.

Monday, December 23, 2013

'Gege' mengejar impian...

"Without believing, your dreams never Come True."
Aku agak sibuk sejak kebelakangan ni. Kelam-kabut menguruskan itu dan ini, tapi Alhamdulillah tak 'la sampai tahap tension atau stress. Mungkin kerana tengah teruja buat sesuatu yang dah lama tertangguh, jadi rasa letih, tension atau stress tak terasa.

Yup, saya sedang membantu beberapa orang teman setup sesuatu yang agak 'gila'. Memang tak masuk akal, tetapi aku percaya boleh mampu lakukannya. Mohon doa daripada kalian semua, ye. Doa yang baik-baik untuk keberhasilan, kejayaan dan kebahagiaan kita semua. Sebagaimana 'projek gila' (orang lain yang sifatkan macam tu, bukan aku. Bagi aku, tak ada yang mustahil dengan izin Allah. Aamiin), aku berharap dengan sangat 'projek gila' mereka dapat memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana.

Aku tidak mampu membantu dengan wang, jadi besar harapan aku agar melalui 'projek gila' ini  mampu membantu seramai mungkin mereka yang memerlukan bantuan dari sudut tertentu. Khususnya ke arah usaha memajukan dan mengembang potensi diri. Aku percaya dengan sangat, kita semua mampu menjadi apa-apa sahaja yang diimpiankan dengan syarat tak mudah putus asa, rajin usaha, yakin kepada kuasa Allah.

InsyaAllah, apabila semua urusan untuk 'projek gila' itu selesai, aku akan bersiaran kembali di sini. Melepas rindu dengan sebaris dua ayat atau sekadar berkongsi apa-apa yang aku rasa perlu dan menarik. Moga-moga kalian semua sudi untuk terus bersama saya di sini. Yup... bersama selalu di A moment to remember... *_*

If you can...
* if you can imagine itu, you can create it.
* if you can dream it, you can become it. Bismillahirrahmanirrahim *_*

Friday, December 20, 2013

Maaf vs Ikhlas...

"Apabila maaf itu IKHLAS, 
maka gugurlah segala benci yg membusung dalam hati.- @Snapsqueen"

Wednesday, December 18, 2013

Pupur muka Avokado kaya khasiat...


Acokado kaya khasiat semula jadi untuk merawat dan melindungi kulit.
Ni, aku nak sembang pasal mencantikkan muka sikit. Tahu tak Uolls (mungkin ramai yang tahu), dengan modal bajet kita dapat merawat muka setanding rawatan di spa. Kecantikan dan kesihatan muka kena jaga, ye. Walaupun selalu sibuk dengan pelbagai aktiviti dan sering kali lupa memberi perhatian pada perawatan wajah hingga kulit kelihatan kusam dan berminyak? Salah satu cara membuat wajah kembali segar dan cerah adalah dengan menggunakan masker wajah.

Avokado membantu mengawal pengeluaran minyak dan mencegah penuaan awal.
Buah avokado bukan saja sedap, tetapi kaya khasiat untuk kulit. Masker (pupur) daripada buah avokado ini boleh membantu menutrisi dan mengembalikan kesegaran wajah. Kini, avokado seringk digunakan sebagai bahan utama di dalam rawatan kecantikan dan penjagaan wajah serta tubuh untuk menghaluskan, mengawal pengeluaran minyak dan mencegah penuaan awal.

Mengandungi vitamin A, B, Protein serta minyak pati, buah ini penting sebagai antioksidan yang melindungi kulit anda daripada kesan buruk persekitaran sekali gus merangsang pembentukan kolagen untuk menjaga kekencangan dan kelenturan kulit. Bagi anda yang memiliki kulit kering, masker avokado ini pilihan tepat untuk melindungi dan merawat wajah.

Masker (pupur) muka yang murah tetapi kaya khasiat.
Bahan masker avokado:
1 biji buah avocado, diambil isinya dan lecek menggunakan garpu sehingga halus
Madu asli secukupnya
Dadih (yoghurt) secukupnya

Biarkan masker (pupur) menempel di muka sehingga meresap dalam liang kulit.
Cara membuatnya:
  1. Masukkan madu secukupnya ke dalam mangkuk avokado yang telah dilumatkan.
  2. Bubuh dadih dan gaul sehingga sebati.
  3. Bersihkan muka dengan air suam dan tunggu beberapa saat atau sehingga kering.
  4. Oleskan adunan masker avokado secara merata ke seluruh wajah dan leher. Bagi menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, gunakan potongan mentimun.
  5. Biarkan masker menempel pada muka anda (15 minit).
  6. Langkah terakhir, bersihkan muka dengan air hangat (suam) dan lap sehingga kulit muka betul-betul kering.

Tuesday, December 17, 2013

Azean Irdawaty meninggal dunia...

Terkini:
PRIMADONA filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia kira-kira 7.29 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor .

Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya. (Sumber berita: Sinar Harian)

*Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. Al-Fatehah*

Monday, December 16, 2013

Suami tak sayang isteri...?


 'Super Spin Mop'.
 Dek sibuk membaking kala hujung minggu, membuat aku tak berkesempatan merayap ke pasar tani. Biasanya aku cuma ke pasar tani berdekatan rumah saja, terutama di Taman Melawati dan Danau Kota.

Seronok sangat ke merayap dan bershopping di pasar tani? Tak busuk? Tak kotor? Tak geli? Tak! Bagi manusia yang suka tengok ikan, sayur, buah dan macam-macam jenis kuih serta barang pelik macam aku, tu aktiviti hujung minggu sangat best. Serius, aku sangat suka. Diberi pilihan sama ada nak shopping di pasar raya atau pasar tani, tanpa fikir panjang aku pilih pasar tani.

Sayangku semua, hari ni aku tak mahu bercerita pasak ‘kebestsan’ merayap dan membeli-belah di pasar tani. Aku hanya nak bercerita mengenai ‘seseorang’, yang membuat hati aku ‘senyum’. Siapa dia? ‘Marka’? ‘Hubby’? Skandal? Entah, aku tak kenal pun dia!

Walaupun siapa geranannya dia, tak penting. Aku hanya nak bercerita mengenai sikapnya, yang membuat aku rasa terpanggil untuk menulis sesuatu di sini. Sesuatu mengenai sikap kaum lelaki yang seringkali disalah erti segelintir wanita khususnya isteri. Hujahnya?

Kaki dan perhatian aku terhenti di satu gerai demonstrasi barang. Pendemonya berbangsa Cina (lelaki dan perempuan, mungkin pasangan suami isteri atau tiada sebarang kaitan pun...hehehe). Pasangan ini sedang buat demo mengenai kegunaan dan kecanggihan barang jualannya ‘Super Spin Mop’.

Sejujurnya, aku sangat tertarik dengan Mop itu. Kegunaannya mudah dan menjimatkan masa juga tenaga. Sedang ralit memerhati penerangan pendemo, tiba-tiba seorang lelaki mencelah, “Kalau kain mop tu rosak, mana mau beli?”

Aku berpaling ke arah suara yang bertanya itu. Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an. Riak mukanya nampak serius, tambah pula dengan kaca mata tebalnya. Lengkap pakej ‘Abang Garang’…hehehe.
Dengan senyum mesra, pendemo itu beritahu kain gantian yang dimaksudkan boleh dibeli di semua cawangan Cosway. “Oh, ini barang Cosway ‘lah.” Aku menyampuk. “Ya, ini barang ada jual di Cosway. Kalau beli di sana harga RM90, tetapi hari ini saya kasi separuh harga. RM50 dapat tiga barang. Murah, kasi senang you punya kerja.”

Aku nampak lelaki berkaca mata itu berminat nak beli. Cara dia membelek dan menguji kekuatan batang pemegang mop itu membuat aku rasa terharu.  “Kesian orang rumah, selalu komplain sakit pinggang lepas mop lantai.” Tiba-tiba lelaki itu bersuara. Aku senyum, faham perasaannya yang penyayang itu. Bertuah isterinya dapat suami prihatin. Alhamdulillah, beruntung sangat ‘kan.

Kata siapa, suami tak sayang isteri? Kata siapa, suami tak prihatin tanggungjawab isteri di rumah? Kata siapa, suami tak menghargai pengorbanan isteri yang bukan saja menguruskan keperluan suami, anak dan rumah tangga? Kata siapa?

Memang aku tak nafikan, ada segelintir lelaki/suami yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan ketua keluarga. Biasalah, manusia ada pelbagai ragam, perangai dan sikap. Ada jenis berat tulang nak membantu isteri di dapur, atau urus keperluan anak-anak (seperti bancuh susu atau tukar lampin). Balik kerja terus 'silang panggung' depan tv sambil baca surat khabar. Dibiarkan isteri terkial-kial mengerjakan semua benda. Lebih kasihan kalau si isteri bekerjaya, balik rumah dengan penat masih bersisa dan kena hadap berlonggok kerja rumah, melayan kerenah anak serta suami.

Pun begitu, kita tak boleh nafikan masih ada  lelaki/suami yang menyayangi dan mengambil berat perihal isterinya. Sentiasa ringan tulang membantu meringankan tugas isteri. Jadi, jangan mudah berprasangka. Mungkin ada antara mereka tak pandai menunjukkan kasih sayang, tetapi jauh di sudut hati sangat menyayangi anda. Jadi, berbaik sangkalah pada pasangan kita. Kalau mahu diri dihargai, kita terlebih dahulu kena menghargai.
 

Indonesian copywriter dies from being overworked...

Mita Diran
Earlier this year, we heard of a few deaths in China concerning overworked young professionals..and it’s hitting closer to home as we’ve lost another talented individual in neighbouring Indonesia.

Social network Twitter has been abuzz with the death of Mita Diran, a young copywriter for Young & Rubicam in Indonesia after working non-stop for three consecutive days.

In her last Tweet on December 14, she said: “30 hours of working and still going strooong.”


According to a screen cap that has been shared on the Internet, her father Yani Sjahrial – an Executive Creative Director,  said that his daughter was in a coma after working continuously for three days, and that she had been working over her limits.

An hour later, another employee said that Mita had passed away due to a lethal combination of being overworked and excessive consumption of Kratingdaeng – the Thai version of Red Bull, an energy drink consumed by many when required to stay awake during long hours.


Many mourn the death of Mita, who has been described as quirky and cheery with a strong Malaysian connection, having studied and worked here for a period of time before returning to work in Indonesia.

Mita’s death so close to the holiday season is an ugly reminder of how so many individuals are being worked to the bone at the cost of their life for the sake of work. While we as employees owe it to ourselves to lead a healthier, more balanced life and know our limits - employers definitely need to step up and take more responsibility over the welfare of their staff by not encouraging overtime for the sake of profit.


Let us all take a moment to pray for Mita’s family and friends, and may she rest in peace. Another one gone too soon. (Sumber berita: www.venusbuzz.com)

Mati setelah kerja 30 jam tanpa henti
Akibat bekerja selama 30 jam tanpa henti, seorang penulis iklan muda Indonesia, Mita Diran meninggal dunia semalam.

Kematiannya dipercayai akibat bebanan kerja yang terlalu teruk serta pengambilan minuman tenaga, Krating Daeng yang berlebihan. Minuman tenaga serupa Red Bull versi Thailand itu diminum oleh kebanyakan individu yang mahu berjaga dalam tempoh yang panjang

Dalam posting Twitternya pada jam 6.47 petang, Sabtu lalu, Mita menulis: "Sedang bekerja selama 30 jam dan masih lagi kuat."

Kemudian bapanya, Yani Sjahrial memberitahu rakan-rakan dan pekerjanya, Mita sedang koma di hospital selepas bekerja tanpa had selama tiga hari berturut-turut. Sejam kemudian, seorang pekerja beliau menerima mesej yang mengatakan Mita Diran telah meninggal dunia.

Kematian Mita menjadi bualan hangat di media-media sosial sama ada di Indonesia mahupun Malaysia kerana beliau yang disifatkan sebagai seorang yang ceria dan periang dan pernah belajar dan bekerja di negara ini sebelum pulang ke republik itu.

Tambahan pula, insiden tersebut berlaku pada musim cuti hujung tahun di mana ramai pekerja yang masih berhempas-pulas menyiapkan tugasan masing-masing tanpa menghiraukan kehidupan yang sihat dan seimbang.

Majikan beliau, Young & Rubican (Y&R) Indonesia mengumumkan syarikat tersebut ditutup hari ini bagi menghormati Mita.

Dalam pada itu, laman web Merdeka.com melaporkan suasana pilu menyelubungi pengkebumian Mita di Jakarta, Indonesia yang selesai pada kira-kira 12 tengahari ini waktu tempatan. (Sumber berita: MalaysiaGazette)


*p/s:... sharing untuk pengajaran dan panduan kita bersama. Aku tak mahu mengulas apa-apa, boleh faham rasanya mesej daripada berita ini. Kepada keluarga Mita, semoga mereka diberi kekuatan menempuh ujian ini.

Sunday, December 15, 2013

Udang 'meroyan' vs gulai patin tempoyak...

Ini cerita aktiviti semalam. Time cuti, memang seronok melayan diri. Ada masa 24jam, tetap rasa tak cukup. Padahal, layan diri sendiri aje. Bukan ada anak, bahkan anak kucing pun aku tak bela. Pendek kata, bela diri sendiri...membesarkan badan yang dah sedia besar!

Smalam, ada urusan di Serdang. Kebetulan ke sana, aku singgah Pasar Borong Selangor. Sebenarnya nak beli udang, dah lama teringin nak makan Sambal Tumis Udang Petai. Kelmarin, waktu ke pasar raya NSK di Sri Rampai tak jadi beli udang. Harganya mahal, sekilo RM30. Terkejut beruk, rasanya baru beberapa minggu lepas aku beli sekilo udang dengan harga RM19 (paling mahal pun RM21 sekilo).

Mungkin sebab musim tengkujuh, jadi harga udang mencanak naik. Sumber gambar: Google
Taklah suka sangat makan ulam petai ni, saja nak buat rencah rasa dalam sambal aje. Sumber gambar: Google

Jadi, besar harapan aku harga udang lebih murah dijual di Pasar Borong Selangor. Malangnya, sangkaan aku meleset sama sekali. Harga udang lebih mahal, dijual pada harga RM34 untuk saiz M dan RM42 untuk saiz L. Dek teringin sangat, aku beli jugak setengah kilo udang saiz S yang dijual pada harga RM22 sekilo (geramnya, tak boleh pilih sendiri. Penjualnya -yang rata-ratanya orang Nepal - main 'sodok' dan timbang).

Ini rupa ikan patin. Sumber gambar: Google

Alang-alang dah masuk pasar borong, maka saya pun memborong sakanlah. Beli macam-macam jenis ikan termasuk patin, kembung dan tongkol. Harga ikan agak murah, kali pertama beli ikan patin (selalunya makan jenis pancing sendiri) memang rasa macam nak lompat ke bintang. Seekor ikan patin dengan berat sekilo lebih hanya berharga RM4.80 dan tokey kedai bagi diskaun RM0.80. Haruslah seronok gila, 'kan!

Balik dari Serdang, terus masuk dapur. Memang penat, tapi perut lapar. So, mahu tak mahu kenalah masak. Tak ada siapa nak disuruh masak, kenalah masak sendiri ye!

Memandangkan ada stock durian segar yang dibeli kelmarin (beli kat pasar malam aje), jadi aku bikin Gulai Patin Tempoyak. Perut lapar, jadi kena pilih resipi yang simple aje. Campak sana, campak sini...tadaaa ^_^ ...siaplah!

Errr...Sambal Tumis Udang Petai? Kita KIV dululah ye, tengah hari ni kita balun gulai patin. Nak cuba buat gulai mudah meriah, sedap ni? Tengok aje resipi kat bawah, semua bahan tentunya sedia ada di dalam peti sejuk uolls, 'kan.
Inilah rupa kejadian Gulai Patin Tempoyak, sangat simple tapi sedap. Cewahhh...puji diri sendirilah, siapa lagi nak memuji kita, kan!
Resipi Gulai Patin Tempoyak
Bahan:
Ikan Patin secukupnya
Segenggam cili padi kampung, kurangkan kalau tak tahan pedas
Kunyit hidup secukupnya (kalau guna kunyit serbuk, kurang 'mari' rasanya)
Tempoyak atau isi durian segar
Asam keping, kalau perlu aje
Serai, kalau suka
Daun kesom
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Rasanya yang masam, manis dan pedas memang bikin terkenang-kenang.
Cara membuatnya:
1. Tumbuk kunyit dan cili padi, kemudian gaul bersama tempoyak (atau isi durian segar).
2. Lumur ikan patin dengan bahan tumbuk tadi, perap 5-10 minit.
3. Didihkan air, masukkan serai, garam, gula dan asam keping (kalau perlu).
 4. Selepas air mendidih, masukkan ikan patin. Biarkan mendidih sehingga ikan masak. Akhir sekali masukkan daun kesom. Ingat, jangan kacau sangat, nanti isi ikan hancur.

Saturday, December 14, 2013

Ikhlas...?


Aku ikhlas tolong engkau, tak payahlah nak segan-segan!”

Ini bantuan ikhlas saya kepada mangsa banjir, kasihan melihat nasib mereka yang ditimpa musibah. Saya berharap, lebih ramai lagi masyarakat yang ikhlas membantu tanpa mengira bangsa dan agama.

Ini sumbangan ikhlas kami kepada semua mangsa yang terbabit dalam kebakaran itu. Dengan bantuan ini, diharap dapat meringankan beban mereka.

                                                                       ***

Baiklah, kita semua tentu pernah atau biasa dengar barisan dialog di atas? Kalau tanya aku, memang sangat dan terlalu biasa. Dalam perbualan dengan teman, sidang media atau tv. Dialog seperti di atas memang popular.

Jujur kata, aku tidak mempersoalkan KEIKHLASAN yang diwarwarkan itu. Namun, secara peribadi aku kurang gemar apabila ia diguna pakai. Kenapa? Biar quote di bawah menjawabnya.

Ini penegasan aku untuk menjawab persoalan, mengapa aku kurang gemar apabila perkataan 'Ikhlas' tu diguna pakai.
IKHLAS itu seperti surah Al-Ikhlas, yang tiada perkataan IKHLAS di dalamnya. Selagi kata IKHLAS masih terucap, itu bererti belum IKHLAS. IKHLAS tidak kelihatan, apatah lagi terlihat pada pasangan 'zahirnya'. Namun, berasa menusuk dan meresap ke dalam hati. Orang yang Ikhlas, sentiasa berbuat sesuatu tanpa pernah menyebut KEIKHLASANNYA.


Friday, December 13, 2013

Merah itu 'rezeki'...

Obsesiku  ^_^
Aku tak pasti sejak bila, tetapi hari ke sehari tahap obsesi pada sebarang benda berona MERAH cukup memikat mata. Bermula dengan minat dengan pilihan baju-T merah, seterusnya selendang, beg, pen dan mug. Semuanya, merah.

Tiga tahun kebelakangan ini, koleksi sepatu juga sandal merah semakin mendapat tempat di kaki aku. Macam kena sampuk, pantang tengok segala benda berwarna merah sure aku rembat. Pakai tak pakai, sesuai tak sesuai belakang cerita. Paling penting, kena beli dulu. Kena ada dalam stock dulu!

Merah itu berani? Entah, tak pasti di mana relevannya. Mungkin ada benarnya, sebab bukan semua orang 'berani' sarung baju colour merah. Atau tudung merah mak ngah. Kalau 'yang dalam-dalam' tu, mungkin ramai yang selalu 'berani'.

Cili padi pun mesti merah, uolls hehehe.

Walaupun sepatu ini direka untuk lelaki, adaku kesah! Janji, merah!

Letak kat cuping telinga aje pun, tetap merah!
Kenapa merah sering dikaitkan dengan berani? Juga tak pasti, tetapi mungkin atas faktor sama. Orang yang 'berani' je 'sanggup' bermain dan bereksperimen dengan merah. Aku? Selain benda-benda berwarna merah yang boleh dipakai, ada 'merah' lain yang memberi makna sangat kepada saya.

Ceritanya begini (sila baca ini tanpa perasaan aku cuba nak menunjuk-nunjuk atau riak...bahaha). Setahun lalu, aku semakin rajin membaking. Kalau sebelumnya aku hanya gigih membaking Kek Coklat Lembab, cookies berperisa coklat dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional. Pertengahan tahun 2012, aku memberanikan diri mencuba resipi baru (eh, resipi dah lama dicuba orang lain. Aku je yang baru nak mencuba...so, kira barulah 'kan).

Ya, aku cuba cabar diri membaking Red Velvet Cake a.k.a Kek Baldu Merah atau aku beri nama komersial (untuk kegunaan sendiri) #myredvelvetcake dengan salutan creamcheese. Sejujurnya, aku manusia yang tak makan cheese, mayonis, atau apa-apa saja jenis krim yang ada perisa susu (tetapi aku masih boleh telan butter, hehehe).

Pada asalnya hanya nak mencuba, kalau menjadi happy 'lah. Kalau tak, maksudnya kena cuba kasi jadi (salah satunya nak menambah variasi kek yang boleh dibuat, tak 'kan reti baking butter cake dan chocolate cake aje 'kan). 

Macam biasa, aku beri kawan-kawan try. Maklum balasnya sangat luas biasa. Rata-ratanya kata, red velvet cake yang aku buat lembut, sedap dan moist. Cumanya, cream cheese saya kurang 'mari'. Ya, memang bermasalah sikit bab creamcheese ni. Saya tak makan cheese, jadi payah sungguh nak 'kenal' rasanya sama ada ok atau tak.

Dalam proses diy (do it yourself), try and error ni memang satu kemestian. Akua memang tak 'reti' masuk kelas memasak atau membaking bagai. Bukan bermaksud aku tak suka berguru, cuma aku kurang selesa. Alasan pertama, aku pernah kena tipu dengan seseorang yang mengaku dia guru. Selepas membayar sejumlah wang untuk mendapat ilmu yang diwarwarkan, penghujungnya dia cuma beri tak sampai 20 peratus pun daripada ilmu yang dijanjikan.

Misalnya, dia kata nak ajar cara-cara masak kuih lapis. Dalam kelas, dia bagi resipi dan suruh kita buat sendiri. Ada beberapa pelajar termasuk aku, terkial-kial dalam kerja lapis melapis tu. Kemudian aku tanya, "Kak, macam mana nak sama rata ketinggian lapisan kuih ni (soalan biasa bagi orang tak reti buat kuih lapis, memang bunyi macam bodoh bagi yang dah pandai buat...)?" Lalu dia menjawab, "Kena rajin buat dan datang kelas, nanti pandai sendiri nak sukat biar sama tinggi lapisannya. Nak pandai, kena rajin tak boleh sekali buat terus nak pandai!"

Wah, aku cukup 'hangin satu badan' dengan 'cikgu' emo macam tu. Sejak itu aku serik dan nekad belajar sendiri. Aku tak kata semua 'cikgu' perangai sama macam 'kakak sengal' tu. Tetapi, tak apalah. Cukup sekali terkena. Lagipun, Franklin D. Roosevelt ada berkata, "It is common sense to take a method and try it. If it fails, admit it frankly and try another. But above all, try something."

Alhamdulillah, selepas beberapa kali mencuba akhirnya aku 'jumpa' teknik membuat Red Velvet Cake dengan betul. Paling penting, aku berjaya menghasilkan resipi sendiri untuk creamcheese 'nya. Ya Allah, happynya Tuhan saja Maha Tahu. Tatkala seorang teman (yang memang cukup cerewet bab makan terutama kek), memuji #mymissredvelvetcake with creamcheese frosting  adalah antara kek baldu merah paling sedap yang dia pernah rasa.

"Beb, kek ko ni memang terbaik. Dah boleh jual kat kedai kek. Terbaik sangat ni! Ko ikut resipi siapa, habislah lepas ni tokey kek payah nak cari makan...hehehe."

Entah macam mana rupa aku dengan hidung yang kembang kempis ketika menerima pujian tu. Kalau bukan ada depan si teman itu, dah lama aku 'lompat-lompat ke bintang'. Hehehe...tak sia-sia aku gigih try and error, berlemuih dengan tepung, krim setiap minggu dan malam itu aku tidur dengan senyum sampai ke telinga.

Hey, aku bukanlah manusia yang gila 'kan pujian, tetapi kata-kata teman aku itu cukup mengujakan. Sejak itu, semakin bersemangat nak memperbaiki kualiti kek yang dihasilkan walaupun si teman berkali-kali mengesahkan rasa kek aku sudah cukup baik.

Si 'merah' yang memberi rezeki. Terima kasih ya Allah.
Inilah rupa #mymissredvelvet with creamcheese frosting yang sangat simple, tetapi insyaAllah dah lulus kualiti kesedapannya.
Syukur, hingga kini selain Moist Chocolate Cake, Butter Cake dan Chocolate cookies, #mymissredvelvet mendapat pemintaan cukup tinggi (untuk rekod, saya pernah mendapat tempat 250 bekas (saiz L yang dijual pada harga RM25) pada hari pertama Ramadan tahun lalu. Ketika itu, aku hanya menggunakan hand mixer dan ketuhar serba guna daripada Amway.

Si 'baldu merah' ini benar-benar memberi rezeki luar biasa kepada aku. Hasil jualannya saja, Alhamdulillah...aku mampu membeli sebuah ketuhar (yang boleh memuatkan lapan bekas saiz L pada satu-satu masa), stand mixer jenama Berjaya dan pelbagai peralatan baking (terutama loyang pelbagai saiz, aku memang pantang pergi kedai bakeri semua benda nak dirembatnya).

Syukur dengan sangat, benarlah asalkan mahu berusaha insyaAllah pasti ada hasilnya. Aku selalu suka gunakan kata-kata ini, "Rezeki Allah tidak pernah salah alamat, apatah lagi silap orang. Baik sangka dengan Allah, pasti tak rugi."

                                                            "Terima kasih MERAH"




Thursday, December 12, 2013

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang, tepati ramalan...

Shahrol, Ustaz Azhar Idrus dan Ajak
Bukanlah nak berlagak, tetapi nak juga beritahu bahawasanya filem 'Ustaz Mu Tunggu Aku Datang' memang menepati ramalan awal aku. Ok, sebelum tu sorry sebab ambil masa lama untuk buat review. Tak cukup masa, sibuk dengan assignment, kerja-kerja memproses bahan (artikel), nak membaking dan macam-macam hal. Hari ni, aku curi sikit masa untuk buat review ringkas (dari sudut pemahaman peribadi aku).

Filem 'Ustaz Mu Tunggu Aku Datang' memang banyak diperkatakan kerana di dalamnya terbabit sama ilmuan agama tersohor, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menjadi fenomena luar biasa di kalangan masyarakat khususnya yang dahagakan ilmu agama dengan penyampaian secara santai.

Apabila UAI disebut bakal terbabit di dalam filem ini, maka banyak sekali komen-komen negatif yang 'mengutuk' pembabitannya. Antaranya berpendapatan, UAI 'gila glamor'. Bakal 'dihnyut' populariti, akhirnya UAI 'masuk lubang maksiat' dan pelbagai lagi tohmahan berbisa. Begitu mudah masyarakat berprasangka, padahal filem belum pun ditayangkan. Namun, seperti biasanya UAI sangat santai menangani semua itu. Sangat cool, dengan senyum tetap menguntum.

Alhamdulillah, empat hari tayangan filem ini berjaya mengutip jualan memberangsangkan (dengar kata 1.5 juta) dan tiada kedengaran komen negatif mengenai kemunculan UAI di dalam filem itu. Pelik? Tetapi aku tahu kenapa! Sebabnya, komen-komen negatif yang tersebar sebelum filem ini ditayangkan nyata meleset!

Mana tidaknya, seperti yang aku jangkakan...UAI hanya 'gula-gula' dalam filem ini. Beliau disebut-sebut dari awal penceritaan, namun muncul hanya di penghujung cerita. Bijak pengarahnya 'memperguna aura' luar biasa yang dimiliki ilmuan agama yang menjadi perhatian masyarakat termasuk generasi muda hari ini. Hebat UAI kita ni (oh, aku tak malu nak mengatakan bahawasanya aku adalah peminat setia ceramah UAI. Banyak sekali ilmu yang aku dapat, terima kasih UAI).

Penceritaan menarik, santai tetapi sarat mesej berguna.
Dari segi susunan plot, bagi aku, filem menarik dan kemas. Sebagai pelakon baru, kualiti lakonan Ajak Shiro dan Shahrol Shiro harus dipuji. Lontaran emosi dan dialognya bersahaja, pendek kata tak kekok di mata juga di telinga. Sementara UAI tampil sebagai dirinya sendiri, tetap sempoi, sinis dan berkarisma. Memang tak hairan kenapa auranya mudah diterima generasi muda seperti dalam watak Dadu dan Muiz. 


UAI, tokoh ilmuan agama yang menjadi perhatian masyarakat termasuk generasi muda.
Secara peribadinya, saya suka dengan hasil pengarah Pierre Andre kali ini. Dia bijak 'memanipulasi' populariti dan aura positif yang dimiliki UAI, manakala Ajak-Shahrol daripada Kumpulan Shiro mewakili masyarakat muda hari ini. Misi Pierre untuk memberi mesej kepada anak mengenai kepentingan solat dalam hidup, mudah diterima kerana penyampainya 'telus' dan tidak 'berat'. 

Memetik dialog UAI mengenai mengapa kita (manusia) perlu (kena) sembahyang, "Kita kena sembahyang? Kita ni hamba Allah. Allah yang jadikan kita. Dulu kita tak ada, Allah jadikan kita, Bukan jadi saja, Dia beri semuanya. Mata boleh tengok, telinga boleh dengar. Kaki boleh jalan, beri rezeki lagi. Semua beri, udara ni kita bernafas hak Dia. Jadi, tanda kita membalas budi diwajibkan ke atas kita lima kali sehari saja. Satu kali, lima minit saja untuk menguji kita adakah kita ini manusia yang bersyukur. Tanda merendah diri, membalas budi kepada Allah. Itu saja. Kenapa kita tak boleh sembahyang?  

Wednesday, December 11, 2013

Kita, emo, lost & tak sempurna...!


“Oh, aku cool je. Chill ‘la, benda boleh selesai. Kita buat dia, tak payah nak emo sangatlah!”

Begitu selalunya reaksi yang aku terima apabila ‘teremosi atau terberemosi’, hehehe. Serius, kadangkala mudah sangat aku ‘tersangkut’ dan ‘tersumbat di dalam ‘tong emosi’.

Alasan ‘emo’? Ada macam-macam alasan, salah satunya sebab orang cuit sensitiviti aku fasal satu-satu hal. Misalnya (yang ni kategori paling mudah ‘la);

Si polan: Nezz, novel ko yang aku pinjam tu hari tertinggal dalam LRT la. Sorry eh.

Aku: (Heh, main pakai sorry-sorry je?) Macam mana boleh tertinggal? (control suara, hati dah sebak) 

Si polan: Aku pun tak perasan, rasanya time jawab call laki aku. Letak kat seat sebelah, lupa nak ambil balik. Sorry eh, ala novel je pun. Nanti aku belanja ko makan KFC eh!

Aku: Nilai novel tu lebih mahal daripada KFC tau (serius, dia lupa agaknya bab-bab buku, novel atau apa-apa jenis bahan bacaan memang saya sensitif. Pantang kalau rosak, koyak apatah lagi hilang terus!)

Si polan: Ala ko ni, itu pun nak emo. Hati kapas betul la ko ni! Chill la, kalau ko nak sangat aku boleh beli 10 novel kat ko. Novel yang hilang tu memang aku tak dapat ganti, novel lama kot. Mana aku nak cari?

Aku: Tahu pun ko! Tu pasal aku tak bagi ko bawak balik tu hari, kan dah hilang!

Si polan: Payahlah cakap dengan manusia emo macam ko ni! Nah RM50, ganti novel ko tu!

Serius, sampai sekarang insiden tu masih dan sangat berbekas di hati aku. Aku kira, setiap orang ada tahap sensitifnya sendiri. Kalau dicuit atau tercuit, sure boleh jadi emo. Jadi, salah ke kalau aku beremosi atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas?

Ada beberapa orang di sekeliling kata, aku ni jenis cepat menyentap or 'kaki sentap' (hanya kerana tiba-tiba aku ‘hilang dalam dunia sendiri’. Tatkala aku menjadi ‘bisu’ tanpa sedar). Serius ni (dari hati aku, hehehe), kadangkala aku tak perasan pun muka tengah 'ketat, kerjung & beku'.

Aku terdiam dengan tiba-tiba, kadang sebab fokus pada benda-benda yang sedang saya karang (maklumlah penulis ‘kan), fokus pada sesuatu yang aku tengah baca, tonton atau dengar. Dalam keadaan ini, memang mudah sangat aku ‘hilang dan tenggelam’.

Sayangnya, orang selalu sifatkan keadaan itu sebagai ‘sentap’ dan ‘emo’. Serius, aku tak faham dan selalu tertanya-tanya. Tambah lagi kalau orang yang cop saya ‘minah sentap’ tu pun tiba-tiba aje ‘terdiam’. Apabila aku tanya, “Saja, rasa malas nak bercakap!” Hah! Macam mana kira tu???

Kita ‘kan manusia, kita semua ada emosi. Apa itu emosi? Jom tengok sama penterjemahan makna yang saya kutip daripada;

Kamus Pelajar Edisi Kedua:
Émosi:
  1. Perasaan jiwa (batin) yang kuat seperti sedih, marah.
  2. Keadaan perasan atau fikiran yang terangsang dan membabitkan perubahan psikologi dan fisiologi kepada seseorang. Beremosi dengan emosi; emosional: Penceramah begitu ~ (emosi/beremosi) dalam menyuarakan pendapatnya. 
 Kamus Dewan Edisi Keempat:
Emosi:
1. Perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira, takut, dan lain-lain: masalah bahasa boleh menimbulkan sentimen dan ~ (emosi) yang kurang sihat; ada juga beberapa perkara lagi yang perlu diketahui oleh bakal seniman, misalnya soal menunjukkan ~ (emosi), ketawa, dan menangis; beremosi mempunyai emosi: peluang komunikasi seperti itu, lagi tepat dan jelas, lagi tidak ~ (emosi).

Ya ‘la, kita manusia semua ada emosi. Ada masanya mudah sangat beremosi, adakala tak kisah walaupun dah tahap orang jentik jantung dan buah pinggang kita. Mungkin tahap tu emosi kita sangat-sangat stabil.

Emosi tu Allah beri, kadangkala kita mampu kawal dan ada waktu kita lost! Cuma, aku harap (dengan sangat), ada yang sudi nak faham. Sudi nak terima buruk baik kita. Nak sama-sama perbaiki diri dengan kefahaman, 'kita semua tak sempurna'!

Tuesday, December 10, 2013

Kisah Pakcik Jual Laksa Beras

Nampak sangat menyelerakan Laksa ni, 'kan.
Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motorsikal mengelilingi kampung. Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar,saya pun berhenti rehat. Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. Baru kira-kira satu bulan saya dan keluarga berpindah ke kampung ini, bertugas sebagai inspektor menjaga parit dan saliran.

Saya melaung bertanya kepada isteri dan anak-anak, adakah mereka juga turut ingin makan laksa beras. Isteri dan anak-anak 4 orang juga inginkan laksa beras. Bermakna saya pesan 6 pinggan laksa beras. Dengan menggunakan ukuran mangkuk standardnya laksa dihidang dalam mangkuknya dahulu sebelum dituang ke pinggan yang pelanggan sediakan.

Zaman ini, kebanyakkan penjual laksa beras bermotorsikal tidak perlu bawa banyak mangkuk atau plastik bungkus. Cukup sebuah mangkuk yang dibawanya untuk jadi ukuran yang sama setiap pinggan yang dipesan pelanggan. Semua yang membeli laksa beras perlu membawa pinggan atau mangkuk sendiri ke motor pakcik jual laksa itu berhenti.

Setelah membeli laksa beras,pelanggan akan makan di dalam rumah masing-masing bersama keluarga. Cara ini telah menyelamatkan alam sekitar, tidak ada pelupusan bahan plastik atau pembaziran bekas.

Setelah membayar harga bagi 6 pinggan laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung.
Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. Maka terus saya bertanya, “pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?”

Pakcik itu pun menajwap, duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak.

Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain juga. Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. Saya mengilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. Atau untuk rumah anak yatim juga. Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walaupun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. 


Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. Apabila tiba dimana-mana kampung, menjelang waktu solat samada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana-mana surau kampung berkenaan. Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini walaupun sedikit.

Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah . Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain. Saya suka berniaga menggelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat. 


Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, disini, di sini. Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa kata si polan solat di surau ini.Dan seterusnya. Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan zakat atau wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari.

Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam. Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan. Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaiatu mengerjakan haji. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar.

Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam.

“Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.”

“Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?”

MasyaAllah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal menggelilingi kampung. Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.

Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini.

Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan keenakkan laksa beras yang selalu saya beli dari seorang penjual laksa beras yang bermotosikal menggelilingi kampung. Tidak pasti adakah pakcik ini masih hidup atau telah meninggal dunia. Laksa berasnya memang enak.


*p/s:...sumber wall fb Khamal Abdul Hamid

Monday, December 9, 2013

Biadap & sadis...!

Bayi itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.
Apabila manusia semakin biadap, zalim lagi sadis. Natijahnya, seorang bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran rumah kedai baru di Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia , di sini pagi tadi.

Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dibuang di tepi longkang di sebuah kawasan rumah kedai sebelum dijumpai oleh orang awam. (Sumber berita: myMetro)

Sejarah bakal berulang...?

Lagi berita pasangan muda berkahwin. Kali ini pasangan pengantin baru berusia 15 dan 16 tahun. Soal jodoh, walaupun ada beberapa contoh yang kurang memberangsangkan. Aku tak mahu komen banyak atau buat sebarang spekulasi.

Jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu ketentuan Allah. Semoleknya, kita doakan yang baik untuk pasangan muda ini. Semoga mereka dapat melayari kehidupan berumahtangga sebaik mungkin dan kekal hingga ke hujung nyawa. Aamiin.

Muhamad Haikal Farith (dua dari kiri), bersama isterinya Nur Hazwani, (dua dari kanan) pada majlis perkahwinan mereka.
Shah Alam: “Saya akan buktikan, mampu menjadi suami terbaik buat isteri, sekali gus ayah dalam keluarga kami yang bahagia, walaupun baru berusia 15 tahun. Restu keluarga dan sanak saudara menjadi kekuatan kepada saya, membuktikan bahawa usia bukan ukuran dalam menentukan kemampuan dan tanggungjawab menjadi suami,” kata Muhamad Haikal Farith Mohd Shah.

Beliau selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, yang masih belajar dalam Tingkatan Empat, oleh Imam Masjid Teluk Kemang, Port Dickson, Rahim Jaafar, kelmarin. Nur Hazwani menerima mas kahwin RM200 dan hantaran RM5,000.

Muhamad Haikal berkata, bapanya, Mohd Shah Abdul Aziz, 43, memohon kebenaran mahkamah bagi membolehkan dia bernikah dengan pasangannya kerana usia mereka yang masih muda.

Semangat membara
Katanya, walaupun beliau muda setahun daripada isterinya, namun semangat dan tanggungjawab semakin membara dalam dirinya terutama selepas selamat dinikahkan bagi memastikan perkahwinan mereka bahagia.
Beliau tidak melihat kegagalan perkahwinan pasangan remaja yang berakhir kurang setahun, sebagai perkara yang menakutkan.

“Walaupun masih muda, saya berusaha menjadi suami terbaik dan memastikan rumah tangga didirikan kekal hingga ke akhir hayat. Memang ramai memandang sinis, tetapi kami akan berusaha membuktikan usia bukan jaminan kebahagiaan.

Keluarga beri sokongan
“Setakat ini keluarga dan adik beradik banyak memberi semangat. Usia muda bukan penghalang untuk jadi suami terbaik dan saya akan buktikan,” tegasnya ketika ditemui membawa pasangannya menziarahi rumah saudara mereka di sini, semalam.

Muhammad Haikal yang sudah tidak bersekolah sejak setahun lalu, membantu perniagaan bapanya yang juga seorang kontraktor binaan.

Mohd Shah berkata, walaupun sudah berkahwin, namun anak dan menantu akan tinggal bersama keluarganya, sementara menantunya akan terus bersekolah.

Bulan lalu, BH mendedahkan perkahwinan sepasang remaja berusia 19 dan 12 tahun, berakhir dengan perceraian seminggu sebelum ulang tahun pertama mereka. (Sumber berita: Berita Harian -9.12.2013)

Sunday, December 8, 2013

Apabila Datuk A. Kadir Jasin 'bersuara'...

Aku saja nak nak share satu tulisan daripada tokoh Wartawan Kebangsaan, Datuk A. Kadir Jasin yang memberi maklum balas berkenaan ucapan menggulung perbahasan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) pada 7 Disember 2013.

