.

Wednesday, November 13, 2013

Angan bertemu Oki Setiana Dewi...

Pemilik peribadi yang indah ini bernama Oki Setiana Dewi
Aku mula mengikuti perkembangan bintang sinetron berhijab ini sejak menonton lakonannya menerusi filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB) 1 & 2. Secara peribadi, aku kira bakat wanita dengan penampilan santun ini wajar diberi perhatian.

Ya, Oki Setiana Dewi bukan tidak sepopular pelakon lain yang 'ngetop' namanya di persada seni lakonan Indonesia. Pun begitu, kemampuannya membawa watak wanita muslimah tidak boleh dipandang sepi. Filem KCB walaupun sepenuhnya berlatar belakangkan ceritera keagamaan, namun mampu menarik perhatian penonton dengan kekuatan cerita dan pelakon-pelakonnya. Hebat!

Selain berbakat sebagai pelakon, Oki juga aktif menulis dan petah berkata-kata di pentas dakwah. Di Youtube, Uolls boleh cari rancangan yang diacarakannya. Cara dan kepetahannya sangat berbekas di hati...tak percaya, cuba tonton sendiri.
Salah satu novel tulisan Oki
Novel-novel karangan wanita kelahiran Batam, Riau ini juga menarik dibaca. Banyak ilmu yang boleh dikutip di dalamnya. Aku sendiri ada beli dua novel tulisannya berjudul Cahaya Di atas Cahaya serta Melukis Pelangi.

Berusia 24 tahun, namun kewibawaan Oki untuk memotivasikan wanita muslimah di luar sana sangat luar biasa. Kata-kata yang dituturnya, kemas dan berisi. Cara dia memotivasikan orang lembut, tapi menyengat! Biarpun tampil sederhana, namun dia punya aura tersendiri.

Oki bukan semakin diterima masyarakat Indonesia
Hurmmm, banyak yangnak aku tulis mengenai Oki di sini, tapi aku kira lebih molek kalau aku dapat bertemu mata dengannya. Agak terkilan kerana tidak berpeluang bertemunya ketika dia datang ke Kuala Lumpur dan Kelantan. Harap dia datang lagi dan aku  pasti tidak mahu melepaskan peluang bertemu wanita istimewa ini (bagi aku la). InsyaAllah suatu masa nanti, semoga Allah mengizinkannya...Aamiin.

No comments: