Diarah bagai ratu rania... |
SELASA minggu lepas aku ke event Safi Rania Gold bersempena mengumumkan pelantikan Nora Danish sebagai duta barunya.
Kenapa Nora? (...aku sempat dengar orang keliling bergosip - dalam majlis tu - actually, awalnya pihak Safi pilih selebriti lain yang khabarnya baru lepas bersalin (siapakah itu, biarlah rahsia hahaha). Jadi, akhirnya memilih Nora - ni gosip ye, kalau rajin aku selidik lagi ekekeke).
Tetapi rata-ratanya menyifatkan pemilihan
Nora sebagai teraju utama jenama ini dilihat menepati pakej yang dimilik,
walaupun sibuk mengukir nama dalam kerjaya, tetapi masih menitik beratkan
penampilan diri.
Kecantikan
dan aura yang dimiliki telah memberi kelebihan pelakon kecil molek ini diangkat
sebagai duta generasi ke-3 produk
kecantikan Safi Rania Gold. Pesona dan keyakinan, pelakon dan ibu ini pasti
menjadi inspirasi wanita seusianya.
Kecil molek, dah ada anak 1 tetapi penampilan macam 'gadis-gadis'...oh ...jeles! |
“Ini
penghargaan bagi saya kerana dipilih untuk menjadi teraju kepada jenama produk
penjagaan wajah yang melengkapkan impian kecantikan setiap wanita Malaysia.
Kembara cantik saya telah menemukan saya dengan sebuah rangkaian produk anti penuaan
berkualiti, berpatutan dan semestinya halal.
Bagi
saya, kulit yang bermaya adalah sumber keyakinan buat wanita. Semakin kita
matang, keanjalan serta keremajaan kulit semakin berkurangan. Jadi, penjagaan
kecantikan ini haruslah bermula dari usia muda," ujarnya ketika ditemui
pada majlis mengumumkan pelantikannya sebagai duta baru safi Rania Gold, di
Hotel Royal Chulan, Damansara, 11 November 2014.
Aku
setuju dengan pendapat Nora, apatah lagi wanita terdedah pada masalah penuaan
pada usia yang muda lanjutan faktor biologi dan persekitaran. Jadi, usaha
menjaga kulit mesti dimulakan dari awal. Perkasakan rejim antipenuaan kita
seawal usia 26 tahun (oh...aku dah terlepas...) bersama rangkaian produk anti
penuaan Safi
Rania Gold yang
diperkaya dengan manfaat Bio Nano Emas 24k dan Protein Sutera.
Dilancarkan
pada tahun 2009, Safi Rania Gold dipasarkan sebagai produk anti penuaan
kontemporari seiring kehendak syarak buat
pengguna. Generasi terbaru Safi Rania Gold hadir hebat dengan 12 seleksi produk lengkap rejim
kecantikan antipenuaan wanita. Manfaat khusus di dalam setiap variasi produk
diformulasi khusus untuk menangani masalah penuaan.
Uolls
boleh baca atikel penuh SAFI RANIA GOLD di sini
Orang lain gigih Q nak posing dengan Nora Danish, aku santai-mantai pose dengan Pengurus Kumpulan Produk safi, Puan Mahsuri Sulaiman. |
No comments:
Post a Comment