Secara peribadi, aku suka buah fikiran beliau yang mengulas mengenai 'puji-pujian yang Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak curahkan kepada isterinya, Rosmah Mansor'. Secara peribadi, saya menyifatkan tulisan beliau sebagai 'sindiran pedas' kepada puji-pujian PM kepada isterinya (maaf kalau saya tersilap tafsir, sekurang-kurang bagi saya begitulah yang saya fahami).

Berikut ini sharekan tulisan beliau yang dipetik daripada blog peribadinya Baca di sini.
Datuk A. Kadir Jasin
PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa
DALAM banyak-banyak tajuk berita media arus perdana dan media baru mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir semalam, satu yang menjadi bahan perbualan adalah puji-pujian yang Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak curahkan kepada isterinya, Rosmah Mansor.

Berucap menggulung perbahasan pada 7 Disember, Mohd Najib memuji Rosmah kerana jasanya kepada negara (baca di sini).

Dia menyebut dua peristiwa di mana Rosmah membantu negara. Pertama, menolong membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana disyaki pengintip.

Kedua, menggunakan hubungan baiknya dengan keluarga Diraja Arab Saudi bagi membenarkan pelajar Malaysia yang lari daripada pemberontakan Mesir untuk masuk ke negara itu tanpa visa.

Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri, Anifah Aman kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.

Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin kerana Rosmah juga terlibat di sana-sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan.

Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri-menteri yang tidak “perform” dan sekali gus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian.

Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik, dilantik jadi menteri. Malah menjadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.

Walaupun PRU telah berlalu, PM dan penyokong-penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau Senator dan seterusnya menteri.

Apabila ini dilakukan, tidak ada siapa boleh membantah campur tangan beliau atau menuduh suami beliau dan Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan beliau menggunakan kemudahan kerajaan. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-tugas Khas.

Tetapi saya sangat kecil hati dengan salah seorang penyokong PM yang menuduh semua lelaki, kecuali Mohd Najib tidak sayangkan bini. Saya bantah sekeras-kerasnya tuduhan beliau itu.

Media massa melaporkan wakil Wilayah Persekutuan, Affandi Zahari sebagai berkata bahawa isteri Perdana Menteri elok dibenar menggunakan jet eksekutif kerajaan demi memberi ketenangan kepada suaminya.

“Bolehkah anda bayangkan tekanan emosi yang Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak akan tanggung sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya ketika terbang dengan pesawat komersial?” kata beliau.

Menurut laporan, Affandi berhujah sedemikian bagi mempertahankan Rosmah yang dikritik kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk perjalanannya.

Kata Affandi, kalau Rosmah berada dalam jet eksekutif, Mohd Najib tidak perlu bimbang keselamatannya dan menambah, yang orang bodoh pun tahu terbang dengan jet eksekutif lebih mahal daripada terbang dengan jet komersial, tetapi kita kena lihat aspek keselamatan.

"Bayangkan tekanan emosi ke atas PM jika sesuatu (yang buruk) berlaku kepada isterinya.

"Dia sayangkan isterinya, tidak seperti lelaki-lelaki lain.” (baca di sini).

Tidak mengapalah kalau Affandi hendak pertahankan Mohd Najib dan Rosmah. Itulah pun tugas pembahas PAU. Tetapi kalau benar dia mengatakan lelaki-lelaki lain tidak sayang (love) isteri, saya rasa itu satu cemuhan dan penghinaan yang sangat dahsyat.

Takkanlah Osman Koping (tu bulan tu bintang, atas pokok kayu ara, tu dia sudah datang, orang korporat kampung kita – seloka Johan Jaaffar) tak “love” bini?

Cuma sebagai penggali kubur (yang mengaku ahli korporat) tentulah Osman Koping tidak mampu membayar isterinya terbang dengan jet eksekutif tidak kira sehebat mana “love” dia kepada isterinya.

Nenek moyang kita yang bijaksana dan budiman mengingatkan kita tentang sokong yang membawa rebah. Wallahuaklam.

Friday, December 6, 2013

Kisah 24 jam di dapur Qalischa Homemade Recipes...

Selain minat memasak, aku suka membaking. Tak pasti sejak bila, sedar tak sedar aku semakin sebati bermain di dapur baking. Aku tak pernah sekalipun masuk sebarang kelas baking, kek yang aku buat hasil rujukan majalah, buku baking, Internet dan memerhati di kaca TV.

Pendek kata, aku belajar membaking secara tak formal. Lebih baik begitu, sebab aku jenis 'orang yang tak makan saman'! Suka buat ikut cara dan keselesaan sendiri, jangan bagi aku step yang remeh-temeh...sumpah, aku akan mengarut!

Hari ini, selepas beberapa tahun menekuni bidang yang hari demi sehari semakin aku gemari. Aku masih kalut apabila mendapat tempahan (secara kecil-kecilan) yang memerlukan kepakaran seorang baker tahap professional.

Ya, beberapa hari lalu seorang teman menempah dua biji kek (setiap satunya seberat 2 kg) dengan dekorasi elegan dan siap ada tulisan nama di atasnya. Ya Allah, gigil hati aku yang tak berapa nak 'besar' tatkala mendengar butir bicara teman itu di hujung talian.

Kecut perut hendak berkata boleh, tapi jauh di sudut hati teringin mencubanya. Tetapi, macam mana nak buat 'magic'? Serius, tulisan tangan aku memang huduh! Sumpah, adakala tahap tak boleh baca atau dieja...hahahaha!

Jadi, macam mana nak menulis dengan cantik di atas permukaan kek yang mahunya elegan itu? Buntu! Kebetulan tarikh kek mahu dihantar bertembung dengan jadual kerja, lalu aku guna alasan itu untuk mengelak...hehehe. Malangnya, si teman merengek manja. "Tolonglah kak, kami nak kek Red Velvet dan Moist Choc bikinan Akak jugak. Sian kat saya, promote bagai nak rak lepas tu tak jadi. Malulah saya, please ye Kak." Begitu katanya.

Lama aku diam, tiada jawapan sesuai yang boleh diberi. Memang aku boleh menolaknya, tetapi kasihan pun ada apatah lagi kami memang rapat. Sayangnya, untuk membuat kek istimewa bersempena hari jadi kakak ipar si teman itu membuat saya 'ngerun' (ngeri + gerun)!

Akhirnya, aku akur. Tempahan diterima dengan galau rasa yang sukar diluahkan dengan kata-kata. Mati aku kalau tak menjadi keknya! Begitu bentak hati saya. Arghhh...sepanjang tiga hari saya berfikir dan mencari idea untuk membuat kek yang elegan. Serius, mati akal!

Dan hari ini, bermula 'perjuangan' besar dalam diri aku. Berjuang untuk menghasilkan dua biji kek yang sangat mencabar minda dan kemampuan diri. Selepas berbincang dengan si teman, aku memutuskan untuk membuat Red Velvet Cake dengan dekorasi taburan bunga ros daripada Creamcheese Frosting. 

Kebetulan, aku pernah tengok kek dengan dekorasi sama. Sementara Moist Choc, aku rancang nak hias dengan kelopak ros di atas permukaan kek (padahal aku lupa pengorder minta Moist Choc iaitu kek coklat yang mewah lelehan coklat, bukan kek coklat!).

Balik dari pejabat, aku fikir nak tidur awal supaya dapat bangun awal (kira-kira jam tiga pagi) untuk memulakan sesi baking. Tetapi, dek kerana takut tak sempat (aku juga cerdik kerana pada masa sama turut menerima tempahan lain -juga red velvet cake- berjumlah 16 bekas - L size...huh!). Akhirnya, aku tak boleh lelapkan mata. Jam 9.30 mlm, bingkas bangun. Gagahkan diri menyediakan semua keperluan dan bahan-bahan membuat #mymissredvelvetcake dan #mymoistchoc.

Alhamdulillah, jam dua pagi selesai kerja-kerja membaking. Badan penat, otak lebih lagi. Jadi, aku tidur seketika di ruang tamu dengan lampu terpasang (supaya senang terjaga, kalau tidur mati habis punah Ana punya program!).

Jam 5.30 saya bangun dan terus mandi. Memang sejuk, tetapi bagus untuk segarkan badan dan mata. Selepas solat Subuh, aku kembali ke ruang baking. Kek Red Velvet sedia untuk dideko. Menggigil tangan aku, Tuhan saja yang tahu.

Syukur, kerja-kerja menabur bunga ros menggunakan creamcheese di atas permukaan kek mudah (walaupun sedikit kekok). Siap mendeko terus letak di dalam peti sejuk supaya krim mengeras dan kekal bentuknya. Tiba pula masa untuk mendeko Kek Coklat Lembab (Moist Choc) dan ketika itu baru sedar, whipping cream untuk bikin cream choc habis. Aduhai...macam mana ni? Arghhh...!!!

Mahu tak mahu, saya kena ke kedai bakeri. Jam 8.30 pagi, aku bergegas ke Bakeri Bagus di Taman Melawati. Kedai buka jam 9 pagi. Mujur ada pasar tani, jadi aku sempat merayap untuk mengurangkan debar dan mengantuk. Dalam poket ada RM100, licin separuh ketika membeli barang basah seperti sayur paku pakis, sarapan, telur, ikan dan buah. Bakinya habis buat beli barang baking (adoi, aku memang pantang nampak barang baking...kadangkala sampai terbeli dua kali).

Tiba di rumah jam 9.30, terus sambung kerja mendeko kek dan menyiapkan 16 bekas kek lagi. Hari ni aku rasa macam tengah buat 'marathon cake'. Syukur Alhamdulillah, jam 12 tengah hari aku berjaya menyiapkan semua tempahan. Leganya, Tuhan saja yang tahu.

Jam 1 tengah hari aku buat COD (cash on delivery) 16 kek RV, kemudian ke rumah teman yang menempah kek hari jadi seberat 4 kg itu. Ya Allah, syukur kerana dia memuji kek itu cantik dan mengiurkan. Cuma...ye...cuma tulisan nama si yang menyambut hari jadi tak ditulis. Hahahaha...aku lupa. Serius aku lupa sungguh!

Bagusnya, si teman pandai menenangkan aku yang kalut kerana rasa bersalah. Kami akhirnya ke pasar raya Hero di Ampang. Beli semua barang yang diperlukan untuk buat cream (untuk tulis nama di atas kek itu).

Alhamdulillah, berkat usaha gigih terutama si teman (nama manjanya Baby). Bernama juga Kek RV dan Moist Choc itu (walaupun ketara kegigilannya) hahahaha! Syukur dengan sangat, satu pengalaman dan pengajaran yang tak boleh aku beli di mana-mana atau belajar di kelas baking. Semuanya dapat secara DIY (do it yourself), serius best sangat! Nak tahu apa rasanya, cubalah. 

Oklah, itu saja cerita aku hari ni. Oh, btw aku nak share gambar makan-makan pulut durian di rumah kakak ipar aku. Kali pertama makan, jakun jadinya hehehehe. Macam biasa, layanlah gambar di bawah ye.
Adunan kek red velvet (RV)
Adunan kek coklat moist

Creamcheese

Chocolate ganache
Pagi hari menunggu kedai bakeri buka, Alhamdulillah jadi juga chocolate ganache ni.
Maaf ye, kualiti gambar ini juga kurang baik.Gambar ehsan pengorder.
Kualiti gambar ini juga kurang baik, maaflah ye. Gambar ehsan pengorder.

Hidangan waktu makan di rumah kakak ipar. Padahal aku baru lepas telan 2 biji panadol. Huhuhu!
Eh, Kek RV saya pun ada juga? Haruslah kan!

*p/s:...mahu tahu tahap kemampuan diri kita? Cabarlah diri, maka di situ ada jawapan yang dicari!

Thursday, December 5, 2013

Tiada duka yang abadi...

Ada rasa yang terpuruk di dalam relung hati. Paling dalam, amat dalam. Sukar untuk diluah melalui kata-kata. Titis jernih bergenang berat di tubir mata, pedih...perih menahan sebak. Saat emosi berantakan, bagai ada kuasa menyepak muka. Perit, membuat jaga daripada lena nan panjang. Ya Allah, ampuni aku yang sering menangisi takdir diri. Sedang aku seolah-olah lupa, bahawasanya Engkau tidak sekali-kali menzalimi hambaMu.

Sungguh aku malu, rasa terhina dengan sangat. Betapa aku khilaf! Sesungguhnya aku telah mengabaikan nikmat hidup yang Engkau berikan kepadaku sekian lama. Hari demi hari, tidak pernah surut nikmat yang Engkau berikan kepadaku.

Ya Allah yang Maha Kasih lagi Mengasihi, ampunilah hambaMu nan kerdil ini. Dakaplah aku dengan kasihMu yang tiada taranya, lindungi aku dengan cinta nan tiada hujungnya. Ya Allah, Engkau rahmatilah aku sebagaimana hamba-hambaMu yang telah dan sedang Engkau rahmati.

Wahai Kekasihku, Engkau kasihanilah aku yang serba kekurangan ini. Jauhi aku daripada menangisi setiap kekurangan dan kelemahanku. Engkau besarkanlah hatiku yang telah sekian lama menerima kurniaan rahmatMu. Engkau redhailah aku wahai Tuhanku. 

Ya Allah, sesungguh aku sedar bahawasanya rahmat dan keampunanMu tiada taranya. Pandanglah aku dengan kasihMu, dakaplah aku dengan belas ehsanMu. Ya Allah, sesungguhnya aku teramat malu kepadaMu. Aku yang selalu khilaf menilai setiap curahan kasihMu kepadaku. Sesungguhnya, aku lupa dalam setiap duka itu telah Engkau persiapkan kebahagiaan nan tiada taranya. Ya Allah...ampunilah aku...rahmati aku...kepadaMu aku serah jiwa dan raga ini.

Sumber gambar: Google
 Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

*p/s:...luah rasa batin yang sedang terpuruk.