam perjalanan keluar kami bukan saja perlu tunduk, malah berbaring lurus di dalam sampan kerana jarak di antara sampan dengan siling gua tidak sampai sejengkal (kira-kira 350 meter menuju pintu keluar).
Kedua-dua pengemudi sampan awal-awal lagi memberi amaran supaya kami tidak bergerak ketika berbaring bagi mengelak kecederaan atau sampan terbalik. Seorang pengemudi menolak siling gua untuk menggerakkan sampan manakala seorang lagi menyuluh jalan.
"Don't worry, i save you. You save...you save!" Begitu kata-kata yang sering diucapkan pengemudi sampan, setiap kali kami menjerit kerana berasa lelangit gua begitu rapat dengan muka dan sampan merempuh dinding gua.
Perasaan aku waktu tu hanya Tuhan saja Maha Mengetahuinya. Pelbagai bayangan melintas di dalam fikiran. "Hah, macam mana kalau tiba-tiba air naik?", "Macam mana kalau lelangit gua tiba-tiba runtuh ke bawah dan menghempap sampan kami.", "Masya-Allah, macam sedang di tanam hidup-hidup."
Perjalanan menuju ke dalam perut gua Khao Kob |
Rupa dalam perut gua |
Takjubnya saya melihat keindahan isi gua ni |
Apa lagi posing la sebelum balik... |
Keadaan di dalam Gua Khao Kob, ini belum cukup rapat dengan muka...ke depan lagi hambik...melaung sorang-sorang/gambar yang ni aku Google |
Jadi, suka aku nasihatkan kalau Uolls ada masalah kesihatan serius seperti penakut (over penakut), sakit jantung, lemah jantung atau darah gemuruh sila jangan cuba-cuba masuk di dalam gua ini ya. Huh...Sebaik melihat semula cahaya dari pintu keluar, barulah perasaan cuak, bertukar lega. Semakin jauh sampan dikayuh, mata tidak lekang menatap keindahan alam yang ditinggalkan di belakang yang semakin mengecil hingga langsung tidak kelihatan.
Sewaktu berangkat meninggalkan wilayah Trang dan meneruskan perjalanan ke Pulau Krabi, terbayang-bayang pengalaman meneroka keunikan dan keajaiban alamnya. Kenangan yang pasti terpahat kuat dalam ingatan.
*p/s: Terima kasih kepada Hotel Sungai Petani Inn (sebelum ini dikenali sebagai Hotel Aman Pura, Sungai Petani) & CT Global Travel And Tour, Alor Setar yang menaja perjalanan, makanan serta penginapan sepanjang berada di Sungai Petani juga Pulau Krabi.
No comments:
Post a Comment