.

Tuesday, November 5, 2013

Hijrah Ummi Nazeera vs kontroversi Aeril Zafrel...

What say you? Maniskan Ummi berhijab...
Ditengah panasnya gosip kononnya dia berkahwin diam-diam dengan suami aktres, Wawa Zainal iaitu Aeril Zafre. Aku lebih berminat mengenai penghijrahan pelakon berbakat ini.  Ya Ummi Nazeera sebelum ini sentiasa tampil anggun dengan rambut panjang mengurai kini manis dan sopan berhijab.

Perubahan itu (walaupun belum memang mengejutkan ramai, tentu sekali peminatnya. Walaupun ada cerita-cerita 'kurang sedap didengar' kononnya yang menjadi 'punca' penghijrahannya itu, asalkan dia ikhlas dengan perubahan itu mengapa perlu kita persoalan setiap tindakannya. Apa salahnya, kita sama-sama doakan semoga dia diberi kekuatan dan terus istiqamah dengan penghijrahannya itu, sekali gus menjadi muslimah yang lebih baik.

Aku juga gembira dengan tindakan Ummi yang membuang semua gambar-gambarnya sebelum ini (sebelum bertudung) daripada akaun Instagramnya, malah tiada gambarnya membuka aurat yang dipaparkan. Dia lebih banyak berkongsi tulisan dan gambar Islamik di dalam akaun itu.

Belum reda kontroversi perkahwinannya dengan Wawa Zainal, timbul pula cerita panas mengaitkannya dengan Ummi Nazeera.
Soal gosipnya dengan pelakon kontroversi, Aeril, rasanya sudah ada jawapan juga penjelasan daripada kedua-duanya. Masing-masing mengakui, khabar angin itu tidak berasas sama sekali. Baik Aeril mahupun Ummi, mereka menegaskan tidak pernah mengenali secara dekat kecuali hanya bersembang secara terbuka menerusi media sosial.

Respond Ummi mengenai gosip yang mengaitkannya dengan Aeril
Hurmmm, media berhak buat kerja mereka (maksud aku mendapatkan fakta sahih mengenai gosip ini) berlandaskan etika pengamal media. Sementara Ummi dan Aeril juga berhak mempertahankan diri jika gosip itu tidak benar. Setuju?

No comments: